Rabu, Mei 12, 2010

Antara Ketuanan Melayu Dan Ketuanan Rakyat !

Kebelakangan ini sudah timbul kembali polemik mengenai ketuanan Melayu. Mungkin kita tertanya-tanya, apakah salah dan hina ketuanan Melayu jika ia tidak pun menindas orang lain, apatah lagi merampas harta benda dan hak orang bukan Melayu sebagai penduduk negara ini.
Jika isu ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, maka kita perlu menerangkan asas mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO. Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud ketuanan Melayu bukan bermakna ia tidak lagi relevan. Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO sebuah parti perkauman, maka kita mahu lari dari tuduhan dengan menukar arah perjuangan kita.

Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara. Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?

Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba. Kita melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu.

Masalah kita hari ini, mungkin terdapat pemimpin UMNO sendiri tidak memahami erti ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan. Ada yang merasakan mereka menjadi tuan sehingga lupa maksud asal ketuanan Melayu.

Tekanan

Bagi memberi tekanan kepada UMNO, ada kumpulan tertentu yang memperkenalkan pula slogan ketuanan rakyat. Apakah makna ketuanan rakyat tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan ketuanan rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.

Kita melihat ketuanan rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu.

Apakah yang ingin diruntuhkan melalui slogan ketuanan rakyat? Mungkin kita akan nampak ketuanan rakyat ini akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.

Sekarang ini sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa pelantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.

Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini? Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan ketuanan rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu?

Dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku dan jadilah negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu.

Kita tidak tahu sama ada rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu akan membiarkan perkara ini terjadi. Sebenarnya perkara yang sama telah pun berlaku di negara jiran kita Singapura. Orang Melayu mesti sedar apakah di sebalik gagasan idea ketuanan rakyat ini. Kita bimbang jika ini berlaku akan tercetus kejadian yang akan merosakkan hubungan harmoni di antara kaum yang telah terjalin hasil dari rundingan yang dilakukan di antara tiga kaum ketika merdeka.

Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Bangsa Melayu yang tergadai akan hilang pertimbangan dan pada ketika itu emosi akan mendepani perjuangan. Tindakan yang akan diambil merupakan tindakan di luar jangkaan. Orang Melayu bila terus diasak sehingga tiada ruang untuk bergerak, mereka akan mengambil tindakan walaupun mungkin tidak akan menguntungkan negara.

Rakyat Malaysia perlu belajar daripada apa yang berlaku di negara Balkan seperti Bosnia, Serbia dan Croatia bila mana masalah kaum dan agama menjadi pemisah dan pencetus kepada peperangan. Janganlah kerana kita memikirkan untung yang sedikit tetapi akhirnya rugi seumur hidup. Biarlah kita dilihat rugi sedikit hari ini tapi hidup aman hingga akhir hayat.

Ideologi ketuanan rakyat akan membawa satu fenomena yang amat berbahaya kepada negara kita. Orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.

Diharapkan kepada seluruh rakyat Malaysia berfikir untuk maju tanpa mengorbankan sejarah dan pusaka bangsa kita. Perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan sejarah dan pusaka kita.

Kedudukan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu akan terus menjadi tunjang perjuangan ini. Walau apa pun yang diperkatakan, UMNO perlu menegakkan perjuangan ini. "Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung tetap didaki".

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mei 11, 2010

Kembalikan Kekuatan Orang Melayu 64 Tahun Yang Lalu!

Orang Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilemma yang amat menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia?

Kalau tidakpun, jenis Melayu yang bagaimana yang akan jadi penghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa? Akan berakhirkah perbalahan sesama Melayu ini? Mungkinkah pada akhirnya orang Melayu akan mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?

Pada 11 Mei, 64 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di negara ini. Pada ketika itu ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal menyaksikan orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah mengumpulkan kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib Melayu.

Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden. Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi apa yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan raja-raja.

Perlu diingatkan bahawa perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.

Yang menyedihkan apabila selepas 64 tahun ia ditubuhkan dan setelah 53 tahun negara merdeka, segala susah payah dan pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang sepi terutamanya oleh golongan muda Melayu. Perjuangan UMNO yang menjadi tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum kian dilupakan.

Ianya dapat dilihat dengan jelas didalam keputusan PRU ke – 12 yang lepas di mana memperlihatkan senario berbeza terhadap sokongan kepada UMNO dan BN. Adakah selepas lebih enam dekad berbakti, UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu?

Namun sejak akhir-akhir ini apabila terdapat bibit-bibit perpecahan di antara orang Melayu, sudah ada yang berani mengambil kesempatan. Ini dapat dilihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mengambil tindakan mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu itu.

Ia seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union. Orang Melayu dan UMNO sepatutnya bangkit membantah dan mendesak supaya Karpal Singh menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kapada Sultan dan Raja-raja Melayu.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa para pemimpin Pas dan PKR diam membisu. Sikap berdiam diri para pemimpin Pas berhubung isu Karpal mengkritik sultan juga menunjukkan pendirian mereka yang tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu. Setelah sekian lama didesak barulah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang Karpal Singh adalah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Presiden Pas sendiri masih membisu. Mungkin sedang mencari fatwa yang sesuai untuk digunakan? Malah lebih memeranjatkan lagi apabila penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan egonya mempertahankan tindakan Karpal Singh. Sekarang mungkin rakyat sudah nampak “ warna sebenar “ Anwar Ibrahim.

Mungkin kita masih tersentak dengan sikap bekas Menteri Besar Perak yang telah kehilangan kuasa dengan biadapnya memohon ‘ derhaka ‘ kepada sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan krisis yang berlaku di Perak. Tidak pernah terjadi didalam sejarah melayu apabila rakyatnya memohon derhaka semata-mata kerana gila dan tamakkan kuasa! Siapa sebenar dalang dibelakang Mohd Nizar sehingga hilang maruahnya sebagai seorang melayu yang beragama Islam.

Walaupun Pas mengatakan mereka juga memperjuangkan Melayu dan Islam namun setakat ini parti itu masih belum menunjukkan kemampuan sebenar dalam memastikan hak Melayu tidak terus tercabar. Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Adakah nasib Melayu boleh diletakkan di bahu mereka yang mana kalau dilihat daripada peratus pemimpin Melayu mereka tak sampai separuh? Berapa ramai anggota IFC (Interfaith Commission) terdiri daripada pemimpin PKR?

IFC ditubuhkan dengan matlamat meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam di dalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud di dalam PKR. Apabila berjaya memerintah Selangor dan bersekongkol dengan DAP, sudah mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan DEB. Bolehkan PKR mengambil alih peranan UMNO untuk membela nasib orang Melayu?

Adakah disebabkan DAP adalah ahli keluarga Pakatan Rakyat, mereka mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga sanggup melihat Raja-Raja Melayu diperlekehkan dengan hanya berpeluk tubuh dan hanya menunggu saat yang memberi keuntungan politik kepada mereka barulah mereka bertindak sesuatu. Untuk menjaga hati DAP mereka sanggup menjadi pengkhianat bangsa mereka sendiri.

Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP. Terbaru apabila Zaid Ibrahim pula mempetikaikan titah sultan Selangor agar masjid-masjid di negeri Selangor tidak di salahgunakan untuk tujuan politik dan sehingga sekarang masih berdegil tidak mahu memohon maaf kepada baginda sultan.

Yang paling ketara adalah Pas apabila sanggup membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semasa pilihanraya yang lepas semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu. DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.

Dan apabila melihat Islam ditindas oleh barat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan melihat orang Melayu Islam sedang berpecah dan kerajaan semakin lemah, ada pula dari pihak Gereja mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan untuk menggunakan perkataan Allah di dalam bulletin mereka. Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan.

Terbaru apabila pihak Gereja Katolik Malaysia berjaya di dalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk perisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.

Dalam budaya amalan dan adat resam Melayu, “Allah” itu ialah nama eksklusif bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Satu; Maha Pemurah, Bijaksana dan Pengampun. Orang Melayu dalam amalan mereka tidak mengunakan gantinama “Tuhan” pun untuk memberikan maksud yang sama, tetapi “Allah”. Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam.

Walaupun mereka mengatakan pihak Kristian di arab menggunakan nama Allah, tetapi itu di Arab dan bukannya di Malaysia. Tidak kah janggal namanya. Tidak kah pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa sekarang mereka membuat tuntutan itu? Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama Allah yang maha esa.

Malah ada pula segelintir umat Islam yang dikatakan hendak menegakkan ‘Islam mereka’dinegara ini kerana gilakan kuasa sanggup bersekongkol dengan pihak gereja agar nama Allah boleh digunakan oleh Kristian! Ini tidak termasuk nama-nama lain seperti Anwar Ibrahim, Khalid Samad dan lain-lain. Mereka-mereka ini sanggup melacurkan ugama demi untuk mendapatkan satu undi. MasyaAllah!

Tidak kira apapun jua tuntutan mereka sama ada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu tetap utuh ditanah air kita, sama-samalah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini. Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu yang beragama Islam untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa.

Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja. Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca.

Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak kehilangan punca, maka dengan itu perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah".

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Mei 10, 2010

Selangor Bangkit : Kemelut Isu Pasir Di Selangor!














Kerajaan Negeri Mewujudkan Monopoli Dalam Industri Pasir


• Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

• KSSB tidak takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.

• Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan

Kerajaan Negeri Melalui KSBB Gagal Menguruskan Hasil Pasir

• Menteri Besar mendakwa kewujudan hanya satu syarikat boleh membendung aktiviti mencuri pasir. Persoalan mengapa masalah kecurian pasir masih berleluasa dan kerap dilaporkan?

• Antaranya dakwaan kegiatan curi pasir di belakang kampus Unisel, Lembangan Sungai Langat di Kuala Langat dan Dengkil, Sepang.

• Malah ada laporan polis dan dakwaan kecurian pasir menggunakan lori KSSB di mana KSSB merayu atas kompaun akibat “kesalahan mengeluar bahan batuan tanpa wibawa yang sah” misalnya di Kuala Selangor.

• SPRM turut menahan setiausaha sulit seorang Exco kerajaan negeri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan kelulusan kontrak perlombongan pasir dan lawatan ke China.

Industri Pasir Menyebabkan Pencemaran

• Kawasan tahan air negeri ini diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan aktiviti pengorekan atau mencuri pasir, misalnya di Sungai Baranang yang mengakibatkan pencemaran di muka sauk Sungai Semenyih yang terpaksa ditutup beberapa bulan lalu.

• Julai 2009, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah mengarahkan lombong di Sunway Semenyih ditutup sertamerta kerana mengakibatkan pencemaran di Sungai Medang, Hulu Langat.

Terbaru : Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim meminta Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis jika mempunyai bukti mengenai kegiatan rasuah dan penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Abdul Khalid juga meminta Manikavasagam mendedahkan nama pegawai atasan KSSB yang terlibat dalam rasuah agar kerajaan negeri boleh mengambil tindakan terhadap individu itu.

" Saya berpendapat Manikavasagam harus telus. Kalau betul dia tahu orang yang dimaksudkan, saya nasihatkan dia umumkan namanya segera agar kerajaan negeri boleh ambil tindakan sewajarnya dan segera buat laporan polis," katanya. Semalam, Manikavasagam memberi Abdul Khalid masa 72 jam untuk membersihkan 'kekotoran' di kalangan pegawai atasan KSSB.

Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa terlalu banyak rasuah yang dilakukan oleh pegawai atasan anak syarikat kerajaan negeri itu dan ia perlu dibersihkan segera oleh Abdul Khalid. Manikavasagam juga mendakwa abang Abdul Khalid iaitu Abdul Rahman mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut sehingga ramai kepimpinan PKR tidak senang dengan perkara itu.

" KSSB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan Abdul Rahman tak ada kepentingan di dalamnya," jelas Menteri Besar itu. Tujuan asal KSSB ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu dalam usaha untuk menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Kemelut terbaru yang melanda pembangkang ekoran pendedahan Ahli Parlimen Kapar tersebut memang dijangka kerana terlalu banyak kepincangan sejak pembangkang memerintah beberapa negeri selepas 2008. Apa yang menariknya adalah semua pendedahan itu dibuat oleh wakil rakyat mereka sendiri yang mulai sedar bahawa perjuangan pembangkang jauh tersasar dan tidak mengutamakan rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu.


Suara Politik
Taminsari

True Story : " Politik Wang " Bermula Dari Anwar!

Remember the times when Anwar said he will not challenge Tun Ghaffar Baba?

Anwar : I am not challenging Ghafar for no. 2 position

KUALA LUMPUR, Sat. – Datuk Seri Anwar Ibrahim announced today he will not challenge Ghafar Baba for the Umno deputy presidency during the party’s elections in November. The Finance Minister, ...who is also an Umno vice-president, said his decision was based on his belief that party unity and strength must be enhanced so that the country can continue to enjoy peace and prosperity. – New Sunday Times (25 April 1993)

Ghafar Baba reciprocated the ’selfless’ Anwar and thanked him publicly;
KUALA LUMPUR, Mon. – Umno deputy president Ghafar Baba said he appreciated the statement by party vice-president Datuk Seri Anwar Ibrahim that he would not challenge him for the number two post in the November party elections. Ghafar said this when asked about Anwar’s statement in a radio talk show over Radio Televisyen Malaysia this morning. – NST (11 May 1993)

The following month, Anwar reiterated his stand not to contest;
KUALA LUMPUR, Jumaat – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusannya tidak mencabar Timbalan Presiden, Ghafar Baba, dalam perhimpunan agung parti itu, November ini, adalah muktamad. “Tiada yang berubah. Apakah ada apa-apa yang berubah? (Ini) kenyataan yang sama daripada dulu. Tidak ada tukar. Saya dah katakan sebelum ini,” katanya. – Berita Harian (12 June 1993)

Come November 1993 that year, Anwar humiliated the venerable Ghafar in an Umno general election which was marred by an unprecedented money corruption activity. The rest as they say, is history.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Mei 09, 2010

Aku pun melayu, tapi khianat : Zaid lebih patuh pada Kit Siang?





















Setelah memperlihatkan sikap buruk kerana tidak dapat menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, pemimpin PKR, Zaid Ibrahim buat hal lagi. Kali ini beliau mempersoalkan titah Sultan Selangor agar masjid tidak digunakan untuk kempen politik dan dakyah parti. Zaid mendakwa titah itu hanya pendapat peribadi baginda.

Ia bukan arahan, perintah atau decree. Menurut beliau, dalam sistem Raja Berperlembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman Raja-Raja Melaka dahulu. Walaupun dikenali sebagai seorang tokoh peguam, tafsiran Zaid cukup dangkal. Undang-Undang Tubuh kerajaan Negeri Selangor jelas menyatakan titah (arahan) baginda wajar dipatuhi.

Agak hairan juga apabila Zaid mengambil sudut negatif titah Sultan Selangor yang bertujuan menjaga kesucian Islam. Sebagai orang Islam beliau sepatutnya bersyukur baginda melaksanakan peranannya sebagai raja yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam. Janganlah kerana kepentingan politik, beliau sanggup membelakangkan kepentingan agama. Janganlah juga kerana imejnya sebagai Melayu liberal maka agama boleh dipertaruhkan. Bayangkan implikasinya jika semua pihak dan parti politik boleh sebebas-bebasnya menggunakan masjid untuk berpolitik.

Umat Islam yang sudah berpecah akibat ketaksuban politik, akan makin berpecah dan lemah. Rasanya penganut agama lain pun berhemah dalam menggunakan rumah ibadat mereka sebagai tempat penyatuan, bukan perpecahan. Dilihat pandangan Zaid adalah songsang dan di luar tabii. Ia bercanggah dengan kepentingan Islam. Kalaulah PKR memerintah, kita sudah boleh menjangkakan Malaysia akan diheret akhirnya menjadi negara republik. Membenarkan beliau terus bersikap kurang ajar dan biadab, akan memberi isyarat yang salah kepada banyak pihak.

Orang seperti beliau akan tafsir perkara dan isu mengikut kepentingan politik semata-mata. Percayalah Zaid akan lebih patuh kepada nasihat pemimpin DAP Lim Kit Siang daripada nasihat sultan. Zaid juga tidak mungkin biadab kepada DAP berbanding sultan. Hampir kesemua isu dan perjuangan DAP disokong oleh Zaid termasuk menuntut kesamarataan, yang tidak bertunjangkan realiti sejarah dan Perlembagaan negara.

Bercerita tentang unta di padang pasir lebih baik daripada bercakap tentang beliau. Zaid menulis buku berjodol 'Aku pun Melayu'! tetapi dengan sikap yang ditunjukkan oleh Zaid jelas menampakkan bahawa Zaid adalah Melayu yang tidak sedar diri. Kalau berhujah panjang dan bercakap banyak pun, tidak berguna. Zaid tetap Zaid. Di harap umat Islam dan orang Melayu dapat menilai kenyataan Zaid. Ia menyerlahkan lagi hakikat beliau memang Melayu yang tidak sedar diri.- SBUM.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Aku pun Melayu, tapi biadap : Keghairahan Zaid memerangkap diri!




















Zaid Ibrahim seharusnya tidak marah apabila beliau disifatkan biadab kerana dilihat menghina titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan berpolitik di masjid dan surau.

Sememangnya atas alasan apa sekali pun, Zaid yang cuba menunjukkan kepakarannya dalam bidang undang-undang tidak berhak membuat ulasan mengenai titah Sultan Selangor. Baginda telah mengeluarkan titah, justeru semua pihak perlu mematuhinya termasuklah orang luar seperti Zaid yang cuba mencari rezeki politik di negeri baginda.

Zaid tidak perlu berhujah dari segi undang-undang kerana bagi orang Melayu, setiap titah raja-raja selagi ia tidak melanggar hukum-hakam agama dan dianggap nasihat yang baik-baik, maka mereka perlu mematuhinya.

Justeru, tidak perlu Zaid cuba mencetuskan polemik baru dalam arena politik negara dengan membangkitkan soal titah Sultan Selangor. Tambahan pula Zaid bukanlah anak Selangor tetapi anak Kelantan yang pada bulan lalu secara tiba-tiba ingin menabur bakti kepada rakyat di Hulu Selangor.

Kalau benar Zaid hendak mengabadikan diri dalam arena politik di Selangor kerana maklumlah beliau pun sudah menyatakan telah berpuluh tahun tinggal di negeri itu, maka belajarlah menghormati peraturan negeri itu.

Kita faham Zaid mungkin ingin membalas jasa baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah membersihkan imej Zaid di kalangan ahli Pas apabila merestui pemilihan Zaid sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April lalu.

Penulis yang membuat liputan pilihan raya itu memahami bahawa 'restu' daripada Nik Abdul Aziz amat penting kerana kesalahan Zaid terhadap Pas bukanlah kecil. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menentang pelaksanaan hukum hudud oleh kerajaan Kelantan. Walaupun kemudiannya perkara itu tidak dibawa ke mahkamah, namun ia sudah cukup melukakan hati penyokong Pas. Oleh itu, Zaid cuba membalas budi Nik Abdul Aziz dan dalam keghairahan itu, ia memerangkap diri sendiri.

Isu titah baginda mengenai larangan tersebut sebenarnya sudah reda, apabila Nik Abdul Aziz pun sudah menerangkan bahawa beliau tidak berhasrat mempertikaikan titah berkenaan. Tetapi secara tiba-tiba, Zaid muncul seolah-olah ingin menjadi 'peguam tidak dijemput' apabila mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dengan menegaskan Nik Abdul Aziz tidak melanggar titah Sultan Selangor.

Walaupun dalam tulisannya, Zaid cuba berlapik dengan menulis, "Saya yakin baginda berniat ikhlas dan jujur..." tetapi keseluruhan tulisan itu menunjukkan ada kecenderungan Zaid mempersoalkan adakah wajar titah baginda dipatuhi atau tidak.

Kalau Zaid tidak mempunyai niat sedemikian, kenapakah beliau menggunakan ayat berikut: "Titah itu, adalah pendapat peribadi baginda. Ia bukan arahan, perintah atau 'decree.' Dalam sistem Raja Berperlembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.

Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesyuarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan atau dijadikan 'gazette' tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya. Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya, ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik - untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja."

Oleh itu, Zaid tidak boleh melenting kalau pelbagai pihak kini menghentam beliau habis-habisan kerana dianggap menghina titah sultan dan bersikap keterlaluan seolah-olah menggambarkan Sultan Selangor sebagai seorang sultan yang tidak berpelajaran.

Mungkin Zaid gembira kerana apa yang beliau bangkitkan sudah menjadi polemik dan ini sekali gus diharapkan akan meningkatkan imej beliau di kalangan ahli-ahli Pas. Namun ia bukanlah bermakna Zaid sudah diterima sepenuhnya oleh Pas.

Semua orang tahu perangai Pas yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi mencari kuasa politik, ia termasuklah 'memaafkan' orang seperti Zaid, yang suatu ketika dulu menyamakan sikap Pas dengan parti-parti bertopengkan agama yang lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia.

Zaid juga pernah menuduh Pas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan dan meminta kerajaan mengharamkan Pas.

Bagaimanapun Zaid perlu faham, tidak semua orang Melayu adalah ahli Pas dan tidak semua orang Melayu berpolitik seperti beliau apatah lagi berperangai seperti beliau. Oleh itu, kalau pun Zaid hendak menjadi 'jagoan baru' kepada PKR dan sekali gus menambah jumlah 'ayam sabung' bagi Penasihat parti itu, Anwar Ibrahim, janganlah sampai dilihat menghina institusi raja-raja.

Kalau Zaid berhasrat untuk terus bermastautin di Selangor dan bercita-cita mencari rezeki politik di negeri itu, maka hormatilah segala titah ucapan sultan serta patuhilah undang-undang negeri Selangor terutamanya apa yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam apa juga perkara dan tindakan yang hendak beliau lakukan.- SBUM

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Mei 08, 2010

Aku pun melayu, tapi derhaka : 'Zaid perlu mohon maaf'!





















Penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim perlu memohon maaf kepada Sultan Selangor ekoran kenyataan biadabnya bahawa titah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan menggunakan masjid dan surau sebagai medan berpolitik, adalah bersifat peribadi.

Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh yang mewakili Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor berkata, titah Sultan Selangor itu bukan pandangan peribadi baginda tetapi satu perintah yang telah dikeluarkan pada 18 September tahun lalu.

Menurutnya, perintah mengenai larangan tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang juga mufti negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) sewaktu larangan itu dikeluarkan.

''Ia telah disampaikan kepada semua nazir masjid dan pernah dipaparkan di masjid-masjid dan surau di negeri Selangor. Mungkin Zaid tidak pernah bertanya kepada nazir-nazir masjid berkenaan larangan itu ataupun tidak pernah melihatnya di dalam mana-mana masjid di Selangor.

''Tohmahan Zaid bahawa apa yang dititah Sultan Selangor itu bersifat peribadi menunjukkan kejahilannya dalam undang-undang dan fakta-fakta berkenaan larangan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada MAIS.

Tambah Zaid, Perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Mengulas lanjut, Wan Mahmood berkata, Subfasal 55 (2) (d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyatakan bahawa sultan mempunyai kuasa dan budi bicara sendiri dalam menjalankan tugas baginda sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Tambahan pula katanya, perintah supaya tidak menggunakan masjid sebagai tempat berkempen politik kepartian itu dikeluarkan kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat Islam sendiri sekiranya tidak dielakkan.

''Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor dan nazir-nazir masjid berasa sedih apabila seorang yang bergelar 'datuk' dan berpengalaman dalam undang-undang mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati seseorang raja yang memerintah," katanya.

‘‘Tohmahan Zaid bahawa apa yang dititah Sultan Selangor itu bersifat peribadi menunjukkan kejahilannya dalam undang-undang dan fakta-fakta berkenaan larangan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada MAIS.

Tambah Zaid, Perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Mengulas lanjut, Wan Mahmood berkata, Subfasal 55 (2) (d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyatakan bahawa sultan mempunyai kuasa dan budi bicara sendiri dalam menjalankan tugas baginda sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Tambahan pula katanya, perintah supaya tidak menggunakan masjid sebagai tempat berkempen politik kepartian itu dikeluarkan kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat Islam sendiri sekiranya tidak dielakkan.

‘‘Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor dan nazir-nazir masjid berasa sedih apabila seorang yang bergelar ‘datuk’ dan berpengalaman dalam undang-undang mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati seseorang raja yang memerintah,” katanya.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Mei 07, 2010

Pengkhianat : Zaid digesa mohon maaf secara terbuka kepada Sultan!

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari ini mendesak Penyelaras pakatan pembangkang, Zaid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam tempoh 24 jam.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, kenyataan yang dibuat oleh Zaid itu adalah melampau dan tidak menghormati institusi Kesultanan Melayu. Sehubungan itu, katanya, gabungan NGO Selangor turut mendesak kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil tindakan ke atas Zaid.

"Jika kepimpinan tertinggi PKR tidak mengambil tindakan terhadap beliau, kami akan menganggap kenyataan Zaid adalah pendirian rasmi dari PKR dan keseluruhan kerajaan pakatan pembangkang,'' katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat PKR di sini hari ini bagi membidas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tambah Zaid, perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Sementara itu, Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara, Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz menyifatkan pandangan Zaid sebagai seorang peguam adalah salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa sultan adalah ketua kepada Hal Ehwal Agama Islam di negeri yang bersultan. "Menurut perlembagaan, sultan sememangnya bertindak ikut nasihat kecuali dalam beberapa hal sultan di negeri boleh bertindak secara bersendirian mengikut budi bicara baginda tanpa perlu merujuk kepada sesiapa.

"Apa-apa tugas baginda sebagai Ketua Agama Islam, baginda boleh bertindak secara bersendirian dengan budi bicaranya,'' katanya. Sejumlah 30 orang yang terdiri daripada 16 NGO terlibat dalam perhimpunan itu. Antaranya adalah Gabungan Graduan Melayu Muda, Persatuan Kebajikan Islam Selangor dan Pertubuhan Pembela Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu : Laporan polis terhadap Zaid Ibrahim

UMNO Bahagian Subang membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap Zaid Ibrahim kerana didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui satu artikel yang disiarkan dalam blognya.

Laporan tersebut dibuat oleh Naib Ketuanya, Abd. Raof Abdullah di Balai Polis Kota Damansara di sini, pada pukul 12.15 tengah hari ini. Abd. Raof ketika ditemui berkata, kenyataan dibuat oleh Penyelaras Pakatan Rakyat itu jelas menghina Sultan Selangor dan dikhuatiri boleh memecah- belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

“Kami, UMNO Bahagian Subang amat dukacita dengan kenyataan dikeluarkan oleh Zaid itu dan mahu polis menjalankan siasatan terhadapnya kerana ia jelas menderhaka kepada Sultan. “Ini kerana dalam perlembagaan ada menyatakan bahawa raja-raja Melayu memiliki kuasa mutlak dalam urusan agama Islam dan adat Melayu di mana semua negeri dan rakyat harus patuh,” ujarnya.

Menurut Abd. Raof, Rukun Negara juga mengandungi fasa mengenai Kesetiaan Raja dan Negara yang menjelaskan bahawa raja Melayu merupakan payung kepada masyarakat dan negeri.

Ini bermakna, katanya, dakwaan Zaid bahawa titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan masjid dijadikan tempat berkempen politik semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini merupakan pendapat peribadi baginda, adalah tidak benar.

Sehubungan itu, tegasnya, Zaid wajar memohon maaf di atas kenyataan biadapnya terhadap Sultan. Zaid dalam kenyataan melalui blognya, myzaidibrahim.wordpress.com. yang dipetik dan disiarkan oleh sebuah akhbar hari ini mendakwa perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus.

Sebelum itu : Lucutkan gelaran Datuk

UMNO Bahagian Cheras mencadangkan gelaran Datuk kepada Zaid Ibrahim dilucutkan kerana beliau begitu biadab terhadap Sultan Selangor dengan menghina dan mencerca titah baginda secara terbuka.

Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Zaid itu begitu keterlaluan dan seolah-olah menggambarkan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai seorang sultan yang tidak berpelajaran.

Tambah Syed Ali, ia juga secara tidak langsung memberi keaiban kepada kedudukan institusi raja-raja Melayu. ''Saya berharap anugerah Datuk yang telah diberikan kepada Zaid ditarik balik kerana dia sudah menderhaka kepada sultan.

''Zaid seolah-olah ingin memberitahu seluruh dunia bahawa raja-raja Melayu hari ini adalah warisan sistem feudal yang tidak cerdik serta tidak berpelajaran,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaid melalui entri terbaru dalam blognya, myzaidibrahim.wordpress.com dipetik sebagai berkata, titah Sultan Selangor itu bukan satu arahan, perintah atau 'decree' kerana dalam sistem raja berperlembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.

Beliau merujuk kepada isu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melanggar arahan Sultan Selangor yang tidak membenarkan masjid dan surau digunakan sebagai tempat berkempen.

Menurut Syed Ali, kenyataan terbuka Zaid memberi gambaran bahawa fungsi sultan atau raja-raja Melayu sebagai ketua agama di setiap negeri sudah tidak boleh diguna pakai lagi ketika ini.

''Fasa 3 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri telah menyatakan bahawa kedudukan raja sebagai ketua agama Islam terhadap negeri dan segala jajahan takluknya. ''Justeru, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati sebagai ketua agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri tidak boleh disentuh,'' katanya.

Jelas Syed Ali, Sultan Selangor sememangnya bertanggungjawab untuk memelihara masjid dan surau di negerinya daripada disalahgunakan oleh pihak tertentu yang dilihat cenderung menjadikan tempat itu sebagai gelanggang politik.

Tambah beliau, Zaid sebenarnya tidak dapat menerima hakikat kekalahannya di Hulu Selangor dan cuba membabitkan pihak istana bagi menghalalkan segala perlakuan politiknya. ''Inilah sifat seorang penderhaka dan sewajarnya gelaran Datuk yang dianugerahkan oleh raja atau sultan kepada beliau ditarik balik,'' katanya.- SBUM

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Mei 06, 2010

PAS Punah : Sindrom penafian PAS!

Sindrom penafian seakan-akan sudah sinonim dengan Pas. Ada saja isu-isu yang timbul membabitkan parti politik itu akan segera dinafikan sama ada oleh pemimpin-pemimpin Pas sendiri mahupun oleh akhbar dan media rasmi parti tersebut hatta penulis-penulis blog yang pro kepadanya.

Rentetan beberapa isu di bawah ini menunjukkan bahawa sindrom penafian itu memang wujud di dalam Pas.

Isu 1: Krisis kepimpinan

Krisis yang mula berputik semasa proses pemilihan Muktamar Pas yang lalu bilamana wujudnya ‘dua kem’ yang satunya didokong dan direstui oleh Presiden manakala satu lagi dilihat lebih cenderung kepada Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertembungan antara calon pro-Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Salahudin Ayub dengan ‘anak didik’ kepada Nik Aziz dan Datuk Husam Musa yang menyaksikan calon pro-Presiden itu menang jawatan yang ditandingi, sedikit sebanyak telah memberi gambaran kepada umum bahawa Pas telah diresapi krisis kepimpinan. Sungguhpun begitu, ia segera dinafikan oleh pemimpin Pas yang mengatakan bahawa mereka mengamalkan konsep musyawarah di dalam sebarang tindakan dan kalah atau menang dalam sesuatu proses pemilihan merupakan perkara biasa di dalam amalan demokrasi.

Sindrom penafian pernah digunakan oleh Pas di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Manek Urai yang lalu apabila telah menafikan wujudnya ‘krisis’ antara Nik Aziz dan Nasharuddin walaupun umum melihat seolah-olah Nasharuddin ‘dihalang’ datang dan berkempen semasa PRK tersebut.

Namun pada saat akhir, Nasharuddin dibenarkan datang dan gambarnya bersama Nik Aziz sedang makan bersama disebarkan untuk menyakinkan pengundi di kawasan tersebut bahawa tiada ‘krisis’ antara keduaduanya. Tenyata taktik itu berjaya menguntungkan Pas yang menang tipis dengan majoriti 65 undi sahaja.

Isu 2: Kerajaan Perpaduan

Isu kerajaan perpaduan dipeloporkan sendiri oleh pemimpin Pas menjelang Muktamarnya yang lalu. Umum melihat isu itu menyebabkan berlaku pertembungan idea antara kumpulan yang inginkan kepada kepentingan perpaduan demi Melayu-Islam, manakala di satu pihak lagi berharap ia tidak direalisasikan demi kepentingan parti dan politik yang sempit meskipun pada masa yang sama, Presiden dan Timbalan Presiden UMNO melalui kenyataan yang disiarkan oleh akhbar amat mengalu-alukan, malah ‘menghulur tangan’ demi kerajaan perpaduan yang dilihat mampu memulihkan perpaduan orang Melayu dan Islam serta mengekalkan konsep Ketuanan Melayu.

Apabila berlaku perbezaan pendapat di dalam kepimpinan Pas, maka sindrom penafian ini sekali lagi digunakan dengan menuduh UMNO yang mengutarakan isu kerajaan perpaduan itu untuk kembali mendapat sokongan orang Melayu.

Isu 3: Muktamar Agung Khas

Muktamar Agung Khas (EGM) yang dicadangkan oleh Nik Aziz bagi ‘membersihkan’ pemimpin-pemimpin yang pro kepada isu kerajaan perpaduan seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar, sekiranya tidak dilakukan, ia mungkin akan menyebabkan parti Pas berpecah. EGM pula digunakan untuk mendapat pandangan ahli terutamanya perwakilan bagi mendapat keputusan sama ada menerima atau menolak kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Bagi menutup isu itu, sekali lagi sindrom penafian digunakan. Pendokong Pas mengatakan isu EGM yang ditulis di dalam blog Nik Aziz (http://www.blogtokguru.com) bukan hasil tulisan Nik Aziz sendiri tetapi orang lain yang menulisnya.

Isu 4: Peletakan jawatan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK

Umum telah mengetahui kemelut dalaman yang melanda Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang pada ketika itu diterajui oleh Abdul Ariffahmi selaku CEO yang juga menantu kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Peletakan jawatan itu dilihat oleh Pas sebagai satu keputusan yang berintegriti seperti mana laporan di dalam Harakahdaily, bertarikh 24 November 2009 bertajuk ‘Keputusan Nik Aziz bukti ketinggian integriti dan moral’ yang memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub dalam satu sidang media bersama Nik Aziz. Pas yakin dengan tindakan Nik Aziz mengarahkan peletakan jawatan Ariffahmi itu bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga, sebaliknya mengutamakan masa depan dan perjuangan parti dan beliau amat menyanjung tinggi integriti yang ditunjukkan oleh Nik Aziz itu.

Isu 5: Pendedahan Kickdefella

Terkini, isu peruntukan RM4 juta dana yang disalurkan melalui Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) di dalam operasi gerak saraf (OGS) bertujuan memburuk-burukkan dan melemahkan imej mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan pusat. Ia juga ditulis untuk mengekalkan kerajaan Pas di Kelantan oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK. Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak.

Dan seperti mana isu-isu terdahulu, Pas telah secara rasmi menafikan parti itu terlibat melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali yang mengatakan pucuk pimpinan Pas tidak tahu menahu mengenai kewujudan syarikat perunding media, GMC.

Selanjutnya beliau berkata, Pas tidak ada kena mengena dengan pendedahan oleh Syed Azidi dan bukanlah agenda Pas untuk menjatuhkan individu serta memburukkan pemimpin. Kewujudan GMC hanya diketahui selepas pendedahan oleh Syed Azidi.

Menurut Mustafa, tugas Pas adalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO melalui kaedah demokratik (pilihan raya), bukannya dengan cara menjatuhkan pemimpin tertentu.

Sebaliknya, Syed Azidi mendakwa seperti mana yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 5 Mei 2010 dengan mengatakan penafian Pas mengenai kewujudan GMC adalah untuk melindungi lima individu yang menjadi penyumbang dana sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf itu. Di dalam akhbar itu juga dinyatakan, beliau yakin Mustafa mengetahui soal GMC kerana beliau pernah merasmikan seminar mengenai media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur pada 2007 bagi mewakili GMC.

Sehingga kini, siasatan telah dan sedang dilakukan oleh SPRM. Sekiranya pendedahan oleh Syed Azidi itu tidak benar, seharusnya Pas mengambil tindakan mahkamah terhadap penulis blog itu bagi membersihkan imej parti itu.

Apapun, pada hakikatnya, Pas adalah juga sebuah parti politik yang mempunyai matlamat yang sama dengan lain-lain parti politik untuk memenangi pilihan raya dan berusaha membentuk kerajaan.

Daripada sekelumit isu yang dinyatakan di atas, tidak mustahil ia berlaku di dalam sebuah parti politik, tetapi demi survival parti, Pas sering mengamalkan sindrom penafian semata-mata untuk mengaburi rakyat dan berselindung di balik nama Pas itu sendiri. Rakyat seharusnya bijak menilai yang mana kaca dan mana pula permata!-SBUM.

Suara Politik
Taminsari

P212 Sibu : Setelah Menghina Orang Sarawak, PAS Masih Sanggup Ke Sibu!



























Anak kelahiran Sarawak Pasti Marah Kalau Baca kenyataan Berikut : Hadi Awang Berkata Orang Sarawak Tak Reti Mengundi sebabnya mereka masih pakai 'cawat'..!

Pada 11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah mengatakan seperti berikut "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," . Ini satu penghinaan kepada orang Sarawak. Di Kelantan dia bercakap lain, nanti pergi ke Sibu lain pula yang akan dicakapkannya. Cakap sudah tidak molek, semuanya sudah terikut-ikut perangai "sesumpah" Anwar Ibrahim.

PAS Selangor bantu calon DAP di Sibu

Kali ini atas semangat setiakawan dan pakatan politik, PAS Selangor turut menghantar petugas parti itu untuk membantu calon DAP berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 16 Mei.

Kerusi parlimen Sibu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang timbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu. Dalam pilihan raya umum 2008, Lau menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chun Chung dengan majoriti 3,549 undi. Wong telah dipilih oleh DAP untuk sekali lagi bertanding di kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil kali ini.

BN pula telah mengumumkan pemilihan peguam Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai calon BN. Sementara itu, ketua penerangan PAS Selangor, Roslan Mohd Shahir berkata seramai 350 petugas PAS negeri itu akan berada di Sibu bagi memenangkan calon DAP itu.

'Mereka adalah wakil kawasan, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama. Markas besar PAS Selangor berada di Jalan Masjid di bandar Sibu," katanya dalam satu kenyataan. Roslan berkata, rombongan PAS Selangor diketuai pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Ali yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor; setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dan beliau sendiri.

"PAS Selangor menjangkakan dengan gerak kerja yang tersusun dan berdisiplin serta sokongan kuat dari semua petugas Pakatan Rakyat, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek, mempunyai harapan cerah untuk merampas kerusi parlimen itu dari BN," kata Roslan.

Komen : Ibarat hidung tak mancung, pipi terserong-serong. Adakah tujuan PAS menghantar para petugas mereka ke Sarawak semata-mata untuk mengambil hati rakyat Sarawak setelah Presiden PAS, Ustaz Haji Hadi sendiri menyindir dan menghina rakyat Sarawak sebelum ini iaitu semasa PRk Batang Ai! Haji Hadi tidak perlu mohon maaf secara terbuka kerana hati orang Sarawak telah terluka di atas keceluparan Haji Hadi.

Rakyat Sibu perlu menilai samada Pembangkang atau Kerajaan yang mampu membela rakyat. Adakah rakyat Sibu mahu menyokong mereka yang celupar ini. Rakyat Sibu sudah bijak untuk menilai 'Parti Sesumpah' ini yang bijak menyalahgunakan ugama demi kepentingan politik sempit mereka. Begitu juga dengan Parti Perkauman sempit seperti DAP. Kajilah semula fakta ini sebelum memberikan undi kepada mereka.

Suara Politik
Taminsari

Anwar Kantoi : Rayuan Terakhir Ditolak!




















Kes Liwat 2 :

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini setelah rayuan akhirnya untuk membatalkan pertuduhan tersebut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria berpuas hati bahawa tuduhan liwat itu wajar dikekalkan meskipun laporan klinikal menunjukkan tidak berlaku kemasukan zakar.

Ketika membacakan keputusan ringkas yang dibuat sebulat suara itu, Hakim Arifin menyatakan, panel tersebut sudah meneliti keseluruhan laporan perubatan oleh tiga doktor yang memeriksa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25.

''Mahkamah mendapati laporan yang menyatakan tidak berlaku kemasukan zakar itu gagal menyokong rayuan Anwar bagi membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya,'' ujar beliau.
Turut bersidang, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar.

Anwar merayu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Februari lalu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Disember 2009 yang menolak permohonannya agar tuduhan liwat itu dibatalkan. Dalam permohonannya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, tuduhan berkenaan berniat jahat, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah selain satu konspirasi politik serta muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998.

Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Pada prosiding hari ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berhujah supayar mahkamah tidak melayan rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan kerana tindakan itu bersifat pramatang pada peringkat ini.

Beliau menyatakan, laporan perubatan yang disandarkan oleh pendakwaan itu belum lengkap kerana ia perlu disokong oleh keterangan forensik doktor pakar dan ahli kimia yang menyediakannya. Hujah Mohd. Yusof, Anwar gagal memberi perhatian terhadap beberapa bukti keterangan lain yang lebih penting termasuk laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani.

Ujar beliau, rujukan terhadap buku bertajuk Perubatan Forensik Untuk Peguam menyatakan, penemuan air mani pada putik kapas sama ada yang diambil dari lubang dubur atau dari lendir dubur membuktikan perlakuan liwat yang hampir tidak dapat disangkal. Hujah Mohd. Yusof, lagipun pihak pembelaan mempunyai peluang untuk menyangkal pertuduhan liwat itu ketika berhujah di akhir kes pendakwaan sebelum kes prima facie ditentukan oleh hakim bicara.

