Khamis, Julai 23, 2009

Tok Guru Nik Aziz : Demokrasi Ala-PAS!






















Agak menarik apabila Tok Guru Nik Aziz tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu Mohd Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipoh (di pejabat DAP Perak) bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock.

Ketika diminta mengulas kenyataan Dr. Zambry yang mahukan ulama Pas memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar itu, Nik Aziz tidak mahu mengulas, sebaliknya membalas dengan jawapan di luar pertanyaan?

Beliau mempertikaikan kesahihan pengambilalihan kerajaan negeri Perak oleh BN yang dianggapnya bertentangan dengan amalan demokrasi. "Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun dia (Zambry) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim. Maka inilah jawapan kepada Pok Nik jika beliau mengatakan MB Perak, Dato'Seri Dr.Zambry tidak mengikut amalan demokrasi semasa berkuasa di Perak.

Pok Nik mungkin dah lupa, terlupa ataupun buat-buat lupa...?

Ini adalah diantara beberapa kenyataan bermusim Tuan Guru Nik Aziz tentang lompat parti berikutan kes terbaru yang berlaku di Perak sekarang apabila Barisan Nasional berjaya mendapat majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan dari Pakatan Rakyat.

LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT;

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa. Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.

Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk : LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;

KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.

Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.

Seterusnya:

NIK AZIZ SAMAKAN PENIPUAN ANWAR DENGAN SUNAH NABI !

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.

“Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,” katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini.

Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.

“Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.

“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.

Dan terbaharu :

WAKIL RAKYAT YANG BERPALING TADAH DIANGGAP PENGKHIANAT!

HARAKAH DAILY : Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dianggap sebagai pengkhianat.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu. "Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat.

Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. "Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya di sini, lewat petang ini. Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan.

Beliau juga berkata, pemimpin yang sanggup menerima rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan. Petang tadi tiga Adun iaitu dua dari KeADIlan dan seorang DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala Adun Bota, Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno.

Dilihat Nik Aziz sanggup melemparkan tuduhan kepada Adun yang keluar dari Pakatan Rakyat sebagai menerima rasuah tanpa bukti-bukti yang kukuh. Sedangkan dalam Islam sebelum menuduh pasangan yang ditangkap melakukan khalwat pun perlu ada saksi? Jadi janganlah menuduh sebarangan sebelum menyiasat terlebih dahulu. Mungkin bagi Nik Aziz segala apa yang dibuat oleh BN bagi PR adalah - Haram, tetapi apabila PR buat semuanya tak apa – Halal?

Banyak kenyataan Nik Aziz sejak akhir-akhir ini dilihat mengelirukan umat Islam dinegara ini. Penulis tertanya-tanya bagaimana seorang yang dikatakan Ulama boleh membuat kenyataan bermusim seperti ini. Adakah demi “ politik “ yang sempit? Adakah ini DEMOKRASI ALA-PAS yang dimaksudkan. Sama-samalah kita fikirkan.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

eXception berkata...

Nik Aziz tunduk kpd DAP shj... Melacurkan Islam demi politik....

eXception-Bukan Sekadar Blog Picisan

Anak Lenggong berkata...

Begini lah cara politik nik ajis dan pakatan riot...apa yang dilakukan oleh mereka semuanya dibenarkan tetapi pabila perkara yang sama dilakukan oleh bn ..mereka akan mengeji..siap keluar fatwa lagi..

Bila isu Nizar dengan lilin tu keluar..semua pemimpin pas cuba melarikan diri daripada membuat ulasan...nik ajis pula belum jumpa lagi fatwa..

omarhanafi berkata...

Ayat quran diputar belit, hukum Allah dipolitikkan. Itulah kerja orang politik. Yang nak ditegakkannya ialah fahaman politiknya. Quran, hadis, Allah, Rasul semua jadi bahan tawar menawar saja.

AJAI62 berkata...

Salam Bro

Berkaitan dengan hukum2 Agama pun mereka bercanggah. Dewan Ulama Pas cakap lain, TGNA cakap lain, Husam cakap lain, Ada satu wakil rakyat kat Perak yang mengaku dia CINA Islam pun cakap lain. Kira cakap main ikut sedap mulut aje. Suka hati kaulah orang PAS.

Taminsari berkata...

Salam dan terima kasih..

Sdr.eXception...sejak tahun 1951 mereka dah menggunakan ugama demi kepentingan politik.

Sdr. Anak Lenggong...mereka menganggap Islam ini macam mereka yang punya sahaja? Segala apa yang mereka lakukan walau pada pandangan kita adalah tidak betul, tapi dipesongkan dengan fatwa2 tok guru mereka. Yang peliknya akal di beri, tapi tak boleh menggunakan dengan baik. Bagi mereka kuasa politik adalah segala-galanya dan ugama diletak ketepi...

Sdr.omarhanafi...dah lama mereka menyalahgunakan ayat-ayat suci al quran untuk kepentingan mereka. Malah sehingga sanggup ' menduakan ' Allah di kongsi bersama pihak Kristian...( Dewan Ulama PAS )

Sdr. ajai62...dalam PAS sekarang terbahagi kepada 2, Ulama dan kumpulan erdogan. Bila satu kapal sudah ada 2 nakhoda maka beginilah jadinya. Masing2 nak tunjuk ' kuku ' mereka, padahal ilmu ugama baru ' sejemput '...siapa sebenarnya NAKHODA Pas sekarang?
Wallahuallam..