Selasa, Oktober 21, 2008

DAP ' abang besar ' Pas, PKR

Rentetan daripada keputusan Pas menolak untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor. Mungkin ada pakatan rahsia ( PR ) diantara Pas dan DAP dan disebabkan oleh itulah Pas keberatan untuk berjuang kepentingan Melayu bersama UMNO. Adakah Pas takut dengan DAP setelah Karpal Singh memberi amaran kepada mereka?

Kita tentu masih ingat tidak lama dahulu apabila secara berterusan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyentuh dan mempertikaikan hak dan kuasa raja-raja Melayu, setiap hari kita lihat ramai orang Melayu bangkit membantah. Sama ada melalui penulisan di akhbar-akhbar, media-media massa dan juga membuat laporan polis.
Tetapi pada masa yang sama, pemimpin di pihak Pas dan PKR yang mengaku Melayu dan beragama Islam masih mengambil pendirian untuk mendiamkan diri.

Sehingga ke hari ini, tidak kedengaran sebarang kenyataan rasmi daripada pemimpin parti terbabit yang seolah-olah merestui tindakan tersebut. Adakah disebabkan DAP ahli keluarga Pakatan Rakyat, maka adalah lebih baik bagi mereka mengambil pendirian berkecuali. Adakah mereka sanggup melihat raja-raja Melayu diperlekehkan dengan hanya berpeluk tubuh dan menunggu saat yang memberi keuntungan politik kepada mereka, baru hendak bertindak sesuatu? Adakah untuk menjaga hati DAP, mereka sanggup menjadi pengkhianat bangsa mereka sendiri? Yang mengejutkan lagi apabila Anwar sendiri yang menyokong tindakan Karpal Singh?

Seperti mana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP. Yang paling ketara ialah Pas hingga sanggup membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semasa pilihan raya umum lepas semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu. DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, hingga sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat demi menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas.

DAP masih tetap dengan slogan Malaysian Malaysia dan mahukan Malaysia mengamalkan sistem meritokrasi. Pas, walaupun sebelum pilihan raya mengatakan menarik balik slogan penubuhan negara Islam dan menukar kepada negara berkebajikan, hakikatnya tidak begitu mudah slogan ini digugurkan kalau tidak ada udang di sebalik batu! PKR pula, tetap mengatakan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak jadi Perdana Menteri!

Ternyata kes di Perak menjadi amaran awal DAP untuk menunjukkan belangnya walaupun baru dapat berkuasa dan kejayaan menguasai Pulau Pinang dan berkongsi memerintah Perak dan Selangor dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Yang pasti jika DAP berjaya berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, ia akan menghapuskan kedudukan institusi raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.

Parti-parti pembangkang berhempaspulas mencari ikhtiar untuk menghapus pengaruh UMNO sehingga mengorbankan nilai-nilai dan adat resam masyarakat kita. Mereka sanggup mengetepikan nilai-nilai Islam sendiri. Inilah yang telah dilakukan oleh Pas dan PKR. Sebenarnya kedudukan orang Melayu dan Islam kini berada di ambang bahaya jika pembangkang memerintah.

Dalam apa jua hal pun, DAP tetap mahu menunjukkan dialah 'abang besar' kepada parti pembangkang lain. Sementara Pas dan PKR mengikut apa sahaja kehendak DAP. Apabila DAP kata hitam, hitamlah. Jika DAP kata putih, maka putihlah. Maka tidak hairanlah bila ada pemimpin Pas yang berani untuk menegur Karpal supaya jangan mencampuri urusan dalaman ( hal perbincangan dengan UMNO ) Pas, tidak diendahkan oleh Karpal sendiri.