Sehubungan itu, ujar beliau, pihak pendakwaan tidak seharusnya dihalang daripada meneruskan kes terhadap Anwar semata-mata atas alasan pertuduhan tidak lengkap. Bagaimanapun, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar mempertikaikan hujahan berhubung penemuan air mani kerana tidak mungkin ia ditemui jika kemasukan zakar dalam dubur tidak berlaku.

''Bagaimana air mani boleh ditemui dalam dubur jika kemasukan zakar tidak berlaku melainkan ia sengaja diletakkan di situ,'' ujar beliau. Sehubungan itu, Karpal menyatakan, pendakwaan terhadap Anwar di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tidak wajar diteruskan kerana laporan perubatan yang tidak lengkap itu dengan sendirinya akan menyanggah keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Ujar beliau, oleh itu tiada gunanya saksi-saksi dipanggil memberi keterangan memandangkan perkara asas dalam pertuduhan liwat iaitu kemasukan zakar, tidak dibuktikan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang hadir bagi mendengar rayuan tersebut melahirkan perasaan tidak puas hati atas keputusan berkenaan.

Beliau yang sependapat dengan seorang lagi peguam Anwar, S.N. Nair menyatakan, keputusan hakim yang menyertakan alasan melalui dua perenggan ayat itu amat mengecewakan.

Kes Liwat 1 - GEMPAR!!! HUBUNGAN SEKS ANWAR - SUKMA...!

Pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja mengenai hubungan homoseksnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada 17 September 1998 di hadapan majistret Abdul Karim Abdul Jalil.

( INI ADALAH KENYATAAN ASAL ).

"Saya ingin menyatakan hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bermula dari tahun 1976 atau 1977, saya tidak berapa ingat. Tidak ingat berapa haribulan tapi pasti tahunnya.

Saya datang dari Indonesia bersama ibu dan ayah saya untuk menetap dan bersekolah di Kuala Lumpur. Ibu dan bapa saya menyerahkan saya kepada Datuk Ibrahim dan isterinya dalam jagaan mereka sewaktu pangajian saya di Malaysia.

Saya tinggal di No. 27, Jalan SS 1/43, Petaling Jaya. Dengan secara kebetulan saya mendapat bilik berkongsi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suatu hari, tidak ingat berapa haribulan dan waktu yang tepat, saya merasa berahi dan ingin melakukan onani. Dalam satu bilik saya tidur sekatil dengan dia, secara kebetulan badan dia melekat pada badan saya termasuk kemaluan dia berada di telapak tangan saya. Dengan otomatik saya menguitkan kemaluan beliau dengan tangan saya dan dalam beberapa saat air mani dia keluar tetapi air mani saya tidak keluar. Itu detik-detik permulaan perhubungan saya dengan dia dan berterusan dalam seminggu sekali kurang lebih dalam setahun.

Selepas setahun, hubungan kami semakin intim dan bermulalah hubungan oral seks, saya melakukan terhadap dia. Selepas setahun kemudiannya dia ada melakukan liwat terhadap saya dengan menggunakan baby cream. Dia berlaku berselang-seli di antara onani, liwat dan oral.
Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkahwin, beliau berpindah ke rumah sewa di Seksyen 17. Saya sekali sekala datang ke rumah beliau. Di rumah ini dalam jangka tiga atau enam bulan saya tidak mempunyai hubungan apa-apa dengan dia. Tapi selepas itu kami ada menjalinkan hubungan berselang-seli di antara liwat, oral atau onani dan kurang lebih sebulan sekali atau dua.

Kemudian kami berpindah ke Subang Jaya. Di sini saya hanya tinggal bersama dia dua bulan pertama dan satu bulan terakhir dalam setahun. Kerana saya kembali ke Indonesia pada waktu itu selama sebelas bulan. Perjalinan ini berterusan tetapi berkurangan. Selepas setahun Datuk Seri Anwar tinggal di Subang Jaya kami berpindah ke Seksyen 14 Petaling Jaya. Di sini terjalin juga hubungan di antara saya dan dia dalam sebulan sekali atau dua.

Kami berpindah kemudian ke No. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, iaitu kediaman rasmi peribadi beliau. Di dalam rumah ini saya mendapat bilik sendiri dan hubungan ini tetap berlaku dalam satu atau dua kali sebulan. Dalam kurang lebih, kami menetap di Bukit Damansara selama tiga setengah tahun, kalau tidak silap.

Kemudian kami berpindah ke rumah rasmi Kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, KL. Selama di sini hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim agak renggang kerana saya berpindah ke rumah peribadi saya di 10/7/2 Tivoli Villas Bukit Bandaraya. Walau bagaimanapun jalinan ini tetap terjadi, walau sekali-sekala. Ini kurang lebih dalam tahun 1991/92.

Di rumah 47 Jalan Damansara, Damansara, saya pernah memperkenalkan secara tidak langsung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kawan saya. Kami bertiga melakukan hubungan sejenis dengan cara oral dan onani tetapi saya berperanan hanya sebagai penonton. Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba meliwat… tetapi ianya gagal kerana salah kedudukan. Ianya berlaku atau keadaan ini sebanyak tiga kali setiap minggu. Di kejadian ketiga saya tidak lagi melihat perhubungan beliau dengan… kerana saya menunggu di bilik air.

Semua kejadian ini berlaku di bilik tetamu (bilik tidur tamu) yang mana saya pun tidur di bilik ini apabila saya berkunjung di rumah ini. Dalam lebih kurang dua atau tiga tahun yang lalu, waktu dan tahun yang tepat saya tidak ingat, saya pernah membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke rumah saya untuk bertemu Azizan (pemandu kereta Datin Seri) di rumah saya atas permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan hubungan sejenis. Rumah saya ini di Tivoli Villas tadi.

Dianya terjadi seperti begini. Saya membuat janji kepada Azizan agar beliau datang ke Tivoli Villas pada 7.15 petang, kurang lebih, dan pada 7.30 petang, Azizan datang ke rumah saya dengan kenderaan beliau sendiri. Setelah kami bertiga bersama, Datuk Seri Anwar dan Azizan membuka baju masing-masing untuk mengadakan hubungan sejenis. Saya ada melihat hubungan mereka berdua sekejap-sekejap.

Di antara hubungan mereka ianya terjadi oral dan liwat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan ke Azizan dengan menggunakan cream baby tanpa menggunakan kondom. Selepas air mani Datuk Seri Anwar keluar Azizan mengajak saya untuk melakukan liwat terhadapnya. Tapi saya tidak mencapai ke tahap maksimum. Semasa saya melakukan liwat ke atas Azizan Datuk Seri Anwar berada di bilik air. Kejadian ini berlaku tiga kali di rumah saya di Tivoli Villas tetapi kali yang ketiga saya tidak menonton atau melakukan hubungan sejenis bersama mereka. Mereka hanya melakukan berdua dan saya menunggu di luar kamar.

Selepas dari kejadian ini, Azizan pernah meminta pinjaman wang sebanyak RM7,000 daripada Datuk Seri Anwar. Datuk Seri Anwar memberikannya melalui saya. Saya memberikannya kepada Azizan sebanyak RM7,000. Sepanjang perhubungan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya hanya berperanan sebagai pasif dan Datuk Seri Anwar sebagai aktif. Posisi kedudukan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa melakukan secara mengiring atau menyerong dan meniarap. Selama hubungan saya dengan beliau, beliau tidak pernah menggunakan kondom.

Hubungan seks terakhir saya dengan beliau kurang lebih di antara bulan Mac atau April 1998 disebabkan kesibukan kerja beliau. Itu saja yang hendak saya katakan mengenai pengakuan saya terhadap hubungan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Majistret: "Ada apa-apa lagi hendak kamu tambah?

Sukma: "Daripada hubungan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kebanyakannya atas permintaan Datuk Seri. Saya hanya memberi atas permintaan. Saya tidak mahu membuat apa-apa pindaan.

Catatan Majistret: "Saya percaya yang akuan salah ini dibuat dengan sukarela. Ini diambil di hadapan dan pada pendengaran saya sendiri dan telah dibacakan balik kepadanya dan dia mengakui betul serta mengandungi isi-isi yang penuh dan benar mengenai apa-apa yang disebutnya."

Bagaimana pula dengan sambungan pengakuan Saiful nanti? Sama-samalah kita tunggu pada hari Isnin ini..menarikkkkkk.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Mei 05, 2010

Selangor Bangkit : UNISEL Kerugian - Kurang Pelajar!


UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)

Sejak penyusunan semula pentadbiran UNISEL di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, kita dapati UNISEL menghadapi masalah pengurusan dan keyakinan awam.

Bilangan pengambilan pelajar setiap tahun telah menurun daripada 6,758 orang pada tahun 2007 kepada 4,477 orang ( tahun 2008 ), 2,481 orang ( tahun 2009) dan didapati jumlah keseluruhan pelajar telah menurun daripada lebih 15,000 orang pada tahun 2008 kepada 10,000 orang pada tahun 2009.

  • Mengapakah bilangan pelajar makin menurun.
  • Adakah disebabkan oleh syarat baru pengambilan pelajar yang telah dinaikkan daripada minima SPM 3 kredit kepada minima 5 kredit bagi menjamin kualiti UNISEL.
  • Mengapakah pelajar-pelajar yang mempunyai 5 kredit tidak memilih UNISEL tetapi beralih kepada IPTA dan IPTS lain.
  • Adakah rakyat tidak lagi percaya dan yakin tentang kualiti UNISEL jangka pendek dan jangka panjang dan secara langsung kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
  • Sebenarnya rakyat bimbang tentang kredibiliti UNISEL akhir-akhir ini kerana telah menjadi medan ‘indoktrinasi’ politik Pakatan Rakyat dengan penglibatan beberapa tokoh politik Pakatan Rakyat, terutama dari PAS dalam beberapa program UNISEL.

Kedudukan Kewangan UNISEL

  • Penurunan bilangan pelajar yang begitu besar telah menjejaskan pendapatan UNISEL, sedangkan kos pengurusan dan operasi tidak dapat dikurangkan kerana kemudahan-kemudahan yang sedia ada terpaksa diselenggara walaupun tidak digunakan sepenuhnya. Mengikut satu laporan yang kesahihannya mungkin dipersoalkan oleh kerajaan, perbelanjaan UNISEL meningkat daripada RM 79 juta pada tahun 2008 kepada RM 94 juta pada tahun 2009 walaupun bilangan pelajar menurun dengan besar. Pada tahun 2009, UNISEL mengalami defisit sebanyak RM 20 juta.
  • Yang menjadi persoalan kita, dalam keadaan kewangan yang kurang memberangsangkan, pihak UNISEL telah menambah jawatan Timbalan Naib Canselor daripada seorang kepada 4 orang pada tahun lalu – pertambahan tiga orang jawatan baru. Tindakan ini telah menambahkan perbelanjaan emolumen kakitangan.
  • Memang benar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia terdapat 4 orang Timbalan Naib Canselor. Tetapi Universiti-universiti ini mempunyai organisasi yang lebih besar daripada UNISEL. Perlukah UNISEL mencukupi kuota 4 orang dalam keadaan kewangannya yang kurang kukuh pada masa ini.

    Terdapat juga laporan amalan repotisma dalam perlantikan jawatan kanan tanpa membuat penelitian dan siasatan terperinci yang membolehkan seorang Timbalan Naib Canselor baru dilantik dari universiti lain walaupun mempunyai rekod buruk sebelum ini terlibat dalam satu kes yang telah dilaporkan kepada pihak polis dan masih dalam siasatan.

    Sebenarnya UNISEL sekarang sedang menghadapi masalah kredibiliti dan keyakinan awam. Kerajaan Selangor jangan bersifat ‘defensive’, dengan izin, – sindrom penafian. Hanya menyalahkan pentadbiran yang lalu. Kita hendaklah melihat sejauhmana wawasan menjadikan UNISEL bertaraf dunia dapat dicapai sepenuhnya dengan masalah-masalah yang sedang dihadapi sekarang.

    " BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN )"

    Suara Politik
    Taminsari

Selasa, Mei 04, 2010

Isu APCO-Panas!!! : Portal berita Internet AS kecam Anwar!




















Tindakan Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam ‘The New Ledger’, sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Katanya beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan regim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.

Dalam tulisan bertajuk “The Reversal of Anwar Ibrahim”, Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbiasa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia. Katanya lagi, ini bukan kali pertama “dia mengambil jalan ini” dan dia “mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika, tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Motte berkata dia berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Katanya sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat. "Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan/atau pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.

"Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.




















"Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila dia dikritik.

“Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya dia bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika),” kata penulis itu.

Motte berkata hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah “Anwar Ibrahim.”

"Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?,” tanya penulis itu.

Motte berkata apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi. Kata Motte lagi, “dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat.”

"Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika,” katanya bagi merujuk kepada Anwar.

Motte berkata perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.

Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.

"Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat,” katanya.

Motte berkata kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.
Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.

Motte berkata nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.- Bernama

Suara Politik
Taminsari

Selangor Bangkit : Isu Pasir - 48 Anggota Task Force Tanah Di Buang Kerja Kerana Berlaku Jujur!














Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan agar tidak menyambung kontrak kerja kepada 48 orang anggota Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor,Puchong ,Kuala Langat dan Sepang !

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana mereka ini telah membongkar penyelewangan ,rasuah dan kes curi pasir dibeberapa kawasan di Selangor yang semua orang tahu didalangi oleh beberapa orang kuat didalam kerajaan pakatan sendiri.

Inilah puncanya kerajaan negeri mengalami kerugian besar dalam bentuk royalti pasir yang mencecah puluhan juta ringgit.

Curi Pasir di Selangor:

Kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009

• Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar.

• Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84.

• Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

Yang menyedihkan keadaan adalah oleh kerana kejujuran yang ditunjukkan oleh penjawat awam ketika bertugas,kerajaan negeri telah bertindak kejam dengan memecat mereka kerana menghalang kroni kerajaan negeri dari mencuri pasir dan mengelak dari membayar cukai dan royalti pasir.

Adakah ini ciri-ciri Kerajaan Rakyat yang diperlukan oleh rakyat negeri Selangor! Menipu rakyat untuk memenuhkan " kocek " sendiri! Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa tetapi selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan.

Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 2 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Mei 03, 2010

Selangor Bangkit : Ubah nasib rakyat dahulu bukan nama jalan!

Menamakan jalan atau bangunan sempena nama pemimpin atau penggiat kelompok tertentu biasanya dibuat demi mengenang jasa mereka kepada negara. Tiap kali kita melalui Jalan P. Ramlee di tengah Kuala Lumpur pasti kita akan terkenang betapa besar jasa Seniman Negara kita itu telah menghiburkan seluruh penduduk negara dan Nusantara dengan lagu dan filem arahan dan lakonan beliau selama ini.

Begitu juga apabila kita melihat sekolah rendah dan menengah bernama Khir Johari yang terdapat di merata-rata tempat di negara kita. Jasa pemimpin negara ini dalam bidang pendidikan dan politik tidak boleh dilupakan.

Tetapi isu negatif membabitkan pemimpin dan penggiat seni biasanya akan tenggelam berbanding jasa besar mereka yang tersendiri.

Sebab itu, apabila ada pihak ingin menamakan sebuah jalan di negeri Selangor dengan nama pemimpin mereka semasa mereka berkuasa secara asasnya tiada apa yang salah, namun kisah yang dianggap negatif sesetengah pihak yang membayangi pemimpin tersebut akan disebut-sebut orang juga dan ia akan memberi kesan kepada pengguna setiap kali jalan itu dilalui. Terpulang kepada pihak pengguna untuk berasa apa sahaja kerana ia bergantung kepada siapa yang menggunakan jalan tersebut.

Jika kita biasa menggunakan jalan di negeri Selangor, sebaik-baiknya lebih afdal menggunakan nama sultan-sultan yang pernah memerintah negeri termaju di Malaysia itu. Di Shah Alam sendiri persiaran dan sekolah dinamakan sempena nama sultan dan kerabat diraja Selangor dan ia memang sesuai dengan kedudukan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan.

Sebaik-baiknya jika nama jalan di Petaling Jaya turut menggunakan nama di kalangan kerabat diraja Selangor yang pernah berjasa memerintah negeri tersebut hingga mampu menjadi negeri termaju di negara ini.

Jika di Perak pula nama pembesar yang berjasa seperti Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Datuk Seri Maharaja Lela dan Datuk Sagor menghiasi jalan di negeri itu selain nama Sultan dan Raja Muda menunjukkan jasa raja-raja dan pembesar lebih bermakna menyatukan rakyat secara Perlembagaan berbanding pemimpin kelompok tertentu yang berjuang demi kelompok mereka secara total.

