Isnin, November 16, 2009

Artikel Pilihan : Diri diutamakan, rakyat dibelakangkan.!

Sedang umat islam dinegara ini dan juga seluruh dunia sedang bersiap untuk mengadap rumah Allah di Baitullah dan sebahagian darinya sudah pun berada di tanah suci untuk menunaikan rukun islam kelima, Nik Aziz Nik Mat menggemparkan negara dengan pengakuan tajaan Haji yang bernilai puluhan ribu ringgit. Dengan bangga nya pula dia mengakui ini adalah merupakan hadiah dari orang perseorangan.

Bukanlah ingin mempertikaikan niat Nik Aziz untuk menunaikan Haji biarpun sebelum ini dia telahpun berkali-kali telah menunaikannya, tetapi yang dipersoalkan cuma perbelanjaan yang akan digunakan untuk menanggung ibadah tersebut. Jika yang menaja “tuan guru” itu merupakan orang yang langsung tak mempunyai kepentingan urusannya dengan kerajaan negeri Kelantan, tak mengapalah. Tetapi dikhabarkan bahawa pihak yang menaja pakej Haji ini mempunyai kaitan perniagaan serta projek di negeri Kelantan melalui PMBK. Ini menjadikah hadiah tajaan Haji kepada Nik Aziz dan menantunya itu berunsurkan RASUAH.

Parti yang semakin bercelaru ini jelas semakin terserlah kekufurannya apabila mempertikaikan niat suci pihak berwajib untuk menyiasat kesahihan urusan tajaan Haji ini. Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz setelah membatalkan pemergiannya ke Tanah Suci telah melabelkan pihak-pihak yang menghalangnya sebagai puak QURAISY Malaysia.

Sepatutnya Nik Abdul Aziz Nik Mat ini sujud bersyukur kehadrat Allah SWT kerana “dipelihara” dari menggunakan sumber yang tidak sepatutnya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Nik Aziz juga patut berterima kasih kepada pihak SPRM dan juga ahli-ahli UMNO dan juga penyokong kerajaan yang begitu mengambil berat tentang isu HALAL dan HARAM untuk pihaknya. Ini berlainan sekali dengan karenah puak-puak jemaah partinya sendiri seperti “burung kakak tua” yang hanya tahu meniru tanpa tahu berfikir.

Di kala negeri Kelantan dilanda ujian dari Allah SWT yang berupa banjir, malah banyak lagi rakyat-rakyat miskin di Kelantan hinggakan terpaksa “mencuri” selipar MB nya sendiri untuk mengambil berkat, sepatutnya Nik Aziz lebih cenderung mengutamakan kebajikan rakyatnya dan bukannya mementingkan diri dan keluarga sendiri.

Andai kata tajaan Haji kepada Nik Aziz yang menelan kos RM 65’000 sekepala itu dibahagi-bahagikan kepada rakyat miskin di Kelantan, alangkah bagusnya bagi rakyat miskin yang tidak berkemampuan itu. Dan pastinya imej Nik Aziz sebagai “tuan guru keramat” akan lebih membawa berkat dimata penganut taksubnya.

Dikala Negara menghadapi krisis ekonomi yang masih belum pulih, negeri Kelantan pula dilanda musibah banjir, dan juga taraf kehidupan purata rakyat negeri Kelantan yang masih mundur berbanding negeri-negeri lain, tiba-tiba Nik Aziz dihadiahkan dengan pakej Haji yang bertaraf VVIP. Sedarkah para pemimpin Pas Kelantan bahawa rakyat dinegeri itu begitu terhimpit ketika mereka sibuk dengan tajaan VVIP mereka ?

Para pemimpin Pas Kelantan yang bergenetik lembab serta mengaku wala’ dan begitu taksub kepada “tuan guru” mereka ini sepatutnya mengingatkan dan juga menasihati “tuan guru” mereka agar jangan lupa kepada rakyat. Kelompok pemimpin Pas ini juga perlu mengingatkan Nik Aziz supaya mendahulukan rakyat Kelantan serta berdoa agar rakyat sejahtera, negeri Kelantan kembali makmur dan juga ekonomi negara kembali meningkat, bukannya menggalakkan “tuan guru” mereka bersyubahat didalam perkara-perkara yang cenderung kepada RASUAH !

Inilah akibatnya jika terlampau taksub membuta tuli dan wala’ tak bertempat seperti mana yang diamalkan oleh kelompok-kelompok pemimpin parti Pas. Ini lah juga akibatnya apabila hati mereka telah menjadi keras dan hitam kerana sokongan tak kena gaya kepada parti yang seringkali mempergunakan Islam didalam memperjuangkan kepentingan peribadi.

Dan apabila ada pihak-pihak yang menegur, dituduhnya pula mahu menjadi pengkhianat Islam kononnya dan sanggup pula dilabelkan sebagai QURAISY Malaysia. Ini hakikat jelas menunjukkan bahawa kelompok-kelompok didalam parti Pas ini sangat bertuhankan kepentingan dunia hingga melampaui kepentingan akhirat demi mengejar kemewahan serta kuasa.

Bagi kelompok-kelompok bergenetik lembab ini, amalan-amalan mulia disisi Islam telah mereka politikkan seolah-olah hanya mereka sahaja yang membawa Islam yang sebenar. Inilah yang menyebabkan “tok guru” mereka berbangga dengan selipar berkatnya dan juga membakul sampahkan dirinya sendiri setaraf dengan kisah-kisah nabi! - ( myKMU )

Komen :

Tidak hairanlah bila Kickdefella berpesan : Selamatkan Tok Guru!

Sekali lagi saya merayu agar pimpinan parti PAS, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan juga akar umbi untuk segera selamatkan Nik Aziz. Janganlah biarkan legasinya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis. Sungguh sedih bila Kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan Nik Aziz dan bukannya Parti yang disayanginya. Baik betul budi bahasa Pok Nik dan Kickdefella apabila menuduh orang yang menegur perbuatan mereka sebagai Kafir Quraisy!!! Fikir-fikirkan lah siapa yang sebenarnya kafir. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

C L J berkata...

Jangan siapa siapa tegor; nanti kena kena ketulahan berbentuk seranah.

Hamba sedang mencari nas membenarkan seseorang pemimpin Islam itu menggunakan perkataan mengutuk atau mencerca orang yang cuba menegur kesilapannya. Ada ka ?

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, inilah akibatnya kalau sudah berpuluh tahun asyik kutip derma dari orang kampung...... sampai nak pergi haji pun kena derma...... dah tu dari syarikat yang berkepentingan pulak tu......

Kalau kos pergi haji untuk keluarga Nik Aziz yang hampir setengah juta tu diberi kepada golongan yang tidak mampu ke Mekkah, agak-agak berapa orang dapat pergi ?

Inilah penyelewengan pemimpin-pemimpin PAS yang rakyat Kelantan masih tidak sedar sampai sekarang....

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..DIA DAH IKLANKAN DIRI DIA KAT SAPE2 YG NAK SPONSER DIA NEK HAJI DLM SUAT KABAR TAUN DEPAN. OLEH SBB TAKUT NAK KUAR BLANJE SENDIRI, MB KEDEKUT TAIK IDONG MASIN NI DAH TERDESAK SGT CARI SPONSER NK NEK KAPAL TERBANG FIRST KLASS. MMG BANGANG YA AMAT SIHHH!!

lagenda berkata...

Salam Ziarah.....

Kata kat orang tu kata kat orang ni last-last dia sendiri yang buat...

Terongpipit berkata...

Sapo pok nik Aziz tu nak compare dengan Nabi Muhammad SAW.... dia perasan kot?