Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, April 09, 2009
DAP ' abang besar ' Pas, PKR !
Rentetan daripada keputusan Pas menolak untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor. Mungkin ada pakatan rahsia ( PR ) diantara Pas dan DAP dan disebabkan oleh itulah Pas keberatan untuk berjuang kepentingan Melayu bersama UMNO. Adakah Pas takut dengan DAP setelah Karpal Singh memberi amaran kepada mereka?
Kita tentu masih ingat tidak lama dahulu apabila secara berterusan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyentuh dan mempertikaikan hak dan kuasa raja-raja Melayu, setiap hari kita lihat ramai orang Melayu bangkit membantah. Sama ada melalui penulisan di akhbar-akhbar, media-media massa dan juga membuat laporan polis.
Tetapi pada masa yang sama, pemimpin di pihak Pas dan PKR yang mengaku Melayu dan beragama Islam masih mengambil pendirian untuk mendiamkan diri.
Sehingga ke hari ini, tidak kedengaran sebarang kenyataan rasmi daripada pemimpin parti terbabit yang seolah-olah merestui tindakan tersebut. Adakah disebabkan DAP ahli keluarga Pakatan Rakyat, maka adalah lebih baik bagi mereka mengambil pendirian berkecuali. Adakah mereka sanggup melihat raja-raja Melayu diperlekehkan dengan hanya berpeluk tubuh dan menunggu saat yang memberi keuntungan politik kepada mereka, baru hendak bertindak sesuatu? Adakah untuk menjaga hati DAP, mereka sanggup menjadi pengkhianat bangsa mereka sendiri? Yang mengejutkan lagi apabila Anwar sendiri yang menyokong tindakan Karpal Singh?
Seperti mana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP. Yang paling ketara ialah Pas hingga sanggup membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semasa pilihan raya umum lepas semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu. DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, hingga sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat demi menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas.
DAP masih tetap dengan slogan Malaysian Malaysia dan mahukan Malaysia mengamalkan sistem meritokrasi. Pas, walaupun sebelum pilihan raya mengatakan menarik balik slogan penubuhan negara Islam dan menukar kepada negara berkebajikan, hakikatnya tidak begitu mudah slogan ini digugurkan kalau tidak ada udang di sebalik batu! PKR pula, tetap mengatakan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak jadi Perdana Menteri!
Ternyata kes di Perak menjadi amaran awal DAP untuk menunjukkan belangnya walaupun baru dapat berkuasa dan kejayaan menguasai Pulau Pinang dan berkongsi memerintah Perak dan Selangor dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Yang pasti jika DAP berjaya berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, ia akan menghapuskan kedudukan institusi raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.
Parti-parti pembangkang berhempaspulas mencari ikhtiar untuk menghapus pengaruh UMNO sehingga mengorbankan nilai-nilai dan adat resam masyarakat kita. Mereka sanggup mengetepikan nilai-nilai Islam sendiri. Inilah yang telah dilakukan oleh Pas dan PKR. Sebenarnya kedudukan orang Melayu dan Islam kini berada di ambang bahaya jika pembangkang memerintah.
Dalam apa jua hal pun, DAP tetap mahu menunjukkan dialah 'abang besar' kepada parti pembangkang lain. Sementara Pas dan PKR mengikut apa sahaja kehendak DAP. Apabila DAP kata hitam, hitamlah. Jika DAP kata putih, maka putihlah. Maka tidak hairanlah bila ada pemimpin Pas yang berani untuk menegur Karpal supaya jangan mencampuri urusan dalaman ( hal perbincangan dengan UMNO ) Pas, tidak diendahkan oleh Karpal sendiri.
Sebab itulah lidah pemimpin-pemimpin Pas dan PKR kelu untuk berkata-kata, apatah lagi mengeluarkan sebarang pernyataan membantah apa yang Karpal Singh lakukan hingga menghina dan memperlekehkan kuasa raja-raja Melayu. Jelaslah Pakatan Rakyat lebih merupakan eksploitasi kegawatan politik Melayu untuk kepentingan DAP. Sekarang telah nyata bahawa semua parti itu hanya bekerja untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya dan bukan untuk membela maruah negara.
Dan tidak menghairankan jika Nizar berjaya memenangi PRK Parlimen Bukit Gantang kerana beliau adalah calon belaan DAP walaupun pada mulanya Tok Guru Nik Aziz tidak mempersetujuinya? Pengundi Cina menjadi penentu apabila mereka beramai-ramai keluar mengundi untuk memberi sokongan kepada Mohammad Nizar yang menjadi calon pilihan DAP sejak awal-awal lagi.
Ternyata pendekatan populis yang diambil oleh Mohammad Nizar sepanjang menerajui kerajaan negeri mendapat sokongan pengundi Cina yang meliputi 27 peratus daripada keseluruhan 56,462 pemilih berdaftar. Yang menarik adalah apabila DAP berjaya mengDAPkan PAS di Perak?
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Salam Belantan,saya suka bc blog anda bukanlah macam sesetengah blog yang hanya guna emosi semata - mata. alhamdulilah selesai sudah PRK ketiga- tiga tempat baru2 ni, PKR masih lagi mengekalkan kerusi di Bkt Selambau, PAS di Bkt Gantang dan BN di Batang Ai. Jadi keputusan tetap sama macam PRU 12.
Kalau di Batang Ai, saya dah duga keputusannya tetapi BN perlu segera bertindak kerana kekalahan PKR sudah pun diduga oleh penasihatnya saja main test market,very cunning, dia nak tengok jurang majority penduduk di sana, dan yang menariknya calonnya juga memperolehi jumlah yang boleh dibanggakan, jadi BN perlu berhati- hati dalam pilihanraya akan datang di Sarawak dan PRU13 di sebahagian kepulauan Borneo di sana, Brunei dan Indonesia xmasuk la,hehehe, perlu bermula lebih awal untuk dekati masyarakat di sana dan kempen yang radikal bukan bermaksud kotor. Penuhi la sebanyak mana permintaan penduduk di sana, mereka pun perlukan kemajuan bukan politik tepi jalan macam yanga ada sekarang. Anak- anak mereka pun ingin berjaya untuk perbaiki hidup mereka. Kerana itu mereka masih setia!
kalau di Bkt Selambau pun macam dah boleh baca kemenangan PKR selepas BN mempetaruhkan calon dari MIC, dan masyarakat india di sana pun dah naik fedup dengan kepimpinan teraju MIC sendiri dan ditiup sentiment untuk lumpuhkan BN kerana provokatif daripada Hindraf yang hanya fikirkan untuk jatuhkan BN seterusnya dalam PRU13 akan datang kerana itu memberi sokongan padu kepada PR, kempen PR juga diturut serta dengan matlamat hanya untuk jatuhkan BN demi kerusi semata2.Demi perubahan kononnya! Bagi HINDRAf plak, ini kerana mereka dah tanam cip dalam kepala otak mengatakan Malaysia menjalankan sistematik genocide, kahkahkahkah, lawak betul! Dia tak baca or tengok berita or movie ataupun dokumentari history channel sebagainya berkenaan genocide kot, kesiannya!dia ingat Malaysia ada SS nazi atau Gestapo, dia rasa polis Malaysia diketuai Heinrich Himmler yang buat kem di Auswitz,xpun mcm puak Huttu dan Tutsi di Rwanda dan Serb di Bosnia. Bunuh orang tepi jalan aja dengan parang murah dan AK47, slamber beb,budak2 pun join sekali, tu baru sistematik untuk hapus etnik. Biarkan mereka, dasar hati tak reti nak hargai pembangunan yang dirasai di Malaysia bersama dengan semua. WE WANT MORE AND MORE sebenarnya! GERAKAN dan MCA dengan cara mereka seperti batuk di tangga. UMNO pun ada kalangan yang tak puas hati sesama komponen kerana calon yang dipertandingkan,dengan ditambah calon bebas, pening habis pengundi di sana rasa macam gulai dan parpu kari, inilah politik Malaysia..hehehehe. Tahniah lah kepada yang menang kat sana.
yang paling menarik kemenangan simpati bekas MB Perak yang jentera pilihanrayanya sebenarnya adalah daripada keringat DAP. Dan ramaila pengundi Cina yang akan keluar mengundi PAS disebabkan murah hati bekas MB ni memberi dan terus memberi faedah kepada mereka sewaktu pemerintahannya yang tak lama dulu.Berisiko cara PAS ini tetapi efektif kepada kemenangan kerusi, sebab tu UMNO kalah coz tak memberi tanah dan sebagainya, hehehehe. boleh saya gambarkan kalu xsalah, umpama menang bersorak kampung tergadai! Semua demi kerusi sahaja sebenarnya. India dah tentu akan menyokong PAS , kerana rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang diketuai UMNO pada mata pandangan mereka, MIC, MCA pun tak main peranan yang efektif dalam hal ini,umpama UMNO bersendirian di Bkt Gantang sebenarnya. Orang melayu plak yang mengundi Nizar ni adalah penyokong hardcore yang simpati terhadap jatuhnya pemimpin mereka, jadi Nizar perlu berada di Parlimen setidak- tidaknya tanpa perlu buat apa, hanya senyum dan tawa mesra. Tak payah nak buat kempen susah2, dibelakang DAP ada sedia propaganda dan sebagainya. Menariknya juga,UMNO dilihat di sini telah berjaya mengumpul jumlah yang tinggi di kalangan orang melayu di bkt Gantang, tetapi tidak cukup untuk menang kerana kekurangan undi India dan Cina. Kena kaji kenapa dan mengapa?
Moral peristiwa ini, PRK kali ini adalah kegagalan merampas dua bukit adalah perlu kepada BN supaya mereka tidak alpa dan lupa. Kekalahan di dua tempat ini sememang diperlukan kepada BN walaupun perit sedikit tetapi perlu sabar dan renung untuk kembali dengan formula dan strategi yang cunning dan attacking bukan main kotor tetapi perlu sentiasa turun padang bukannya hanya ketika kempen pilihanraya sahaja,dijanji itu dan ini..perlu ada tranformasi sesama komponen dalam BN, dan UMNO sendiri perlu perubahan pendekatan terhadap pengundi muda kebanyakan beralih kepada PR kerana apa yang diperlukan mereka diabaikan iaitu JOB dan peluang pembiayaan perniagaan kecil sederhana yang tersekat, kata modal yang utama KEAZAMAN tetapi sebenarnya modal duit, current account ,cagaran jugak yang diperlukan oleh pihak bank dan koperasi sebagainya, macam mana nak belia muda maju, manalah depa ni ada duit sebegitu rupa. kerajaan pimpinan BN perlu sediakan ini kepada mereka untuk menangi hati mereka bukan hanya tau bercakap jawatan itu ini , kata SPA masih kekosongan dan peluang perniagaan di kaca tv dan media,janganlah tau tembak aja perlu tunjuk arah ke mana dan di mana kepada mereka,tapi betul ke SPA ni kosong, kalu dah kosong kenapa tak serapkan aja pekerja sambilan yang menabur bakti bertahun2 lamanya, bukankah tersekat peluang orang muda selepas dilanjut perkhidmatan daripada 56 tahun kepada 58 tahun, kesian anak muda kita. saya percaya PR pun belum tentu dapat penuhi permintaan mereka yang fresh graduate untuk mendapat pekerjaan jika mereka berjaya dalam Pru13, kenapa?kerana ketika itu pendapat saya, mereka akan berbalah sesama untuk mentadbir negara dengan acuan parti masing2, percayalah,dan yang akan terpinggir adalah KITA.. ketika ini mereka akan bersama sebagai PR hanya kerana mendaki ingin ke Putrajaya, tetapi selepas itu?menjadi persoalan, kita ambil contoh pentadbiran kerajaan negeri mereka sudahlahkan, boleh tengok sendiri, nilai sendiri kerana saya penduduk salah satu negeri depa yang habuk pun tarak, dok tunggu manifesto depa yang xnampak apa! Hanya pemerhati saja..kesian politik Malaysia!