Sebab itulah lidah pemimpin-pemimpin Pas dan PKR kelu untuk berkata-kata, apatah lagi mengeluarkan sebarang pernyataan membantah apa yang Karpal Singh lakukan hingga menghina dan memperlekehkan kuasa raja-raja Melayu. Jelaslah Pakatan Rakyat lebih merupakan eksploitasi kegawatan politik Melayu untuk kepentingan DAP. Sekarang telah nyata bahawa semua parti itu hanya bekerja untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya dan bukan untuk membela maruah negara.

Taminsari
Shah Alam.

1 ulasan:

Taminsari berkata...

FORUM UTUSAN MALAYSIA
14-5-2008

DAP 'abang besar' Pas, PKR

Apabila secara berterusan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyentuh dan mempertikaikan hak dan kuasa raja-raja Melayu, setiap hari kita lihat ramai orang Melayu bangkit membantah. Sama ada melalui penulisan di akhbar-akhbar, media-media massa dan juga membuat laporan polis.
Tetapi pada masa yang sama, pemimpin di pihak Pas dan PKR yang mengaku Melayu dan beragama Islam masih mengambil pendirian untuk mendiamkan diri.

Sehingga ke hari ini, tidak kedengaran sebarang kenyataan rasmi daripada pemimpin parti terbabit yang seolah-olah merestui tindakan tersebut. Adakah disebabkan DAP ahli keluarga Pakatan Rakyat, maka adalah lebih baik bagi mereka mengambil pendirian berkecuali. Adakah mereka sanggup melihat rajaraja Melayu diperlekehkan dengan hanya berpeluk tubuh dan menunggu saat yang memberi keuntungan politik kepada mereka, baru hendak bertindak sesuatu? Adakah untuk menjaga hati DAP, mereka sanggup menjadi pengkhianat bangsa mereka sendiri?

Seperti mana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP. Yang paling ketara ialah Pas hingga sanggup membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semasa pilihan raya umum lepas semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu. DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, hingga sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat demi menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas.

DAP masih tetap dengan slogan Malaysian Malaysia dan mahukan Malaysia mengamalkan sistem meritokrasi. Pas, walaupun sebelum pilihan raya mengatakan menarik balik slogan penubuhan negara Islam dan menukar kepada negara berkebajikan, hakikatnya tidak begitu mudah slogan ini digugurkan kalau tidak ada udang di sebalik batu! PKR pula, tetap mengatakan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak jadi Perdana Menteri!

Ternyata kes di Perak menjadi amaran awal DAP untuk menunjukkan belangnya walaupun baru dapat berkuasa dan kejayaan menguasai Pulau Pinang dan berkongsi memerintah Perak dan Selangor dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Yang pasti jika DAP berjaya berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, ia akan menghapuskan kedudukan institusi raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.

Parti-parti pembangkang berhempaspulas mencari ikhtiar untuk menghapus pengaruh UMNO sehingga mengorbankan nilai-nilai dan adat resam masyarakat kita. Mereka sanggup mengetepikan nilai-nilai Islam sendiri. Inilah yang telah dilakukan oleh Pas dan PKR. Sebenarnya kedudukan orang Melayu dan Islam kini berada di ambang bahaya jika pembangkang memerintah.
Dalam apa jua hal pun, DAP tetap mahu menunjukkan dialah 'abang besar' kepada parti pembangkang lain. Sementara Pas dan PKR ikut apa sahaja kehendak DAP. Apabila DAP kata hitam, hitamlah. Jika DAP kata putih, maka putihlah. Sebab itulah lidah pemimpin-pemimpin Pas dan PKR kelu untuk berkata-kata, apatah lagi mengeluarkan sebarang pernyataan membantah apa yang Karpal Singh lakukan hingga menghina dan memperlekehkan kuasa raja-raja Melayu. Jelaslah Pakatan Rakyat lebih merupakan eksploitasi kegawatan politik Melayu untuk kepentingan DAP. Sekarang telah nyata bahawa semua parti itu hanya bekerja untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya dan bukan untuk membela maruah negara.

- TAMINSARI
Shah Alam, Selangor.