Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Jun 30, 2013
Kenapa tiada tindakan undang-undang diambil untuk ahli Parlimen yang menghina titah Agong?
Setiausaha Agung DAPig, Lim Guan Eng diingatkan tidak mempertikai dan memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah semasa majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat baru-baru ini!
Peringatan itu disuarakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini yang melihat Ahli Parlimen Bagan itu seolah-olah tidak menghormati institusi raja selain Perlembagaan negara.
Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Muhammad berkata, Guan Eng tidak sepatutnya mempolitikkan titah Seri Paduka dengan menyifatkannya sebagai skrip yang disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, pemimpin DAP itu sepatutnya memandang serius titah ucapan Seri Paduka dalam usaha memperkasakan tanggungjawab setelah mendapat mandat daripada rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
"Tetapi kalau dari awal lagi Guan Eng sudah menunjukkan sandiwara politik sempitnya dan mahu menjadikannya sebagai isu, sampai bilapun politik pembangkang tidak selesai dan rakyat tidak akan mendapat apa-apa manfaat yang diperjuangkan mereka," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa titah Seri Paduka dalam majlis berkenaan sebenarnya telah disediakan kerajaan BN, tidak melibatkan kepentingan rakyat malah terdapat banyak kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.
Dalam pada itu, Wan Khairul Ihsan berkata, pemimpin pembangkang termasuk Guan Eng sepatutnya memberi tumpuan penuh pada usaha pembangunan rakyat dan negara, bukannya 'mencuri' kesempatan untuk terus memenuhi kepentingan politik satu pihak.
Sementara itu, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohd. Zaidan Abdul Rahim berkata, selaku ketua negara, Yang di-Pertuan Agong sememangnya sedia maklum landskap politik semasa, maka titah Seri Paduka itu bukan satu omong kosong yang boleh dipandang remeh.
Katanya, titah Seri Paduka tersebut perlu dijadikan landasan oleh semua pemimpin bagi memastikan setiap amanah rakyat akan dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab.
"Rakyat tidak akan dapat mengecap sebarang perubahan atau kemajuan yang sepatutnya selagi pemimpin yang dipilih mereka terus meletakkan politik di hadapan," katanya.
Maruah bangsa Melayu sedang di conteng oleh Cina DAPig sebenarnya! Sama-samalah kita renongkan dan sampai bila kita harus berdiam diri apabila maruah bangsa 'direntap' sewenang-wenangnya oleh 'pendatang asing' yang lupa asal usul mereka ini?
Suara Politik
Belantan
Ahli Parlimen Malaysia mesti baca : Zahirkan perubahan sebenar?
Sejarah telah tertulis bahawa sudah 13 kali PRU diadakan di bumi Malaysia semenjak 1959. Bagi pengundi yang masih hidup, tentulah sudah lali dengan telatah, kerenah, budi, khidmat wakil rakyat dan juga isu-isu politik yang dikumandangkan. Demikian juga pengundi pertama kali yang terlibat dalam proses pilihan raya yang baru lalu.
Pastinya modus operandi baru disajikan menerusi pengalaman dihadapkan dengan kempen dalam media sosial, blog, facebook serta twitter yang mewujudkan kaedah penyampaian maklumat yang lebih rencam.
Isu asasnya pilihan telah dibuat. Justeru Parlimen kali ini menyaksikan 89 wakil pembangkang dan 133 wakil kerajaan.
Pelbagai kepakaran, latar belakang, kemahiran. Kemajmukan dari segi komposisi kaum, gender juga jelas selain Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri yang dilantik menggabungkan muka lama, tokoh baru, wakil NGO, bekas penjawat awam yang cemerlang buat memacu dasar agar perubahan dan kebaikan dapat dihidangkan kepada seluruh rakyat.
Untuk rekod juga tidak salah kalau dikatakan, Malaysia antara satunya negara di dunia yang cukup unik kerana proses politiking sentiasa mengambil tempat, setiap masa, setiap ketika tanpa mengenal erti rehat dan penat.
Sebab itu sidang Parlimen ke-13 dengan permulaan angkat sumpah kesemua Ahli Parlimen pada 24 Jun 2013 harus dijadikan tanda arus baru.
Jadikan parlimen ruang perdebatan yang sihat untuk menzahirkan dasar-dasar terbaik, bukan untuk kepentingan kendiri tanpa untuk keseluruhan pengundi dan rakyat yang diwakili.
Persoalan prioriti seperti kemakmuran ekonomi, agihan pendapatan, keadilan sosial, peluang pekerjaan, pendemokrasian pendidikan, perlindungan keselamatan dan kewibawaan wilayah, usaha memerangi jenayah, usaha pembinaan negara bangsa yang lebih mantap selain jaminan hak untuk semua kaum mestilah mendasari penggubalan dan perdebatan dasar pada kali ini.
Demikian juga kemuliaan Islam selain kebebasan kaum lain mengamalkan adat budaya dan agama masing-masing harus juga dipertahankan dan mendapat keabsahan yang mutlak dalam setiap sesi perdebatan.
Cukuplah ucapan atau perdebatan bersifat populis. Elakkan bahasa kesat yang tidak menggambarkan nilai keinsanan hanya kerana dilindungi oleh keistimewaan sebagai Ahli Parlimen.
Ironinya jangan jadikan medium sidang Parlimen yang mulia sebagai gelanggang sarkas untuk bertindak semberono yang menjatuhkan maruah, integriti serta moral setiap Ahli Yang Berhormat.
Jangan hampakan pengundi yang telah mewakilkan amanah mereka dan mandat setiap 5 tahun. Tidak perlu juga sekadar menghadiri sidang Parlimen semata-mata sebagai satu 'pelarian' dari berkhidmat atau menjenguk pengundi di kawasan. Sudah semestinya sidang Parlimen tidak dihadiri sekadar untuk mengutip atau menuntut elaun kehadiran sidang semata-mata.
Proses demokrasi yang matang dalam aliran teknologi maklumat yang cukup laju dan terkini membolehkan setiap rakyat dan pengundi mengetahui tindak tanduk wakil rakyat mereka. Rakyat dan pengundi yang matang dan kritis sudah mampu menilai perbezaan antara Wakil Rakyat yang benar-benar berkhidmat ataupun sekadar 'tidur' dan menjadi paku pakis atau 'pokok menumpang' di Parlimen.
Justeru, zahirkan perubahan dalam erti kata sebenar. Apa jua dasar, makluman, perdebatan dan informasi berguna untuk rakyat yang dituntaskan menerusi sidang penuh mulia di Parlimen, hebahkan dan salurkan untuk manfaat semua pengundi setempat.
Lebih elok sekiranya apabila selesai setiap kali sidang Parlimen, Ahli Parlimen berkenaan pulang ke kawasan masing-masing membuat sidang hebahan dan makluman terbuka untuk rakyat dikawasannya selain membuka ruang sesi soal jawab dan penjelasan lanjut. Demikian juga sebarang peruntukan pembangunan, dampak hasil dari projek pembangunan yang diluluskan, dicadangkan dan diabsahkan oleh Parlimen wajar diolah untuk diterangkan dan disalurkan bagi pengetahuan pengundi setempat.
Ini menjadikan kehadiran Ahli Parlimen dalam setiap sidang sesuatu yang ditunggu-tunggu hasilnya oleh pengundi. Tidaklah pula sekadar Parlimen dan persidangannya menjadi sekadar satu rutin atau pelengkap jadual untuk Ahli Parlimen bersantai seterusnya menghabiskan banyak masa dengan urusan lain di ibu kota.
Penulis percaya, perubahan dari segi sikap, kualiti perdebatan, akhlak dalam dewan, selain saranan idea bernas pastinya akan disemarakkan oleh kesemua 222 Ahli Parlimen dalam sidang penggal ke-13 ini. Pastinya Parlimen Malaysia boleh dijadikan contoh dan model terbaik dari segi pentadbiran, kaedah perbahasan selain gelagat ahli Parlimen sendiri. Untuk itu Selamat Bersidang diucapkan, semoga banyak dasar-dasar proaktif yang menguntungkan rakyat dapat terhasil kesan persidangan pada kali ini.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Jun 29, 2013
Orang Melayu dan ahli UMNO mesti baca...!!! Adakah Melayu tak kisah apa yang bakal berlaku pada PRU-14?
Cuba bayangkan apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika diteliti aktiviti dan usaha pendaftaran pemilih baharu selepas 55 hari berlangsungnya PRU-13.
Dalam Perbincangan Meja Bulat, Cabaran Dalam Menghadapi PRU-14... Kelangsungan Politik Bangsa anjuran Mubarak Malaysia dengan kerjasama Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Mubarak, Bangunan UMNO Lama, Kuala Lumpur pada Rabu lalu, sesuatu perlu difikir dan disusuli tindakan perlu diambil segera oleh bangsa Melayu. Sila baca di sini.
Amati angka pendaftaran baharu yang dikumpul oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Mei 2013. Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO berjaya mendaftarkan 449 orang sebagai pemilih baharu; MCA (43) dan MIC (24). Tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas mampu mendapatkan 110 pendaftar baharu, PKR (65) dan DAP (524).
Jika digabungkan ketiga-tiga parti BN itu, jumlahnya 516 pemilih, angka itu belum mampu mengatasi jumlah pungutan DAP (524), dan jumlah yang dikumpul ketiga-tiga parti pembangkang pula ialah 699.
Dari segi pendaftaran pemilih baharu sahaja BN sudah tewas. Bagaimana jika keadaan ini berterusan sehingga menjelang PRU-14?
Pakatan pembangkang terutama DAP begitu agresif mendaftarkan mereka yang layak menjadi pengundi baharu. Mereka bukan sahaja membantu pendaftaran, tetapi turut mengambil nombor telefon untuk tujuan dihubungi atau penghantaran SMS kempen parti. Adakah UMNO atau parti BN lain melakukan aktiviti yang sama?
Terus terang kita boleh katakan UMNO dan BN tidak komited mendaftarkan pengundi baharu. Dari sudut pandang secara kasar, kita boleh jangka pakatan sudah menang dari aspek mendaftarkan pengundi baharu.
Dalam mana-mana pilihan raya, jumlah pengundi yang paling utama dan ke arah mana kecondongan mereka. Melalui aktiviti pendaftaran oleh parti-parti politik, kita boleh menjangka sokongan mereka.
Melalui keputusan PRU-13, jelas trend bukan lagi memilih calon boleh menang atau berpengaruh. Bukan juga isu-isu sensasi dan aku janji, kerana sehebat mana isu dimainkan dan secantik mana manifesto, itu bukan lagi faktor penentu kemenangan parti politik.
Strategi menggunakan segala tipu helah isu, main drama ketika demonstrasi, penglibatan NGO propembangkang, mendekati generasi-Y di kampus, penyebaran meluas akhbar parti politik tanpa sekatan, usaha menjatuhkan kredibiliti dan integriti institusi awam seperti SPR, PDRM, SPRM, perkhidmatan awam dan lain-lain, berlaku tanpa terkawal dan tindakan.
Apa usaha UMNO dan BN yang menerajui kerajaan dalam mengatasi strategi pembangkang yang sememangnya mereka sedar.
Dengan jumlah keahlian semua parti komponen BN sebanyak 5.5 juta dengan UMNO sahaja mempunyai 3.5 juta ahli, maka sepatutnya tiada masalah untuk melawan pihak pembangkang.
Setakat hari ini, Majlis Tertinggi UMNO sudah mengadakan mesyuarat pertamanya selepas PRU-13. Namun belum terdengar hasil bedah siasat tentang punca kekalahan calon-calon UMNO, apatah lagi BN.
Walaupun UMNO menang 88 kerusi Parlimen daripada 121 yang bertanding dan 241 Dewan Undangan Negeri (DUN) (daripada 339) di seluruh negara, tetapi parti utama orang Melayu ini kena cari juga sebab kenapa 33 kerusi Parlimen dan 98 DUN mereka tewas.
UMNO kena kaji kenapa sekarang, kawasan majoriti besar atau kecil Melayu, BN gagal tarik pengundi di bandar untuk memihak kepada mereka.
Konsep meminta pengundi berterima kasih dan mengenang jasa-jasa BN sepanjang 56 tahun merdeka tidak begitu laku sekarang. BN kena cari idea dan pendekatan yang baharu dan lebih meyakinkan pengundi.
UMNO dan BN kena akui, mereka kalah dalam persaingan media sosial. Pasukan penyebar fitnah dalam media sosial yang memihak kepada pembangkang jelas gagal disaingi oleh tentera siber UMNO/BN. Laporan mereka lebih meyakinkan kerana diselit dengan fakta dan data. Sebaliknya hujah daripada media UMNO setakat penafian dan penjelasan semata-mata. UMNO tewas menentang persepsi.
Sekarang persepsi negatif terhadap UMNO dan pemimpin Melayu begitu kuat. Kita sedih, kini orang Melayu sendiri sangsi kepada kepimpinan bangsa Melayunya. Orang Melayu sudah tidak kisah nama-nama Melayu makin hilang di buminya sendiri. Akhbar Utusan Malaysia yang mempertahankan Perlembagaan pun teruk dihentam dan dituduh rasis.
Ingatlah apa yang rasis bagi bangsa yang tanah tumpahnya ialah Tanah Melayu ini. Ingatlah bangsa Jerman pun berbangga dengan nama negaranya Deuthland, orang Belanda - Netherland, orang Jepun - Jepun, India - India dan banyak lagi yang namanya kekal sama dengan identiti bangsa pribuminya.
Malangnya orang Melayu sudah lupa mereka sudah hilang nama Tanah Melayu. Yang disebut-sebut sekarang ialah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kenapa nama Sabah dan Sarawak disebut penuh dan tidak kepada nama Semenanjung Tanah Melayu.
Rujuklah mana-mana perenggan dalam Perlembagaan awal, tidak disebut Semenanjung tetapi nama penuhnya Semenanjung Tanah Melayu.
Maka elok kerajaan dan UMNO mengembalikan nama Tanah Melayu ini dalam semua dokumen dan laporan rasmi kerajaan.
Adakah orang Melayu tidak nampak sikap bangsa lain yang berusaha menjatuhkan mereka di tanah airnya sendiri? Sekarang pelbagai taktik dilakukan untuk menjatuhkan orang Melayu, baik dari segi ekonomi, politik ataupun sosial.
Dari segi ekonomi, lihatlah aktiviti pengambilan pekerjaan dan peluang perniagaan. Dalam soal politik, boleh kita lihat taktik licik kaum tersebut terhadap BN. Dan soal sosial, kaum itu sedang menguasai semua kawasan pertumbuhan ekonomi baharu.
Kalau suasana PRU-13 terus berulang dalam PRU-14, dan orang muda Melayu tiada semangat pertahankan maruah bangsanya, itu adalah petanda orang Melayu akan merempat di tanah airnya sendiri.-UMO
Suara Politik
Belantan
DAPig Dinasti Lim 'mengharapkan' pendaftarannya dibatalkan?
Dakwaan DAP memindahkan aset bernilai jutaan ringgit kepada pemimpin dalaman parti seolah-olah menunjukkan Dinasti Lim 'mengharapkan' pendaftarannya dibatalkan.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass berkata, perkara itu bertentangan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang belum lagi menyatakan keputusan untuk membatalkan parti berkenaan.
"Kita sedia maklum bahawa ROS belum lagi memberikan keputusan muktamad sama ada untuk membatalkan pendaftaran parti atau mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), namun kenapa isu itu timbul sekarang?
"Kalau benar proses pemindahan pemilikan aset sedang berlaku, ini jelas menunjukkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat, Lim Kit Siang sudah bersedia dengan pembatalan parti itu.
"Sehubungan itu, Guan Eng perlu tampil menafikan dakwaan tersebut sekiranya tuduhan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
A. David Dass
Semalam, aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa bahawa DAP sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.
Katanya, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan CEC.
Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya, khususnya berketurunan India.
Jelas David, perkara itu dilihat sangat praktikal kerana sekiranya pemilihan semula CEC diadakan, dikhuatiri banyak pemimpin DAP yang menduduki kedudukan teratas akan kalah teruk.
Oleh itu katanya, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, proses pindah milik aset pada peringkat awal dapat menyelamatkan harta parti itu.
Dalam pada itu, Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, Pulau Pinang, G. Asoghan mempertikaikan pemindahan milik aset yang jelas menunjukkan tidak berada dalam bidang kuasa kepemimpinan tertinggi DAP kerana pemilihan CEC yang diadakan pada 15 Disember lalu adalah tidak sah.
Malah, tambah beliau, parti berkenaan tidak boleh memindah milik sebarang aset tanpa pengetahuan ahli parti berkenaan kerana itu adalah milik mereka.
"Difahamkan, semua ahli CEC adalah tidak sah seperti diumumkan ROS, jadi bagaimana mereka mempunyai kuasa untuk memindahkan aset terbabit? Jika perkara ini adalah benar, maka kepimpinan tertinggi parti itu telah membuat kesilapan yang besar," ujarnya.
Suara Politik
Belantan
DAPig Guan Eng didesak beri penjelasan dakwaan pindah pemilikan harta?
Setiausaha Agung DAPig, Lim Guan Eng didesak menjelaskan dakwaan bahawa parti cauvinis Cina itu sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat percaya, aset dimiliki parti tersebut bukan sahaja bernilai jutaan ringgit malah ratusan juta memandangkan DAP yang berusia 47 tahun memiliki banyak hartanah dan bangunan di Pulau Pinang, Perak serta Selangor.
Menurut beliau, dakwaan tersebut turut relevan memandangkan realiti semasa kini menunjukkan Guan Eng berada dalam keadaan tertekan berikutan partinya kini berdepan dengan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) semula.
"Dalam perkara ini, Guan Eng perlu mengemukakan bukti sekiranya tindakan ini tidak berlaku. Perkara ini perlu kerana kalau tiada api mana ada asap?
"Sekarang DAP dan Guan Eng perlu memberi penjelasan kerana ramai ahli parti yang inginkan dia membuka mulut. Janganlah Guan Eng menuding jari kepada orang lain kali ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan yang turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.
Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.
Mengulas lanjut, Tuan Tat mendedahkan, ramai dalam kalangan ahli parti yang tidak bersetuju dengan sikap angkuh Guan Eng dan ingin menjatuhkan kepemimpinan Ahli Parlimen Bagan itu melalui CEC .
"Justeru, perkara ini disedari sendiri oleh Guan Eng menyebabkan dia berasa takut sehingga melakukan pelbagai tindakan-tindakan kontigensi dalam memastikan segala kepentingannya dalam parti tidak hilang," katanya.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Jun 28, 2013
Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Hentikan perhimpunan hitam?
Akhbar China Press bertarikh 20 Jun 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Huo Dou yang mahu perhimpunan hitam dihentikan.
Pilihan raya umum (PRU) telah tamat tetapi pemimpin pakatan pembangkang masih berterusan menggerakkan perhimpunan. Adakah mereka tiada kerja yang lebih manfaat untuk dibuat? Adakah perhimpunan hitam akan lebih memberi makna dan rangsangan dalam hidup kita?
Selepas PRU, sudah tiba masanya untuk pemimpin pakatan melaksanakan janji-janji mereka kepada rakyat, bukan adakan perhimpunan yang tidak habis-habis. Pemimpin MCA dan Gerakan tewas pada PRU lepas, langsung tidak mempertikaikan PRU tidak adil, mereka menerima keputusan rakyat.
Selain mengawasi kerajaan, sepatutnya mereka lebih bersungguh-sungguh menunaikan janji-janji kepada rakyat, jangan hanya ucapkan terima kasih, kemudian batang hidung dan bayang mereka terus hilang, PRU depan baru muncul semula buat propaganda untuk menarik jiwa rakyat.
Pemimpin pakatan tidak puas hati kerana mereka tidak dapat mencapai hasrat ubah kerajaan. Mereka cuba lancarkan perhimpunan hitam tetapi ia hanya akan menjejaskan perkembangan dan kemajuan negara. Jika mereka teruskan aktiviti seperti itu, akan rosakkan pembangunan dan perkembangan ekonomi negara serta suasana pelaburan, siapa yang akan bertanggungjawab kelak?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ramai muda-mudi Cina yang mengambil bahagian dalam perhimpunan hitam, tunjuk perasaan daripada kaum Cina nampak lebih menyerlah dalam semua kaum yang menyertainya tetapi jika dibandingkan dengan nisbah kaum, kaum Cina bukan majoriti, kenapa beliau menegaskan kaum Cina lebih ramai ambil bahagian dalam perhimpunan itu? Apa niat dan tujuannya?
PRU telah tamat, pemimpin tidak kira sama ada pemerintah ataupun pembangkang sepatutnya kembalikan jiwa mereka seperti sedia kala. Jika mana-mana pihak rasa tidak setuju, tunggulah sehingga PRU akan datang. Golongan muda mana-mana kaum juga begitu, tidak kira sama ada perhimpunan hitam itu mereka anggap seronok ataupun sekadar mahu mencari rangsangan jiwa. Yang bekerja sepatutnya kembali bertugas, yang sedang belajar kembali ke kampus dan belajar.
Suara Politik
Belantan
PKR terus 'buli' pemimpin PAS?
''Ada bangkai yang naik atas nama rakyat boleh keluar TV3 terima keputusan PRU... Lu memang c***i...." Demikianlah bahasa kesat yang digunakan oleh seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui posting dalam Facebook beliau, kelmarin (Rabu).
Walaupun pemimpin PKR itu tidak menyebut siapakah 'bangkai' yang dimaksudkan, namun penyokong-penyokong Pas mendakwa ia merujuk kepada Ketua Dewan Pemuda Pas yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan.
Kalau benarlah apa yang didakwa, maka ini kali kedua pemimpin Pas begitu mudah diperlekehkan oleh pemimpin PKR.
Kita masih ingat bagaimana baru-baru ini, ketika konvensyen PKR, Ahli Parlimen Bukit Katil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) secara terbuka mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung soal kerjasama dalam pakatan pembangkang.
Sememangnya, jika semua ini dilihat dalam perspektif lebih luas, jelaslah perasaan hormat pemimpin-pemimpin PKR terhadap pemimpin Pas semakin luntur.
Mungkin juga, pemimpin-pemimpin PKR masih marah dengan pendirian ulama-ulama Pas yang mahu rakyat menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan Allah.
Itulah yang juga dilakukan oleh Nasruddin yang menegaskan, Pas menerima keputusan PRU-13 sebab itulah mereka mengangkat sumpah, yang mereka tidak terima ialah apa yang didakwa kepincangan dan kepalsuan dalam pilihan raya.
Tidak apalah itu pendirian Pas tetapi kenapakah pemimpin-pemimpin PKR hendak memaki hamun pemimpin-pemimpin Pas sewenang-wenangnya?
Pemimpin-pemimpin PKR mungkin marah kerana sikap dan pendirian Pas itu telah memungkinkan impian mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi membantah pilihan raya tidak ke mana.
Tanpa sokongan Pas, apa juga demonstrasi yang dianjurkan oleh pembangkang tidak akan membawa apa-apa makna kerana Pas sememangnya terkenal dengan kemampuan mengumpul ahli-ahlinya menghadiri majlis pembangkang.
Pemimpin PKR yang memaki hamun Nasruddin dalam Facebook tersebut sepatutnya menuju kemarahannya kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia memandangkan Anwar dan 27 lagi pemimpin PKR turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Tindakan itu sekali gus membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin PKR jauh lebih hipokrit dan sewenang-wenangnya memperbodohkan penyokong-penyokong sendiri.
Seperti mana ditegaskan oleh banyak pihak, kalau betul PKR terus tegar mempertahankan berlaku penipuan dalam PRU sepatutnya mereka tidak mengangkat sumpah jawatan Ahli Dewan Rakyat termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri yang pembangkang menang.
Mengangkat sumpah bermakna mengiktiraf keputusan PRU-13 yang mereka dakwa berlaku kepincangan dan penipuan.
Namun seperti biasa, pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya PKR cakap tak serupa bikin, yang menjadi mangsa diperbodohkan oleh penyokong-penyokong mereka termasuklah penulis Facebook tersebut.
Seperkara lagi, terimalah hakikat berbanding Pas dan DAP, PKR merupakan parti yang paling banyak masalah dan paling tidak konsisten dalam perjuangannya.
Oleh itu tidak payahlah hendak melempiaskan kemarahan kepada orang lain sebaliknya persoalkan sikap dan tindakan pemimpin sendiri.
Pemimpin-pemimpin PKR perlu faham merekalah yang bertanggungjawab mewujudkan ketidakstabilan dalam arena politik negara.
Keghairahan dan sikap kemaruk pemimpin utama mereka untuk menjadi Perdana Menteri memungkinkan mereka berjaya mempengaruhi Pas dan DAP mengikut rentak politik mereka.
Tetapi sekarang kedua-dua parti itu sudah faham bahawa pilihan raya sudah tamat, sebarang pertikaian mengenai keputusan diselesaikan di mahkamah dan bukannya terus merancang agenda politik jalanan yang menyusahkan rakyat.
Sebab itulah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dilihat selari dengan pemimpin-pemimpin Pas apabila bercakap soal perdamaian nasional.
Beliau dan pemimpin DAP serta Pas pun semakin faham, rakyat sudah letih dengan mainan politik yang dicorakkan oleh PKR.
Justeru pembangkang perlu memahami peringatan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerimaan secara muktamad oleh pembangkang terhadap keputusan pilihan raya umum lalu bukan sahaja menjadi asas tetapi merupakan premis utama dalam mencapai matlamat perdamaian nasional.
Perdana Menteri berkata, jika pembangkang berterusan mengadakan perhimpunan jalanan bagi mempertikai keputusan pilihan raya di peringkat pusat tetapi bersikap dwistandard di negeri dimenangi mereka, matlamat perdamaian nasional tidak akan berlaku.
Jelas Najib, selepas itu baru kerajaan boleh menubuhkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) yang akan diwakili pemimpin politik Barisan Nasional (BN) serta pembangkang, tokoh-tokoh akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ramai lagi.
Justeru dalam merealisasikan impian ini keikhlasan dan ketelusan perlu ada dalam kalangan pemimpin pembangkang khususnya PKR.
Jangan amalkan sikap lidah bercabang, mengamalkan watak sesumpah dan menikam dari belakang dalam mencari keuntungan politik.
Seperkara lagi janganlah terus hendak memperbodohkan rakyat dengan menyelewengkan fakta berhubung maksud undi popular dan menggunakan nama 'rakyat' dalam mencapai cita-cita merebut kuasa.
Rakyat Malaysia bukan seperti rakyat di negara lain, mereka tidak harus diajar menjadikan demonstrasi jalanan sebagai pentas untuk membuat tuntutan.
Tidak usahlah melaungkan 'Malaysia Spring' kerana seperti mana ditegaskan oleh Najib, kerajaan tidak gentar dengan slogan berkenaan, sebaliknya tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melangkaui batas perundangan dan Perlembagaan Persekutuan demi memastikan kedaulatan serta kesejahteraan negara sentiasa dihormati.
Jika kerajaan bertindak demikian janganlah pula marah kerana kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan majoriti rakyat tidak tergugat hanya disebabkan oleh keghairahan golongan minoriti mahu mempolitikkan segala-galanya.
Dalam masa yang sama, apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR ini sepatutnya menyedarkan pemimpin dan penyokong Pas bahawa secara realitinya, rasa hormat PKR terhadap Pas tidak pernah wujud, mereka hanya peralatkan Pas untuk menang pilihan raya sahaja.
Kalau mereka mempunyai perasaan hormat kepada pemimpin-pemimpin Pas khususnya golongan ulama, sudah pasti mereka tidak akan tergamak memaki hamun golongan itu.
Apa pun kepada pemimpin PKR yang tergamak memanggil sekutunya sebagai 'bangkai' banyak-banyaklah ingatkan Allah SWT, sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya dan belajarlah bermuhasabah.
Bak kata seorang penyokong Pas yang membalas posting pemimpin PKR itu, ''Alhamdulillah, ada kebaikan pada ketentuan Illahi. Kami Bersyukur Ya Allah Kau Maha Mengetahui. Alhamdulillah beliau kalah dalam PRU lepas, kami tak rela ada pemimpin tak berakhlak seperti ini.'' - Mungkin ini juga majoriti doa orang Melayu dan umat Islam yang lain. -UMO
Suara Politik
Belantan
Imaginasi Anwar sudah sampai tahap melampau - Jusuf Kalla?
Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.
"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133.
"Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga," katanya seperti dipetik daripada portal berita Merdeka Online di http://merdeka-online.com/home/wawancara- penuh-jusuf-kalla/ baru-baru ini.
Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut.
"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu?
"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya.
Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam.
Berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di negara itu yang memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan tersebut.
"Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia. Mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut," katanya.-UMO
Suara Politik
Belantan
Khamis, Jun 27, 2013
Bekas Pegawai MB Khalid Di Penjara Dua Tahun Dan Dua Sebatan?
Ketika MB Khalid sedang tidor sambil bercakap, bekas pegawai khas beliau telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh pada Mei 2011.
Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran hadir bagi pihak perayu. Pada 20 Mei 2011, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohd Yahya dituduh menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.
Tertuduh, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan RM50,000 kepadanya sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.
Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk Menteri Besar Selangor dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Suara Politik
Belantan
DAPig sudah lama mahu Jonker Walk ditutup, jadi mengapa perlu 'melatah' sekarang?
DAPig di ingatkan supaya jangan cuba jadi HERO!
Tindakan kerajaan negeri Melaka menutup pasar malam hujung minggu yang dikenali sebagai Jonker Walk adalah tindak balas politik terhadap pengundi Cina yang menyokong pembangkang pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, kata DAP.
Dalam kenyataan akhbarnya, ADUN Kesidang Chin Choong Seong mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron setelah MCA mencatatkan keputusan paling buruk pada PRU-13 itu.
"Jelas ini tindak balas paling tidak demokratik oleh BN terhadap masyarakat Cina dengan cubaan menakut-nakutkan mereka. Tindakan memalukan ini tidak akan mencapai objektifnya.
"Sebaliknya, ia akan terus mengasing mereka dengan masyarakat," katanya.
Akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily, melaporkan, semalam, Idris berkata keputusan yang dibuat oleh majlis mesyuarat exco Melaka pada 12 Jun lalu untuk menutup Jonker Walk adalah sebagai menghormati kehendak rakyat.
Idris mengingatkan bahawa DAP yang membuat bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri yang melarang kenderaan memasuki jalan di Jonker Walk bagi menjadikan kawasan itu tempat membeli belah.
Ketika itu, katanya DAP membidas kerajaan negeri kerana mengorbankan kepentingan pengguna jalan raya demi menjaga nasib 200 penjaja dan peniaga kecil, 13 tahun lalu.
"Sekarang, kita dapati kebanyakan penduduk Melaka menyokong calon DAP berbanding MCA, yang bertungkus lumus berkhidmat kepada mereka. Justeru, kita memutuskan untuk menamatkan pasar malam itu dan berharap mereka akan berpuas hati," kata akhbar itu yang memetik Idris.
Beliau juga dilaporkan mengakui kekalahan MCA adalah punca kerajaan negeri menutup Jonker Walk.
Pada pilihan raya umum lalu, MCA bukan sahaja gagal merampas Parlimen Kota Melaka, tetapi Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam yang berpindah ke Parlimen Bukit Katil tewas di tangan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin!
Jika kita perhatikan DAP dengan biaDAP kata Jonker Walk ditutup padahal hanya jalan di Jonker Walk dibuka kembali kepada pengguna jalan raya bagi mengelakkan kesesakkan !!! Cina Dapig ni putar belit fakta kata Melayu balas dendam pada Cina !! kurang ajar punya Cina DAPig !!!
Suara Politik
Belantan
Anwar sememangnya berhasrat bunuh karier politik Najib?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.
"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.
"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya kepada di sini hari ini.
Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu.
Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.
Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.
"Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya," ujarnya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari memberitahu, pendedahan Rahimi itu menunjukkan pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib.
Beliau juga meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan memandangkan pendedahan tersebut melibatkan individu berprofil tinggi.