Apa2pun Tahniah kepada yang menang…
MCA-ayahnda UMNO, MIC-ibunda UMNO umno pencacai mereka... hik.hik.
jgn tak siar lak..
Surat Tok Guru
Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak
Posted by Skuad Dun Batu Caves
Sumber - blogtokguru
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
syukurlah ustaz nga dah nak peluk islam. hee, hee.
sepatutnya nik aziz kena beri statistik yang 100% orang cina di kelantan dah peluk islam.
dah 20 tahun perintah kelantan, kalau ikut surat, memang patut semua cina kelantan dah peluk islam.
bagi insentif kepada ustaz nga supaya tak payah fikir panjang-panjang. terus mengucap 2 kalimah syahadah.
alahai pas. kena tipu sokmo.
Salam Saudara Syaifuls. Terima kasih diatas ulasan yang panjang lebar dan mantap. Tentang keputusan PRK Bt.Gantang, apa yang saudara katakan adalah betul.Pengundi Melayu kembali mengundi UMNO dan BN. Orang Cina termasuk MCA dan GERAKAN serta kaum India bagai gunting dalam lipatan, kembali menyokong Mohd Nizar ( wakil DAP ). Saya ringkaskan serba sedikit tentang keputusan PRK Bt.Gantang.
Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi.
Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.
Di pihak BN pula jelas menunjukkan UMNO semakin mendapat sokongan kuat orang Melayu. Daripada 14, 500 pengundi Melayu yang menyokong BN pada 2008, kali ini ia bertambah 2, 500 undi lagi menjadikan 17, 000 pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional. Pas pula kehilangan 1, 500 undi Melayu pada pilihan raya kecil kali ini. Pada 2008 Pas menerima 11, 500 undi dan kali ini hanya 9, 500 undi.
Sokongan pengundi Melayu yang cenderung ke arah BN bersandarkan beberapa isu termasuk tindak tanduk Pas ketika memerintah Perak yang tidak digemari oleh orang Melayu serta tarikan kepimpinan baru UMNO.
Sokongan bukan Melayu kepada BN banyak bergantung kepada polisi-polisi kerajaan dalam masa setahun akan datang. Cuma sejauh mana darjah atau tahap kepuasan yang mereka inginkan sukar diagak memandangkan barisan campuran pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menawarkan segala-galanya.
Apa yang BN perlu buat selepas ini adalah bagaimana hendak menarik pengundi bukan Melayu menyokong BN semula. Ini termasuklah golongan muda melayu yang sedang tercari-cari kiblat mereka.
Wallahuallam.
Salam kepada Saudara Baginda Refomasi. Tak perlu untuk menunjukkan surat yang sebegini. Sepertimana Pas mengunakan UGAMA untuk kepentingan POLITIK, maka secara langsung DAP juga cuba menggunakan UGAMA untuk kepentingan POLITIK mereka. Yang sebenarnya DAP telah berjaya menDAPkan PAS di Perak. Saya masih menunggu surat dari Tok Guru Nik Aziz untuk dihantar kepada Anwar Ibrahim supaya BERTAUBAT! Kalau King Karpal berani, mengapa TOK GURU tak berani?
Fikir-fikirkanlah. Salam
Salam..
It can be reasonably be estimated that the recent by-elections in Bukit Gantang showed that 67.6% Muslims did not vote PAS, while a much higher percentage of non-Muslims, being traditionally Islamophobic, voted PAS. This is a very strange situation for an Islamic political party.
It can also be reasonably estimated that 85.2% Malays in Bukit Selambau rejected PKR.
Estimation for Bukit Gantang
Of 56562 registered voters, Malays form 63.5%, Chinese 27.1%, Indians 9.1%, others 0.2%. This means registered voters comprise of 35917 Malays, 15328 Chinese, 5147 Indians, 113 others.
