Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Mei 31, 2014
BN menang PRK Teluk Intan!
Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong yang dipilih sebagai wakil di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan hari ini berikrar bekerja rakyat bermula esok.
"Ini satu kemenangan dalam pertandingan yang memang saya rasakan sungguh yang sengit. Tentulah perkara pertama yang akan saya lakukan esok adalah berjumpa dengan rakyat dan berterima kasih kepada rakyat," kata Siew Keong.
Siew Keong ditemui selepas mengadakan sidang akhbar sebaik sahaja pengumuman dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihraya, Datuk Ibrahami Ahmad di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.
Siew Keong berkata, kemenangan berkenaan merupakan satu titik perubahan kepada parti Gerakan yang dipimpin beliau.
"Ini adalah satu titik perubahan kepada Gerakan dan saya berasa bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh parti-parti komponen sepanjang kempen ini berlangsung.
"Kerjasama yang erat inilah yang memberikah hasil kejayaan yang terbaik. Terima kasih kepada Perdana Meneteri, Timbalan Perdana Menteri dan pucuk pimpinan yang banyak memberi nasihat," kata Siew Keong dengan gembira.
Pada PRK Teluk Intan yang berlangsung hari ini, Siew Keong mendapat 20,157 undi dengan majoriti 283 undi mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud yang mendapat 19,919 undi.
Tahniah Barisan Nasional.
Suara Politik
Belantan
PRK Teluk Intan: Calon BN, isteri tiba di pusat mengundi.
TELUK INTAN 31 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong tiba di pusat pengundian di SMK Sultan Abdul Aziz bagi menunaikan tanggung jawab untuk mengundi.
Siew Keong tiba bersama isteri, Yeoh Pooi Hoon tiba pada pukul 9.05 pagi. Kedua-dua mereka mengundi di saluran 3 pada pukul 9.20 pagi.
Siew Keong dab isteri sempat bersalaman dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi yang melaksanakan tanggungjawab di sekolah berkenaaan.
Suara Politik
Belantan
RAJA NAZRIN SULTAN PERAK KE-35.
Sultan Nazrin Shah mengaminkan doa selepas diisytiharkan sebagai Sultan Perak Ke-35 di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.
Sultan Nazrin naik takhta
Kuala Kangsar: Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak Ke-35 bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Azlan Shah, yang mangkat tengah hari kelmarin.
Pengisytiharan diumumkan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah di sini, tepat jam 3.10 petang semalam.
Dalam pengisytiharan itu, Zahidi berkata, keputusan dibuat dengan pilihan dan persetujuan Dewan Negara Perak yang bersidang kelmarin, selaras Perkara 6 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Kedua.
“Dengan ini diisytiharkan Sultan Nazrin Shah sebagai pengganti Sultan Perak dan segala jajahan takluknya dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah,” katanya.
Memerintah dengan adil Sultan Nazrin kemudian mengangkat sumpah dengan bertitah mengaku memerintah Perak dan segala jajahan takluknya dengan adil mengikut hukum Allah.
Selepas itu, baginda menandatangani pengisytiharan sebagai Sultan Perak yang baharu diikuti teriakan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali.
Susulan itu, Mufti Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat agar Perak terus sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan baginda.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, kemudian melutut di depan keranda ayahandanya lalu mengucupnya buat kali terakhir sebelum meletakkan tangan kanan atas keranda sebagai isyarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman.
Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja. Bedilan bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah.-BHO
Suara Politik
Belantan
Upacara pemakaman penuh istiadat.
Tuanku Bainun menyiram air mawar di pusara Almarhum Sultan Azlan di Makam Bukit Chandan, Kuala Kangsar, semalam.
Kuala Kangsar: Jenazah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dimakamkan di Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, di sini semalam dengan mengikut istiadat Diraja Perak.
Hujan renyai sebaik majlis pemakaman selesai jam 6.40 petang semalam seperti turut menangisi pemergian Sultan berjiwa rakyat yang sangat disayangi rakyat jelata.
Majlis dihadiri balu baginda, Tuanku Bainun dan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Tuanku Zara Salim.
Yang turut berangkat, Raja Di-Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan isteri Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan kerabat serta keluarga diraja Perak lain.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut mengiringi jenazah hingga ke Makam Diraja.
Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Sebaik dimakamkan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membacakan talkin dan memimpin bacaan doa serta tahlil.
Sebelum itu, jenazah diusung oleh 40 orang menggunakan Siraja Diraja berwarna kuning yang mempunyai enam payung kecil di atasnya, diiringi 16 jejawat yang membawa payung diraja serta alunan nobat nafiri, sehingga ke Makam Diraja.
Dimakam selepas solat Asar Perjalanan jenazah sejauh kira-kira satu kilometer diiringi tembakan meriam sebanyak 86 das.
Jenazah disembahyangkan dan dimakamkan selepas solat Asar.
Ribuan rakyat jelata pelbagai bangsa, keturunan, usia dan agama turut menunggu di kiri dan kanan jalan sepanjang Siraja Diraja diusung ke perhentian terakhir di Makam Diraja.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’dzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hamimah, menjadi ketua negara utama, hadir bagi memberikan penghormatan terakhir, selain sultan dan raja Melayu lain.
Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah pula antara ketua kerajaan negara asing yang hadir, selain wakil Kerajaan Singapura, Dr Vivien Balakrishnan serta Duta Kemboja, Puteri Norodom Arunrasmy serta beberapa perwakilan asing.
Kira-kira jam 8.55 pagi, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim masuk ke Balairong Seri bersama rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang kembali ke sebentar dari China bagi memberi penghormatan terakhir terhadap Almarhum.
Rakyat jelata beri penghormatan terakhir
Najib dan Rosmah kemudian berbual seketika dengan Raja Nazrin dan Tuanku Zara sebelum beredar kira-kira lima minit kemudian.
Balairong Seri kemudian dibuka kepada rakyat jelata untuk penghormatan terakhir bermula pada jam 9.05 dengan ada daripada mereka yang hadir seawal jam 8 pagi.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, adalah Raja terawal tiba jam 10.40 pagi. Beberapa orang kenamaan turut hadir, termasuk menteri dan timbalan menteri, tokoh korporat, pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan negeri serta pemimpin politik kerajaan dan pembangkang.
Sehingga jam 1 tengah hari, orang ramai masih berpusu-pusu ke Istana Iskandariah walaupun waktu untuk rakyat jelata sepatutnya berakhir pada jam 11.30 pagi.
Malah, pihak istana membenarkan rakyat yang datang tanpa pakaian ditetapkan iaitu serba gelap, hadir memberikan penghormatan selaras dengan kedudukan kesultanan Perak yang mesra dan berjiwa rakyat.
Sultan Nazrin yang kelihatan sebak kelihatan sabar menunggu di sisi jenazah ayahandanya bagi bersalam dengan mereka yang hadir atau kedudukan mereka.
Muhyiddin pula tiba jam 1.30 petang diiringi Zambry. Beliau berada di Istana Iskandariah sehingga istiadat pengisytiharan Sultan Perak yang baharu serta jenazah Almarhum disembahyangkan.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuan Munawir dan Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V serta Sultanah Johor, Sultanah Zarith Sofia antara Raja yang menziarahi jenazah Almarhum.
Yang turut sama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob; Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. -BHO
Suara Politik
Belantan
Rabu, Mei 28, 2014
Al-Fatihah...Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah Mangkat.
Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah, 86, mangkat pada jam 1.30 tengah hari Rabu dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, Khamis.Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
“Penghormatan terakhir oleh pembesar-pembesar negeri akan dilakukan pada pukul 9 pagi Khamis, manakala bagi orang ramai pula antara pukul 11 pagi hingga 2 petang.
“Seterusnya, sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing boleh memberi penghormatan terakhir mulai pukul 2 petang hingga 3 petang,” katanya menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 3.45 petang Rabu.
Bagi menghormati istiadat pemakaman Almarhum baginda, Zambry berkata, kerajaan negeri Perak mengisytiharkan Khamis sebagai cuti umum di negeri berkenaan.
Beliau berkata, sepanjang tempoh berkabung selama 100 hari, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang bermula petang Rabu, manakala bendera Malaysia pula dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari.
“Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan,” katanya.
Zambry berkata, sesungguhnya seluruh rakyat di negeri Perak merasai kehilangan sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.
“Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin,” katanya dengan sebak.
Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.
Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Mei 27, 2014
Kantoi menipu lagi...!!! Tembelang Dyana Sofya pecah?
Puan Yammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008. Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama. Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, didakwa menipu apabila menyatakan ibunya, Yammy Samat bukan bekas ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman ketika mendedahkan perkara itu berkata, sebaliknya, Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan Perkasa apabila dilantik sebagai Ketua Wiranita yang pertama.
Kata Hamidah, mengikut maklumat yang diperoleh daripada Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan tersebut sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.
Jadi kenapa calon DAP itu perlu menipu mengenai pembabitan ibunya dalam Perkasa. Adakah kerana Perkasa menjadi seteru DAP.
Bukankah lebih lebih baik dia mengakui sahaja perkara yang berlaku enam tahun lalu itu dan memberi alasan ketika itu dia masih menuntut dan belum membuat pilihan wadah perjuangan politiknya. Mengapa sebaliknya dia memilih untuk berbohong,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan Yammy merupakan ahli pertubuhan tersebut tetapi dinafikan oleh Dyana Sofya.
Dakwa calon DAP tersebut, ibunya hanya mengikut rakan-rakannya yang menghadiri AGM pertama Perkasa, tetapi tidak pernah menjadi ahli pertubuhan tersebut.
Hamidah berkata, Syed Hassan turut mengirimkan gambar yang menunjukkan Dyana Sofya dan Yammy sedang melayan mereka yang ingin menjadi ahli pertubuhan itu semasa majlis pelancaran lawan web rasmi Perkasa pada 21 Oktober 2008.
Jelas Hamidah, sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi ahli Perkasa.
Untuk rekod : Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008
AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA
Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad
AhliJawatankuasa
Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar iJohari
Fikir dan renongkan lah?
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mei 26, 2014
Bantah hudud : Hadi tetap turun sokong kempen Dyana Sofya?
Di sebalik tentangan Dyana Sofya Mohd. Daud terhadap perlaksanaan hukum hudud dan bantahan Pas terhadap pendirian Dyana Sofya itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap turun menyokong kempen calon DAP berkenaan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan hari ini.
Abdul Hadi yang tiba pada pukul 5.30 petang di Markas Pas di Taman Cecily di sini bagi majlis minum petang bersama penduduk terpaksa menunggu sehingga sejam ketibaan Dyana Sofya yang memberi alasan menghadiri program kempen yang lain.
Dalam ucapan yang disampaikan sebelum ketibaan calon DAP itu, Abdul Hadi berkata, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu ternyata melebihi keberanian beliau apabila mengambil keputusan menjadi calon DAP.
"Kita menganggap Sofya ini berani. Sanggup jadi calon DAP pula. Saya tak sanggup jadi calon DAP," kata Abdul Hadi sambil disambut gelak ketawa oleh hadirin.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, penyertaan Dyana Sofya dalam DAP juga mempunyai 'peranan' yang tersendiri.
"Dia jadi calon DAP, berani dia. Dyana Sofya ada 'peranan' dia dalam DAP," kata Abdul Hadi.
Justeru, walaupun Dyana Sofya telah menyatakan dengan jelas akan menolak hudud, Abdul Hadi tetap menyeru orang Melayu memilih calon DAP itu
"Di Teluk Intan ini, kita mahu orang Melayu menangkan DAP. Calon DAP Melayu. Calon BN Cina. Saya tidak mahu sebut pasal bangsa ini.
"Kalau dia menang di Parlimen dia bercakap bagi pihak kita. Saya percaya dia berani bercakap bagi pihak kita," kata Abdul Hadi.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mei 25, 2014
Politik 'kain terlondeh' PKR terdedah?
Fakta yang tertera adalah berkaitan sikap pemimpin dan ahli PKR ketika pilihan raya umum lalu. Kesemuanya bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka parti terbaik di muka bumi Allah ini dan sesungguhnya mereka sentiasa memperjuangkan keadilan, demokrasi dan ketelusan.
Tetapi lihatlah apa berlaku dalam pemilihan PKR yang hari ini genap sebulan berlangsung di seluruh negara melalui sistem 'satu undi satu ahli'.
Ketika PKR begitu selesa membuat pelbagai tohmahan kepada SPR dan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta bersedia 'menghalalkan' apa juga tindakan mereka atas nama demokrasi, pemilihan PKR membuktikan parti itu tidak ubah seperti 'menuding kain orang lain terkoyak, kain sendiri sudah terlondeh.'
Sebelum dan selepas PRU-13 lalu, PKR yang disokong oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) begitu ghairah menyerang habis-habisan SPR dan kerajaan, seolah-olah pilihan raya umum lalu penuh kepincangan walaupun pembangkang mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Tetapi sekarang di manakah Bersih? Dan apa pula kata pemimpin-pemimpin PKR apabila pemilihan parti itu penuh dengan seribu satu masalah?
Ketika mereka begitu celupar menuduh SPR bersekongkol dengan kerajaan BN, bagaimana pula dengan tuduhan dalam PKR sendiri yang menyatakan Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) 'berat sebelah' dan tidak telus sehingga ada yang mahu anggota jawatankuasa itu meletakkan jawatan?
Kenapakah sebelum ini PKR begitu seronok mendesak pegawai-pegawai SPR berbuat demikian kononnya atas nama ketelusan tetapi tidak mahu pula bertindak dalam parti sendiri?
PKR mendakwa, ada pengundi hantu ketika PRU-13 malah paling tidak munasabah menuduh BN mengekalkan kuasa dengan bantuan 40,000 warga Bangladesh. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu tidak dibuktikan.
Tetapi dalam pemilihan PKR, sebagai contoh di Pulau Pinang, pemilihan di Cabang Nibong Tebal diisytiharkan tidak sah dan batal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam perlumbaan tiga penjuru untuk merebut jawatan pengerusi negeri.
Walaupun bilangan pengundi berdaftar untuk mengundi adalah 672 orang, Jawatankuasa Pemilihan terkejut apabila mendapati sejumlah 838 kertas undi dikumpul pada akhir proses pengundian.
Oleh itu siapa sebenarnya 'lebih pakar' untuk mewujudkan pengundi hantu?
PKR menuduh berlaku blackout - bekalan elektrik terputus di beberapa pusat pengiraan undi termasuklah di Bentong, Pahang ketika proses pengiraan undi PRU-13 berlangsung.
Bagimanapun tuduhan itu tidak dibuktikan sehingga ke hari ini tetapi dalam pemilihan PKR sekurang-kurangnya dua tempat berlaku bekalan elektrik terputus sehingga mencetuskan kekecohan. Kenapa pemimpin PKR tidak menyatakan ia dirancang?
PKR juga pernah mempertikai pusat pengiraan undi dengan pelbagai hujah tetapi lihatlah pula bagaimana proses pengiraan undi bagi pemilihan parti itu. Kanak-kanak yang masih belajar matematik pun turut dibenarkan untuk mengira undi. Ini belum lagi mengambil kira bagaimana proses itu dilakukan dalam bilik hotel.
Ketika memasuki musim PRU-13, PKR mengambil beberapa tindakan mahkamah ke atas media yang mengkritik parti itu. Mereka berhujah, ia bertujuan mencari kebenaran, tetapi apabila berlaku saman menyaman antara pemimpin mereka sendiri, kenyataan yang diberikan ialah 'kritikan harus diterima sebagai tindakan positif dan selaras dengan amalan demokrasi'.
Tetapi pernahkah hujah yang sama wujud dalam pemikiran pemimpin PKR apabila mereka mengambil tindakan undang-undang ke atas media?
Bagaimanapun tindakan PKR yang 'paling hebat' ialah melancarkan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan PRU-13. Pemimpin-pemimpin parti itu menggesa rakyat bersama-sama mereka dengan menguar-uarkan ia selaras amalan demokrasi dan demi menegakkan keadilan serta menentang kepincangan.
Namun lihat apa yang berlaku baru-baru ini apabila Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan ahli-ahli PKR yang mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat parti itu bersurai kerana dianggap mencalarkan imej parti. Soalnya, di manakah prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara yang selama ini dilaung-laungkan oleh PKR?
Sebenarnya, banyak lagi peristiwa yang berlaku dalam pemilihan PKR termasuklah perbuatan ahli parti itu memaki hamun pemimpin mereka di hadapan khalayak. Apa yang dipaparkan membuktikan PKR sama sekali tidak layak untuk membuat sebarang tuduhan tidak berasas kepada SPR dalam menguruskan pilihan raya.
Ini memandangkan pemilihan parti itu penuh dengan kepincangan, kalaulah situasi yang berlaku mahu diterjemahkan sebagai satu pilihan raya bagi sebuah negara sudah pasti huru-hara akan tercetus. Jika begitulah keadaannya bagaimanakah PKR mahu memerintah negara, sedangkan pemilihan dalam parti pun macam mahu 'perang saudara'?
Mungkin juga apa yang terjadi mempunyai kaitan dengan kehangatan perebutan jawatan penting dalam parti itu khususnya bagi kerusi Timbalan Presiden PKR. Setakat kelmarin, penyandang jawatan itu, Azmin Ali mendahului dua pencabarnya. Azmin menguasai 14,676 undi manakala 'musuh politiknya iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (10,318 undi) dan seorang lagi calon yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution (7,306 undi).
Bagaimanapun persaingan belum tamat dan sudah pasti Azmin pun masih belum selamat daripada gerakan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu. Ini memandangkan pola perolehan undi dijangka berubah apabila 35 cabang PKR mengadakan pemilihan semula mulai 31 Mei hingga 22 Jun ini.
Sumber dalaman parti itu memberitahu, laluan Azmin untuk mengekalkan jawatan masih sukar kerana Abdul Khalid dilihat mampu memberi saingan sengit kepada beliau. Kata sumber itu, dengan keadaan Datin Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kedudukannya sebagai Presiden dengan bantuan suaminya, ia sudah tentulah memberi isyarat kepada ahli-ahli PKR, siapakah yang Wan Azizan paling selesa untuk bergandingan, yang pasti ia bukanlah Azmin.
Namun siapa pun menang ia tidak akan menutupi segala kepincangan yang berlaku dalam pemilihan PKR sebab itulah ada 'bunyi-bunyi yang menyatakan ada dalam kalangan pemimpin Pas dan DAP menganggap pemilihan PKR adalah mimpi ngeri untuk mereka. Kini sudah terbukti ia bukan sekadar mimpi tetapi satu realiti.
Oleh : Zulkifly Bakar
Suara Politik
Belantan
Paria Rayer anggap `celaka perkataan biasa?
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer terus mempertahan tindakannya mencela UMNO dengan perkataan celaka dengan menyifatkan perkataan itu adalah `biasa bagi rakyat negeri ini.
Malah, beliau menjelaskan langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima susulan kebiadapannya itu dan meneruskan aktiviti seperti biasa.
"Perkataan itu biasa bagi orang Pulau Pinang, malah kadang- kadang saya menelefon rakan-rakan juga menggunakan perkataan sedemikian," katanya ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohammad Noor Ahmad di sini hari ini.
Rayer berkata, beliau turut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa perkara itu tidak akan menjadi isu sekiranya Pas yang memaki UMNO.
Hal ini jadi isu sebab DAP yang maki UMNO," katanya.
Ujarnya, perkara berkenaan sengaja dipanaskan kerana faktor Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan.
Suara Politik
Belantan
Mat Sabu, Mahfuz ‘Talam 2 Muka’ – Nabi Bux?
Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar menyifatkan dua pemimpin tertinggi PAS umpama ‘talam dua muka’ berikutan tindakan mereka yang memutar-belitkan isu hudud.
Menurut calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor itu, dua individu tersebut iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan politik.
“Mereka menunjukkan sifat munafik kerana mempolitikkan dan mempermainkan hukum hudud.
“Apabila di depan pengundi Melayu cakap hudud adalah perjuangan PAS tapi di depan kaum Cina malu-malu bila cakap pasal hudud,” katanya pada sidang media di sebuah restoran di Taman Desa Mawar, Air Itam di sini hari ini.
Beliau berkata, pemimpin sedemikian harus ditolak daripada kepimpinan tertinggi PAS kerana jelas membelakangkan perjuangan sebenar parti itu.
“Pemimpin PAS harus sedar mengenai agenda sebenar parti untuk memperjuangkan undang-undang Islam dan tidak bercakap atas dasar politik semata-mata,” katanya.
Mohamed Nabi turut mempersoalkan sokongan PAS terhadap calon DAP di Teluk Intan, Dyana sofya Mohd Daud walaupun calon itu secara terang-terangan menolak hudud.
“Mereka (PAS) harus menjelaskan kepada rakyat atas dasar apa sokongan itu diberikan walaupun ia bertentangan dengan perjuangan sebenar parti tersebut,” katanya.
Sementara itu, Mohamed Nabi juga membidas kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy yang mengancam akan menamatkan hubungan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat jika hudud dilaksanakan.
“Saya lihat ia sebagai satu ugutan. Saya minta pemimpin-pemimpin PAS supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Mei 24, 2014
PARIA Rayer bertindak biadab lagi?
Setelah menegaskan tidak akan menarik balik dan memohon maaf atas keceluparan menggelarkan UMNO sebagai 'celaka', Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer sekali lagi bertindak biadab dengan mengulangi celaan itu dalam ceramah terbuka DAP di sini malam tadi.
Dengan nada angkuh, wakil rakyat DAP itu menegaskan, UMNO adalah parti yang sudah tidak relevan dan tidak pernah membantu kaum-kaum lain di negara ini.
"Biar saya ulang lagi di sini, celaka UMNO dan yang saya maksudkan ini hanya kepada parti, bukan orang Melayu.
"Saya tidak akan memohon maaf dan sesekali menarik balik perkataan ini," katanya ketika berucap di Island Glades di sini.
Yang turut hadir dalam ceramah berkenaan ialah Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat; Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; veteran politik, Tan Sri Muhammad Muhd Taib serta calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo.
Selasa lalu, Rayer yang juga Ketua Penyokong Kerajaan DAP Pulau Pinang mencetuskan kekecohan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas melabel UMNO sebagai celaka.
Ekoran kebiadaban Rayer yang dilihat menyalahgunakan imuniti DUN dengan mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya itu, sekumpulan hampir 100 lelaki kelmarin bertindak menyerang dan merempuh pintu DUN Pulau Pinang bagi mendapatkan penjelasan wakil rakyat berkenaan berhubung keceluparannya itu.
Meskipun menyedari kebiadabannya itu membangkitkan kemarahan pelbagai pihak terutama ahli UMNO, Rayer tetap enggan menarik balik atau memohon maaf atas penggunaan perkataan celaka berkenaan.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Mei 23, 2014
Apalah nasib Melayu DAP...?
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer (tengah) membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong, Pulau Pinang, kelmarin, selepas sekumpulan pemuda berdemonstrasi menuntutnya memohon maaf atas ungkapan 'UMNO celaka' yang dibuatnya. Turut sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (kanan).
Kalau UMNO celaka seperti diungkapkan RSN Rayer, apa agaknya panggilan untuk calon DAP kerusi Parlimen Teluk Intan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Pulau Pinang itu?
Ibunya orang UMNO, kaum keluarga dan sanak-saudaranya barangkali orang UMNO juga. Bukankah UMNO, ahlinya orang Melayu. Ada 3.4 juta orang Melayu di dalamnya. Apakah penghinaan Rayer ini boleh diterima?
Dalam sejarah sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kalau tidak silap penulis, ini kali pertama seorang ADUN mencelakakan parti pesaingnya. Sungguh kurang ajar. Apakah perbuatan biadab mengeluarkan ungkapan UMNO celaka ini boleh dianggap penghinaan terhadap seluruh orang Melayu?
Yang penting, tidak terasakah calon Melayu DAP di Teluk Intan dengan nistaan Rayer itu?
Jika itulah sifat si Rayer, bagaimana agaknya nasib Melayu dalam DAP? Nasib yang ibarat melukut di tepi gantang ahli Melayu dalam DAP sebenarnya sudah dimaklumi semua.
Pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif DAP (CEC) yang berakhir hujung 2012 menyaksikan kesemua calon Melayu gagal dipilih untuk memenuhi 20 slot jawatankuasa itu. Ia hanya menunjukkan betapa kuatnya semangat perkauman bagi DAP.
Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton, antara yang tidak diundi memegang jawatan CEC. Dia antara Melayu yang telah menyokong DAP berdekad lamanya - 36 tahun. Walaupun tidak dipilih, Ahmad Ton masih lagi percaya dengan slogan Malaysian-Malaysia DAP.
Untuk menjaga hati DAP, Ahmad Ton memberitahu kekalahannya mungkin berpunca masalah angin ahmar yang dihidapinya dan juga perwakilan masih tidak dapat memahami konsep Malaysian-Malaysia.
Jika Ahmad Ton dikatakan telah memalukan bangsa Melayu, bagaimana pula dengan yang lain seperti Zulkifli Mohd. Noor. Zulkifli yang sebelum ini Naib Pengerusi parti itu pernah menyalahkan seorang lagi Naib Pengerusi, Tunku Abdul Aziz atas kegagalannya mengekalkan jawatan CEC.
Katanya, tindakan Tunku Aziz meninggalkan jawatannya adalah sebab mengapa kuasa Melayu di DAP semakin menghilang. Tetapi akan adakah kuasa Melayu dalam DAP? Sejak bila pula Melayu mempunyai sebarang kuasa dalam DAP?
Ini antara rahsia yang telah diketahui umum. DAP meneruskan semangat perkauman daripada parti PAP di Singapura. Selagi semangat kiasu masih membara, selagi itulah DAP tidak boleh dijadikan kawan.
Untuk melihat kerajaan yang berfungsi dengan baik, Tunku Abdul Aziz akhirnya sedar dan bertindak keluar DAP. Namun, Ahmad Ton dan juga calon-calon Melayu DAP yang kalah seperti Dr. Ariffin S.M. Omar, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Sulaiman Syed Ibrahim, Roseli Abd. Ghani, Harun Ahmad dan juga Melayu DAP yang lain, tidak kisah terus diperlakukan.
Tetapi akhirnya pada Oktober tahun lalu Zulkifli juga menyusul Tunku Abdul Aziz. Dia mengumumkan peletakan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Jawatan yang bukan kecil anak juga iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri dan Pengarah Penang Global Tourism. Namun, Zulkifli masih kekal sebagai ahli parti itu yang disertainya sejak 27 tahun lalu.
Tindakan itu, kata Zulkifli, adalah di dalam situasi suai munafaat berasaskan kepada kedudukan terkini pemimpin DAP yang dilihat telah jauh tersasar dari sudut kepimpinan mereka sama ada menerusi parti mahupun melalui kerajaan negeri.
"Saya tidak terkhilaf mengatakan bahawa cara kepimpinan kerajaan negeri pada hari ini tidak menyebelahi rakyat. Sebaliknya dilihat telah memesong kepada pemerintahan kuku besi yang hanya menguntungkan golongan yang bertaraf elit sahaja.
"Perjuangan asal DAP yang bertunjangkan sosial demokrat kini telah bertukar haluan kepada kapitalisme dan diktator," kata Zulkifli. Dia mendakwa ungkapan kepimpinan berteraskan Saidina Umar Abdul Aziz merupakan retorik semata-mata.
DAP sentiasa menggambarkan diri parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak. DAP bukan parti untuk orang Melayu. Sekumpulan kecil orang Melayu termasuk seorang di Teluk Intan dipergunakan untuk menghidupkan slogan DAP yang berbilang kaum. Tetapi tiada satu kerusi untuk orang Melayu daripada 19 kerusi DUN yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum lalu di Pulau Pinang.
Rayer enggan menarik balik atau memohon maaf akan kenyataan UMNO celaka. Akan ada lah jawapannya kepada penyokong DAP di Bukit Gelugor atau Teluk Intan. Adakah segelintir Melayu dalam DAP atau yang membawa tiket calon bertanding untuk parti itu sedar sentimen Rayer? -UMO
Suara Politik
Belantan
Khamis, Mei 22, 2014
Anwar baru sedar Azmin, Saifuddin dan Khalid 'simpan samseng' untuk menang jawatan...!!! Kah..kah..kah..UMNO juga dipersalahkan?
Tiga calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi amaran berhubung kegagalan menjaga dan mengawal penyokong mereka yang bertindak agresif semasa menyertai bantahan di hadapan ibu pejabat parti itu malam tadi.
Penasihatnya, Anwar Ibrahim berkata, penyokong mana-mana calon tidak sepatutnya mencalarkan imej parti kepada seteru politik.
"Saya bagi amaran kepada ketiga-tiga calon Timbalan Presiden (jaga penyokong sendiri). Kalau tidak. jadi macam inilah. Untuk TV3 dan UMNO...puaskan hati! Biar jahanam parti...puas hati.
"Kerana apa? Kerana nafsu tidak dipenuhi. Kalau tidak ada tindakan...okey..kita ambil tindakan..ada soalan? Jadi saya minta bersurai," katanya sebagaimana dipetik dalam portal berita Antarapos hari ini.
Rakaman video aksi Ketua Pembangkang yang keluar daripada ibu pejabat parti itu semata-mata bagi memberi amaran kepada pihak yang berdemonstrasi telah tersebar di laman sosial YouTube.
Anwar dilihat amat marah apabila mengarahkan mereka yang hadir bersurai atau berdepan tindakan dipecat daripada parti.
Tindakan Ketua Pembangkang itu dianggap banyak pihak bertentangan dengan perbuatan beliau sebelum ini yang sering mengetuai demonstrasi jalanan bagi menentang kerajaan kononnya demi menegakkan prinsip demokrasi.
Walaubagaimanapun, prinsip itu tidak pula dibenarkan dalam PKR malah beliau melabelkan puak-puak yang terlibat dalam demonstrasi itu sebagai pengkhianat.
"Saya tidak peduli you (awak) siapa, kalau buat juga, saya pecat, sebab kita bertindak ada prinsip.
"Jadi saya minta bersurai. Jangan layan satu dua pengkhianat, saya minta siapa yang hadir bersurai kalau tidak saya terpaksa ambil tindakan," katanya.
Malam tadi, sekumpulan ahli PKR berkumpul di hadapan ibu pejabat parti bagi membantah kaedah sistem pengundian yang digunapakai pada pemilihan kali ini.
Mereka turut menyifatkan jawatankuasa pemilihan kali ini lebih teruk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Suara Politik
Belantan
Selasa, Mei 20, 2014
BN tiada cadangan ambil tindakan terhadap Yammy?
Barisan Nasional, BN, tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat iaitu ibu kepada calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana membantu anaknya itu dalam kempen pilihan raya tersebut.
Yammy Samat adalah ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu!
“Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini,” katanya kepada pemberita sejurus selepas pengumuman calon PRK Teluk Intan disini pagi tadi.
Sebelum ini, Yammy menegaskan bahawa beliau akan membantu anaknya itu dalam berkempen dan sokongan serta bantuannya itu tidak lebih hanyalah semata-mata kerana beliau adalah ibu kepada Dyana Sofya.
Beliau turut menyerahkan kepada UMNO jika hendak mengambil tindakan terhadapnya.
Beliau dipetik sebagai berkata “"Saya menyokong anak, bukan parti... saya sama sekali tidak akan keluar daripada parti Umno. Saya sebagai ibu, bagaimanakah anda jika berada dalam keadaan saya...saya akan temankan dia sepanjang kempen ini,”.
Terdapat desakan daripada NGO veteran UMNO yang mahukan parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
Setiausaha Agung NGO tersebut, Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti dan tiada gunaya parti itu menyimpan ahli yang secara teranga-terangan menjejaskan kredibilit dan menghina parti.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mei 19, 2014
Indah khabar dari rupa, mengata orang tapi mereka yang lebih...!!! Lim Kit Siang pun kaki songlap duit tabung rupanya?
Laporan Polis oleh Tony Tan bekas ahli DAP, keatas Lim Kit Siang kerana penyelewangan wang sumbangan kempen PRU13 pada 15 Mei 2014!
Bermula dengan masalah selewang wang oleh Teresa Kok, kini melarat pula kepada Lim Kit Siang dalam isu kutipan dana kempen PRU13 melalui pelbagai tabung. Nampak gaya nya Tony Tan, bekas ahli DAP Seputih istiqamah dalam usaha beliau mendapatkan keadilan.
DAP kini telah diketahui umum sebagai tidak telus dan tidak pernah akan melayan ahli mereka sendiri yang menuntut keadilan. Saman menyaman dan membuang ahli adalah kaedah yang mereka paling gemari untuk menutup sesuatu isu. Ikuti rakaman yang berikut nya...!
Selanjutnya sila lawat ke sini.
Suara Politik
Belantan
DAP hadapi risiko besar letak Dyana Sofya?
Ibu kepada Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, menyifatkan pemilihan anaknya sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan satu risiko cukup besar yang terpaksa dihadapi parti itu.
Jelas Yammy Samat, 59, selain DAP boleh kehilangan kerusi Parlimen tersebut yang telah dimenanginya sejak 2008, parti juga berhadapan risiko kehilangan sokongan pengundi lain berikutan meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoritinya pengundi kaum Cina.
Bukan nak ambil hati orang Melayu kerana DAP menentang hudud tetapi ini satu risiko besar yang terpaksa dihadapi mereka apabila memilihnya kerana dia orang Melayu.
Dia orang muda dan bukan semua parti memberi peluang dan kepercayaan kepada generasi muda untuk berada di tempat sepertinya pada hari ini.
Sebagai ibu, saya akan sentiasa berada di sampingnya,''katanya yang juga ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.
Beliau ditemui ketika mengiringi Dyana Sofya dalam majlis pengumuman calon DAP PRK Teluk Intan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Bandar Baru di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yammy ketika diminta mengulas tentang perbezaan haluan politik antaranya dengan Dyana Sofya berkata, sokongannya terhadap calon DAP itu atas kapasiti sebagai ibu wanita itu.
Sebagai ibu, saya akan sokong anak saya. Saya akan ikut dia berkempen juga kerana dia anak saya, bukan parti (DAP). Saya adalah ahli UMNO dan saya tidak akan keluar UMNO selain jika dipecat parti,'' katanya.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mei 18, 2014
Gantung : Manikavasagam kecam Lembaga Disiplin PKR?
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapar, S Manikavasagam mengecam tindakan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggantung keanggotaannya kerana membuat dakwaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor kepada media Ahad lalu.
Manikavasagam turut menyifatkan tindakan itu sebagai usaha untuk menyekatnya bertanding dalam pemilihan tersebut yang sekali gus akan memberi kemenangan percuma kepada Abdul Khalid.
Katanya, tindakan itu jelas tidak adil dan alasan yang diberikan oleh lembaga disiplin yang menyatakan dakwaannya itu telah disiarkan di berita TV1, TV3 dan akhbar Utusan Malaysia hanya membuktikan badan itu mengamalkan double standard.
Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana penggantungan ini sama seperti mahu memecat saya. Cara ini tidak betul, saya sepatutnya diberi keadilan dan hak pembelaan serta ruang untuk memberi penjelasan.
Pada hari pengundian Ahad lalu, Abdul Khalid turut membuat kenyataan kepada media, tetapi kenapa beliau tidak diambil tindakan? Selain itu banyak juga ahli PKR sebelum ini yang membuat kenyataan kepada media tetapi tidak diambil tindakan," katanya kepada ketika dihubungi hari ini.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan penggantungan keahlian Manikavasagam daripada PKR kerana melanggar Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu sebarang perselisihan berkaitan pemilihan parti dilarang dihebahkan kepada media dan orang ramai.
Setiausaha Politik kepada Khalid, Mustapha Mohd Talib turut digantung keahlian kerana didakwa membuat ugutan melalui perbualan telefon terhadap pembantu khas penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati untuk menamatkan khidmat Manikavasagam sebagai penyelaras DUN itu.
Manikavasagam yang mencabar Abdul Khalid dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor pada Ahad lalu sebelum ini menyifatkan pemilihan cabang Kuala Selangor tidak bersih kerana pengundi didakwanya menerima wang daripada Abdul Khalid.
Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman yang menunjukkan pihak Abdul Khalid memberi wang kepada ahli iaitu RM30 untuk mengundi jawatan pusat dan RM20 untuk mengundi cabang.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Mei 17, 2014
Bahaya politik ekstrim?
Dalam mana-mana agama, golongan ekstremis sentiasa wujud. Ia menjadi lebih berbahaya sekiranya tafsiran-tafsiran agama itu dilibatkan dengan politik. Golongan ini biasanya yakin bahawa kepercayaan dan tafsiran mereka sahaja yang betul dan ia perlu dianuti oleh setiap orang. Mereka ini adalah dogmatik.
Mereka cuba untuk mengenakan kepercayan itu ke atas orang lain, atai sekurang-kurangnya tidak akan bertolak ansur terhadap perbezaan pendapat berhubung tafsiran agama.
Justifikasi agama digunakan untuk memberi keabsahan kepada bentuk politik sesebuah masyarakat dan negara, dan dalam banyak kes kepada tindakan-tindakan peribadi. Di Timur Tengah, beberapa tahun lalu ada kumpulan Islam yang percaya bahawa sekiranya anda memasang bom pada badan atau memandu kereta berisi bom yang boleh membunuh orang Yahudi, jika anda mati berikutan perbuatan itu, anda akan mati syahid.
Dalam perang Iran-Iraq pada awal tahun 1980-an, tafsiran ketika itu ialah seorang askar Iran akan dianggap mati syahid jika mereka terkorban dalam peperangan dengan Iraq, sebuah negara Islam yang dianggap pro-Barat pada masa itu. Hari ini di Malaysia, justifikasi yang sama dibuat oleh kumpulan-kumpulan Islam tertentu dalam konteks politik tempatan. Jika seoarng pemuda mati terjatuh pokok ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik, dia mungkin dikatakan sebagai mati syahid – terkorban ketika menjalankan kerja-kerja politik agama.
Kalau seseorang itu mati dalam kemalangan jalan raya selepas pulang mendengar sesebuah parti politik yang berlangsung sehingga tengah malam, elemen-elemen agama akan digunakan untuk memberi definasi kepada persekitaran yang menyelubungi kematian itu. Ekstrimis agama bukan terdapat dalam masyarakat Islam sahaja tetapi juga dalam masyarakat agama-agama lain termasuk Hindu, Sikh dan Kristian.
Dalam sejarah dunia Barat, Tafsiran agama yang melampau telah menyebabkan berlaku peperangan yang paling kejam di Eropah antara tahun 1618 dan 1648 yang dipanggil Perang Tiga Puluh Tahun antara para pemimpin Kristian Protestan dan Katolik. Peperangan itu telah mengurangkan jumlah pendudduk Jerman pada abad itu daripada 21 juta pada tahun 1618 kepada 13 juta orang sahaja apabila perang berakhir.
Di negara-negara Islam pula, pengalaman di Tanah Arab beberapa puluh tahun selepas kewafatan Rasulullah menunjukkan kepentingan material termasuk usaha mengejar kuasa, pangkat, harta dan keagungan bangsa Arab telah mewujudkan tafsiran-tafsiran dalam Islam yang membawa kepada penindasan.
Pada awal pemerintahan Muawiyah (kira-kira 40 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w) wujud apa yang dipanggil golongan mawali iaitu kaum daif daripada orang bukan Arab yang memeluk Islam. Autoriti kerajaan Islam pada zaman Muawiyah menetapkan dari segi sosial, golongan mawali lelaki tidak boleh berkahwin dengan perempuan Islam keturunan Arab.
Ada insiden lelaki mawali diperintahkan bercerai dengan isterinya dan dihukum sebat seratus rotan. Mawali tidak boleh sembahyang dalam masjid yang sama dengan orang Islam lain dan tidak dibenarkan memegang jawatan penting dalam politik, kehakiman dan ketenteraan.
Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, gabenornya di Kufah yang bernama al-Hajjaj telah menindas petani-petani mawali. Petani-petani itu dihalau dari Kufah dan diberi tanda pada tangan mereka untuk menunjukkan nama kampung mereka bagi memudahkan mereka dikesan.
Atas nama keinginan untuk berkuasa ke atas orang lain, semua ini dihalalkan.
Wallahuallam.
Suara Politik
Belantan
MB Khalid 'diserang' ahli PKR?
Zulkifli yang kecewa dengan Abdul Khalid sedang ditenangkan oleh Anwar Ibrahim.
Pekarangan Ibu Pejabat PKR di sini kecoh apabila calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid ‘diserang’ oleh seorang ahli PKR Cabang Kuala Selangor, hari ini.
Abdul Khalid yang baru selesai sidang media berhubung kekecohan pemilihan PKR 2014 bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua calon Timbalan Presiden yang lain dihambur dakwaan bahawa beliau tidak telus dalam pemilihan.
Beliau yang kelihatan terpinga-pinga dengan tindakan ahli PKR itu sempat ditenangkan Anwar sebelum bergegas menuju ke keretanya dan meninggalkan premis berkenaan.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, ahli berkenaan, Zulkifli Abdulllah menegaskan pihaknya telah membuat laporan polis manakala bukti penyelewengan pula sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
“Unsur-unsur gengsterisme ada dalam mesyuarat cabang itu sendiri. Orang yang tak sepatutnya ada dalam dewan pemilihan pun ada. Termasuk salah seorang ahli PKR yang telah dipecat.
“(Mereka disyaki berkempen untuk) Tan Sri Khalid. Ada (bukti) dan kita telah membuat laporan polis serta telah menyerahkan bukti kepada JPP iaitu rakaman suara dan rakaman video mengenai penyerahan wang daripada pihak yang berkempen untuk Tan Sri Khalid,” dakwanya.
Dalam pada itu, menurutnya ahli PKR di Kuala Selangor tidak kisah siapa yang menjadi ketua cabang asalkan individu berkenaan mampu bekerja untuk parti bukannya diri sendiri.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Mei 16, 2014
MCA 'tak ada telur'...!!! Mengalah sebelum tewas?
Apa sudah jadi dengan MCA? Setelah tewas di Kajang sudah tiada keyakinan untuk bertanding lagi! Timbul persoalan mengapa MCA enggan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor! Adakah MCA tahu dengan serah senjata sebelum bertanding telah menghancurkan jiwa masyarakat Cina disana!
Dua minggu lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan khabar angin bahawa parti itu tidak akan bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor, namun desas-desus mengenainya terbukti benar baru-baru ini.
Keputusan parti itu untuk tidak bertanding diumumkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak, pada 10 Mei 2014.
Penulis melihat keputusan muktamad itu berkaitan dengan prestasi MCA yang disifatkan Tiong Lai sebagai akan kalah besar berdasarkan pergolakan dalaman parti itu sendiri.
Umum tahu, Tiong Lai pernah menuduh Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menggadai maruah parti kerana bekas Presiden MCA itu melepaskan kerusi Parlimen Batu Pahat kepada UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.
Berlakon seperti risau, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong pula menyifatkan ia adalah keputusan pahit untuk ditelan namun kepentingan proses penyatuan parti mengatasi segala-galanya.
Ka Chuan pula menganggap serah senjata itu sengaja dilakukan MCA bagi memberi tumpuan isu hukum hudud Pas yang mengundang dilema kepada Perlembagaan negara dan menjejas sokongan masyarakat Cina kepada parti itu.
Pada hemat penulis, walau apa pun alasannya, MCA perlu tampil sebagai sebuah parti berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak melepaskan peluang bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor begitu sahaja.
Mengapa perlu gusar sedangkan Pas tidak akan mengusulkan enakmen peribadi undang-undang hukum hudud itu seperti dijadualkan pada Jun ini sepertimana diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bukankah sudah tiada alasan untuk mengubah pendirian kembali masuk gelanggang untuk bertarung dalam PRK Parlimen Bukiut Gelugor?
Penulis beranggapan MCA sebenarnya bukan berhadapan dengan hukum hudud Pas secara langsung sebaliknya lebih kepada mahu mempertahankan Malaysia sebagai negara sekular.
Selaku mewakili kepentingan masyarakat Cina, MCA perlu berani berdepan kemungkinan tewas agar kelak dapat memberi suntikan semangat untuk menentang enakmen hukum hudud.
Penulis yakin selepas PRK Parlimen Bukit Gelugor MCA akan dilihat parti bermaruah selain dapat mencari hala tuju yang lebih jelas berbanding dianggap parti yang hilang taring serta terus berundur dan akhirnya gulung tikar.
Sejajar perubahan wajah MCA dengan slogan Lebih bersatu dan lebih kuat untuk semarakkan parti, parti itu tentu tidak mahu dilihat lemah dan dayus ekoran langkah yang diambil baru-baru ini.
Sikap sombong parti itu bukan sahaja melemahkan semangat ahli parti bahkan ia menghancurkan hati masyarakat Cina. Jika dibiarkan berterusan, hari ini MCA seperti menggali kuburnya sendiri!
Suara Politik
Belantan
Khamis, Mei 15, 2014
Saya bukan pengkhianat parti - Ahmad Said?
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan beliau bukan pengkhianat kepada UMNO, sebaliknya membuktikan kecintaan terhadap parti itu dengan kembali semula.
Menurutnya, jika benar seperti yang dituduh, beliau yang memutuskan keluar parti tidak akan menolak tawaran Pas yang cuba mengambil kesempatan dengan bergegas menemuinya untuk bersama parti itu agar dapat kembali memerintah Terengganu.
Pas datang cepat sungguh (selepas) saya buat keputusan. Betul tak, Pas datang, saya tidak mahu bertemu lagi sebab itu 'stay' (kekal) tiga (ADUN yang umum keluar) walaupun ada lebih lagi.
Kalau empat (ADUN), Pas boleh saja (peluang ambil alih) sebab itu isytihar tiga sahaja," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Telok Kalong dekat sini hari ini.
Beliau yang mengesahkan telah menarik balik keputusan keluar daripada UMNO bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib seterusnya menegaskan, kontroversi yang tercetus sejak malam kelmarin sudah selesai.
Menurut Ahmad, tindakan awal yang diambilnya berpunca daripada salah faham dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga merasakan maruahnya terjejas, namun dalam pertemuan hari ini, beliau telah memohon maaf atas keterlanjuran itu.
Kami saling minta maaf, justeru, sebagai orang UMNO sejak berumur 18 tahun, saya buat keputusan menarik balik peletakan jawatan saya selaku ahli UMNO. Begitu juga Ghazali Taib, kes ini selesai, semuanya selesai," katanya.
Ahmad mengakui berlaku sedikit ketegangan antara beliau dengan Najib pada pertemuan awal mereka yang difahamkan menyentuh mengenai penangguhan peletakan jawatannya sehingga selesai urusan majlis perkahwinan anaknya yang akan diadakan di sini dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Masa itu tercetus sedikit tegang selepas saya beritahu PM bahawa majlis perkahwinan anak saya pada 17 Mei ini yang akan berlangsung di kediaman kami di Telok Kalong.
Tetapi Perdana Menteri kata itu masalah dan soal personal (peribadi). Ini melibatkan anak saya dan maruah saya sehingga saya mengambil keputusan meletak jawatan dalam UMNO dan keluar daripada parti.
Akhirnya sebagai pemimpin berjiwa besar, Perdana Menteri akui sama ada sedar atau tidak, dia tak ingat anak saya kahwin pada 17 Mei. Dia ingatkan anak saya kahwin 10 haribulan (Mei)," katanya.
Ahmad seterusnya memberi jaminan untuk terus memberi sokongan kepada perjuangan UMNO bersama kepemimpinan negara dan negeri.
Disebabkan saya sayangkan UMNOlah saya tarik balik keputusan saya untuk keluar parti," jelasnya yang berjanji untuk memberi kerjasama dan menyokong kepemimpinan Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahmad juga berkata, beliau tidak menyimpan dendam dengan sesiapa dan beliau sedia bertolak-ansur dengan mereka yang berlembut dengannya.
Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Bagi saya mudah, orang buat baik dengan saya, saya buat baik, orang lembut saya lembut. Saya tidak boleh orang berkasar dengan saya," katanya.
Suara Politik
Belantan
Ahmad Said minta maaf!
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf atas tindakannya mencetuskan kekecohan politik di negeri itu ekoran proses peralihan kepemimpinan yang berlaku kelmarin.
Ahmad menyifatkan isu itu telah selesai dan akan terus bersama dalam perjuangan parti setelah beliau dan dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada awalnya memutuskan menjadi wakil rakyat Bebas telah menarik balik surat untuk keluar parti.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini petang ini, beliau juga menyatakan kesediaan untuk membantu penggantinya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam usaha mengukuhkan semula parti.
Sementara itu, Tengku Adnan perlu bertanggungjawab!
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu bertanggungjawab terhadap kemelut politik UMNO di Terengganu yang menyaksikan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan keluar daripada parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya, beliau selaku delegasi (wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit. Kita tahu Datuk Seri (Ahmad) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepemimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?
Apa salahnya dilewatkan (tangguh peralihan). Ini sudah jadi kelam-kabut. Apabila isu ini tak ditangani secara bijaksana, yang buruknya nampak kepada UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Azli memberitahu, bekas Menteri Besar Terengganu itu seharusnya diberikan ruang yang 'selesa' untuk peralihan kepemimpinan.
Bagi saya beliau (Ahmad) ada hati perut, cuma dalam keadaan marah, siapa tak marah, seolah-olah tidak berjasa. Pucuk pimpinan tertinggi parti kena jumpa beliau semula. Kita (UMNO) parti yang berjiwa besar, apa salahnya turun, jumpa beliau dan saling memahami. Jadi kelam-kabut kalau masing-masing nak tunjuk ego," tambahnya.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Mei 13, 2014
Siapa 'dalang' disebalik krisis politik Terengganu?
Baru sahaja dua hari lepas, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat.
Waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran Menteri Besar (MB). Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baharu.
Macam ada yang tak kena dengan kata-kata pemimpin Umno, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.
Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.
Alasan bekas MB keluar parti pun remeh, kecewa dipaksa meletakkan jawatan kerana dekat dengan majlis perkahwinan anaknya. Tindakan beliau ini diikuti oleh dua Adun lain.
Maka, jadilah kedudukan kerusi di DUN Terengganu sekarang BN 14, PR 15 dan Bebas 3. Keadaan ini boleh menyebabkan kerajaan negeri bertukar tangan.
Penulis fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa Adun keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan. Jika bertukar tangan, biarlah ‘rakyat’ yang menjadi penentunya.
Bubarkan Dun dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi.
Jadikan pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan.
Pas dan PKR pula tidak perlulah pula kelam-kabut mengambil kesempatan dari krisis ini untuk mempengaruhi lagi Adun atau ahli Parlimen dari Umno keluar parti.
Jika masih ada Adun atau Ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan.
Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?
Terkini : Adun Bukit Besi tarik balik surat keluar Umno!
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.
Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.
Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai Menteri besar.
Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi Dun termasuk satu kerusi Speaker manakala Pas (14), PKR (1) dan Bebas (2).
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mei 12, 2014
UMNO depani cabaran politik nilai!
Semalam genap 68 tahun usia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Parti keramat yang lahir daripada ketentuan tujuan dan matlamat iaitu atas perjuangan ABATA; agama, bangsa, tanah air dan bukannya kepentingan peribadi atau kelompok tertentu. UMNO juga parti yang mempunyai keabsahan untuk dijenamakan sebagai parti rakyat yang tulen kerana terbina atas aspirasi dan dokongan rakyat, bukannya kehendak individu yang mempergunakan pentas rakyat.
Selama hampir tujuh dekad, UMNO konsisten dan masih tetap sama - berorientasikan rakyat dan berpaksikan asas perjuangan yang tidak pernah berubah. Hakikatnya, pegangan dan istiqamah kita kepada keluhuran perjuangan inilah yang telah menjadi asas kekuatan dan pemangkin sokongan majoriti rakyat kepada UMNO.
Sebagaimana yang diungkapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyempurnakan perasmian Rumah UMNO Taiping pada 8 Mei lalu, sekiranya diterjemahkan usia 68 tahun ini kepada manusia, kekuatannya mungkin tidak segagah ketika muda tetapi berbeza dengan UMNO yang semakin kukuh dan kuat.
Sungguhpun kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) berkurangan daripada 140 pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kepada 133 pada PRU Ke-13 yang lalu, namun kerusi dimenangi UMNO meningkat daripada 79 kepada 88 kerusi.
Pada masa sama, Najib juga mengingatkan bahawa UMNO perlu sedar akan cabaran yang dihadapi supaya proses muhasabah diri, menambah baik dan melaksanakan transformasi sepanjang masa bagi menentukan parti itu terus relevan. Inilah tuntutan penting dan keutamaan yang perlu dilaksanakan oleh jentera UMNO di setiap peringkat.
Perubahan besar landskap dunia dari pelbagai aspek termasuk iklim politik membawa bersama pelbagai fenomena yang menuntut adaptasi dan transformasi. Sebagai sebuah organisasi yang terlibat dalam proses demokrasi yang kejayaannya bersandar kepada jumlah sokongan undi rakyat, UMNO perlu memastikan parti berupaya untuk bertindak proaktif, inovatif dan kreatif dalam strategi dan pendekatannya mendepani tuntutan semasa rakyat.
Bila menyentuh perihal rakyat, sudah pasti ia berkait langsung dengan prestasi Kerajaan BN dan UMNO adalah tunjang kerajaan sekian lama.
Realitinya, pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh Kerajaan BN mungkin dapat dilihat dan dirasai, tetapi tidak dijiwai dan kurang menyentuh hati rakyat, kalau tidakpun semua, sebahagian rakyat. Ini hakikat yang perlu diakui dan apa yang dirujuk sebahagian itu sebenarnya satu jumlah yang signifikan mengambil kira undi popular BN hanya 48 peratus dalam PRU-13.
Sehubungan itu, cara dan kaedah kerajaan bergerak pada hari ini perlu diteliti dan ditambah baik. Kita gembira apabila kepimpinan kerajaan dilihat mengakui hakikat ini apabila Perdana Menteri sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa masa dan ketika kerajaan merasakan tahu semua perkara telah berlalu. Kenyataan ini memperlihatkan komitmen ketua kerajaan sendiri yang mengiktiraf peranan penting rakyat dalam proses pembangunan negara.
Di sinilah pentingnya pendekatan politik nilai dan makna diintegrasikan dalam gerak kerja kerajaan pada masa ini. Pendekatan politik ini akan memastikan elemen nilai dan makna menjadi sebahagian hasil sesuatu dasar, program dan projek kerajaan.
Pendekatan ini juga menjadikan keterangkuman (inclusivity) sebagai strategi penting untuk memastikan rakyat menghargai peranan kerajaan yang telah membawa nilai dan makna kepada kehidupan mereka.
Kerajaan dan parti perlu menakhodai zaman, tetapi kegagalan kita untuk menyuntik kefahaman rakyat berhubung sesuatu agenda ke hadapan yang kita gagaskan akan mengundang bahaya apabila pertalian di antara kerajaan dan parti dengan rakyat terungkai.
Kita sudah tidak boleh menjadikan rakyat sebagai pemegang taruh atau pihak berkepentingan (stakeholders) yang pasif, tetapi jentera kerajaan perlu melibatkan rakyat secara aktif dalam gerak kerja kerajaan.
Rakyat tidak boleh dibiarkan sekadar menjadi pendengar dan penonton, tetapi mereka perlu dilibatkan untuk mengetahui, memahami dan menjiwai kepentingan sesuatu dasar, program dan projek kerajaan. Impaknya khidmat kerajaan akan dapat menyentuh hati dan memberi kesan mendalam kepada rakyat.
Begitu juga halnya dalam hubungan di antara kerajaan dan parti. Mungkin kerana faktor UMNO dan BN telah sekian lama mengemudi tampuk pemerintahan, kita tidak sedar yang kita meninggalkan parti jauh di belakang sehinggakan rakyat tidak dapat melihat, merasai dan menjiwai peranan parti.
Situasi inilah yang telah membentuk sentimen sesetengah rakyat yang melihat semua pembangunan dan kesejahteraan yang dibawa oleh kerajaan adalah tanggungjawab Kerajaan, tanpa mengira siapa tunjangnya. Lebih malang lagi ada yang berpendapat jika parti lain memerintah kelak, perkara yang sama akan dilakukan.
Peranan penting UMNO dan BN tidak dianggap faktor utama yang membawa nikmat kemakmuran pada hari ini.
Atas sebab itu, peranan parti dalam kerajaan perlu diperkasa. PRU-13 menzahirkan kepada kita formula mengguna pakai kaedah penonjolan individu sebagaimana pemilihan Presiden Amerika Syarikat bukanlah pendekatan yang sesuai di negara kita.
Sebahagian besar rakyat akan mengundi berdasarkan parti; sama ada mengundi BN/UMNO atau Asal Bukan BN/UMNO.
Sudah tiba masanya peranan parti ditonjolkan dalam kerajaan, namun ini tidak bermakna parti menguasai kerajaan. Apa yang penting rakyat dapat menjiwai nilai dan makna perjuangan UMNO dan BN dalam penggubalan dasar dan program kerajaan yang membawa nikmat kemajuan, keamanan dan kemakmuran, sekali gus memberi mandat berterusan kepada UMNO dan BN.
Sebagaimana kerajaan, jentera UMNO di semua peringkat juga perlu mengamalkan pendekatan politik nilai dan makna dengan strategi keterangkuman yang menyeluruh meliputi semua segmen masyarakat.
Tidak dinafikan gerak kerja dan program UMNO sedia ada di akar umbi adalah baik dan perlu diteruskan kerana inilah antara faktor yang telah menyebabkan UMNO bertahan sekian lama. Namun ini tidak bermakna tidak ada ruang yang perlu ditambah baik.
Sebagai contoh, pendekatan UMNO untuk mendekati dan membawa generasi muda kepada parti perlu digerakkan dengan lebih agresif.
Perlu diingat demografi pemilih di negara ini sudah menunjukkan pola perubahan dengan peningkatan amat ketara jumlah pemilih di bawah 40 tahun dan dijangka mencecah hampir 70 peratus menjelang PRU-14.
Dalam konteks ini, keterangkuman parti untuk membawa orang muda menyokong UMNO dan BN perlu dilaksanakan dengan pendekatan yang bernilai dan bermakna.
Usaha ini pula perlu digerakkan dan didokong oleh kepimpinan parti di semua peringkat kerana kita tidak mahu sikap tidak peduli dan tidak terbuka sesetengah pihak dalam parti akhirnya membawa generasi baru ini lebih jauh dari parti dan mereka beralih memilih alternatif yang lain.
Masa depan UMNO tidak akan sentiasa cerah jika kepimpinan dan ahli parti tidak mengambil peduli akan cabaran yang perlu kita hadapi hari ini.
Saiz kelas menengah yang besar, lonjakan jumlah golongan berpendidikan, proses urbanisasi, peningkatan taraf hidup, kemajuan prasarana fizikal dan akses kepada lebuh raya maklumat merupakan sebahagian faktor yang monumental kepada rekod prestasi cemerlang UMNO sebagai pemerintah selama ini dan juga suatu cabaran baru dalam konteks gerakan politik kita.
Kita tidak mampu untuk bersikap menafikan atau lebih bahaya lagi bermusuh dengan realiti yang ada dan perubahan yang akan terus berlaku.
Kita wajib menyediakan parti dengan sebaik mungkin untuk meluaskan jaringan pengaruh di semua kumpulan sasar yang telah terhasil daripada kemajuan yang kita bina. Jika tidak maka kita akan menghadapi hentaman ribut yang terhasil daripada semaian kita sendiri.
Dengan pendekatan politik nilai dan makna, cabaran semasa yang kita hadapi dengan landskap politik dan demografik yang baru hari ini adalah hasil kejayaan kita yang boleh dijadikan sumber kekuatan baru.-UMO
Suara Politik
Belantan
Indah khabar dari rupa, macam ini nak perintah negara...!!! Pemilihan 12 cabang PKR Selangor batal?
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang berlangsung hari ini menyaksikan 12 daripada 22 cabang parti itu terpaksa dibatalkan ekoran bantahan daripada ahli-ahli yang mendakwa prosesnya tidak telus dan wujud unsur-unsur penipuan.
Proses pemilihan Cabang Kuala Selangor memperlihatkan insiden memalukan apabila kawasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu terpaksa dibatalkan.
Pembatalan tersebut diumumkan oleh wakil petugas pemilihan PKR cabang berkenaan pada kira-kira pukul 2.30 petang selepas kira-kira 30 pengundi dipercayai penyokong calon ketua cabang, S. Manikavasagam tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus selain wujudnya unsur-unsur penipuan.
Mereka yang meluru masuk ke pusat pengundian di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya di sini sebelum itu mempertikaikan cara Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menguruskan proses pemilihan.
Selain campur tangan wakil calon, mereka juga tidak berpuas hati dengan kertas undi bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang nama seorang calon Naib Ketua AMK Cabang Kuala Selangor, V. Bobi Nath dikatakan tidak disenaraikan sebagai calon.
Bobi Nath ketika ditemui berkata, dia terkejut dengan perkara itu kerana ketika pencalonan namanya disenaraikan sebagai calon bertanding jawatan Naib Ketua AMK PKR Cabang Kuala Selangor.
Sekarang apabila lihat senarai calon pemilihan hari ini, nama saya tiada, nama saya dipadamkan. Saya ahli PKR, nama saya ada ketika pencalonan. Ini semua tipu, batalkan sahaja pemilihan ini," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid menerusi akuan Twitternya hari ini turut mengulas pembatalan pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor dan beliau meminta maaf kepada ahli-ahli selain menyatakan PKR benar-benar memerlukan reformasi yang menyeluruh.
Di Kota Raja, situasi sama turut berlaku di PKR Cabang Kota Raja apabila pemilihannya terpaksa dibatalkan meskipun proses pengundian hampir berakhir pada kira-kira pukul 5 petang berikutan sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melempar ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Tindakan sekumpulan lelaki itu berikutan tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang berkenaan dan mereka sebelum itu cuba merempuh masuk ke dalam dewan pengundian terbabit di Kompleks Sukan MPK, Taman Sri Andalas namun dihalang oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas.
Pembatalan pemilihan PKR Cabang Kota Raja itu diumumkan oleh wakil JPP, Nadarajan K. Raju pada kira-kira pukul 4.30 petang atas alasan peti undi dipecahkan.
Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati dihalang masuk, kumpulan lelaki berkenaan kemudiannya bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan selain bertindak merampas peti undi dan melempar ke lantai.
Di Klang, pemilihan PKR Cabang Klang turut dibatalkan apabila tiga calon jawatan ketua cabang berkenaan masing-masing P. Krishnasamy, Zudin Asrmad dan Arahyah Ibrahim sepakat memboikot kerana mendakwa tidak telus.
Mereka mendakwa wujud pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mensabotaj proses pemilihan parti itu di Cabang Klang dengan menukarkan senarai calon yang diberikan kepada para pengundi.
Ekoran dakwaan penukaran senarai calon itu, ketiga-tiga calon terbabit menggesa pemilihan dibatalkan sebelum diumumkan secara rasmi oleh wakil JPP pada kira-kira pukul 2.10 petang.
Di Sabak Bernam, pemilihan PKR Cabang Sabak Bernam dan Sungai Besar turut dibatalkan masing-masing pada pukul 1 petang dan 3 petang kerana ekoran ahli-ahli membantah dan tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus dan mempunyai unsur penipuan.
Pada masa sama, pemilihan PKR bagi Cabang Subang, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kapar dan Selayang turut dibatalkan atas alasan sama.
Proses pemilihan PKR Cabang Shah Alam turut dibatalkan pada kira-kira pukul 6 petang apabila wujudnya bantahan terhadap proses pengundian yang dikatakan lemah dan tidak telus.
Pembatalan itu dibuat setelah wujudnya rasa tidak puas hati ahli-ahli parti yang mendakwa wujudnya pengundi yang membuang undi melebihi satu kali termasuklah calon Ketua Cabang yang berkempen di kawasan larangan serta kertas undi yang dipinda.
Di Shah Alam, calon Ketua Cabang PKR Shah Alam, Rodziah Ismail dilaporkan mencetuskan rasa tidak puas hati para penyokong lawannya, Yaakop Sapari apabila Exco tersebut didakwa berkempen di kawasan larangan serta meraih undi ketika proses pemilihan sedang berlangsung.
Di Kuala Langat, kekecohan turut berlaku ketika proses pemilihan PKR Cabang Kuala Langat pada kira-kira pukul 4.55 petang apabila sekumpulan lelaki dipercayai ahli parti menyerbu masuk serta melakukan provokasi ke atas pusat pengundian di Dewan Wawasan Batu 9, Teluk Panglima Garang selain memecahkan peti undi dipercayai tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan.
Bagaimanapun, pemilihan cabang berkenaan tidak dibatalkan sebaliknya kesemua peti undi dihantar ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya untuk proses pengiraan.
Suara Politik
Belantan