Isnin, Mei 19, 2014

DAP hadapi risiko besar letak Dyana Sofya?


Ibu kepada Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, menyifatkan pemilihan anaknya sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan satu risiko cukup besar yang terpaksa dihadapi parti itu.

Jelas Yammy Samat, 59, selain DAP boleh kehilangan kerusi Parlimen tersebut yang telah dimenanginya sejak 2008, parti juga berhadapan risiko kehilangan sokongan pengundi lain berikutan meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoritinya pengundi kaum Cina.

“Bukan nak ambil hati orang Melayu kerana DAP menentang hudud tetapi ini satu risiko besar yang terpaksa dihadapi mereka apabila memilihnya kerana dia orang Melayu.

“Dia orang muda dan bukan semua parti memberi peluang dan kepercayaan kepada generasi muda untuk berada di tempat sepertinya pada hari ini.


Sebagai ibu, saya akan sentiasa berada di sampingnya,''katanya yang juga ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika mengiringi Dyana Sofya dalam majlis pengumuman calon DAP PRK Teluk Intan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Bandar Baru di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yammy ketika diminta mengulas tentang perbezaan haluan politik antaranya dengan Dyana Sofya berkata, sokongannya terhadap calon DAP itu atas kapasiti sebagai ibu wanita itu.

“Sebagai ibu, saya akan sokong anak saya. Saya akan ikut dia berkempen juga kerana dia anak saya, bukan parti (DAP). Saya adalah ahli UMNO dan saya tidak akan keluar UMNO selain jika dipecat parti,'' katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan