Ahad, Januari 31, 2010

Kenapa sanggup sabotaj YBK? – Noh



















Kenapa hutang jutaan ringgit Talam Corporation (Talam) boleh ‘disedut’ tetapi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor terus ditekan!

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tindakan tanpa rasa bersalah kerajaan Selangor mengambil alih hutang syarikat pemaju hartanah, Talam berjumlah RM391 juta walaupun tindakan itu dikritik oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

“Sepatutnya tolonglah YBK yang ikhlas membantu orang miskin dan bukannya membantu syarikat korporat. Macam mana yayasan ini hendak bayar cukai apabila tiada projek dapat dilaksanakan di tanah milik mereka itu?

“Apabila kerajaan Pusat ikhlas membantu YBK untuk membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), ia bukan sahaja akan membantu kewangan mereka tetapi akan memberi limpahan rezeki kepada penduduk sekitar yang akhirnya akan menguntungkan Selangor juga.

“Tetapi kini kampus itu akan dipindahkan ke Melaka, sekarang siapa yang rugi? Apabila perkara ini terjadi sudah pasti mereka akan salahkan Barisan Nasional (BN) pula kerana tidak membantu membawa pembangunan ke Selangor,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut YBK yang belum selesai apabila kerajaan negeri cuba mempolitikkan isu berkenaan.

Semalam pimpinan YBK membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau telah memberi sumbangan ratusan juta ringgit kepada yayasan itu.

Pada 9 November tahun lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan peruntukan tambahan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk membeli hutang Talam sebanyak RM391 juta daripada empat anak syarikat kerajaan negeri.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Universiti Industri Selangor (Unisel).

Antara yang paling lantang mengkritik tindakan itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang meletak jawatannya pada 7 Januari lalu. Beliau dilaporkan sebagai berkata, tindakan itu merupakan taktik yang selalu digunakan oleh ‘penyangak’ dalam sektor korporat untuk mencapai motif tertentu.

Tambah Noh, hanya yang tamak haloba, gila kuasa dan mementingkan soal politik sahaja sanggup mensabotaj YBK, badan yang selama ini telah banyak membantu orang miskin dan golongan kurang bernasib baik. Beliau juga menyifatkan Abdul Khalid seperti ‘budak-budak’ dalam menangani isu YBK selepas usahanya untuk menjadi pengerusi yayasan itu gagal.

“Abdul Khalid mahu dilantik sebagai Pengerusi YBK, apabila permintaannya tidak diendahkan, YBK diugut pula supaya membayar cukai tanah jutaan ringgit atau tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta milik yayasan itu akan dirampas,” katanya.

Tegasnya, jika Abdul Khalid ikhlas dan jujur membantu orang-orang miskin dan tidak bernasib baik di Selangor, beliau tidak perlu meletakkan pelbagai syarat yang tidak masuk akal.

Sementara Itu : Yayasan Melaka sedia bantu lunas hutang

Yayasan Melaka sedia membantu melunaskan tunggakan RM5.7 juta cukai tanah seluas 526 hektar milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor di Serendah, jika kerajaan negeri Selangor bersetuju melanjutkan tempoh bayaran itu sehingga Isnin ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya sudi berbuat demikian atas dasar semangat membantu golongan miskin. Sehubungan itu, beliau meminta YBK membuat rayuan kepada kerajaan negeri Selangor supaya memberi kebenaran membayar cukai tanah berkenaan pada minggu depan.

“Saya mengetahui perkara ini menerusi media sahaja. Kalau tahu awal, Yayasan Melaka boleh bantu YBK bayarkan dulu RM5.7 juta cukai tanah itu. Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom perlu membuat rayuan terlebih dahulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Juara Rakyat 1Malaysia 2010 anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Dewan Wawasan di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, jika kerajaan negeri Selangor membenarkan rayuan tersebut, Yayasan Melaka akan mengadakan usaha sama dengan YBK untuk membangunkan kawasan berkenaan demi kepentingan orang miskin. Kata beliau, pihaknya melihat potensi luas kawasan itu untuk dibangunkan sama ada dalam bidang pertanian atau perindustrian.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

C L J berkata...

Sebahagia adalah hak orang2 miskin. Tetapi sebahagian lagi adalah hak anak anak yatim. Bukan begitu ? Memakan harta anak yatim ? ......

Panglima Perang Cyber berkata...

salam tuan rumah.

makan harta anak yatim haram dan boleh jadi haram jadah juga.

si khalid sudah galak dan terbeliak mata tengok harta bertimbun timbun.

ni ada sedikit makluma.

saya baru sahaja setting list blog mengikut abjad.

harap dapat memudahkan ahli BPN utk mengemaskini list blogger BPN di blog masing2

List Blogger sangat penting utk meningkatkan lagi hits sesama kita.

bayangkan 90 blog BPN menyiarkan tajuk artikel yg kita tulis dalam sekelip mata ?

tentu ia akan lebih memberi kesan kepada perjuangan alif ba ta ini.

pembangkang sudah lama linkkan sesama mereka termasuk di tranungkite online.

kita je yang agak ketinggalan dalam bab ini.

harap dapat sokongan sahabat BPN semua..

sekian, sekadar makluman.


1Suara 1Arah 1Akidah dengan semangat 1Malaysia

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