Total who actually voted is 40993, being 21860 for PAS, 19071 for BN, 62 for independent. Percentage voting is 40993/56562 or 72.5%.
Assume 72.5% registered Malays actually voted, 72.5% registered Chinese actually voted, 72.5% registered Indians actually voted, 72.5% registered Others actually voted.
This means those who actually voted were 26040 Malays, 11113 Chinese, 3732 Indians, 82 Others. Therefore total non-Malays who voted were 14927.
Assume that 90% non-Malays voted PAS. Therefore non-Muslims who voted PAS is 90% of 14927, or 13434.
Therefore Malays who voted PAS would be 21860 – 13434 = 8426.
8426/26040 = 32.4% is the percentage of Malays who votes PAS, i.e. 67.6% Malays (or Muslims) did not vote PAS.
Estimation for Bukit Selambau
Of 35140 registered voters, Malays form 50.2%, Chinese 19.3%, Indians 29.5%, Others 1.0%. This means registered voters comprise of 17640 Malays, 6782 Chinese, 10366 Indians, 351 others.
Total who actually voted is 24187, being 12632 for PKR, 10229 for BN, 1326 for independents. Percentage voting is 24187/35140 or 68.8%.
Assume 68.8% registered Malays actually voted, 68.8% registered Chinese actually voted, 68.8% registered Indians actually voted, 68.8% registered Others actually voted.
This means those who actually voted were 12137 Malays, 4666 Chinese, 7132 Indians, 242 Others. Therefore total non-Malays who voted were 12040.
Assume that 90% non-Malays voted PKR. Therefore non-Malays who voted PKR is 90% of 12040, or 10836.
Therefore Malays who voted PKR would be 12632 – 10836 = 1796.
1796/12137 = 14.8% is the percentage of Malays who votes PKR, i.e. 85.2% Malays did not vote PKR.
Lets think about it!!!
Salam Taminsari..
Buat renungan Baginda Refomasi..
Dalam artikel di malaysiakini mengenai mursyid Nga mengunakan al quran sebagai modal politik & menuduh melayu Islam BN sesat,malah bersetuju Nga mengunakan ayat quran adalah satu kenyataan kurang ajar dari nik aziz.
Orang tua nyanyuk ini sekali lagi tak sedar yang Nga mempermainkan al quran & menuduh melayu islam lain yang tidak sehaluan dengan PR sebagai sesat.
Apa hak dia sebagai kristian menuduh orang islam lain sesat? boleh jadi hasil didikan PAS SESAT melahirkan kristian & hindu yang berkemampuan mengatakan apa yang dia suka.
Tidak ada bahasa lain yang lebih kasar untuk PAS selain dari menjadi Paria dalam masyarakat melayu islam pada am nya,
Kenyataan Nik aziz yang dangkal walau pun berbunyi niat baik ,tetapi disebalik itu seolah olah memberikan lesen besar kepada bangsa lain yang bukan beragama islam untuk mengunakan al quran untuk menghentam melayu islam yang tidak sehaluan dengan PAS SESAT.
YA! kalau nga nak sangat mengaji & mendalami islam jangan babitkan dengan soal politik, kamu orang PAS Sesat amat dangkal dan dungu dalam pemikiran,semua nya dibolehkan malah menyokong,konon nya sangat baik untuk mendalami islam ,sebaliknya mencuri beberapa patah ayat quran untuk menghentam umat islam lain.
Kalau ikhlas berdakwah lebih baik ikut pada cara yang betul,bukan mengunakan quran sebagai modal politik,bukan menjual nama Allah untuk memancing undi.
Nik Aziz ,sekali lagi melalui kenyataan nya terbukti nyanyok, heboh satu negara akan wahyu nik aziz ,akan menjadi perbualan hangat di kalangan PAS SESAT yang begitu berbangga dengan mursyid Nga yang seorang ini.
Catat Ulasan