Sabtu, November 21, 2015

UMNO-Pas, 
Pas-UMNO?


Difahamkan para pemimpin pembangkang mempersendakan rancangan kerjasama antara dua parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan Pas. Sama ada Pas yang mahu bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya, ia adalah satu perkembangan yang amat ditunggu-tunggu oleh umat Melayu dan seluruh negara.

Itulah yang ada di dalam hati bangsa itu sebenarnya selama ini. Di dalam hati kecil mereka walaupun orang UMNO atau orang Pas bahkan Melayu tanpa pegangan kepartian mahu melihat perpaduan itu tercapai.

Bukan ia tidak pernah berlaku, ia pernah berlaku sekitar tahun 1978 dahulu. Walaupun kemudian ia berpecah, tetapi ia adalah satu proses pemulihan untuk kedua-dua pihak. Semasa kebuntuan berlaku, kedua-duanya secara spiritual bertaut secara lahiriah.

Semua pemerhati politik mahu melihat apa yang bakal berlaku dengan pemaufakatan ini. Bukan mudah kedua-dua parti politik Melayu itu boleh disatukan. Ia semuanya bergantung kepada kepemimpinannya yang bertunjangkan doktrin masing-masing.

Pas sedar bahawa hubungannya dengan DAP tidak boleh pergi ke mana. Jika Islam yang mahu dibawanya maka DAP bukan regunya. Semua mengetahui yang PKR hanyalah parti yang bersifat Anwarisme dan Azizahisme semata-mata. Ia tidak akan kekal.

Sebab itu mereka perlu menubuhkan pakatan baharu diberi nama Amanah untuk terus hidup. Saya percaya sekiranya gagasan ini berjaya, satu dimensi baharu politik negara ini akan berlaku.

PRU14 akan memperlihatkan arus perubahan Malaysia pasca 2020. DAP yang bangga mengatakan 100 peratus Cina berada di belakang mereka harus merencanakan semula strateginya.

Lim Guan Eng-isme dan Lim Kit Siang-isme sedang bermain bersungguh-sungguh dengan perang psikologi. Perancangan mereka untuk membunuh karekter Najib dan kerajaannya juga akan terencat.

Selama ini mereka terlalu yakin, parti kerajaan sedang sibuk menyelesaikan hal rumah tangganya, tanpa memberi tumpuan untuk melihat apa yang mereka sedang lakukan. Ternyata permainan catur ini cukup hebat.

Kita tunggu dan lihat. Siapa yang akan kena checkmate?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: