Isnin, November 10, 2008

Al-Kisah Mat Sabu Bercerita Tentang Anwar Ibrahim!

Sudah lama kita tidak mendengar akan cerita-cerita “ Panglima Serang” Pas ini. Dengan suasana politik sekarang, Mat Sabu tidak seharusnya memejamkan mata dan mendiamkan diri dalam kes Anwar Ibrahim ini. Jika sebelum ini, dia begitu lantang mencerca Anwar Ibrahim sepatutnya dia lebih lantang lagi melakukan cercaan itu kerana ini adalah masa yang terbaik untuk Mat Sabu membuktikan apa yang dikatakan dahulu. Adakah oleh kerana Anwar sekarang sudah “sekapal” dengannya, maka adalah lebih baik baginya untuk menutup mulut.

Bukankah dia orang pertama memberi gelaran Anwar Ibrahim Al-Juburi dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini. Rakyat tidak seharusnya tertipu dengan sandiwara Pas ini. Mat Sabu telah lama pukul canang dan menggelar Anwar dengan nama Pak Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi kerana beliau kenal siapa Anwar Ibrahim, orang kampungnya. Dia sendiri telah maklum dengan salah laku Anwar Ibrahim sebelum ini. Tentu banyak lagi rahsia tentang Anwar Ibrahim ini diketahuinya. Namun mengapakah Mat Sabu tidak mahu membongkarnya lagi? Bukankah ini satu usaha murni menerangkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar Ibrahim agar rakyat tidak terus tertipu di sebalik watak kepura-puraan Anwar Ibrahim? Inilah yang menjadi persoalannya.

Bukan setakat Mat Sabu sahaja yang tahu akan perangai sebenar Anwar Ibrahim ini malah seluruh pemimpin Pas juga mengetahuinya. Tetapi mengapakah pemimpin-pemimpin Pas ini hanya membisu? Dalam soal ini Pas tidak mampu lagi untuk berdalih bahawa Pas sendiri mempunyai agenda politik tersembunyi. Kalau dulu Pas yang gila kuasa menggunakan kesempatan dalam kes Anwar ini untuk memikat pengikut setia Anwar Ibrahim ini untuk menyokong Pas. Malah Pas juga cuba menangguk di air yang keruh dengan memfitnah Kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya untuk mendapat sokongan rakyat.

Seandainya Anwar Ibrahim tidak disingkirkan dalam UMNO dan Wan Azizah bersama parti Keadilannya tidak bekerjasama dengan Pas, pasti pembongkaran demi pembongkaran terhadap siapa Anwar Ibrahim sebenarnya akan lantang dihebahkan kepada rakyat. Inilah wajah politik Pas yang sebenarnya. Kepentingan peribadi diletakkan di atas segala-galanya manakala kehendak sebenar rakyat diketepikan. Yang penting KUASA, KUASA dan KUASA.

Mat Sabu juga pernah mencabar Anwar untuk bersumpah di Masjid Permatang Pauh bahawa Anwar tidak mengambil wang RM60 juta dari Pengarah Magnum masa itu – Datuk Nalla. Anwar Ibrahim tidak berani untuk menyahut cabaran tersebut dan juga tidak berani berdepan dengan Mat Sabu di atas pentas yang sama sehingga hari ini. Alangkah baiknya jika Mat Sabu terus membuka topeng yang melindungi Anwar selama ini agar rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya PENGKHIANAT BANGSA.

Namun ini semua tidak mungkin berlaku kerana percaturan politik Pas yang ketagih kuasa dan atas sifat inilah maka Pas akan terus menyembunyikan perkara sebenar dengan harapan rakyat beralih sokongan kepadanya. Pada masa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, Datuk Nalla sekali lagi telah membongkar rahsia yang dia telah memberikan Anwar wang sebanyak RM60 juta dan ianya telah dinafikan oleh Anwar sekali lagi. Malah Datuk Nalla pula disaman oleh Anwar. Datuk Nalla baru-baru ini telah dipanggil oleh BPR untuk siasatan lanjut berhubung dengan kes ini.

Namun percayalah Allah s.w.t Maha Berkuasa. Allah s.w.t tetap akan menaikkan yang hak dan menjatuhkan yang bathil. Liwat itu adalah kerja bathil, zina adalah kerja bathil, menyalah guna kuasa juga adalah kerja bathil. Yang paling bathil dan hina adalah menggunakan agama sebagai topeng untuk menduduki takhta kuasa dan selanjutnya menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kebathilan yang lain. Mat Sabu dan Anwar Ibrahim mungkin serupa tapi tak sama.


Taminsari
Shah Alam

Ahad, November 09, 2008

Artikel Pilihan : Usaha Menjatuhkan Presiden PAS

Sayup-sayup kedengaran bahawa Husam Musa bersama dengan team Erdogannya sedang merancang sesuatu yang besar untuk Muktamar PAS tahun hadapan. Muktamar PAS tahun depan dilihat sebagai genting kerana adanya pemilihan pucuk kepimpinan utama PAS.

Dr. Zulkifli Ahmad (atau Abu Iman yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan PAS) dikatakan pernah berkata bahawa pemilihan PAS tahun depan akan berlaku pertembungan yang hebat diantara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang inginkan perubahan .

Apa maksud beliau....hanya dia sahaja yang tahu. Ramai orang tidak tahu disebalik kelembutan watak Dr. Zul ini - dialah sebenarnya diantara perancang utama kumpulan Erdogan. (kalau saya ada mood mungkin saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang siapa sebenarnya Abu Iman ini.... apa latar belakangnya....apa 'jasa' beliau kepada gerakan Islam terutamanya berkenaan "indimaj"... kenapa beliau bersama dengan PAS....dan betapa beliau begitu hadapkan kepada jawatan dan pangkat untuk merealisaskan cita-citanya)Jawatan sebagai Pengarah PPP digunakan semaksima mungkin untuk mencari pengaruh dan kedudukan setelah dilobi sakan oleh Dr. Hatta sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor lagi.

Balik kepada kisah Husam Musa....Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan.

Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila bulan lepas, Tok Guru Nik Aziz kata usaha menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas? (yang cuba dipadamkan oleh syed Azman dengan menipu wartawan harakah).

Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden?

Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?Apa yang saya khuatir, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya....sama macam kes Dato' Pa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Pa. Apa yang lebih saya khuatir, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan geng erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Ini adalah amalan yang tidak sihat didalam jamaah kita.

Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS, maka kita hendaklah patuh dan taat kepada kepimpinan beliau dan membenarkan beliau memacu jamaah mengikut acuan beliau selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AlHadis. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti.

Tetapi apa yang berlaku Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Semoga Tok Guru Nik Aziz memahami dan difahamkan bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya.Yang lebih saya khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama kita ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.

2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua orang sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)
Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.

3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.Mereka mungkin pandai baca AlQuran dan Alhadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa.Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari.

4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia.

Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Trenganu ke Selangor ke) sedangkan itu adalah perancagan jahat Yahudi yang cuba memecahkan Islam dengan sempadan negeri – sedangkan kita satu Jamaah yang mempunyai amal jama’i dan asas-asas ukhuwwah. Kita laksana batu bata yang kalau dicubit peha kanan terasa di peha kiri. Kalau kita rasa sahabat kita di Trengganu ketinggalan dan lemah dan kalau kita perasan yang PAS Negeri kita yang terlebih pandai strategi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk turun menolong atas rasa mahabbah dan ukhuwwah bukannya tulis di dalam blog untuk mengaibkan mereka dikhalayak dan mendabik dada kununnya dia tahu punca kekalahan PAS di Trengganu.

5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim (ini adalah kepakaran Abu Iman dan Abu Urwah). Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti.

Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.

7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya.
Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau. Saya rasa dah tiba masanya Presiden menggunakan kuasanya untuk melantik orang lain demi menyelamatkan akhbar Harakah dan Harakahdailiy daripada terus dikuasai oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.

8. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan.

Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang. Saya harap ahli dan pimpinan kita diperingkat cawangan, kawasan dan negeri tidak sebodoh itu diguna dan digula-gulakan oleh Husam dengan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan asas-asas perjuangan kita.

9. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi saya tidak fikir Tuan Guru Presiden kita akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan geng Erdogannya.

Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah juga merancang untuk menyelamatkan kesucian perjuangan Islam. Semoga PAS dijauhi daripada pemimpin yang tamak kepada kuasa dan pangkat.

Kepada kumpulan Erdogan, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat, janganlah menjadi penyumbang kepada kejayaan perancangan yahudi dan barat yang ingin melihat gerakan Islam berpecah dan lemah. Kembalilah memberi wala dan taat kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Semoga perjuangan kita diberkati dan di redhai Allah. Jika Allah redha cukuplah untuk kita walaupun kita kalah dan walaupun tidak diredhai dan disukai oleh munafiqin dan musyrikin.

Jumaat, November 07, 2008

Artikel Pilihan : Ada yang mahu bawa semangat pemilihan Obama ke Malaysia…

Kemenangan calon Demokrat Barrack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat bukan hanya disambut di negara ‘Uncle Sam’ kerana mencatat sejarah tersendiri tetapi turut menjadi bahan politik di negara ini. Obama, Presiden pertama kulit hitam di Amerika Syarikat menjadi inspirasi untuk orang-orang politik mengemukakan hujah mereka dengan menjadikan beliau sebagai kayu pengukur.

Hari Khamis, Obama menjadi contoh kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang bagaimana senario politik negara ini seharusnya sudah mengalami perubahan. Tee Kiat mengaitkan Obama dengan soal perlantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). "Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks.

Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih. "Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis. Presiden Transparensi Antarabangsa Tan Sri Ramon Navaratnam berkata pemilihan Obama boleh menjadi contoh dan pengajaran penting untuk rakyat Malaysia.

Beliau berkata bahawa adalah menjadi satu keistimewaan bagi seorang berketurunan Afrika dan Amerika mampu memenangi pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS). "AS telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti dan malah untuk mengatasi halangan besar dan bagi memenangi jawatan tertinggi negara.

"Kita hendaklah membuang pandangan keagungan tanpa mengira bangsa dan berusaha mempromosikan kepimpinan terbaik, bagi mempromosikan pemimpin paling baik sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.Nada yang hampir sama disuarakan oleh Kit Siang tetapi contoh yang diambil bukan Pemangku Pengurus Besar PKNS tetapi mendakwa UMNO menafikan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan sesiapa sahaja warganegara Malasyia untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya, kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat, seharusnya mengubah sikap kalangan pemimpin UMNO agar menerima hakikat Perlembagaan membenarkan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri negara ini. Beliau menghujahkan perkara itu semasa membahasakan rang Undang-Undang Perbekalan 2009 di peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat Khamis.

Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Kit Siang itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz menafikan UMNO tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. “Amerika Syartikat tunggu lebih 200 tahun baru boleh dapat seorang Presdien kulit hitam. Di Malaysia sejak merdeka (1957), Ketua Menteri Pulau Pinang terdiri daripada orang Cina walaupun pernah UMNO menjadi parti majoriti di Dewan Undangan Pulau Pinang.

“Jadi mana bukti UMNO menafikan hak kaum lain. Saya nak tanya di Perak, DAP adalah majoriti tetapi kenapa Menteri Besar Perak tidak dilantik di kalangan orang DAP. Adakah rakan-rakan DAP iaitu PAS dan PKR tidak setuju wakil DAP jadi Menteri Besar negeri itu,” katanya. Tidak puashati dengan sindiran dan penjelasan Nazri itu, Kit Siang terus membangkitkan isu tersebut dan berulang kali mengaitkan undang-undang tubuh negeri sebagai halangan.

Nazri dengan tenang bangun dan menjawab : Apakah Ipoh Timur (Kit Siang) mencadangkan bahawa Sultan Perak tidak setuju dengan perlantikan bukan Melayu sebagai Menteri Besar negeri itu”. Mendengar jawapan itu, Kit Siang terus menafikannnya.

Siapa Sebenarnya Obama?

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam? Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew.

Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah".

Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama.

Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel."My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007.

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?

Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007.

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama. Berhati-hatilah kita.


Angin Perubahan






Khamis, November 06, 2008

Artikel Pilihan : PAS Penghalang Anwar Jadi PM ?

SETIAP kali Anwar Ibrahim membuat pengumuman beliau sememangnya sudah ada jumlah wakil rakyat yang mencukupi bagi membentuk sebuah kerajaan pembangkang yang baru menggantikan Barisan Nasional, maka Pas terus menegaskan syarat utamanya -- kerajaan baru itu mestilah bertunjangkan Islam dan majoriti wakil rakyat Islam.

Tidak semena-mena Anwar menjadi kelu. Dia tidak berani mengumumkan nama atau mendedahkan senarai wakil rakyat yang didakwanya sudah ada dalam 'kocek' beliau. Contoh paling ketara adalah dua amaran keras Pas pada lewat September lalu dan awal Oktober ini.Sebelum ini Anwar sudah beberapa kali sama ada meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membolehkannya membentangkan undi tidak percaya atau beliau bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Terbaru Anwar yang mahu menenangkan hati penyokongnya yang semakin gelisah dan tidak lagi mahu mengiringinya ke bangunan Mahkamah Rendah di Jalan Duta, sekonyong-konyong mengumumkan mungkin menjelang Hari Raya Aidiladha ini, hajatnya menubuhkan kerajaan baru itu akan terkabul. Dengan sasaran 16 September, 2008 sudah berlalu begitu juga 23 September, Anwar tiba-tiba meminta penyokongnya agar usah bimbang kerana satu dua tahun akan datang mungkin mimpinya akan menjadi.

Malang 1,000 kali malang bagi Anwar, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, tidak berganjak daripada pendiriannya bahawa "Pas tidak akan menyertai sesebuah kerajaan baru persekutuan jika majoriti wakil rakyatnya bukan Islam.''Kata Hadi: "Apabila jumlah wakil rakyat bukan Islam melebihi kerusi wakil rakyat Islam, maka Pas akan membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat."Ini ditegaskan ketika berucap pada satu majlis ceramah di Dungun, kata akhbar rasmi Pas, Harakah. Itu adalah syarat pertama, kedua Pas mahu kerajaan yang bakal dibentuk mestilah yang kukuh dan bukan dipenuhi wakil rakyat yang penakut.

Hadi Awang lebih mengharapkan wakil rakyat UMNO menyertai Pas bagi membolehkan kekuatan Melayu dibina lantas mengukuhkan lagi kedudukan Islam. Memandangkan syarat inilah, maka Hadi menegaskan bahawa Pas mahu meneliti senarai wakil rakyat BN di tangan Anwar yang didakwanya mahu menyertai pembangkang.Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa pula terang-terang menegaskan Pas tidak akan menggadai prinsipnya memperjuangkan Islam.Ini kerana bagi Pas, Islam itu wujud dalam semua bentuk sama ada ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.

Sudah tentulah agenda Islam ini berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Kini bukanlah satu rahsia lagi, Anwar mungkin ada 33 wakil rakyat dari BN yang menyatakan kesediaan berpindah kepada Pakatan Rakyat, tetapi gabungan pembangkang dalam sekelip mata akan kehilangan 23 wakil rakyat Pas. Syarat ketat Pas itu menjadi penghalang hingga membuat Anwar tidak berani membuka mulut lagi.

Tergamam dia dibuatnya. Semua orang kini tahu, wakil rakyat yang melompat itu kelak bersama-sama 31 wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 28 daripada DAP tidak mencerminkan peratusan atau komposisi pecahan penduduk di negara ini.Dengan komposisi pembangkang yang berat memihak mewakili sesuatu kaum saja, Anwar mendukung pakatan yang bukan saja tempang malah tidak mampu menyuarakan kehendak rakyat jelata.Hai Anwar kamu kini hanya mampu memendam rasa saja. Mimpi indah untuk dapat memujuk Tengku Razaleigh Hamzah berputus arang dengan UMNO kekal impian saja nampaknya.

Begitu juga Zaid Ibrahim terus bermain sandiwaranya. Wakil rakyat dari Sabah yang lantang bersuara di Parlimen tidak menunjukkan minat mahu mengekori PKR.Lantas kini setiap kali kau Anwar membuka mulut mengenai pembentukan kerajaan baru secepat itu jugalah Hadi Awang akan memberi amaran keras berkaitan tuntutannya. Jahit sajalah mulutmu itu Anwar dan buai sajalah mimpimu itu hingga kamu terlena. UMNO, MCA giat membina semula kekuatan mereka dan sudah tentu akan mengganyang pembangkang yang masih tidak sekata dan berangan-angan kosong.

Malaysia Aktif
Taminsari

Artikel Pilihan : Henti guris Melayu

KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan. Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. ‘‘Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.
‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak. Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.
Kira-kira 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah di sini bagi menyerahkan memorandum itu.

Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu. Sultan Azlan bertitah, kebimbangan orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkannya ke dalam Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan).

Titah baginda, ia termasuk klausa- klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Baginda menjelaskan, sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh raja- raja serta bidang kuasa raja merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu mendapat perkenan raja-raja.

Dalam hubungan ini titah baginda, institusi raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping memberikan keadilan kepada warga keseluruhannya. ‘‘Institusi raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian. Raja-raja memahami bahawa perlembagaan merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

‘‘Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan. ‘‘Negara yang aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah, orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Titah baginda, untuk itu orang Melayu memerlukan jaminan dan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai pribumi tidak terancam.

‘‘Persekutuan Tanah Melayu masih wujud dalam undang-undang kita atau dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu dan nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. ‘‘Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia,” tegas baginda. - UM
Taminsari

Rabu, November 05, 2008

Pas Bantah & Pas Sokong!

Pas bantah yang ini :

Pas membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam mengadakan forum awam 'Memeluk Islam' Sabtu ini kerana ia boleh mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jika Majlis Peguam masih meneruskan tindakannya itu, ia akan merugikan semua pihak. “Sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa kerana Islam berdiri berteraskan sumbernya sendiri,” katanya dalam laman web parti itu.

Abdul Hadi berkata Majlis Peguam perlu membatalkan forum itu demi menjamin kestabilan dan keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara ini. Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata forum awam itu tidak sepatutnya diadakan secara terbuka. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata forum yang akan diadakan dalam tempoh yang singkat akan menimbulkan prasangka dan prejudis di kalangan umat Islam di negara ini.

Akan tetapi,

Pas sokong yang ini :

YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen PAS Shah Alam ) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.
Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez ( Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR ) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez.
Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid?
Kenapa yang ini lagi penting tapi Pas tak membantah? Ini soal aqidah..mengapa Pas menyokongnya...Jangan sesatkan lagi umat Islam di Malaysia....

Taminsari
Shah Alam

Selasa, November 04, 2008

Artikel Pilihan : Rahsia DAP 13 MEI 1969

PADA tahun 1979, Lee Kuan Yew bercakap kepada NST, Herald dan lain-lain suratkhabar bahawa Singapura sama seperti Israel. Kalau Israel dikelilingi oleh Arab Muslim, Singapura dikelilingi oleh Malay Muslim.

Maka tidak hairanlah sejak 1950an lagi Lee Kuan Yew sering mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di KL, dan mengadu juga kepada wakil Duta Amerika Syariket di Singapura tentang ketakutannya kepada orang-orang Melayu. Sebab itu, pada tahun 1965, apabila Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, Lee Kuan Yew cepat-cepat menubuhkan DAP dan menghantar wartawan Lim Kit Siang untuk mengetuai DAP di Tanah Melayu.
Maka itu, PAP adalah DAP, DAP adalah PAP, matlamat mereka ialah menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Orang-orang Melayu terutama generasi muda Melayu tidak sedar, beberapa hari sebelum 13 MEI 1969, DAP telah menghantar ahli-ahlinya mengelilingi bandar KL dan mengapi-apikan orang Melayu dengan kata-kata "MELAYU BODOH, MELAYU BALIK KAMPUNG, MELAYU TANAM JAGUNG ". Dalam buku Tunku Abd Rahman juga ada menyebut peritiwa ini. Mereka membuat provokasi sedemikian kerana mereka (DAP) sudah hampir memerintah Selangor.

Menurut saksi primier di tempat kejadian, orang-orang DAP yang berarak dengan bendera DAP telah membuka seluar mereka dan menayangkan kemaluan mereka kepada gadis-gadis Melayu!
Malangnya kini, ada pula puak-puak pimpinan Melayu seperti Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Husam Erdogan teams, dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya boleh tunduk dengan permintaan-permintaab DAP untuk merampas hak-hak orang Melayu yang sedikit itu. MB Selangor yang baru pulang dari Mesyuarat Raja-Raja Melayu di Terengganu pun boleh lagi memperolok-olokkan resolusi Raja-Raja Melayu.