Era ini pemimpin perlu berjuang menukar nasib rakyat bukannya nama jalan dan sejenis dengannya. Rakyat tidak nampak isu mengangkat pemimpin tertentu sebagai hero dan berjasa mempunyai merit dalam sesuatu perjuangan melainkan mengelirukan rakyat yang sudah biasa dengan nama jalan yang sudah dikenali selama 53 tahun.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu lebih rasional dan teliti akan asas perjuangan kita sebagai pemimpin agar tidak menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat yang langsung tiada kena mengena dengan pendekatan kita yang ada kala menyusahkan mereka.

Pemimpin politik dan NGO ada kala berjuang demi memastikan kejayaan kesatuan mereka dan rakyat yang tidak selesa dengan situasi itu tetap akan menyimpan kegusaran mereka akibat percaturan melaga-lagakan mereka antara satu sama lain.

Apabila pemimpin sedemikian diangkat menjadi idola dan diabadikan nama beliau di sebatang jalan maka sejarah akan diadili dan ia bukan sesuatu yang baik apabila justifikasi kepada tindakan penamaan itu akan menjadi bahan politik.

Dalam situasi hari ini, di mana politik mempolitikkan isu semakin hebat, masyarakat akan diletakkan dalam situasi keliru dan langkah menamakan jalan lama kepada baru hanya menjadikan kekeliruan lebih serius lagi.

Sebaik-baiknya kita cermin diri sebelum menimbulkan idea yang lebih menyusahkan rakyat yang sewajarnya dibela kebajikan mereka. Janji manifesto semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 masih banyak tersisa dan perlu dilunaskan sebelum Hulu Selangor menjadi political precedent bagi rakyat Selangor yang ingin nasib mereka ditukar bukan sekadar nama sebatang jalan yang langsung tidak relevan dengan denyut nadi mereka.

Komen : Tertunggu-tunggu juga bilakah agaknya akan ada jalan di Shah Alam yang akan ditukar kepada Jalan Khalid Gagap @ Jalan Khalid Gereja!

Abdul Razak Idris
Suara Politik
Taminsari

Ahad, Mei 02, 2010

Selangor Bangkit : PR Selangor kejam - Duit Zakat Untuk Bukan Islam?



• Dalam persidangan DUN 2008, Y.B. Dr. Mohd Nasir Hashim, Kota Damansara ada mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam katanya – ”Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana kalau duit banyak tu kita“share” sikit lah”.

• Ini menunjukkan ketidakfahaman dan kejahilan seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.

• Diharap YB-YB PAS dapat memberi nasihat dan beri ceramah motivasi kepada YB Pakatan Rakyat yang tidak faham akan hukum ugama. Jangan dok ceramah nak menghentam UMNO dan BN sahaja. Tengok-tengoklah ' gajah di depan mata ' juga..!

Wallahuallam..

Suara Politik
Taminsari

Selangor Bangkit : Ceramah Umum - Tsunami Hulu Selangor!


Satu ceramah umum oleh Sdr Ezam Mohd Nor dan Sdr Zahid Mat Arip bertajuk " Tsunami Hulu Selangor " akan di adakan di Padang Awam, Kg Bukit Kapar, Meru . Kelang pada malam ini bermula jam 9.00pm. Semua di jemput hadir.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Mei 01, 2010

Selangor Bangkit : Siri 3/3 - ISU HUTANG TALAM CORPORATION!

sambungan dari Siri 2/3..

Pengambialihan hutang Talam Corporation kaedah roundtripping mendedahkan kerajaan negeri dengan risiko dan implikasi kewangan

Pertama : Menteri Besar Diperbadankan (MBI) menanggung beban mengutip hutang kerana ia diberikan geran RM 392 juta oleh kerajaan negeri. Jika dahulu anak syarikat yang menanggung risiko hutang, kini kerajaan negeri kerana memberikan geran kepada MBI.

Kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini tidak mengambil alih hutang-hutang Talam daripada anak syarikat kerajaan negeri kerana mahukan CEO-CEO yang dibayar gaji bertanggungjawab terhadap setiap perjanjian yang mereka buat dengan pemaju termasuk Talam.

Kedua : Kerajaan negeri dan SIC dijangkakan membelanjakan sekitar RM 1 juta untuk melaksanakan round-tripping ini. RM 1 juta digunakan untuk membiayai khidmat guaman dan konsultan yang tidak perlu. Ini hanya merugikan wang. Apakah mekanisme round-tripping ini boleh dilakukan secara percuma apabila ia melibatkan dokumen dan perjanjian tertentu?
Apakah mungkin institusi seperti CIMB Bank tidak akan mengenakan sebarang caj?

Ketiga : SIC juga menanggung beban faedah sekitar RM 70 ribu sehari untuk jangka masa antara 3 hari sehingga seminggu dari proses pembelian hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri oleh SIC, sehinggalah kepada SIC membayar semula hutang tersebut kepada bank.

Keempat : Kerajaan negeri akan mempunyai kecenderungan untuk membelanjakan lebih daripada sumber yang ada. Roundtripping ini bertujuan untuk menunjukkan peningkatan untung dalam akaun biar pun tiada untung sebenar.

Proses pembayaran balik hutang syarikat Talam Corporation oleh kerajaan Selangor juga tidak telus diselubungi dan tersasar daripada segi tempoh dan jumlah.

Jumlah hutang Talam Corporation kepada anak-anak syarikat negeri yang dibeli oleh SIC, jumlah geran yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada MBI dan pembiayaan SIC daripada CIMB Bank berjumlah RM 392 juta. Maknanya RM 392 juta inilah jumlah yang terlibat dalam permainan round-tripping.

Dinyatakan kerajaan negeri juga berjanji untuk mengutip hutang Talam dalam masa 3 bulan.

Pertama : pada Mac 2010, menurut the malaysianinsider YB Menteri Besar mengumumkan hanya lebih RM 50 juta sahaja dikutip dalam bentuk tunai dan aset. Kutipan ini juga menimbulkan banyak pertanyaan kerana ia diumumkan oleh Menteri Besar tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada Talam Corporation. Amat mustahil bagi sebuah syarikat senaraian awam yang berada dalam kedudukan kewangan yang kurang baik seperti Talam membayar hutang sebesar itu tanpa sebarang pengumuman rasmi.

Timbul juga pertanyaan, jika RM 50 juta tersebut tunai ok, tetapi jika dalam bentuk pengambilalihan aset siapa yang menilai? Bukankah sepatutnya pembayaran hutang ini juga dalam bentuk tunai kerana jumlah RM 392 juta dalam permainan round-tripping ini adalah tunai. Janjinya ialah untuk mendapatkan wang tunai.

Pada hal kerajaan negeri cukup sinis dengan usaha kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini yang didakwa tidak cekap kerana menjalankan usaha mengambil alih aset Talam bukannya wang tunai.

Kedua : pada 16 Mac akhbar The Star melaporkan Talam Corp telah membuat perjanjian dengan MBI untuk melunaskan hutang sebanyak RM241.4 juta melalui penyerahan aset dan sebanyak RM12.7 juta melalui tunai.

Maka timbul persoalan berikut:

1. Berapakah nilai sebenar hutang Talam Corporation kepada anak syarikat negeri adakah RM 392 juta atau hanya RM241.4 juta? Jika jumlah awal RM 50 juta dicampurkan dengan RM241.4 juta maka menjadi RM 291.4, maka masih kurang RM 100.6 juta.

2. Atau adakah jumlah RM241.4 juta ini termasuk jumlah RM 50 juta yang telah diumumkan pada awalnya. Maka itu jumlah yang masih terhutang lebih tinggi iaitu RM 150 juta.

3. Apakah Talam Corporation sebagai syarikat senaraian awam telah membuat pengisytiharan dan penjumlahan hutang yang silap atau kerajaan negeri yang tersilap?

4. Jika hanya RM12.7 juta melalui tunai, maka meninggalkan baki RM 228.7 dalam bentuk aset hartanah. Maka timbul kembali persoalan sebelum ini, siapakah yang menilai asset ini? Apakah jaminan bahawa aset ini mempunyai nilai yang setara atau mungkin lebih baik melebihi daripada nilai hutang?

Kesimpulan

Rakyat bukanlah terlalu bodoh kerana tidak tahu menilai dan Kerajaan Negeri tidaklah begitu bijaksana. YAB Menteri Besar telah menggunakan wang rakyat untuk membeli hutang syarikat korporat dalam proses pengurusan hutang Talam namun tidak telus dan tidak berterus-terang dalam soal ini.

Untuk itu digesa supaya Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Dewan Undangan negeri melakukan siasatan terhadap keseluruhan proses pengambilalihan hutang. Talam Corporation dengan bantuan kerajaan negeri ini.

Suara Politik
Taminsari