Isnin, Januari 04, 2016

Najib, Rosmah tunai ibadah umrah!

Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan rombongan sempat menunaikan ibadah umrah lewat malam tadi dalam sesi lawatan singkatnya ke Arab Saudi. Turut mengiringi beliau ialah Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Dr. Irwani Abdullah. Rombongan itu turut disertai oleh Abdul Azeez Abdul Rahim, pemimpin pelajar Malaysia di Universiti Ummul Qura Mekah, Muhammad Syaharuddin Shaari (kanan) dan Annuar Musa. Perdana Menteri dijangka tiba di Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW di samping bertemu dengan lebih 200 orang pelajar Universiti Madinah sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Arab Saudi mengambil peluang mengerjakan ibadah umrah sambil ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Masjidil Haram, Mekah, semalam.

Turut mengiringi beliau menunaikan ibadah itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan isteri, Datin Dr. Irwani Abdullah; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi Majlis Ama­nah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu hari ini, Najib sempat meluangkan masa bersama rakyat Malaysia di negara itu menikmati masakan tempatan yang dihidangkan oleh restoran Felda D’Saji Malaysian & Cuisine Restaurant di Jeddah.

Perdana Menteri yang berkongsi gambar tersebut di laman Facebook berkata, kegemaran terhadap masakan Malaysia membuatkan beliau memilih untuk menjamu selera di restoran berkenaan.

“Makan tengah hari bersama rakyat Malaysia di restoran Felda D’Saji di Jeddah. Walau di mana kita berada, makanan Malaysia tetap di hati,” katanya di laman tersebut.

Felda D’Saji Malaysian & Cuisine Restaurant yang diuruskan Felda D’Saji Sdn. Bhd. (D’Saji) terletak di Jalan Tahlia dan merupakan restoran Malaysia pertama yang dibuka di Jeddah.

Restoran berkenaan mengete­ngahkan konsep dapur terbuka untuk melahirkan suasana budaya Malaysia sambil menikmati aroma rempah-ratus Asia bagi melihat seni masakan itu sendiri.

Pembukaannya pada Februari tahun lalu juga sebagai simbolik dalam memperkukuhkan hubu­ngan perdagangan antara Malaysia dan Arab Saudi.-UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: