Rabu, Mac 19, 2014

Mungkinkah MH370 terlibat dalam komplot rahsia?

Sebuah kapal Tentera Laut India, INS Kesari yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kembali ke pangkalannya di Port Blair, di Kepulauan Andaman dan Nicobar, semalam selepas gagal mengesan pesawat MH370.

Sebuah laman web terkenal di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kemungkinan pesawat MH370 terlibat dalam satu komplot rahsia seperti yang pernah berlaku pada sebuah lagi pesawat Boeing pada tahun lalu membabitkan dua penyeludup dadah antarabangsa menggunakan laluan di Lautan Hindi dalam perjalanan dari Mali dan mendarat di Papua New Guinea (PNG) untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa pegawai AS dan Vanuatu atas motif yang tidak diketahui.

Laman web Beforeitsnews.com melaporkan, pesawat MH370 dipercayai terlibat dalam komplot yang hampir serupa dengan meniru taktik dua penyeludup dadah kelahiran Vietnam, Vu Anh Quan Saken dan adiknya, Charles Henry Quan itu, yang menggunakan lapangan terbang terpencil seperti di Maldives atau PNG bagi mengelakkan dikesan kerana kawalan trafik udara di kedua-dua negara itu didakwa tidak ketat.

Pesawat MH370 didakwa mungkin menjadikan PNG sebagai tempat untuk mengisi minyak memandangkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Port Moresby hanya memakan masa lima jam.

Laman web popular yang membincangkan teori-teori misteri itu melaporkan dalam kejadian pada tahun lalu itu, ia membabitkan pesawat Boeing 737 melakukan penerbangan atau pendaratan tanpa dikesan menunjukkan kelemahan serius koordinasi antara agensi penerbangan untuk berkongsi maklumat.

Dalam kejadian pada 17 Januari 2013 itu, Beforeitsnews.com melaporkan, pesawat berkenaan berlepas dari Britain menuju ke Mali untuk mengambil dua penyeludup dadah terbabit yang juga dikenali sebagai Saken Brothers yang mendapat kerakyatan Vanuatu, sebelum menuju ke PNG.

Menurut laporan itu, pesawat berkenaan dalam perjalanannya ke PNG telah singgah di Maldives atas alasan untuk mengisi minyak, menggunakan ruang udara di Lautan Hindi, lokasi di mana MH370 dilaporkan kemungkinan hilang.

Tambah laporan itu, pesawat yang turut dinaiki tiga bekas askar Britain yang menjadi pengawal peribadi kepada Saken Brothers itu, mendarat di Port Moresby tanpa memaklumkan kepada menara kawalan, sekali gus menunjukkan potensi MH370 melakukan tindakan sama ada untuk mengisi minyak di situ.

"Kumpulan penyeludup dadah itu menggunakan laluan di bahagian selatan Lautan Hindi melalui Maldives bagi menjarakkan pesawat beribu-ribu kilometer dari kawasan darat terdekat bagi mengelakkan pesawat Boeing 737 yang dinaiki mereka (penyeludup dadah itu) dikesan," jelas laporan itu.

Maldives, merupakan negara yang mempunyai 1,190 pulau di Lautan Hindi, terletak di barat daya Sri Lanka dan India, serta memakan masa perjalanan selama lima jam dari Kuala Lumpur.

Bagaimanapun insiden ‘kehilangan' pesawat Boeing 737 pada 17 Januari 2013 itu tidak dihebohkan media seperti yang berlaku kepada MH370 kerana kes tersebut melibatkan dua penyeludup dadah terkenal mengadakan satu pertemuan dengan beberapa pegawai AS dan Vanuatu di PNG atas motif yang tidak diketahui.

Menurut Beforeitsnews.com, semua suspek yang terlibat hanya didakwa atas kesalahan men­da­rat secara haram tanpa pengetahuan pihak berkuasa lapangan terbang selepas barangan seludup tidak ditemukan dan dipercayai disorok oleh Saken Brothers di Maldives ketika pesawat itu mengisi minyak.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa PNG dan pihak kastam hanya mengetahui tentang kegiatan penyeludupan dadah oleh Saken Brothers pada 25 Januari tahun yang sama selepas dimaklumkan oleh Pusat Penyelarasan Membanteras Jenayah Pasifik dan Interpol, sekali gus menunjukkan kelemahan saluran maklumat pihak berkuasa negara itu.

"Apa yang lebih menarik adalah pihak Kedutaan Vanuatu di Brussels dan PNG saling berhubung untuk memberi kebenaran kepada pesawat itu untuk berlepas, namun tiada pihak memaklumkan tentang kehadiran pesawat itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang PNG," jelas laman web tersebut.-UMO

Suara Politik
Belantan

#MH370 Ubah Haluan : Telah Di Atur Di Dalam Sistem Komputer Pesawat Lebih Awal, Tolak Kemungkinan Perbuatan Rampasan Oleh Penumpang?

‘Terrain masking’, seperti yang digambarkan di sini, adalah teknik yang digunakan oleh juruterbang untuk mengelakkan pengesanan radar!

* Individu yang melakukan pengubahan haluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing memang memiliki kemahiran mengenai sistem penerbangan Boeng, tidak semestinya 777.

* Pengendali cuma memerlukan tujuh atau lapan sentuhan pada papan kekunci kedalam komputer Sistem Pengurusan Penerbangan yang terletak di tengah kokpit diantara juruterbang dan pembantunya.

* Kemungkinan ianya dilakukan oleh orang lain atau penumpang mengubah program Sistem Pengurusan Penerbangan sukar dipercayai dan amat tipis.

* Maklumat ini meningkatkan tumpuan siasatan kepada kapten Zaharie Ahmad Shah, dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27.

Pusingan yang pertama ke barat dan mengalihkan laluan penerbangan MH370 yang seterusnya dilakukan melalui sistem komputer, bukan secara manual, menguatkan lagi andaian juruterbang atau pembantu juruterbang terlibat dalam kehilangan tersebut.

Orang pertama yang mengubah laluan kapal terbang yang hilang dari Kuala Lumpar ke Beijing memiliki berpengetahuan mengenai sistem Boeing, walaupun bukan 777, dengan menaip tujuh atau lapan ketukan kekunci ke dalam komputer yang terletak di antara kapten dan pembantu juruterbang.

Komputer, yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Penerbangan, mengarahkan sistem itu menurut pelan penerbangan dikemukakan sebelum berlepas. Ia bagaimanapun boleh diubah pertengahan penerbangan walau bagaimana pun tidak diketahui dengan tepat bila lencongan ke barat telah diprogramkan ke dalam Sistem Pengurusan Penerbangan MH370 itu.

Penyiasat sedang mencari melalui simulator penerbangan yang dimiliki oleh Zaharie Shah untuk menentukan sama ada beliau telah memprogram semula pesawat luar laluan sebelum berlepas.

Juruterbang mengubah laluan atau menambah ‘waypoint’ atau lencongan untuk laluan yang sedia ada sekiranya mereka diarahkan oleh pengawal trafik udara dalam usaha untuk mengelakkan cuaca buruk atau trafik udara sibuk.

Tetapi dalam kes pesawat hilang, ‘waypoint’ itu juga di luar jalan ke Beijing.

Berita ini diterima pakai selepas didedahkan jet yang hilang menurun ke ketinggian 5,000 kaki untuk mengelakkan radar bumi.

Ini berpandukan laporan daripada penduduk kampung yang melihat lampu terang dan mendengar bunyi kuat pada masa yang pesawat itu diandaikan telah membuat ‘pusingan U.’

Penyiasat memberitahu bahawa Boeing 777 telah menurun kepada ketinggian yang lebih rendah untuk mengelakkan radar, menggunakan kawasan sekitarnya sebagai penghalang sonar.

Cara terbang begini adalah dianggap sebagai berbahaya dan berisiko, kerana ini akan memberikan tekanan yang besar terhadap rangka pesawat dan terbang rendah pada waktu malam tanpa bantuan radar boleh membawa kepada kapal terbang terhempas melanggar pokok-pokok atau gunung.

Suara Politik
Belantan

Hishamuddin: MH370 tidak mendarat di Diego Garcia?


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.

Bercakap pada sidang media berhubung perkembangan kehilangan pesawat itu di sini hari ini, beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan.

"Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas. Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan," katanya.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Mac 17, 2014

#MH370 : Polis ke rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah?


Untuk apa buat flight simulator dirumah!

Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 petang semalam.

Menurut laporan berita laman web Astro Awani, tiga anggota polis berpakaian preman dari ibu pejabat polis Bukit Aman memasuki kawasan kediaman Laman Seri di Seksyen 13.

Anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.

Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan oleh pengawal-pengawal disana.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Media Barat Dedahkan Kaitan Pilot #MH370 Dengan PKR #PRKKajang!

Sebelum ini penyokong Pakatan Rakyat mengaitkan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan tuduhan bahawa ianya konspirasi Kerajaan untuk menutup kes Anwar.

Kali ini media barat mendedahkan sebaliknya.



Mungkin kah gambar ini dapat memberikan sedikit gambaran dengan apa yang yang didedahkan oleh pihak media barat!

Suara Politik
Belantan

Ahad, Mac 16, 2014

Terkini: Najib sahkan pesawat MH370 tersasar dari laluan sebenar?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.

"Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370," katanya.

Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor.

Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.

"Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu," katanya.

Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya.

Suara Politik
Belantan

#MH370: Dipercayai Diterbangkan Ke Negara Ketiga?


Imej Satellite yang dikeluarkan negara China telah dibuktikan bukan merupakan bangkai pesawat itu oleh kerajaan Vietnam, kini timbul lagi spekulasi baru, bahawa pesawat malang B777-200ER MH370 sebenarnya meneruskan penerbangan sekurang-kurangnya 4 jam selepas hilang daripada radar menara kawalan udara Subang pada 1.30/2.40 pagi Sabtu.

Pesawat MH370 yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu laluan Kuala Lumpur Beijing, sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Fakta yang menunjukkan bahawa pesawat malang itu meneruskan penerbangan selama itu, kerana data yang diperolehi pembekal enjin pesawat itu Roll Royce, menunjukkan bahawa pesawat malang itu telah meneruskan penerbangan sehingga 5 jam.

Berasaskan kepada maklumat itu, maka temuan radar tentera Malaysia, yang mengatakan ada kemungkinan pesawat malang itu berpatah balik, ada kebenarannya.

Penerbangan 5 jam, ada lah clue kepada pasukan pencari dan penyelamat. Kini, radius 2,000 batu dari lokasi pesawat itu hilang merupakan kemungkinan pesawat itu di daratkan.

Memandangkan ada dua warga Iran yang menggunakan passport palsu dalam pesawat, apa kah ada hubungan dengan kehilangan pesawat itu? Mungkin pesawat kini berada di satu lokasi di Iran?

Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew dan kebanyakkan penumpang adalah warga China, kini telah masuk hari ke-8 kehilangan misterinya.

Teori kini, rampasan pesawat MH370 akan digunakan untuk tujuan yang lebih besar. Jika benar bahawa pesawat itu didapati selamat dan di darat di satu lokasi rahsia, siapa yang mengnonaktofkan semua transponder pesawat? Hanya seseorang/mereka yang mempunyai ekses dengan kokpit pesawat sahaja yang mampu berbuat demikian.

Jika berasaskan kepada pendedahan bahawa co-pilot pesawat itu, pernah melanggar kod-etik apabila membenarkan mereka yang tidak berkepentingan berada dalam kokpit; mungkin pada pesawat MH370 berlaku demikian, dan kebetulan orang yang dijemput itu, telah merancang "merampas" pesawat itu untuk tujuan yang lebih besar.

Maklumat daripada angkatan tentera Malaysia, bahawa pesawat berpatah balik dan terbang rendah, menjurus kepada tindakan perampasan.

Clue sejak pesawat malang itu hilang, tiada apa-apa tanda bahawa pesawat mengalami kecemasan. Selama 7 hari Mencari dan Menyelamat yang melibat lebih 42 buah kapal laut, 39 pesawat terbang, 10 satellite China, perkhidmatan mata-mata Amerika, sehingga kini, tiada tanda-tanda di mana pesawat malang itu.

Namun, clue terakhir apabila Roll Royce mendedahkan bahawa pesawat meneruskan penerbangan, selepas hilang daripada radar sekurang-kurang 4 jam. Dengan clue terbaru ini, Pray For MH370 kembali lah, doa rakyat Malaysia dan dunia, akhirnya dikabulkan.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Mac 15, 2014

#MH370 : Persoalan mengapa pesawat tersebut terbang rendah?


Kehilangan misteri pesawat Mas B777-200ER MH370 kini memasuki hari ke-8. Sehingga saat ini, tiada tanda-tanda di mana pesawat malang itu berada.

Teori yang paling dekat, apa yang berlaku pada pesawat itu, adalah kemungkinan dirampas dan didaratkan pada suatu lokasi rahsia. Indikator yang mendekati teori ini adalah, pihak TUDM mengesan, bahawa pesawat itu berpatah balik sebaik sahaja hilang daripada radar kawalan menara Subang pada pukul 1.30 pagi (sebelum ini dikatakan 2.40 pagi). Radar biasa menjejaki pergerakan pesawat itu sehingga jam 1.30 pagi, namun radar TUDM menjejaki signal pesawat itu sehingga jam 2.40 pagi.

Pesawat malang itu menurut radar TUDM dapat dijejaki sehingga jam 2.40 pagi, dan pada masa itu, posisi pesawat adalah berdekatan Pulau Perak di atas perairan Selat Melaka. Pesawat malang itu bertukar haluan dan terbang rendah selepas 1.30 pagi. Apabila pesawat terbang rendah, ianya sukar dikesan radar menara kawalan; apatah lagi semua tranponder dinonaktifkan.

Saksi mata membuktikan bahawa pesawat malang itu terbang rendah kira-kira 1,000 meter atas permukaan laut. Pada ketinggian itu, biasanya antena biasa sukar mengesan sebarang signal daripada pesawat, kecuali radar tentera.

Jika benarlah teori ini, seperti mana dinyatakan oleh pihak TUDM, maka kehilangan misteri MH370 merupakan satu konspirasi dan disengajakan.

Pesawat terbang rendah, tiada tujuan lain, ianya mengelak dikesan radar. Dikatakan selepas terputus hubungan dengan menara Subang pada pukul 1.30 pagi Sabtu, pesawat itu terbang rendah sejauh 500 km ke arah barat, sekurang-kurangnya untuk tempoh 1jam 10 minit. Pesawat itu membawa minyak yang cukup untuk terbang 7.5 jam bagi ketinggian 35,000-40,000 kaki atas permukaan laut, namun jika terbang rendah, ianya mampu terbang sekurang-kurangnya 4 jam. Pihak pencari dan penyelamat, perlu menumpukan pada lokasi jangkauan pesawat itu.

Persoalan terbang rendah masih merupakan satu persoalan besar. Apa kah yang berlaku? Mengapa? Apa kah ada seseorang yang mengawal pesawat itu di kokpit dan mengarahkan pesawat terbang rendah? Perlu diingat, bahawa pesawat itu sedang membawa 12 jurutera microchips satu syarikat besar milik Amerika yang mempunyai kilang di Malaysia dan China.

Pesawat terbang rendah? Ertinya seseorang yang pakar dalam pengedalian pesawat berada dalam pesawat. Suatu fakta yang boleh diambil sebagai satu bukti, keadaan kokpit pesawat itu sungguh bising apabila berjaya dihubungi seorang juruterbang lain pada pukul 1.30 pagi menggunakan saluran kecemasan, percakapan co-pilot tidak jelas, sebelum hubungan putus.

Jika pesawat didarat di laut dengan sengaja, kemungkinan semua penumpang selamat. Sebabnya, pihak krew mempunyai masa yang cukup untuk mengarahkan penumpang menaiki rakit penyelamat sebelum pesawat tengelam. Dalam pendaratan yang disengajakan di atas permukaan laut, sekurang-kurang 1 jam baru pesawat akan tenggelam.

Pada pendaratan yang disengajakan atas permukaan laut; penumpang mampu membawa makanan dan minuman, atas sebab masa untuk itu mencukupi. Penumpang tidak panik, demikian juga krew. Apakah clue, terbang rendah, ada kemungkinan bahawa semua penumpang selamat, dan kini sedang terapung di laut? Laut sudah tentu di di perairan Indonesia, Sri Lanka, Myammar, juga tidak dapat diketepikan, perairan Pulau Krismas.

Akan tetapi, jika pendaratan di laut, biasanya sejenis alat yang menggunakan bateri sendiri yang disebut ULB = Underwater Locator Beacon apabila bersentuhan dengan permukaan air secara automatik akan menghantar signal. Akan tetapi, yang berlaku, tiada tanda-tanda signal seperti itu.

Demikian juga jika pesawat terhempas, meskipun semua transponder dinonaktifkan, sejenis alat yang disebut ELT= Emergency Locator Transmitters, alat ini juga menggunakan bateri sendiri, dan automatik aktif jika pesawat terhempas, namun signal daripada alat ini, tidak diterima. Ini lah yang menjadikan kehilangan pesawat MH370 suatu misteri penerbangan abad ini.

Suara Politik
Belantan

#PRK Kajang : PKR ketandusan calon berwibawa?


Kemunculan Datin Seri Dr. Wan Azizah berdepan dengan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memang sudah diduga. Ia jelas memperlihatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketandusan pemimpin untuk diketengahkan. Suatu ketika dulu Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim bertanding.

Sekarang Anwar tidak dapat bertanding kerana kes mahkamahnya dan Wan Azizah pula tampil sebagai pengganti. Ia adalah suatu fenomena yang tidak sihat seolah-olah PKR mengalami masalah kekontangan kepimpinan yang berwibawa.

Anwar mungkin menghadapi hukuman lima tahun penjara. Ia bergantung kepada rayuan di Mahkamah Persekutuan. Keterampilan Wan Azizah sebagai pengganti memperlihatkan elemen kronisme semakin menebal dalam PKR. Mengapa tidak letakkan Abdul Rahim Ghouse, Rafizi Ramli atau Saifuddin Nasution?

Meletakkan Wan Azizah sekadar mohon simpati pengundi tidak memadai. Politik yang berkualiti bukan politik memohon simpati. Politik berkualiti adalah kemampuan PKR meletakkan calon yang mempunyai kaliber untuk mengisi kepentingan rakyat. Ia bukan sekadar mengisi tempat kosong atau politik proksi.

Apa yang berlaku di Kajang mempunyai implikasi yang lebih jauh dari itu. Mulanya Anwar ingin bertanding kerana berhasrat menjadi Menteri Besar Selangor dan melakukan lonjakan ke Putrajaya. Anwar boleh merancang tanpa berunding dengan rakan pakatan. Allah maha mentakdirkan ia tidak terjadi.

Sekiranya ditakdirkan Wan Azizah, menang tidak mungkin dia ingin menjadi Menteri Besar Selangor dan melakukan lonjakan ke Putrajaya.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diketahui sekian lama ialah proksi Wan Azizah. Wan Azizah tidak mampu melakukan ini. Kesan sampingannya ialah Azmin Ali terpaksa mengatur strategi baharu menghadapi realiti politik yang ada.

PRK DUN Kajang pada hemat penulis tidak boleh menyelesaikan politik Selangor apa lagi politik kepimpinan PKR. Semasa Anwar masih ada, kes Abdul Khalid-Azmin tidak mampu dilerai apalagi takdir akhirnya Anwar ke penjara. Tentu keadaan lebih rumit lagi.

Anwar dikatakan ingin menjadi Presiden PKR Mei ini. Ia bermakna Wan Azizah kena mengundurkan diri. Azmin dijangka bersaing jawatan Timbalan Presiden dengan Abdul Khalid. Azmin menguasai PKR Selangor dan Abdul Khalid menguasai pentadbiran negeri.

Sekiranya Azmin menang dan ditakdirkan Anwar menjadi Presiden, hubungan Anwar-Azmin menjadi lebih kuat dan menyebabkan Abdul Khalid-Azizah akan menghadapi masalah.

Dan sekiranya Abdul Khalid pula menang, krisis akan berlaku di Selangor. Kalau begitu penampilan Wan Azizah dalam pilihan raya di Kajang untuk apa?

Kalau isu kepimpinan dalam PKR masih kusut mana mungkin Wan Azizah dapat memberi tumpuan kepada penduduk Kajang. Ditakdir Anwar ke penjara lagi, Wan Azizah tentu akan menumpu banyak masa ke penjara bukan meraikan orang Kajang.

Apakah dalam keadaan begitu, bijak bagi pengundi Kajang diwakili Wan Azizah? Pengundi Kajang tidak harus terikat dengan simpati dan fahaman kroni. Kronisme adalah sesuatu yang tidak baik dalam kepimpinan politik.

PKR selalu menghubungkan dirinya memperjuangkan keadilan, menentang korupsi dan nepotisme. Sedangkan ia sangat jelas berlaku dalam amalan kepimpinan. Kalau dalam kepimpinan PKR ia berlaku, bolehkah ia tidak berlaku sekiranya PKR dan pakatan pembangkang dibenar memerintah negara?

Pengundi Kajang ialah orang berfikir. Ramai kelompok kelas menengah dan para akademik di sana. Kes Anwar di mahkamah adalah jelas. Menyatakan ia konspirasi, sekadar helah. Anwar mungkin menggunakan isu ini untuk memikat pengundi yang simpati.

Pengundi Kajang harus memikirkan nasib negara masa depan. Pastinya pengundi perlukan pemimpin yang berintegriti. Rekod baik dan kesinambungan adalah penting bagi menentukan jenis kepimpinan yang harus dipilih.

Simpati, emosi dan persepsi yang tidak kena pada tempatnya menyalahi agama. Agama menganjurkan imej jernih dan wibawa tinggi yang patut ada pada pemimpin. Pemimpin harus memiliki contoh teladan yang menjadi sumber ikutan.

Kajang adalah tempat yang terbaik membina senario baharu dalam politik Malaysia. Kalau politik ditentukan oleh sentimen perkauman dan simpati melulu, ia memberi petanda tidak baik bagi masa depan politik Malaysia.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Mac 14, 2014

#Flight MH370 - A possible location of the crash?


Malaysia Airlines Flight 370 (MH370) -
Map detail of the possible location of the crash


The full resolution satellite picture of the area can be downloaded here. The area of interest is indicated with a red circle.

N2YO.com
9 March 2014, 3:40am EST

Malaysia Airlines Flight 370 (MH370) is a missing international passenger flight operated by a Boeing 777-200ER aircraft with 227 passengers and 12 crew members on board. Flight 370 departed Kuala Lumpur, Malaysia, at 00:41 on 8 March 2014 for a scheduled six-hour flight to Beijing, China. Reports indicate that Subang Air Traffic Control Centre lost contact with the plane at about 01:22, while it was over the Gulf of Thailand, and the plane was reported missing at 02:40. As of 9 March 07:00 UTC the location of the impact is still unknown.

However a scan of the latest Terra/MODIS satellite image reveals a dark band in the South China Sea, located approximately at 6.1N 104.6E. The picture has been taken at 03:35 UTC on 03/09/2014 with a resolution of 250 meters.

Suara Politik
Belantan

Isu Pasport Curi : Interpol BIDAS Malaysia Tak Guna Pengkalan Datanya?

Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble

Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara.

Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu.

“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.

Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.

“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”.

Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.

Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.

“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”.

Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.

“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita mempersoalkan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap soal keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.

Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia.

Suara Politik
Belantan

#MH370 : Pakar cetus teori lubang hitam?


Pakar-pakar kejuruteraan penerbangan dari seluruh dunia mengetengahkan pelbagai teori berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima hari ini, termasuk teori yang tidak masuk akal tentang kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu berada di ‘lubang hitam’ dan menjadi mangsa perang elektronik.

Pakar kejuruteraan penerbangan dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain, Stewart John berkata, pesawat terbabit mungkin memasuki ‘lubang hitam’ seperti lubang hitam di angkasa lepas dan hilang disedut tanpa dapat dikesan. Bagaimanapun, kemungkinan perkara itu berlaku boleh ditolak begitu sahaja kerana lubang hitam itu hanya terdapat di angkasa lepas.

Namun, beberapa teori luar biasa lain turut dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 itu termasuk fenomena ghaib iaitu lenyap tanpa diketahui manusia dengan penggunaan teknologi canggih.

Portal berita Naturalnews.com melaporkan secara teorinya, kemungkinan wujud satu kuasa ghaib baharu yang misteri di planet bumi seperti lubang hitam di angkasa lepas sehingga mampu menyedut pesawat yang terbang di udara tanpa meninggalkan sebarang kesan atau bukti.

Apa yang lebih membimbangkan, jika kuasa itu dibangunkan sebagai senjata oleh sesebuah negara atau pihak tertentu yang mempunyai teknologi canggih, ia akan menjadi teori yang menakutkan berbanding teori kegagalan teknikal pesawat MH370.

Imej dari Digitized Sky Survey menunjukkan lubang hitam, Cygnus X-1 terletak berdekatan kawasan aktif pembentukan bintang dalam galaksi Bima Sakti yang menjangkau sehingga 700 tahun cahaya.

Ada laporan menyebut sesetengah entiti tentera manusia atau bukan manusia sedang menguji keupayaan teknologi canggih yang boleh melenyapkan atau menghantar sesuatu objek ke tempat atau dimensi lain.

Teori ini dikaitkan dengan laporan yang berlaku kira-kira 70 tahun lalu apabila tentera laut AS didakwa menjalankan ujian ‘menghilangkan’ kapal pemusnah USS Eldridge di pangkalan Philadelphia pada 28 Oktober 1943 dan kemudian membawa kapal perang itu semula ke alam nyata. Namun, AS menafikan ia pernah menjalankan ujian tersebut.

Kejadian ini sama seperti kejadian di Segi Tiga Bermuda yang melibatkan kehilangan beberapa kapal dan pesawat tanpa dapat dikesan dan dapat dijelaskan dengan kajian saintifik.

Satu lagi teori yang dikaitkan dengan kehilangan MH370 ialah teori teleportasi yang mengaitkan dengan Stargate yang memindahkan atau membawa sesuatu objek ke tempat lain dan dalam konteks ini pesawat MH370 menjadi mangsa fenomena ini. Penjelasan ini kelihatan seperti sains fiksyen dan mustahil boleh berlaku tetapi kita perlu menyedari dalam era sains fizik moden pernah menunjukkan ia boleh dilakukan melibatkan pengahantaran maklumat menerusi angkasa lepas.

Dalam konteks kehilangan pesawat MH370, jika pesawat itu dilaporkan terhempas, kotak hitam sepatutnya dari awal telah menghantar isyarat kecemasan bagi memudahkan ia dikesan, tetapi dalam kes kehilangan MH370 keadaan ini tidak berlaku.

Selepas lima hari, masih belum ada sebarang isyarat diterima daripada kotak hitam MH370.-UMO

Suara Politik
Belantan

Khamis, Mac 13, 2014

#MH370 : Lelaki etnik Uyghur menjadi tumpuan siasatan?


Seorang penumpang lelaki etnik Uyghur yang menaiki penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) menjadi tumpuan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa Interpol.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan perkara berkenaan.

Tumpuan siasatan kepada lelaki Uyghur berusia 35 tahun yang merupakan pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universit Turki adalah kerana kepakaran yang dimilikinya.

Lelaki yang disiasat itu turut berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom dan mempunyai kepakaran dalam bidangnya serta pernah membuat kajian simulasi penerbangan.

Siasatan itu juga dibuat kerana kerajaan tidak menolak unsur keganasan sebagai salah satu sebab kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Uyghur merupakan kumpulan etnik Turki yang tinggal di China.

Suara Politik
Belantan

TERKINI #MH370 : Pekerja pelantar minyak dakwa melihat pesawat terbakar?


Seorang pekerja pelantar minyak mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam. Objek tersebut dipercayai adalah pesawat penerbangan Malaysia Airlines, MH370.

Menurut laporan laman web berita Astro Awani, maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim pekerja pelantar minyak New Zealand, Michael Mckay.

Mckay merupakan pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya McKay mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah pesawat MH370 yang telah hilang sejak Sabtu lalu.

McKay melaporkan bahawa pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.

Seterusnya, laporan itu turut menyatakan bahawa pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi.

Selain itu, Mckay menjelaskan bahawa dia telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Mac 12, 2014

Misteri belum terungkai?

Operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pihak berkuasa Indonesia setelah gagal menemui bangkai pesawat Boeing 737-400 Adam Air yang hilang pada 2007.

Apabila negara dihebohkan dengan kisah pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 hilang di perairan Laut China Selatan pada awal pagi Sabtu lalu, yang terlintas di fikiran kita sudah tentulah satu insiden hampir sama yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia.

Pada 1 Januari 2007, pesawat Adam Air KI574 jenis Boeing 737-400 yang membawa 102 penumpang dari Bandung ke Manado secara tiba-tiba hilang dari radar tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan, dipercayai telah terhempas di Selat Majene, Sulawesi.

Kira-kira sebulan selepas itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan berikutan tiada sebarang petunjuk serpihan bangkai pesawat dan tragedi itu kemudiannya telah dilupakan oleh rakyat republik itu.

Bagaimanapun, tujuh bulan selepas itu, dua kotak hitam pesawat yang merakamkan data penerbangan dan perbualan juruterbang dalam kokpit berjaya ditemui.

Setelah sembilan bulan analisis dibuat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS), ia merumuskan juruterbang telah mematikan alat pemanduan automatik bagi membaiki Sistem Rujukan Inersia (IRS).

Ketika sibuk membuat pembaikan tiada siapa yang menerbangkan pesawat sehingga menyebabkan ia mengiring ke kanan dan menjunam ke dalam laut.

Walaupun masih awal untuk merumuskan apa yang berlaku pada pesawat Boeing 777-200 milik MAS, sesuatu yang harus diakui bahawa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah mengikut setiap prosedur operasi standard (SOP) dalam misi menyelamat pesawat tersebut.

Seperti yang disebut oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan isyarat pesawat itu pada 1.30 pagi iaitu 49 minit selepas pesawat itu berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

DCA telah bertindak serta-merta untuk mengesan semula kedudukan pesawat berkenaan dengan bantuan pihak-pihak berkenaan dari Vietnam dan Singapura.

Pihak MAS turut dimaklumkan dengan segera oleh DCA yang kemudiannya telah bertindak pantas memaklumkan kedutaan dan konsulat yang mempunyai rakyat yang menaiki pesawat tersebut.

Syarikat itu turut menubuhkan Pusat Kawalan Respons (RCC) bagi menyediakan maklumat berterusan, kemudahan perjalanan untuk kaum keluarga ke Kuala Lumpur, tempat tinggal, makanan dan sokongan emosi kepada keluarga mangsa.


Segala yang dilakukan oleh syarikat itu seharusnya dihargai oleh semua pihak. Seperti yang telah diluah ayah kepada pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohd. Sofuan Ibrahim yang turut hilang, Ibrahim Abd. Razak, MAS dan pihak-pihak berkaitan sangat membantu dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa dan akses maklumat.

"Alhamdulillah, tiada apa yang perlu dirisaukan dan rungutan, cuma hati sendiri yang masih belum tenang selagi perkara ini belum selesai," katanya kepada portal berita, Malaysia Gazette.

Satu lagi yang harus dipuji adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh semua negara untuk melaksanakan operasi dan menyelamat termasuk Vietnam, China, Singapura, AS, Thailand, Indonesia dan terbaharu Australia di kawasan lautan yang kini menjadi pertikaian banyak negara.

Untuk mencari pesawat di lautan yang luas adalah cukup payah dan ia terbukti apabila bangkai pesawat Air France 447 jenis Airbus A330 yang terhempas di Lautan Atlantik pada 6 Jun 2009 hanya ditemui enam hari selepas itu dan kotak hitam pula hanya dapat dikeluarkan dari laut dua tahun kemudian.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai rekod bersih yang tidak pernah mengalami kemalangan udara dahsyat kecuali penerbangan MH653 yang meletup dan terhempas bersama 93 orang di Tanjung Kupang, Johor pada 1977; sebenarnya terdapat banyak faktor di luar kawalan yang mungkin menyebabkan tragedi itu berlaku.

Walaupun pesawat Boeing 777-200 itu dikatakan pernah mengalami patah pada hujung salah satu sayap setelah berlanggar dengan pesawat China Eastern Airline, Airbus A340 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, China pada 2012, masalah yang akan berlaku hanyalah ketika mendarat atau berlepas.

Sebaliknya, kata bekas jurutera keselamatan Boeing yang juga Pengarah Airsafe.com Foundation, Todd Curtis, tragedi berlaku ketika pesawat sedang dalam penerbangan dengan kelajuan tinggi.

"Satu kemungkinan adalah tragedi berlaku terlalu pantas sehingga juruterbang tidak sempat menghantar isyarat kecemasan," katanya lagi kepada AP.

Dalam pada itu, pensyarah yang pakar dalam kemalangan pesawat daripada Universiti Aeronautik Embry-Riddle, AS, William Waldock turut sependapat dengan Curtis bahawa tragedi yang berlaku adalah secara tiba-tiba dan sangat ganas sehingga alat penentu lokasi pesawat tidak berfungsi.

Menurut beliau, sekiranya berlaku kerosakan mekanikal termasuk kedua-kedua enjin tidak berfungsi, juruterbang masih mempunyai masa untuk membuat panggilan kecemasan.

Untuk rekod, Boeing 777-200 mempunyai rekod keselamatan yang paling selamat selama 18 tahun dengan hanya satu tragedi melibatkan pesawat Penerbangan Asiana yang terhempas dan membunuh tiga orang pada tahun lalu.

Para pakar keselamatan penerbangan kini berpendapat terdapat dua kemungkinan tragedi itu terjadi sama ada angkara pengganas atau juruterbang sendiri sengaja menghempaskan pesawat ke laut.

Perkara sama dinyatakan akhbar United Kingdom, Sunday Mirror yang memetik pakar antipengganas, Kolonel Richard Kemp, bahawa kumpulan militan Islam Uighurs atau mereka yang bersimpati dengan mereka mungkin terbabit dengan kejadian tersebut.

Walaupun terdapat petunjuk ke arah itu, adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sehingga kotak hitam pesawat terbabit ditemui seperti dalam kes pesawat 737-400 Adam Air.

Tambahan pula, data pemantauan awal yang diperiksa oleh pihak tentera AS, Pentagon hari ini mencadangkan pesawat MAS yang hilang, tidak meletup di Laut China Selatan.-UMO

Suara Politik
Belantan

#MH370 : Telefon penumpang MH370 ada deringan, akaun online aktif, dakwa keluarga?

Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 menangis ketika mendengar khabar sedih kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu awal pagi Sabtu.

Saudara kepada penumpang dalam pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media.

Washington Post berkata, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.

“Dalam sebahagian kes lain, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan Cina digelar QQ,” lapor Post.

Perkembangan yang menyeramkan itu timbul dan pihak berkuasa Malaysia juga menggambarkan kehilangan MH370 sebagai misteri.

Seorang lelaki memberitahu Washington Post bahawa akaun QQ abang iparnya menunjukkan bahawa beliau sedang online.

Sangat mengecewakan bagi mereka yang menunggu dengan harapan menggunung untuk sebarang berita atau petanda, apabila mesej tidak berjawab dan panggilan tidak berangkat.

Dalam pada pasukan pencari dan penyelamat dari 10 negara meluaskan lagi kawasan pencarian untuk mengesan pesawat hilang itu, doa masih belum dimakbulkan.

Daily Mail melaporkan misteri panggilan telefon dan kehadiran penumpang MH370 aktif dalam talian menimbulkan suasana tidak keruan di kalangan keluarga dan waris terdekat.

Keluarga dan saudara-mara menghabiskan masa tiga hari berkumpul di Hotel Beijing dengan perasaan kecewa, menanti dengan gelisah untuk sebarang berita mengenai MH370 yang hilang itu.

Pegawai Malaysian Airlines di Beijing sudah diberitahu berulang kali mengenai akaun QQ dan panggilan telefon yang berdering.

Keluarga dan waris terdekat berharap pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan berjaya mendapatkan isyarat GPS daripada telefon berkenaan dan mengesan ahli keluarga mereka.

Bian Liangwei, adik perempuan kepada seorang pesawat MH370, mendakwa dia menelefon abangnya dan mendengar ada nada dering.

“Pagi ini, kira-kira jam 11.40 pagi, saya menghubungi nombor telefon bimbit abang saya dua kali, dan saya mendengar nada dering,” katanya kepada International Business Times.

Pada jam 2 petang, Bian telefon sekali lagi dan mendengar nada dering itu lagi.

“Jika saya boleh menembusi talian itu, polis boleh mengesan kedudukannya, dan ada peluang dia masih hidup,” katanya.

Bagaimanapun, pada sidang media di Beijing, jurucakap MAS, Ignatius Ong, berkata salah satu nombor yang diberikan kepada ibu pejabat syarikat penerbangan itu di Kuala Lumpur tidak berjaya dihubungi.

“Saya sendiri ada membuat panggilan kepada nombor itu sebanyak lima kali sementara pusat kawalan penerbangan juga menghubunginya. Kami tidak mendapat nada jawapan,” Ong berkata.

Selepas tiga hari pencarian tidak berhasil, pasukan SAR meluaskan radius pencarian mereka dan ia termasuk ke kawasan yang sebelum ini tidak diambil kira.

“Pencarian pada mulanya dibuat di laluan pesawat MH370 tetapi kita sudah membuat keputusan untuk meluaskan radius dan memasukkan kawasan lain,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Pencarian kini beralih ke Selat Melaka, kira-kira 100 batu jauhnya daripada kali terakhir pesawat itu dirakamkan oleh perkakas pemantauan elektronik.

Peralihan dramatik itu mencetuskan kemungkinan pesawat itu terbang tanpa dapat dijejak, merentasi tanah besar Malaysia, sebelum menjunam ke dalam laut.

Malaysian Airlines dalam kenyataannya berkata, fokus pencarian kini ialah di pantai barat negara, berhampiran Selat Melaka, iaitu bahagian bertentangan di semenanjung Malaysia di mana pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Azharuddin berkata, kenyataan itu tidak bermakna pihak berkuasa percaya pesawat itu menghala ke pantai barat dan pencarian dilakukan di kedua-dua bahagian.

Boeing 777 membawa 239 penumpang ketika ia hilang daripada radar pada awal pagi Sabtu ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur, menyebabkan usaha pencarian besar-besaran antarabangsa dijalankan.

Pihak berkuasa memulakan pencarian mereka di kawasan di mana pesawat itu kali terakhir diketahui berada, iaitu di satu kawasan di laut antara Malaysia dan Vietnam. Tanpa sebarang serpihan pesawat ditemui, mereka secara sistematik meluaskan pencarian dan memasukkan kawasan di mana pesawat itu mungkin berada, secara teorinya mengikut jumlah minyak yang berada di tangkinya.

Mereka juga berkata, pesawat itu mungkin berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Pada Ahad, ketua pasukan tentera udara berkata, ada petanda di radar tentera yang menunjukkan pesawat itu melakukan pusingan U.

Satu Lagi PRK Bakal Diadakan...!!! Karpal Didapati Bersalah Hina Sultan Perak, Denda RM4,000?


Peguam Karpal Singh hari ini didenda RM4,000 kerana didakwa bersalah di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwa.

Peguam Gobind Singh memohon agar hukuman dijatuhkan hari ini, supaya pihaknya boleh mempersiapkan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Karpal ketika ditemui wartawan di luar mahkamah memberitahu, beliau akan memfailkan rayuan bagi meringankan hukuman ini.

“Saya akan failkan rayuan,” katanya ringkas.

Pada 21 Februari, Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah kerana menghamburkan perkataan hasutan ke arah Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

Karpal, 73, dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Feb 2009.

Karpal didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Jan 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan!

Suara Politik
Belantan

Selasa, Mac 11, 2014

Apo nak di kato : Majlis Peguam sahkan Anwar meliwat?



Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti berikut:

"Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa."

Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan. Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.


Mahukah Anwar nak menafikannya lagi?

Suara politik
Belantan

Isnin, Mac 10, 2014

Kes Sodomi II: Bila hakim bicara salah arah diri?


Bagi kebanyakan orang, andainya seorang itu disabitkan kesalahan yang membawa hukuman penjara, sebaik-baik sahaja tamat prosiding di mahkamah, dia akan terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukumannya.

Tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sebarangan orang. Dia mantan Timbalan Perdana Menteri, orang kuat PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Mengikut orang kanannya Azmin Ali, Anwar ialah “seorang figura awam terkemuka di peringkat global."

Walaupun Anwar telah disabitkan kesalahan liwat pada Jumaat 7 Februari 2014 lalu oleh Mahkamah Rayuan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun, pasukan peguamnya telah segera memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sambil menunggu mendapatkan izin Mahkamah Persekutuan untuk membuat rayuan selanjutnya terhadap sabitan itu.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan hakim bicara Mohd Zabidin Mohd Diah, yang mendapati Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 9 Januari 2012.

Walaupun buat sementara waktu Anwar terus bebas dan tak perlu masuk penjara, beberapa persoalan penting terus menjadi tanda tanya. Apakah Anwar terpaksa mengosongkan kerusinya di Permatang Pauh? Apakah dia akan dibenarkan bertanding di Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi? Andainya dia boleh bertanding dan menang, apakah dia akan berjaya mencapai cita-citanya menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim?

Kes Sodomi II

Anwar dituduh melakukan kesalahan meliwat pembantunya (pada masa itu) Saiful Bukhari pada 7 Ogos 2008. Dua tahun berlalu sebelum akhirnya pada 1 Februari 2010 dia tampil di mahkamah untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah.

Kes ini dipanggil sebagai kes ‘Sodomi II’ kerana sebelum ini Anwar telah pun menghadapi pertuduhan meliwat seorang lain (Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isterinya), di mana dia disabitkan oleh Mahkamah bicara tetapi akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan manfaat keraguan (the benefit of the doubt) mesti diberi kepadanya.


Empat bulan selepas kes Sodomi II ini mula didengar, pada 16 Mei 2010 hakim bicara Mohd Zabidin mendapati pasukan pendakwa telah berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh itu Anwar dipanggil membela diri.

Apa yang menghairankan banyak pihak adalah walaupun di peringkat awal hakim bicara puas hati ada kes prima facie terhadap Anwar, pada 9 Januari 2012 hakim mendapati Anwar tidak bersalah. Hakim memutuskan demikian kerana pada pendapatnya “integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Saiful" tidak 100 peratus jelas dan meyakinkan.

Hakim bicara itu juga telah menyatakan adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

Prinsip penting ini perlu kita fahami, iaitu Anwar dibebas dan dilepaskan oleh hakim bicara kerana sebagai tertuduh dia berhak diberi the benefit of the doubt tentang kesahihan keputusan ujian sampel DNA berkenaan.

Terkilan dengan keputusan acquittal and discharge hakim bicara inilah pasukan pendakwa telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Sekarang, kira-kira dua tahun selepas itu, tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mendapati hakim bicara telah gagal membuat penilaian sewajarnya terhadap keterangan yang dikemukakan di mahkamah, termasuklah keterangan yang diberi oleh Jude Pereira, salah seorang saksi pasukan pendakwa.

Mengikut Mahkamah Rayuan, tidak ada alasan bagi hakim bicara membuat dapatan yang berbeza di peringkat prosiding yang berbeza. Jika dulu, sewaktu mendapati ada kes prima facie di penghujung kes pendakwaan, hakim bicara ada menyatakan Jude Pereira ialah seorang saksi yang boleh dipercayai, berkelayakan dan berpengalaman dalam keputusannya (an impeccable, qualified and experienced witness), kenapa kemudian (setelah mendengar pasukan pembelaan mengemukakan kesnya) hakim bicara berpendapat sebaliknya pula?

Mengikut Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang menyampaikan keputusan bagi pihak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan; “Tiada sebab Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perlu berganjak dengan hasil penemuan yang dibuat di akhir kes pendakwaan yang sempurna, lengkap dan tanpa kecacatan,".

Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan memutuskan - “Kita dapati hakim bicara telah membuat salah arah diri mengenai integriti keterangan. Kita benarkan rayuan dan ketepikan penghakiman Mahkamah Tinggi."


Kes Sodomi II Anwar Ibrahim mengambil masa hampir enam tahun dari peringkat mula hingga peringkat pertengahan ini. Pastinya kini pasukan peguamnya akan merayu ke Mahkamah Persekutuan. Mengikut prosedur, mereka terpaksa mendapatkan izin Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu. Ramai menjangka izin akan diberi, seperti yang telah berlaku dalam kes Sodomi I dulu.

Hakim fakta dan hakim undang-undang

Setelah sistem juri dimansuhkan di negara ini, setiap hakim bicara yang mengendalikan kes jenayah itu akan memainkan dua peranan penting - dia ialah hakim undang-undang (judge of law), dan dia juga ialah hakim fakta (judge of fact).

Apabila hakim bicara menerima keterangan di mahkamah (menerusi saksi biasa dan saksi pakar) serta menilai barang bukti (weight of the evidence) seperti sampel DNA dan sebagainya, hakim bicara (sebagai hakim fakta) akan membuat dapatan fakta (finding of fact). Dia akan melihatnya dari sudut soalan: “Apakah sudah cukup fakta untuk mensabitkan tertuduh?"

Selain itu, hakim bicara juga akan mendengar hujah daripada kedua-dua pihak (pasukan pendakwa dan pasukan peguam bela tertuduh) mengenai undang-undang. Setiap isu undang-undang, kecil atau besar, perlu diperhatikan, hujah kedua-dua pihak didengar dan dinilai, dan akhirnya barulah boleh diputuskan sama ada pasukan pendakwa telah dapat membuktikan hingga melampaui keraguan yang munasabah bahawa tertuduh benar-benar bersalah.

Tertuduh tidak boleh disabitkan hanya disebabkan syak sahaja (merely on suspicion). Tertuduh tidak boleh disabitkan jika hakim bicara masih ragu-ragu lagi tentang fakta dan tentang undang-undang.

Dalam kes Sodomi II ini, hakim bicara tidak yakin dengan integriti sampel DNA dan kredibiliti saksi pendakwa bernama Jude Pereira. Oleh itu dia menyatakan “adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh".

Semasa kita masih mengamalkan sistem juri dulu, hakim bicara ialah hakim undang-undang manakala juri kita ialah hakim fakta. Persoalan sama ada tertuduh sabit ataupun tidak, keputusan ini akan dibuat oleh juri setelah juri mendengar ‘arahan’ daripada hakim bicara.

Kini bila sistem juri tidak diamalkan lagi, hakim bicara terpaksa memutuskan sendiri tentang fakta dan undang-undang. Dia akan membuat dapatan fakta (finding of fact) dan membuat keputusan tentang undang-undang (ruling on the law).

Di sinilah seorang hakim fakta itu boleh membuat khilaf atau silap, dan kesilapan inilah yang dipanggil ‘salah arah diri’ bila keputusannya itu diperiksa dan diteliti semula oleh mahkamah di peringkat rayuan.

Sekiranya salah arah diri hakim bicara itu didapati mencacatkan atau menjejaskan penghakimannya, keputusan hakim bicara itu terpaksa diketepikan. Inilah yang berlaku dalam kes Sodomi II.

Sumber : UMO

Suara Politik
Belantan

Sudahlah Anwar...!!! Jangan lagi heret rakyat?


Anwar Ibrahim digesa supaya tidak 'melatah' dan menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat.

Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anuar Shaari berkata, Anwar perlu akur dengan keputusan itu dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi yang mungkin akan memburukkan keadaan.

"Anwar masih ada peluang untuk melawan kes beliau sekiranya tidak berpuas hati. Saya cuma mohon kepada beliau dan 'konco-konconya' agar tidak melakukan apa-apa provokasi yang menyusahkan rakyat.

"Tidak perlu melakukan apa-apa demonstrasi yang boleh mendatangkan keadaan huru-hara. Cukuplah insiden 1998 dulu, jangan cuba ulangi lagi. Hormatilah keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan Jumaat lalu memutuskan Anwar didapati bersalah oleh atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008, sekali gus menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Ketua Umum PKR itu.


Sementara itu, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, penyokong PKR diminta menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat.

Serentak dengan itu, katanya, seluruh pimpinan PKR perlu mencari calon lain yang lebih berkelayakan untuk menggantikan Anwar yang sudah terpalit dengan kesalahan meliwat itu.

Katanya, tindakan sedemikian hanya dianggap sebagai 'menzalimi' Anwar jika mereka tetap meletakkan Anwar untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana beliau sudah cukup terbeban dengan keputusan mahkamah itu.

"Saya berharap semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan ini sebagaimana kami menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar.

"Dalam hal ini, kita yakin PKR mempunyai maruah, menjunjung demokrasi dan kedaulatan undang-undang serta tidak akan memaksa rakyat mengadakan demonstrasi.


"Saya juga berharap pihak berkuasa tidak teragak-agak memastikan kesejahteraan negara serta tidak menggadaikan rakyat hanya kerana seorang manusia yang sudah terpalit dengan kesalahan liwat," katanya.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim pula berkata, Anwar diminta tidak menggunakan taktik lama dengan melemparkan tuduhan bukan-bukan kepada kerajaan bahawa keputusan mahkamah itu merupakan campur tangan daripada Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, kata beliau, penyokong Anwar termasuk parti pembangkang lain diminta akur serta hormat dengan keputusan mahkamah itu dan tidak mudah melatah dengan mengadakan demonstrasi.

"Kita tahu dalam sistem kehakiman Anwar masih ada ruang untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan, namun kita harap penyokong beliau tidak terus melatah dan menghormati keputusan ini.

"Jelas di sini kita ada kebebasan kehakiman yang dijamin, oleh itu, jangan ada orang cuba mentafsirkan berlaku campur tangan politik kerajaan dalam sistem ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Media Statement by DCA-Department of Civil Aviation (Jabatan Penerbangan Awam)?


Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam, masih belum disahkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa di Vietnam untuk mengesahkan laporan Akhbar Tuoi Tre itu tetapi tidak lagi menerima sebarang jawapan.

Akhbar itu melaporkan bahawa tompokan minyak itu masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga dilaporkan mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.

Azharuddin turut berkata pihaknya juga telah meneliti rakaman CCTV berkaitan penumpang pesawat terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan keganasan.

"Kami tidak menolak semua kemungkinan," kata Ahmad Jauhari apabila ditanya wartawan samada kejadian itu ada kena mengena dengan keganasan.

Pencarian pesawat MH370 akan diteruskan sepanjang malam ini dan pencarian akan diperluas meliputi semua kawasan perairan di Malaysia termasuk laut China Selatan dan Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard DCA dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Suara Politik
Belantan