Mengapakah agaknya Melayu PKR yang diketuai oleh Orang Melayu bercakap lidah DAP? Mereka minta UITM dibuka kepada Bukan Melayu dan banyak lagi. Tidak membantah DAP mempertikaikan bahasa Melayu, azan, lagu Negaraku, Raja-raja Melayu, marataan, keadilan semuanya dalam konteks DAP. Malangnya pemimpin-pemimpin PKR tidak membantah! Adakah kerana terpaksa membalas budi kerana ada wakil menjadi MB dan terpaksa menyejukkan hati DAP yang tengah tahap meroyan kempunan untuk memerintah baik negeri dan negara.

Hari ini Anwar memanggil MP BN dalam Parlimen dengan gantinama diri 'Sahabat', masa rehat Anwar makan bersama-sama MP BN di lobi Parlimen, umrah bersama-sama MP BN, dalam kereta SMS dengan MP BN, di hotel makan dengan MP BN, kalaulah kalau esok Anwar masuk semula dalam BN, agaknya apakah pendirian DAP & PAS? Siapa tertipu, siapa menipu, siapa kena tipu?

Anwar Berbaju PKR Berhati DAP

Umum tahu, tindakan tidak bertanggungjawab Wee Meng memparodikan Melayu dan Islam dalam 'Negarakuku'nya dianggap cetusan karya seni, sama seperti pemikiran Anwar yang menganggap karya Salman Rushdie dalam novelnya bertajuk 'The Satanic Verses' sebagai karya seni berfikiran tinggi.

Wee Meng Chee mempertahankan karyanya sebagai hasil kreativitinya, walaupun dia menghina suara azan macam ayam berkokok dan tune lari. Anwar juga tidak kesah mengagungkan Salman Rushdie dan Tidak Mengagungkan Rasulullah Saw, sebagaimana juga ditulis oleh Faisal Tehrani tajuk Rasulullah Dihina.

Tetapi apabila Chamil Wariya menulis cerpen yang sinis, mereka mengecam dan melabelkan sebagai menghasut sentimen perkauman dan propaganda politik. Persoalannya, sejak bila propaganda politik (jika benar) dikategorikan sebagai jenayah hingga boleh dibuat laporan polis?
Nampaknya di Malaysia sekarang, bila bercakap mempertahankan kesucian agama Islam dikira menghasut, bila bercakap pasal bangsa Melayu dikata perkauman, bila bercakap pasal keselamatan negara disebut tiada Hak Asasi Manusia.

Di perhatikan Anwar memang Melayu berhati DAP, semasa di Parlimen, apabila MP Melayu bercakap pasal keselamatan negara, Sivarasah pula yang duduk berselang dengan Anwar bangun bercakap pasal Human Reights dan Hak Asasi Manusia. Bayangkan Anwar boleh berdiam diri dan tidakpun menentang ataupun sekurang-kurangnya memperbetulkan konsep Hak Asasi Manusia dalam konteks Islam dan dalam Konteks negarabangsa kita! Apabila Dr Puad Zarkazi membawa cerita khalifah Umar membuang seorang pemuda ke daerah lain, demi keselamatan majoriti masyarakat umum, barulah Anwar berhenti berdebat pasal ISA & Human Reight.

Anjing dan Kucing

Begitu juga selepas pengakuan Teresa Kok pasal makanan macam anjing di Kem Kamunting, Teresa sempat pula main-main sebut pasal Kucing pula! Jika anda prihatin, sebenarnya apa maksud Teresa sebut Kucing pula. Dari segi bahasa politik, itu maksudnya hina orang Melayu dan umat Islam, sebab Kucing binatang yang selalu berada dalam rumah orang Melayu dan umat Islam. Kita saja yang tak peka!

Kemudian Tian Chua yang bijak berlakon sanggup mati di hadapan Bulldozer setiap kali demonstrasi, oleh kerana sangat-sangat terdesak, sangat-sangat takut rakyat tahu tembelang mereka, sanggup berbohong kononnya ada 'orang tengah' sudah "deal" dengan Perdana Menteri untuk urusan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Pak Lah kata ia Berita paling Gila.

Kemudian, barulah Anwar menukar 'tune' kempennya yang gagal itu dengan berkata Pak Lah benar, Tian Chua yang bohong. Wah...Anwar pun sudah tunjuk Tian Chua Pembohong dan Penipu. Rakyat nak percaya lagikah PKR?. Kalau budaya Melayu, orang yang menipu macam Tian Chua, yang disahkan menipu oleh Anwar, Tian Chua tak ada muka lagi nak pergi tunjuk muka kat Parlimen. Baik berhenti saja jadi YB, memalukan sahaja.

Apakah pembohongan satu budaya mereka? Di negara China, oleh kerana nak untung sangat berlipat-lipat ganda, mereka sanggup menipu pengguna susu dengan mencemarkannya dengan kimia Melamine. 53,000 bayi keracunan dan banyak lagi kes belum diumumkan. Mereka lakukan semata-mata untuk menaikan nisbah kandungan protien secara palsu. Nampaknya mereka sanggup membunuh untuk mengejar keuntungan!

Apakah sebabnya mereka marah dan mengkritik habis-habisan PDRM, BPR, dan Audit Negara. Apakah mereka takut terdedah segala korupsi mereka. Lihat sahaja kes workshop di Terengganu yang mengenakan tuntutan palsu yang begitu tinggi. Kalau kita semua peka dan perasan, sebenarnya ada pihak yang sengaja menuding jari dengan pandai-pandai mengalih perhatian dengan mengecam orang Melayu dan kerajaan Melayu sebagai korup dan sebagainya.

Begitu juga apabila harga minyak Petrol/Diesel menunjukkan paras menurun akan tetapi Harga Barang tetap naik. Cubaan menyalahkan kerajaan tetap berbunyi, Kenapa? Begitu juga pengangkutan awam, tetap juga akan naik dengan nada cerita lain seperti disandarkan kos pengangkutan, tayar, bateri, minyak hitam dll. Ini adalah kerana bagi syarikat pengangkutan yang dimiliki oleh orang melayu terpaksa berhadapan dengan bekalan yang dibekalkan dan dimonopoli oleh orang cina.

Oleh itu mereka sengaja menuding jari mengalih perhatian dengan mencari alasan kepada orang Melayu dan kerajaan Melayu sebagai korup dan sebagainya untuk melindungi rahsia keuntungan mereka terdedah. Akan tetapi jika hasil untung Melayu mereka mahu tahu sehingga kelubang cacing. DEB pun menjadi bahan laungan ketidaksamarataan. Kalau boleh Melayu hanya menjadi penumpang yang membayar sahaja, untuug semua mereka yang kaut.

Jika dilihat rakan-rakan Cina kita di seluruh negara, bukanlah semua mereka seperti yang di atas, melainkan mereka-mereka yang diatas itu dan yang sewaktu dengannya. Malangnya sehingga ke hari ini, Ulama-ulama PAS diam-diam sahaja pasal Hadiah Seks diklasifikasikan sebagai " Sedekah " oleh orang PKR. Aduhai, janganlah pula ulama PAS keluarkan fatwa bersetuju pula!

Mereka membela diri sendiri konon ia komplot BPR...aduhai, membela diri biarlah bertempat. Dah tahu Zina itu Dosa Besar, Dah Tahu Zina itu Haram mencium bau syurga jika taubat nasuha tidak diterima Allah SWT, Dah tahu penzina itu hukumannya berat, kenapalah nak dekati, kenapa tak tegas kata tak mahu, kenapa tak tegas halau gadis-gadis China itu, bukankah ada Handphone call sahaja 999, bagitahu pihak berkuasa ada rasuah seks. Nawaitu? Tanya Anwar Ibrahim dan ulama-ulama PKR apakah tindakan mereka selanjutnya. Kalau YB Zulkifli kena menghadap Lembaga Disiplin bukan pasal habuan Seks, kes mereka kena tanya Presiden dan Penasihat PKR .

Ekonomi Malaysia Paling Buruk Atau Anwar Paling Terok

Anwar yang kaya raya itu, menyangka akan dapat menjatuhkan Kredebiliti ekonomi negara di sebuah Forum di Hong Kong. Fakta yang Anwar kemukakan ternyata salah, kerana pengaliran FDI dari Malaysia sebenarnya bukan boleh diertikan sebagai 'Capital Flight'. Ianya adalah pengaliran keluar Dana oleh syarikat-syarikat Transnasional Malaysia secara Terancang.

Ini membuktikan aliran keluar (82% atau A$10 Billion) dan masuk sebenarnya Positif dengan pengaliran keluar mengatasi pengaliran masuk. Oleh itu, jika Anwar ingin menyerang Kerajaan, Anwar sepatutnya mengingatkan dirinya bahawa dia penyebab Ketidaktentuan politik yang menyumbang kepada pengurangan pelaburan dari luar.

Sepanjang PRU12 dan Kempen 916, Anwar menuduh tiada kemasukan FDI ke Malaysia, malah menuduh ekonomi Malaysia lebih buruk daripada Vietnam. CIMB mengesahkan pembelian BankThai RM577.4 juta. Maybank mengesahkan pembelian salah sebuah bank terbesar di Indonesia dari sayap pelaburan Temasik. Tetapi Anwar masih kata ekonomi Malaysia tidak terurus dengan baik.

Hari ini Amerika mengalami Kebankrapan paling buruk dalam sejarah. Bank-bank perdagangan terpaksa menerima bantuan USD700 Billion itupun setelah menerima sokongan Dewan Senat selepas Kongres menolak permintaan tersebut. Di Britain kerajaan terpaksa menyuntik 400Billion Pound Sterling untuk menghidupkan ekonomi mereka.

Di Malaysia, Menteri Perdagangan berkata harga minyak akan turun lagi sehingga mencecah RM1.92 seLiter apabila harga minyak setong mencecah di bawah paras US80 setong. Tetapi Anwar masih lagi berkata Ekonomi Malaysia paling buruk di Asia. Anwar kata dia malu dengan ekonomi Malaysia.

Laporan Asian Economy berpusat di Hong Kong menyenaraikan Bank Rakyat antara 10 Institusi Kewangan paling untung di Asia, tetapi Anwar masih kata Ekonomi Malaysia paling rendah di Asia Tenggara, malah melabelkan ekonomi Malaysia setaraf negara-negara seperti Tobago, Timor Leste, Habsyah, dan Kenya.

Di sebalik semua tuduhan itu, Anwar masih belum menjelaskan kepada rakyat apakah tujuan Tian Chua bertemu dengan penyangak matawang George Soros tidak berapa lama dahulu? Anwar belum menjawab berapakah sumbangan yang mereka terima daripada Soros? Anwar juga tidak menjawab isu cek yang diterima oleh Khalid Jaafar yang mewakili PKR? Semua wang-wang tersebut ke mana sekarang?

Adakah semua ini goreng-goreng Anwar untuk melindungi Pakatan Rakyat, DAP/PKR/PAS dalam melindungi janji-janji manifesto semasa PRU12 kepada rakyat? Tidakkah masanya untuk mencari dana sebanyak mungkin untuk dibelanjakan apabila tibanya PRU13 kelak walaupun Anwar tahu akan ramai tangan-tangan luar yang sentiasa menghulurkan bantuan kewangan kepadanya dan dimasa yang sama DAP/PKR/PAS sedang menagih bantuan sumber selain dari hasil meminta derma dan menjual tabloid? Begitu juga dengan KM DAP yang masih mengharapkan supaya kerajaan tidak membatal dan menangguhkan bantuan kewangan dalam projek mega kerajaan, Kenapa? Berbalik kepada pandangan diatas..

Pada ketika rakyat yang tertipu mengundi PR dalam PRU12 dulu menunggu-nunggu janji-janji PR, rakyat Selangor belum diberi jaminan apakah akan masih menikmati air percuma 20meter padu pada Januari 2009? Di Perak air percuma diberikan kepada yang berpendapatan RM700 sebulan kebawah, jika RM750? Tak selari dengan janji yang telah ditaburkan..

Akhirnya, idealogi Anwar masih taksub dengan teori Yahudi-Amerika, Adam Smith? ataukah Anwar sudah berubah selepas bekerjasama dengan Kumpulan Soros, Kumpulan Cohen, Kumpulan Dubai dan Kumpulan Darul Ehsan. Itulah Anwar yang berkata ekonomi Malaysia paling buruk di Asia.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, November 03, 2008

Rakyat Tahu Menilai Antara Kaca Dan Permata

Memang tidak dinafikan kadang-kadang ada juga benarnya pendapat di kalangan pemerhati politik bahawa setiap parti politik Melayu di negara ini, walau apa pun faktor yang membawa kepada penubuhannya mempunyai tujuan murni, yang termaktub dalam perlembagaannya. Jika boleh dianggap tujuan murni itu sebagai cita-cita dan hasrat pemimpin dan ahli parti berkenaan, dapatlah juga dikatakan bahawa perjuangan mereka membawa kebaikan untuk agama, bangsa dan negara.

Keseluruhan parti politik Melayu berhasrat menegakkan agama, membela bangsa Melayu, mempertahankan kedaulatan negara, memperjuangkan kesejahteraan untuk rakyat dan berusaha bagi kemajuan negara. Perjuangan menyatupadukan ummah menanamkan semangat perpaduan cintakan negara juga menjadi tujuan utama perjuangan parti politik Melayu berkenaan. Hubungan parti berkenaan itu dengan Islam begitu erat sekali malah berhasrat meletakkannya di tempat yang tinggi. Parti-parti berkenaan itu juga menyatakan hasrat untuk membela kedudukannya dan mendaulatkan hukum Islam samada secara langsung atau tidak.

Demi perjuangan murni itu, penubuhan UMNO adalah untuk menegakkan, mempertahankan kemerdekaan dan mendaulatkan negara Malaysia. Ia juga untuk mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri dan Raja-raja, menghormati prinsip kebebasan beragama, mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu. UMNO juga diamanahkan untuk mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak asasi manusia dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Inilah hasrat dan tujuan murni perjuangan UMNO – pernyataan yang jelas dan terang malah dapat dilaksanakan.Walau apa pun yang dikatakan namun masyarakat Melayu dapat menilai antara parti politik Melayu yang selama ini banyak berjasa, mencemerlangkan bangsa Melayu, berusaha bagi kemajuan negara, kepemimpinan yang berkualiti dan berwawasan. UMNO sebagai parti yang besar dan kuat kerana sokongan bangsa Melayu dengan kecekapan kepemimpinannya.

Memang kita tidak menolaknya bahawa sejak UMNO ditubuhkan, parti itu tidak pernah sunyi daripada menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang datang menyerang samada dari dalam mahupun dari luar. Tetapi semuanya dapat diatasi dan diselesaikan dengan kebijaksanaan kepemimpinan UMNO. Sejarah akan menyaksikan dan memuji serta memberi nilai yang tinggi peranan UMNO, pemimpin dan ahlinya terhadap kejayaan pencapaian orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan pendidikan. Ini adalah usaha dan tanggungjawab UMNO dalam menentukan nasib bangsa Melayu dan demi kepentingan agama negara Malaysia tercinta.

Inilah cita-cita dan hasrat UMNO ditubuhkan. Wajar bagi setiap ahli UMNO mengingatkan diri masing-masing dan seluruh bangsa Melayu supaya sewaktu kita diberi mandat membantu Presiden UMNO hari ini, kita harus kenal serta menghayati falsafah perjuangan UMNO bahawa parti itu tidak mempunyai pilihan atau tujuan lain kepada wadah perjuangan Melayu di negara ini. Ahli-ahli UMNO dan orang Melayu serta rakyat jelata perlu sedar, bahawa perjuangan politik yang berteraskan parti itu menjadikan negara Malaysia merdeka lagi berdaulat. Generasi Muda Melayu juga harus menerima kenyataan serta bersyukur kerana perjuangan UMNO berjaya meningkatkan syiar Islam.

UMNO juga menaja segala gagasan kemajuan dasar pembangunan untuk membebaskan seluruh rakyat khususnya orang Melayu dari lingkaran kemiskinan. UMNO juga penggerak utama dalam usaha menyatupadu dan memupuk semangat perpaduan segala bentuk rupa dan corak keturunan di negara ini.Kepada orang Melayu khususnya Ahli UMNO kita harus rela dan mampu menghayati falsafah perjuangan parti sebagaimana kita menghayati agama Islam yang suci. Memang kita sedia maklum bahawa UMNO tidak mempunyai syurga dan neraka bagi mereka yang menyokong atau mengkhianati perjuangannya.

UMNO juga tidak mempunyai hukum Tauhid dan ibadat untuk mempastikan proses perjuangan yang bersih dan berkesan. Namun demikian, UMNO mempunyai undang tubuh, adat dan etika. UMNO bergerak berlandaskan nilai dan susila yang wujud dalam institusi masyarakat Melayu, justeru UMNO mempunyai satu tekad politik yang murni.Hidup UMNO. Dulu, Kini Dan Selamanya.

Taminsari
Shah Alam

Artikel Pilihan : DEB bukan dasar emosi !

SEJAK akhir-akhir ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) sering menjadi 'peluru' bagi pelbagai pihak. Dalam menagih pengaruh (atau populariti), DEB sering dijadikan umpan besar. Ia ditafsir sebagai halangan utama pembangunan negara dan wajar dihapuskan bagi memastikan pembangunan yang lebih pantas.

Dalam konteks kepelbagaian bangsa, DEB dikatakan tidak adil kerana memberi keutamaan kepada masyarakat bumiputera dengan mengenepikan masyarakat lain. DEB dipersoalkan dalam konteks pengagihan kekayaan dan peluang serta bermacam-macam lagi. Secara pentadbiran, tempoh pelaksanaan DEB iaitu 1970-1990 telah pun tamat. Namun, intipati dasarnya masih kekal segar dalam kesemua dokumen rancangan pembangunan negara.
Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010), Misi Nasional (2006 -2020), rancangan pembangunan lima tahun Malaysia dan juga dokumen pembangunan sektoral yang lain meletakkan semangat dan harapan DEB sebagai umbi utama strategi pembangunan.

Tidak dinafikan setelah hampir 40 tahun dirangka, ramai yang lupa dengan dasar yang begitu penting dan bermakna dalam pembangunan negara kita, bukan sahaja untuk masyarakat bumiputera malah keseluruhan rakyat Malaysia. Penilaian ke atas mengapa semangat dan harapan DEB perlu terus dikekalkan boleh dibuat daripada pelbagai sudut.

Di sebalik hujah yang mungkin mencetus ketegangan emosi, perekonomian DEB sering dibelakangkan. Apakah DEB merupakan model ekonomi yang sudah lapuk? Benarkah kemajuan yang kita kecapi hari ini tiada kaitannya dengan DEB? Adakah arus globalisasi dan kemajuan teknologi menjadikan DEB tidak lagi relevan?

Benarkah kemajuan dan kemakmuran negara yang dicapai hari ini mampu terus dipertahankan sekiranya DEB dihapuskan? Persoalan-persoalan ini perlu kita rungkaikan. Apa pun DEB adalah dasar 'ekonomi' baru, bukan dasar emosi. Kewajaran DEB tidak wajar diperdebatkan dengan hujah emosi. Keharmonian negara bakal terjejas. Perekonomian DEB perlu diperjelas agar dilihat relevan oleh seluruh rakyat Malaysia. Perekonomian DEB masih relevan malah mungkin lebih relevan dalam konteks pertumbuhan ekonomi semasa.

DEB adalah strategi 'intervensi' yang dibentuk bagi menangani kegagalan pasaran bebas (market failures). Idealisme ekonomi (khususnya pemikiran barat) sering melaungkan kewujudan pasaran yang bebas daripada campur tangan kerajaan sebagai satu model ekonomi yang terbaik.
Berdasarkan model pembangunan ekonomi yang sedemikian, pasaran yang bebas adalah efisien dan membolehkan pembangunan dan kemajuan dicapai dengan kadar yang lebih pantas.

Strategi

Semua pihak dianggap berpeluang menentukan strategi dan aktiviti masing-masing untuk maju ke hadapan. Ganjaran untung-rugi menjadi insentif kepada setiap individu. Daripada sudut yang ekstrem ada yang berpandangan bahawa campur tangan kerajaan adalah bersifat gangguan yang lebih menghalang mempercepat pertumbuhan ekonomi. Dalam menolak DEB, banyak yang berhujah sedemikian. Namun yang berhujah mungkin kurang arif dengan perekonomian pasaran bebas yang hanya menjadi efisien jika ciri pasaran yang 'sempurna' dicapai.

sudut penyertaan, kesempurnaan pasaran bererti semua pihak mempunyai peluang dan kemampuan yang sama untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pasaran bebas.
Persoalannya, adakah kesempurnaan sedemikian wujud? Samakah yang belajar di sekolah di kawasan pedalaman Sarawak dengan di Kuala Lumpur? Samakah peluang masyarakat di Baling dengan masyarakat di Johor Bahru? Samakah kemampuan industri kecil dan sederhana (IKS) berbanding syarikat multinasional?

Adilkah masyarakat yang mempunyai kekayaan bersaing dengan masyarakat yang ketinggalan akibat dipinggirkan? Bolehkah pasaran bebas menjamin bahawa ketidakserataan ini tidak meminggirkan sesuatu kelompok masyarakat menyertai proses pembangunan dan kemajuan?
Sifat invisible hand ekonomi pasaran bebas tidak mampu mengenalpasti semua ini. Inilah asas perekonomian DEB. Kewujudan pasaran sempurna adalah ilusi teori ekonomi.

Hakikatnya dari dahulu lagi tiada ekonomi di dunia yang mencapai tahap kesempurnaan dan boleh menidakkan intervensi daripada kerajaan. Sememangnya, kerajaan tetap ada peranannya iaitu membentuk polisi dan strategi bagi menangani ketidak sempurnaan yang menyebabkan kegagalan pasaran.

DEB mempunyai perekonomian yang kukuh dan mampu disokong oleh teori ekonomi moden. Perekonomian DEB masih relevan. Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan yang dicapai oleh kita semua (bumiputera dan bukan bumiputera) hari ini ada kaitannya dengan DEB.
Pada tahun 1970-an ramai yang 'jalan bertongkat', kini bukan sahaja sudah ramai yang boleh berjalan sendiri malah mampu memimpin yang lain. Terapi DEB berkesan. Kemampuan masyarakat bumiputera hari ini amat jauh berbeza dengan statusnya pada awal 1970-an.

Peningkatan taraf hidup dan kuasa beli masyarakat bumiputera pastinya dimanfaat oleh masyarakat bukan bumiputera. Hasil daripada strategi DEB yang berkesan, berjuta masyarakat bumiputera telah berganjak dari kategori miskin kepada pendapatan menengah.
Keinginan dan corak permintaan golongan menengah berbeza. Permintaan ke atas rumah kediaman yang lebih selesa, kenderaan yang berkualiti, pendidikan yang bermutu, perkhidmatan kesihatan yang semakin canggih, hiburan, percutian dan sebagainya semuanya meningkat. Bukankah akhirnya semua masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera mendapat manfaatnya?

Jelas DEB untuk semua. Secara terus aplikasinya mensasar kepada masyarakat bumiputera tetapi limpahan dan kesan penggandaannya amat hebat. Semua merasa dan tiada yang terpinggir. Namun tidak boleh pula kita alpa. Kegagalan pasaran yang menjadi asas perekonomian DEB memang wujud. Namun kita mesti benar-benar jelas di mana puncanya. Strategi DEB yang dibentuk mesti disasarkan untuk menangani kegagalan pasaran yang dikenalpasti.

Tanpa mengenalpasti punca sebenar kegagalan pasaran, strategi memperbaikinya tidak akan berkesan. Strategi mesti jelas, dilaksana dan dipantau keberkesanannya. DEB ialah senjata ekonomi yang berkualiti bagi menangani kegagalan pasaran namun jika tidak cekap kita mengendalikannya, mungkin buruk pula kesannya.

Tidak salah memberikan 'tongkat' kepada yang memerlukan tetapi rugi dan salah jika 'tongkat' ini diberikan kepada yang tidak sepatut menerimanya. Kita juga tidak mahu masyarakat Bumiputera terus bertongkat selama-lamanya.

Persaingan

Mesti ada elemen graduasi dalam DEB. Persaingan semakin sengit. Kita perlu segera memperbaiki kegagalan pasaran ini bagi memastikan kapasiti enjin dan pemandu yang setanding kecekapannya.

Penumpuan polisi perlu dialih daripada pengagihan kekayaan kepada pengagihan peluang yang berkualiti untuk berjaya. Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, memang wajar DEB dinilai kesesuaian dan pelaksanaannya seiring dengan kemajuan masyarakat dan negara serta perubahan struktur dan sifat ekonomi, termasuklah arus globalisasi dan kemajuan teknologi.

Bentuk kegagalan pasaran mempunyai evolusinya tersendiri. Pada tahun 1970-an, yang miskin berjalan kaki. Pada tahun 2020, yang miskin mungkin berkereta. Jika hari ini jurang pendapatan menjadi keutamaan, pada masa akan datang jurang digital pula mungkin menjadi fokus. Kalau dahulu pemilikan sumber asli amat bermakna, hari demi hari penguasaan ilmu lebih bernilai. Dalam apa jua keadaan kegagalan pasaran tetap akan ada. Perekonomian DEB yang berlandaskan kegagalan pasaran akan terus relevan dan wajar untuk kita meneruskannya, untuk manfaat semua dan pastinya dengan strategi pelaksanaan yang efektif dan efisien.

Suara Rakyat
Taminsari

Ahad, November 02, 2008

Teresa Kok Tak Boleh Terima Kritikan

Kalau takutkan dilambung ombak, janganlah berumah ditepian pantai. Itulah kata perumpamaan orang Melayu yang senang untuk difahami. Tak tahulah kalau YB Teresa Kok tak faham dengan bahasa simbolik ini. Kalau tak faham juga rajin-rajinlah bertanya kepada rakan-rakan sepejuangan didalam Pakatan Rakyat yang berbangsa Melayu. Itulah asam garam politik. Untuk menjadi seorang ahli politik, janganlah takut dengan kritikan. Kalau tak boleh menerima kritikan, eloklah berhenti dari menjadi ahli politik dan duduk sahaja dirumah.

Teresa Kok perlu tahu peranan akhbar. Sama juga dengan laman blog Teresa Kok yang suka menjaja cerita-cerita mencari kesalahan kerajaan. Tak perlu menyalahkan Utusan Malaysia yang menyiar berita-berita yang mengkritik anda. Peranan Utusan Malaysia sebagai akhbar “penyebar fikiran rakyat” tidak boleh dinafikan. Bagaimana pula dengan peranan-peranan akhbar-akhbar lain dipihak pembangkang yang sering menyiarkan berita-berita yang menghentam kerajaan. Kami sebagai rakyat berhak juga menyampaikan bantahan atau rasa tidak puas hati kami melalui saluran media seperti akhbar Utusan Malaysia.

Teresa Kok berkata semenjak isu kandang babi diSelangor hebat diperkatakan, berita-berita yang telah disiarkan yang mengaitkan nama beliau di akhbar-akhbar telah sedikit sebanyak mencalar imejnya sebagai wakil rakyat. Sebenarnya imej anda sebagai wakil rakyat telah lama tercemar gara-gara anda menjaja cerita klip video seorang wanita yang dipercayai pada mulanya warga China semasa ditahanan polis tidak lama dulu. Anda telah menjaja video klip dari Dewan Parlimen sehinggalah keseluruh negara seolah-olah anda adalah seorang pejuang golongan wanita dinegara ini sehinggakan memaksa kerajaan Malaysia terpaksa memohon maaf kepada kerajaan China. Rakyat tidak akan lupa.

Cerita ini telah mendapat liputan yang meluas diakhbar-akhbar Negara China pada ketika itu. Tetapi sebaliknya setelah siasatan dijalankan dan didapati tahanan wanita itu adalah warga tempatan berbangsa Melayu pula. Anda telah mendahului pihak polis ketika siasatan sedang dijalankan. Saya nak tanya pada Teresa Kok, pernahkah anda memohon maaf kepada rakyat dan kerajaan Malaysia berhubung peristiwa ini. Apakah tujuan sebenar Teresa Kok dalam laman blognya menyiarkan gambar “ lima ekor babi panggang “ setelah diumumkan yang parti pembangkang berjaya menguasai lima negeri dalam pilihanraya yang lepas. Mengapa anda padamkan gambar tersebut dilaman blog anda sekarang. Adakah anda takut rakyat akan membantah ataupun anda takut dengan bayang-bayang sendiri. Sebenarnya banyak lagi cerita-cerita yang telah di sensasikan oleh anda dan DAP dalam mencari publisiti murahan untuk mendapat simpati dari rakyat. Rakyat boleh paparkan cerita-cerita anda dan rakan-rakan anda didalam DAP, tetapi biarlah dahulu. Ikut pada keadaan semasa. Nanti tak sensasi pula.

Anda sebagai wakil rakyat DAP mungkin ada sebab berasa berbangga dengan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan baru negeri Selangor kerana itu adalah yang diperjuangkan selama ini. Tetapi jangan lupa semasa kerajaan BN memerintah sebelum ini projek itu baru dikenal pasti seperti memperkenalkan teknologi yang akan digunakkan dan mencari kawasan yang sesuai untuk ladang baru babi yang berskala kecil sahaja. Dan sebelum PRU-12 yang lepas dilihat pihak pembangkang ketika itu ( Pas dan PKR ) beria-ria membantah cadangan mendirikan ladang ternakan babi yang baru. DAP pada masa itu mungkin tidak ikut sekali dalam bantahan rakyat sebelum pilihanraya kerana itulah yang mereka perjuangkan. Cuma berlakon sahaja untuk mengambil hati Pas dan PKR.Masa berkempen mereka ( Pas dan PKR ) dengan lantang menolak dan menuduh BN menyokong projek ternakan babi yang baru dicadangkan itu.

Berikut adalah risalah yang digunakkan oleh Pas dan PKR semasa PRU-ke 12 yang lepas. Antara lain isi risalah yang diedarkan ada menyebut : Teknologi dari Jerman, yang terbesar di Asia Tenggara, bau tak ada tetapi babi tetap babi!, babi tetap najis!. Buat apa ternak babi disini. Tempat lain tak ada ke? Tempat yang tak ada orang duduk.

Tetapi setelah berjaya memerintah negeri Selangor lain pula jadinya. Ianya menjadi agenda utama kerajaan baru untuk meluluskan projek mega ladang babi dengan segera. Sebab itulah Teresa Kok berasa amat berbangga dengan kelulusan cepat ini. Pelik tapi benar. Pas dan PKR seperti talam dua muka. Semasa menjadi pembangkang mereka membantah, tapi semasa memerintah mereka menyokong pula. Ini adalah kenyataan yang harus ditelan oleh penyokong-penyokong Pas dan PKR selama ini membantah projek tersebut. Bantahan anda selama ini adalah macam anjing menyalak bukit. Sia-sia sahaja.

Nasihat saya kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat agar teruskan usaha murni anda semua untuk membantah kerajaan yang anda semua pilih sama seperti anda semua membantah kerajaan BN yang terdahulu dari terus menjadikan projek ladang babi ini menjadi kenyataan.

Sepatutnya selepas berjaya memerintah Menteri Besar Khalid Ibrahim ada kuasa untuk membatalkan cadangan projek tersebut demi menjaga hati penduduk-penduduk Sepang dan juga penyokong-penyokong Pas dan PKR yang bertungkus lumus membantah projek tersebut. Yang menjadi kemusykilan sekarang mengapa Menteri Besar tetap dengan keputusan ahli Exco meneruskan projek ini. Macam ada udang disebalik batu. Tanpa kita sedari Teresa Kok dan DAP tanpa bekerja keras telah berjaya mencapai apa yang diidam-idamkan. Seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal.

Kepada tiga ahli Exco Selangor dari parti Pas yang turut sama menyokong meluluskan ladang ternakan babi mungkin anda boleh memberi pelbagai alasan untuk meredakan perasaan marah penduduk Melayu Selangor. Tetapi yang penting sekali apakah yang anda akan jawab semasa diakhirat nanti. Mungkin Tok Guru Nik Aziz boleh mengampunkan segala kesalahan anda didunia ini kerana Tok Guru selalu berkata, undi Pas akan masuk syurga. Janganlah ianya dijadikan lesen untuk bersubahat dan menghalalkan apa yang sebenarnya haram.

Diharap Teresa Kok dapat sampaikan pesanan ini pada Exco wakil rakyat Melayu PKR yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan babi-babi di Selangor supaya berhati-hati sedikit mengeluarkan kenyataan yang “ daging babi dihalalkan bagi orang Islam semasa darurat “. Nak tanya sikit pada wakil rakyat PKR itu, nak sangat ke negara ini dalam darurat. Seteruk manapun keadaan negara jika tiada makanan sekalipun ataupun dalam peperangan, tidak ada keturunan orang Melayu yang beragama Islam dinegara ini yang sanggup makan daging babi. Tak tahulah pula penyelaras babi Selangor ini ada cita-cita nak makan daging babi.

Jadi ingatlah Teresa Kok. Jangan takut pada kritikan kerana ianya adalah asam garam kehidupan kepada anda sebagai seorang ahli politik. Jadilah kritikan sebagai cermin untuk anda melihat dan mengenali diri anda sendiri dengan lebih dekat dan mendalam. Ianya akan menjadikan anda lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa akan datang. Jangan salahkan akhbar jika mereka mengkritik anda kerana tugas mereka hanya menyampai dan menyuarakan keresahan rakyat tentang isu ini. Akhir sekali jangan menafikan yang mata pena itu kadang-kadang lebih tajam dari mata pedang. Anda tentu faham akan maksudnya.

TAMINSARI
Shah Alam. Selangor.

Selangor Bakal Menjadi Pengeluar Babi Terbesar di Semenanjung

Amat menyedihkan seseorang yang telah berumur lebih puluh tahun dilahir dan besar dinegara ini masih tidak tahu sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam negara ini. Itulah Teresa Kok wakil rakyat DAP Selangor yang sangat berbangga dengan mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meluluskan projek untuk mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM 100 juta di Sepang. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco pertama Selangor tidak lama dahulu.

“ Saya rasa amat berbangga dengan keputusan kerajaan negeri ( Dibawah YB Tan Sri Khalid Ibrahim ) meluluskan projek ini”. Teresa Kok mengatakan “ saya betul-betul tidak faham kenapa segelintir orang amat sensitif jika menyentuh perkara berkaitan babi atau daging babi. Sambil mengambil contoh dimana beliau pernah melihat babi-babi berkeliaran di perkampungan orang Melayu di Tumpat, Kelantan ( Negeri di bawah Pemerintahan Pas ) sewaktu melawat negeri itu beberapa tahun lalu. Beliau mahu perkara yang berkaitan dengan ternakan babi seharusnya tidak menjadi isu sensitif. Diharap Pas dibawah Tok Guru Nik Aziz dapat menjawab isu tomahan Teresa Kok ini. Amat memalukan apabila Teresa Kok mengatakan babi berkeliaran di perkampungan Melayu diKelantan. Sudahlah nak menternak babi, kemudian mengambil kampung Melayu sebagai bahan rujukan nya.

Teresa Kok jangan cepat lupa sejarah. Virus Nipah yang melanda Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan sembilan tahun yang lalu. Berapa ramai yang mati akibat virus maut yang berjangkit itu. Moden macamana ladang ternakan babi itu kalau dah menjadi wabak, tiada siapa yang boleh menahan. Berapa ramaikah taukeh-taukeh babi yang membunuh diri apabila wabak virus nipah melanda. Berapa ratus ribu ekor babi-babi ternakan mereka terpaksa dimusnahkan. Berapa ramai tenaga-tenaga pekerja Melayu ( dari Jabatan Haiwan ) yang telah digunakan untuk menghapuskan babi-babi ini. Cukuplah ianya menjadi satu sejarah hitam negara. Jangan di sebabkan perkara sensitif ini orang Melayu yang akan menjadi mangsa lagi. Cukuplah. Ambil lah iktibar dari peristiwa ini supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Ingat Teresa Kok, negara ini adalah negara Islam. Majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam. Hormatilah sikit sensitiviti orang Melayu. Dah terlampau banyak ladang-ladang ternakan babi dinegara ini melebihi permintaan rakyat yang bukan beragama Islam. Janganlah nak berbangga sangat untuk menjadikan Malaysia sebagai pengekspot daging babi terbesar di Asia Tenggara. Lihatlah Singapura. Siapa majoriti rakyat disana. Nak tanya Teresa Kok, adakah ladang ternakan babi disana? Tak ada. Kenapa ? Kerana mereka tahu babi tu pengotor dan busuk. Tak layak untuk diternakkan disana. Yang busuk dan kotor tu cuma layak di negara ini. Itulah yang terjadi kepada negara kita sekarang.

Kepada MB Selangor, YB Khalid Ibrahim, jadikan “ virus nipah “ sebagai pengajaran yang berguna sebelum projek ini diteruskan. Janganlah nanti apabila wabak ini berulang semula atau wabak-wabak lain yang dibawa oleh babi-babi ini menyerang negeri Selangor baharulah menyesal kemudian hari. Inilah agenda DAP untuk menyakitkan hati orang Melayu. Tak tahulah pula kalau YB Khalid Ibrahim tak rasa apa-apa. Janji income masuk untuk negeri Selangor. Belum habis dengan isu penghapusan DEB yang dah melukakan perasaan orang Melayu dan YB juga yang menyokongnya, ditambahkan lagi dengan kelulusan dari kerajaan negeri Selangor untuk ladang ternakan babi tersebut. Besar ladang babi ini jika kos pembinaan nya berjumlah RM 100 juta. Agak-agaknya beratus ekor ribu babi yang dapat diternakkan ya?

Kepada YB Pas yang duduk didalam EXCO Selangor seperti Datuk Hassan Ali, lakukan lah sesuatu. Janganlah bersubahat. Teresa Kok dah kata banyak babi-babi berkeliaran di kampung Melayu diKelantan. Siasatlah dulu. Malu kita kalau dikampung Melayu , babi-babi berkeliaran. Dalam maknanya ini. Fikirkan lah kembali perkara ini sedalam-dalamnya sebelum rakyat Selangor bangun memberontak. Berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kebaikan.

FAKTA ( Jangan Lupa )
· Wabak Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah menular di Bukit Pelanduk pada 1999
· Lebih 100 nyawa terkorban termasuk kira-kira 30 kanak-kanak
· Bukit Pelanduk dan kawasan berdekatan dipercayai ladang ternakan terbesar di Asia
Tenggara dan menjadi pembekal utama bekalan khinzir terbesar Asia Tenggara
· Penduduknya mengusahakan ternakan itu mengikut tradisi keluarga bermula 1950-an
· Antara faktor yang dikatakan menjadi punca wabak merebak adalah kelemahan sistem
kumbahan di kawasan itu sehingga mencemarkan bukan saja penempatan terbabit, malah
sungai dan parit berhampiran.
· Nyamuk Culex dikesan menjadi pembawa virus JE. Nyamuk Culex kebiasaannya aktif dari
jam 6 petang hingga 6.30 pagi.

Apabila Lim Kit Siang menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku, berikut adalah kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP itu di Petaling Jaya pada 6 Jun 2000.

Kabinet Harus Meluluskan Pakej Kewangan Bernilai RM1 Bilion Untuk Mengubah Kecuaian Dan Sikap Tidak Ambil Peduli Terhadap Bencana Virus Nipah Yang Disebabkan Oleh Kerajaan Dalam Industri Penternakan Babi. Kejadian itu telah memusnahkan industri penternakan babi yang bernilai berbilion ringgit, dan lebih daripada 1 juta ekor babi telah dimusnahkan dan lebih daripada 100 nyawa telah terkorban.

Tahun lepas, saya telah berkata di Parlimen bahawa kejadian virus Nipah dapat dielakkan jika Menteri Kesihatan dan kerajaan adalah berhati-hati, cekap dan berkesan untuk mempelajari ajaran daripada kejadian virus Nipah pertama yang berlaku di Perak pada Oktober/November 1998 dan mendapatkan nasihat pakar-pakar tempatan.

Atas sebab ini, Ahli Parlimen DAP telah menuntut kerajaan supaya menanggung tanggungjawab ke atas kejadian virus Nipah. Pada persidangan Parlimen bulan Mei lalu, saya telah menyeru kerajaan mengadakan pakej kewangan bernilai RM1 bilion untuk memberi pampasan dan menyelamatkan industri penternakan babi. Saya juga menyeru Kabinet meluluskan plan ini untuk mengubah kecuaian dan sikap tidak peduli terhadap kejadian virus Nipah yang disebabkan oleh kerajaan. Pakej itu harus mengandungi perkara-perkara berikut:
Pampasan sebanyak RM250 juta bagi 1 juta ekor babi yang dimusnahkan pada harga RM250 setiap ekor babi.

Kemudahan pinjaman faedah rendah sebanyak RM500 juta bagi industri penternakan babi supaya industri ini berpulih semula. Pampasan sebanyak RM200 juta bagi penduduk kampung, iaitu orang Cina, Melayu dan India yang mengalami kesusahan kewangan atau kerugian menjelang kejadian itu, akibat daripada dipaksa meninggalkan rumah, tempat kerja mereka atau binatang ternakan mereka termusnah.

Pampasan sebanyak RM50 juta bagi ahli keluarga 110 orang mangsa yang terkorban akibat daripada kejadian virus Nipah. Jadi nasihat kepada Teresa Kok, belajarlah dari peristiwa ini. Janganlah berbangga sangat atas kelulusan itu ( mendirikan kilang menternak babi ). Nanti bila dah jadi barah, kerajaan pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan. Saya tak mahu duit cukai pendapatan saya digunakan untuk membayar pampasan babi-babi yang dimusnahkan nanti. Hentikan lah pembinaan ladang babi di Sepang itu.

TAMINSARI
Shah Alam.

Sabtu, November 01, 2008

Mengapa Negara China tidak menjadi pengeluar babi terbesar dunia?

Satu persoalan yang pelik tetapi benar. Seperti mana yang kita semua tahu kos tenaga buruh di negara China adalah murah maka adalah tidak relevan jika dikatakan negara China tidak mampu membekalkan daging babi di dunia. Negara China mempunyai tanah atau kawasan yang begitu luas untuk menternak babi, tetapi mengapa mereka mengambil pendekatan mengurangkan jumlah ternakan babi dinegara mereka. Mereka memberi alasan mengatakan yang pengeluaran daging babi negara China masih lagi tidak mencukupi untuk menampung keperluan bekalan itu kerana permintaan yang begitu tinggi dari penduduk tempatan disana. Mereka mengambil keputusan untuk mengimpot daging babi dari Thailand dan itupun masih tidak mencukupi. Dan terbaru mereka ingin pula menbeli daging babi dari Malaysia yang dikatakan paling murah di Asia.

Berkemungkinan ini ada kaitan dengan kesungguhan kerajaan Negeri Selangor untuk mendirikan ladang ternakan babi moden di Sepang yang mana dijangkakan dapat mengeluarkan beribu-ribu ekor babi didalam satu jangka masa. Macam ada udang disebalik batu saja. Selain dari memenuhi untuk keperluan tempatan ianya juga dijangka dapat diekspot ke negara seperti Singapura dan negara-negara berdekatan. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Buat pertama kalinya negara China mengumumkan yang mereka akan membeli bekalan daging babi dari Malaysia. Maka bersoraklah pembekal-pembekal daging babi tempatan kerana daging babi Malaysia mendapat tempahan dari negara China. Mungkin ada sesetengah dari mereka masih lagi tidak dapat mempercayainya.

Kalau ianya benar-benar berlaku, apa akan jadi dengan rancangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Hub-Halal dunia. Selain dari negara Hub-Halal adakah Malaysia juga akan menjadi negara Hub-Haram ( membekalkan daging babi )? Di mana kerajaan Malaysia nak letak muka? Desas desus mengatakan yang menteri besar Selangor hendak menjadikan kawasan lapangan Subang sebagai pengkalan Hub-Halal pula. Apa dah jadi dengan kawasan Hub-Halal yang ada berhampiran dengan pelabuhan Kelang sekarang. Adakah cita-cita Tan Sri Khalid Ibrahim hendak menjadikan kawasan yang berdekatan dengan lapangan terbang Subang sebagai Hub-Halal manakala kawasan yang berdekatan dengan lapangan Sepang sebagai Hub-Haram. Menarik juga untuk dikatakan kerana dua kawasan yang berdekatan lapangan terbang menjadi sasaran Khalid Ibrahim.

Teringat kata-kata Dato’ Dr.Hassan Ali Exco yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam kenyataannya menyebut, “ Dengan menggunakan teknologi dari Jerman, masalah pencemaran yang disebabkan oleh babi sebelum ini akan dapat dihapuskan dan tidak akan timbul lagi.” Dr.Hassan Ali perlu tahu, macamana moden sekalipun ladang babi itu, kalau dah jadi wabak tiada siapa yang dapat menghalangnya. Ambillah iktibar dari virus nipah yang melanda negara tidak lama dahulu.

Manakala seorang lagi Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan , Yaakub Sapari
menjelaskan “ Umat Islam sendiri dibenarkan menjamah daging babi apabila darurat, tetapi kenapa media tidak menonjolkan berita mengenai zina, “. Kenyataan seolah-olah melempar batu, sembunyi tangan. Terlepas cakap tetapi mengheret rakyat ke isu lain. Apa kena mengena babi dengan zina. Tak ke janggal kenyataan ini. Bila bercerita akan babi, cerita babi lah. Kalau zina, cerita zina lah. Kalau nak ikutkan babi memang selalu berzina. Sebab itu mereka cepat membiak. Yaakub Sapari seolah-olah hendak mempromosi orang Melayu yang beragama Islam untuk memakan daging babi. Nak tanya sikit pada Yaakub Sapari, nak sangat ke negara ini dalam darurat. Seteruk manapun keadaan negara jika tiada makanan sekalipun ataupun di dalam peperangan, tidak ada keturunan orang Melayu yang beragama Islam dinegara ini yang sanggup makan daging babi. Tak tahulah pula kalau Yaakub Sapari ada cita-cita nak makan daging babi.

Berbalik semula kepada kenapa negara China tidak menjadi pengeluar daging babi terbesar di dunia walaupun mereka berkemampuan untuk berbuat demikian. Mereka cuma memberi alasan yang bekalan babi tidak mencukupi bagi menampung keperluan domestik. Sebenarnya negara China telah belajar dan mengambil iktibar dari pengalaman lepas semasa penyakit virus babi JE dan virus burung SARS menyerang negara itu. Ramai yang mati akibat wabak penyakit ini. Betapa semasa kejadian berlaku, seluruh negara China menjadi panik dan kerajaan China berusaha sedaya upaya untuk menangani dan menghalang wabak penyakit tersebut tersebar dan merebak keseluruh negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 2 bilion orang itu. Wabak tersebut memberi kesan yang besar kepada ekonomi dan sector perlancongan China.

Penyakit pembawaan babi yang terbaru dikenal pasti berlaku baru-baru ini adalah “ penyakit telinga biru ‘ yang mana mereka terpaksa memusnahkan banyak ternakan babi disana. Lapuran Utusan Malaysia pada 11 April menyebut, “ Bekalan babi terjejas akibat penyakit telinga biru. Penyakit telinga biru yang menyerang babi sejak akhir 2006 menyebabkan bekalan haiwan itu semakin berkurangan terutamanya di wilayah Shaanxi, barat laut China.” Penyakit yang dikenali sebagai Virus Sindrom Pernafasan dan Pembiakan Babi (PRRSV) itu hanya menjangkiti babi. Virus itu akan menyebabkan kegagalan kepada proses pembiakan dan sistem respiratori terutama terhadap anak babi.

Untuk mengurangkan risiko wabak-wabak penyakit tersebut menyerang negara China sekali lagi dan untuk langkah berjaga-jaga, mereka mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah ternakan babi disana dan mengimpot daging babi dari negara-negara yang dikenal pasti seperti Thailand, Brazil dan yang terbaru Malaysia. Singapura sudah lama menutup ladang babi di sana dan mengimpot daging babi dari luar. Taiwan pun sama mengikuti jejak Singapura dan negara China juga menyusul kemudian. Manakala Malaysia pula akan bakal penjadi negara pengeluar ternakan babi terbesar di Asia Tenggara. Jangan jadi sudah terantuk, baru tergadah. Menyesal kemudian tidak berguna.

Taminsari
Shah Alam.

Dilema Samy Vellu

Kenapa selepas kalah di dalam pilihanraya ke-12 yang lepas tiba-tiba Datuk Seri Samy Vellu berubah arah atau haluan ? Adakah beliau masih lagi di dalam keadaan trauma akibat kekalahan teruk di Sungai Siput dan juga wakil-wakil MIC ditempat lain. Adakah dengan kekalahan yang di luar jangkaan ini beliau tidak dapat menerimanya sehinggakan beliau keliru dalam mengeluarkan kenyataan kepada umum berhubung dengan hal-hal orang India yang dikatakan tidak mendapat layanan daripada parti pemerintah BN yang ditunjangi oleh UMNO. Beliau sekarang seolah-olah senada dengan Hindraf dalam menuntut apa yang dikatakan hak-hak untuk kaum India di Malaysia sehingga sanggup mendapatkan bantuan dari luar jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Adakah oleh kerana beliau sudah tidak lagi berada didalam kerajaan, beliau boleh bertindak apa sahaja untuk mengugut kerajaan secara terbuka. Apakah beliau sudah hilang pertimbangan atau sudah lupa yang beliau masih lagi memimpin parti MIC didalam Barisan Nasional. Dimanakah ciri-ciri permaufakatan yang selama ini diamalkan oleh BN. Beliau tanpa segan silu cuba menjadi juara kaum India dengan menuntut kerajaan supaya dengan segera membebaskan semua tahanan ISA. Alasan beliau adalah kerana pilihanraya sudah berlalu. Adakah Samy Vellu tidak tahu dengan undang-undang sebab dan kenapa kerajaan menahan kelima-lima pemimpin Hindraf itu.

Semasa menuntut supaya kerajaan membebaskan kesemua tahanan ISA sebelum ini, Samy Vellu mendakwa yang beliau telah ditemui oleh ahli-ahli keluarga tahanan Hindraf memohon jasa baik beliau berunding dengan kerajaan supaya kesemua tahanan ISA dibebaskan. Akhirnya beliau terpaksa menanggung aib kerana ahli-ahli keluarga tahanan Hindraf sendiri yang menafikan yang mereka telah berjumpa Samy Vellu untuk memohon jasa baik beliau. Tak tahulah mungkin Samy Vellu syok sendiri untuk menarik semula sokongan kaum India terhadap beliau ataupun mungkin ada helah lain. Hanya Samy Vellu sahaja yang tahu. Sedar ataupun tidak beliau sebenarnya sudah berada di hujung persimpangan jalan. Hanya keadaan dan masa sahaja yang akan menentukannya.

Tidak lama dulu apabila kenyataan beliau mengatakan yang kaum India di Malaysia tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya dari kerajaan dan beliau akan mendapatkan bantuan negara luar jika perkara tuntutan ini tidak dapat diatasi. Kenyataan yang menyedihkan yang datang dari seorang yang pernah berada di dalam kerajaan selama lebih kurang 30 tahun tergamak berkata sedemikian. Seorang yang menganggap beliaulah mewakili kaum India di Malaysia selama ini sanggup menjadi pengkhianat negara. Dimanakah semangat patriotik Samy Vellu selama ini. Adakah beliau takut tidak akan terpilih untuk menerajui MIC dalam pemilihan yang akan diadakan tidak lama lagi sehingga sanggup mendesak kerajaan. Negara manakah yang dimaksudkan beliau. Adakah beliau masih lagi berkiblatkan negara asal usul kaum India di Malaysia iaitu India sepertimana yang telah dilakukan oleh kumpulan Hindraf. Adakah beliau cuba pula menjadikan diri beliau sebagai umpan dengan mengadakan tunjuk perasaan supaya beliau pula ditahan di ISA supaya dengan ini lebih mudah untuk beliau mendapat simpati dari kaum India yang sudah mula meminggirkan beliau. Hanya Samy Vellu sahaja yang tahu percatuannya.

Semasa Samy Vellu didalam kerajaan, beliau mendakwa telah berjaya membantu dan menyelesaikan banyak perkara-perkara yang berkaitan dengan kaum India di Malaysia. Bahasa Tamil dan sekolah-sekolah Tamil berjaya dikekalkan dan diberi bantuan oleh kerajaan. Banyak Kolej dan Universiti swasta telah ditubuhkan supaya rakyat Malaysia ada pilihan untuk mendapat pendidikan terbaik. Ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuklah kaum India itu sendiri. Peluang perkerjaan di sektor awam terbuka luas untuk rakyat Malaysia, tetapi beliau pening kepala kerana tidak mendapat sambutan dari kaum India.

Peluang untuk mendapatkan atau membeli rumah juga terbuka luas untuk semua kaum. Yang berkemampuan boleh membeli rumah yang agak selesa manakala yang kurang berkemampuan boleh membeli rumah kos murah dan sederhana . Berapa ramai golongan profesional seperti doktor, peguam, akauntan dan sebagainya dari kaum India yang telah berjaya dilahirkan sejak Malaysia merdeka. Pendapatan perkapita kaum India adalah lebih tinggi dari masyarakat Melayu itu sendiri. Jadi apakah yang hendak dituntut oleh Samy Vellu dan kaum India di Malaysia. Tak cukup ke lagi dengan apa yang anda telah dapat. Semua masyarakat berbilang kaum dinegara ini bebas mencari dan menambahkan pendapatan mereka masing-masing tanpa halangan. Asalkan ada usaha dari diri sendiri.

Agak pelik juga apabila Samy Vellu mengatakan yang kaum India diabaikan hak mereka. Sukar mendapat peluang pekerjaan disektor awam, memasuki IPTA , pengagihan rumah-rumah murah, kurang mendapat tender-tender kerajaan dan pelbagai tuntutan lagi. Kalau beliau mengatakan tahap kemiskinan tegar kaum India masih tinggi, bagaimana pula dengan kaum Melayu. Apakah tujuan sebenar Samy Vellu hendak memburukkan kerajaan BN. Dimanakah semangat setiakawan Samy Vellu selama ini didalam Barisan Nasional. Kalau semasa menjadi Menteri beliau sudah menyatakan yang beliau sudah melakukan yang terbaik untuk kaum India di Malaysia. Tetapi mengapa sekarang lain pula nada bunyinya. Ingat, kaum Melayu sudah banyak berkorban sejak sebelum merdeka supaya kaum-kaum lain dapat hidup dengan amam dan damai dinegara ini. Hormatilah sedikit perasaan orang Melayu.

Samy Vellu perlu ingat sebelum “ revolusi industri ” berlaku dinegara ini iaitu zaman semasa Tun Mahathir mula-mula memerintah pada awal tahun 80-an peluang pekerjaan amatlah kurang sekali terutamanya di sektor swasta. Berapa ramaikah kaum India yang bekerja disektor awam pada ketika itu seperti JKR, JPT, LLN, Talikom dan majlis-majlis daerah dan perbandaran. Ramaikan. Berapa ramai diantara mereka yang menikmati faedah-faedah yang diterima sebagai kakitangan kerajaan. Berapa ramai dikalangan anak-anak mereka yang berjaya didalam pelajaran dan kehidupan mereka. Adakah Samy Vellu hendak menutup mata dengan menafikannya. Semasa revolusi industri bermula, pelabur-pelabur dari luar negara telah mula memindahkan operasi pengeluaran mereka ke Malaysia.

Semenjak dari itu hinggalah sekarang kaum India sudah mula menjauhkan diri dari sektor awam kerana hendak bekerja di sektor swasta yang memberi pulangan yang tinggi berbanding dengan sektor awam. Sebab itu Samy Vellu jangan salahkan kerajaan jika peluang pekerjaan disektor awam sekarang dipandang dingin oleh masyarakat India. Berapa ramai yang datang memohon apabila peluang pekerjaan dibuka kepada umum. Amat menyedihkan. Mereka lebih berminat di sektor swasta kerana pulangan yang tinggi. Samy Vellu sendiri tahukan jawapannya.

Dibidang pelajaran pula kalau Samy Vellu kata kaum India susah hendak mendapat tempat di IPTA adalah tidak betul sama sekali. Sudah ramai pelajar-pelajar India menuntut di IPTA. Ada dikalangan mereka juga diberikan biasiswa kerajaan. Samy Vellu perlu ingat tidak semua pelajar melayu mendapat bantuan daripada kerajaan sama seperti pelajar-pelajar kaum lain. Dengan tertubuhnya berpuluh-puluh lagi IPTS dinegara ini berbanding pada tahun 80 dan 90-an sebenarnya memberi peluang kepada pelajar-pelajar membuat pilihan terbaik. Ada diantara IPTS itu dibina sendiri oleh MIC.

Jika Samy Vellu mengungkitkan pula masyarakat India sukar untuk mendapatkan tender kerajaan adalah tidak berasas sama sekali. Cuba lihat semasa Samy Vellu menjadi Menteri Kerjaraya. Berapa ramai dikalangan kaum India yang mendapat peluang untuk menjalankan projek-projek kerajaan seperti membuat jalan dan lebuhraya, jambatan, perumahan dan sebagainya. Berapa ramaikah diantara mereka sudah menjadi jutawan sehingga berjaya membuka syarikat besar dan melabur keluar negara. Bukankah ia dengan sendirinya membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

Kalau Samy Vellu mengatakan kemiskinan tegar masih lagi tinggi dikalangan masyarakat India, sebenarnya beliau sudah boleh mengurangkannya semasa beliau di dalam kerajaan BN sebelum ini. Tak perlu menuding jari kepada sesiapa. Mengapa Samy vellu tidak menetapkan gaji minima pada pekerja-pekerja estet. Sebab itulah ramai anak-anak muda India dari estet pergi mencuba nasib berhijrah kebandar-bandar besar dengan berbekalkan kudrat untuk mencari kehidupan baru. Mengharapkan kelulusan tinggi memang tidak ada.

Ada diantara yang berjaya dan ada diantara mereka yang gagal. Yang gagal inilah yang sebenarnya menjadi duri didalam masyarakat. Banyak masalah-masalah yang ditimbulkan oleh mereka-mereka yang terjebak ini. Sepatutnya Samy Vellu ,MIC dan part-parti yang mewakili masyarakat India berusaha keras untuk mengatasi masalah sosial ini supaya tidak menjadi wabak didalam masyarakat majmuk di Malaysia. Samy Vellu pun tahu beberapa tempat dilembah kelang dimana penduduk-penduduk setempat hidup didalam ketakutan akibat gangguan daripada kumpulan-kumpulan haram.

Hindraf sendiri didalam salah satu tuntutanya mengatakan yang pihak polis tidak mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah sosial kaum India. Mereka menyalahkan pihak polis kerana tidak melakukan apa-apa. Dan apabila pihak polis bertindak dengan agak keras dan tegas sedikit, mereka mengatakan yang pihak polis cuba menghapuskan kaum India. Dengan sebab itu timbullah satu laman web yang diberi nama “ police watch “ oleh Hindraf sendiri dengan matlamat untuk mengawasi pergerakan polis. Inilah Hindraf yang dikatakan memperjuangkan hak asasi kaum India di Malaysia dimana Samy Vellu sendiri sudah mula terikut-ikut dengannya.

Sebenarnya masalah masyarakat India hendaklah diselesaikan sendiri oleh orang-orang India seperti ketua-ketua masyarakatnya. Samy Vellu mungkin telah cuba sedaya upaya semasa beliau didalam kabinet. Malangnya, masalah yang terbesar dikalangan pemimpin-pemimpin India adalah kerana mereka tidak boleh bersatu. MIC dengan Samy Vellu-nya, IPF dengan Ketua Baru-nya, PPP dengan Kayveas-nya manakala MIUP dengan Nalakarupan-nya. Walaupun mewakili penduduk minoriti iaitu lebih kurang 2 juta dari penduduk Malaysia, namun pemimpin-pemimpin mereka tidak boleh duduk semeja untuk berbincang. Masyarakat keturunan India Malaysia sebenarnya masih kuat lagi berpegang dengan “ sistem kasta “ sepertimana yang masih diamalkan lagi di negara India itu sendiri. Perkara ini memang tidak boleh dinafikan. Kita boleh lihat sendiri cara-cara golongan bertaraf sederhana dan tinggi ( kasta atasan ) berinteraksi dengan golongan bertaraf rendah ( bawahan ) ini. Golongan bertaraf tinggi pada kebiasaan akan memandang rendah akan golongan bertaraf rendah.

Agak sukar untuk dipercayai apabila ada sesetengah diantara mereka yang masih mengamalkan amalan ini. Memang sukar untuk mencapai kata sepakat. Sebab itu kita boleh lihat dimana yang kaya dari golongan bertaraf tinggi akan bertambah kaya, manakala yang miskin dari golongan bertaraf rendah akan menjadi bertambah miskin. Yang kaya agak sukar untuk membantu golongan miskin. Mereka tiada kata sepakat dalam mencari jalan untuk membantu kaum mereka sendiri. Mungkin diatas sebab-sebab inilah mendiang Tan Sri Pandithan keluar dari parti MIC dan menubuhkan parti IPF kerana kecewa dengan tindak tanduk MIC tidak mahu membantu golongan miskin dikalangan penduduk keturunan India. Contohnya penduduk-penduduk India di estet-estet diseluruh negara. Kecuali Datuk Nala Karupan yang menubuhkan MIUP kerana tidak bersetuju dengan Anuar Ibrahim.

Selagi ikatan “ kasta “ ini tidak terlerai, selagi itu lah masyarakat India akan berdepan dengan masalah kemiskinan tegar dan masalah-masalah lain kerana dikalangan orang-orang India sendiri tidak ada kata sepakat. “ Sistem kasta “ inilah yang sebenarnya menjadi batu halangan kepada masyarakat India di Malaysia untuk bersatu dalam memajukan bangsa mereka sendiri. Dan apabila mereka gagal, mereka akan menyalahkan orang lain terutamanya UMNO sepertimana yang didakwa oleh Hindraf kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO gagal membantu mengatasi masalah kaum India di Malaysia. Hakikatnya orang India sendiri yang gagal membantu kaum mereka sendiri. Akhir sekali satu soalan kepada Datuk Seri Samy Vellu. Mengapa hendak mendapatkan bantuan dari luar setelah anda sendiri berasa gagal memimpin kaum India di Malaysia?

TAMINSARI
Shah Alam.