"Perlu ada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa, tidak perlu tunggu sehingga orang ramai membuat aduan," jelasnya.
Suara Politik
Belantan
Cubaan sogok Sirul tidak pelik - Zulkifli Nordin!
Cubaan pembangkang menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar bagi memaksa bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu membuat kenyataan palsu mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bukan sesuatu yang pelik.
Bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin berkata, beliau tidak terkejut dengan pendedahan cubaan sogokan bernilai RM3 juta kerana sewaktu mengendali kes Ketua Pembangkang dulu, memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri.
Malah katanya, usaha terancang untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia tersebut telah didedahkan secara panjang lebar oleh beliau sewaktu persidangan Dewan Rakyat penggal lalu sehingga mengejutkan banyak pihak.
"Saya langsung tidak terkejut mengenai cubaan untuk menyogok keluarga Sirul dengan menawarkan wang tunai RM3 juta. Ini kerana memang sejak dahulu Anwar dan pemimpin pembangkang lain merancang untuk memfitnah Perdana Menteri menggunakan isu pembunuhan Altantuya.
"Sekarang keadaan lebih terdesak kerana Anwar dan pembangkang sudah kehabisan isu untuk menipu rakyat. Jadi untuk menghidupkan kembali isu, mereka cuba menyogok agar Sirul membuat kenyataan palsu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul dengan wang tunai RM3 juta agar bersetuju membuat kenyataan palsu ke atas Najib.
Dalam pada itu, Zulkifli menyelar sikap membisu Jabatan Peguam Negara yang sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan, walaupun telah seminggu pendedahan mengenai rancangan mensabotaj kes pembunuhan Altantuya dengan cubaan sogokan wang tunai dibuat.
Katanya, kegagalan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak secara proaktif dan tegas dalam banyak perkara yang berkait dengan pembangkang, meskipun jelas menyalahi undang-undang menimbulkan persepsi salah iaitu mereka bebas melakukan apa sahaja.
"Kini wujud persepsi di kalangan rakyat bahawa Jabatan Peguam Negara memilih bulu dalam melaksanakan tugasnya kerana pantang ada silap dilakukan pemimpin kerajaan pasti ada pendakwaan tetapi apabila membabitkan pembangkang mereka membisu," katanya.
Bagi penulis agak hairan jugalah apabila kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr.Khir Toyo, Peguam Negara dalam masa 24 jam memberikan respon untuk mengulas hukuman yang dijatuhkan terhadap Dr.Khir Toyo!
Namun untuk kes ini mengapa sepi membisu? Mungkin betulah kata Datuk Zulkifli, adakah Peguam Negara 'memilih bulu' dalam melaksanakan tugasnya? Wallahuallam.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Jun 26, 2013
Adakah Anwar hipokrit terhadap penyokongnya sendiri?
Anwar Ibrahim didesak menyatakan prinsip sebenar perjuangan parti pembangkang kepada umum terutama dalam kalangan penyokongnya sendiri.
Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, desakan itu memandangkan wujud kekeliruan mengenai pendirian pembangkang berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang didakwa tidak adil dan berlaku penipuan.
Tambah beliau, dakwaan Anwar serta wakil rakyat pembangkang lain itu tidak selari dengan tindakan mereka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat sekali gus mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu.
"Jika mereka benar-benar telus dan ikhlas dalam perjuangan, mereka tidak akan menggadai prinsip selama ini apatah lagi selepas mencanang kepada rakyat kononnya Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak telus, tidak adil dan menipu.
"Mereka hasut dan heret rakyat supaya membantah, menentang kerajaan dengan cara tidak sah sehingga mencetuskan huru-hara dan menyebabkan berlakunya kecederaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat .
Tindakan itu sekali gus membuktikan mereka bersetuju dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Rakyat sedangkan sebelum ini menghasut rakyat menyertai perhimpunan haram membantah keputusan pilihan raya umum.
Mohd. Syamsul berkata, tindakan pemimpin pembangkang mengangkat sumpah itu merupakan pengkhianatan terhadap penyokong setia mereka yang sanggup tidur di jalan raya kerana akur dan taat terhadap pemimpin mereka.
Katanya, wakil rakyat pembangkang sepatutnya tidak hadir mengangkat sumpah mengambil kira tuduhan yang dibuat.
Malah, tambah beliau, agama Islam juga melarang pemimpin menggunakan rakyat untuk meraih sokongan dengan menyebar fitnah sehingga meretakkan ukhuwah dalam kalangan rakyat dan mengancam kerajaan yang dilantik secara sah.
Suara Politik
Belantan
Perlukah identiti Petaling Street di kekalkan?
Peniaga HARAM menyerbu kaunter SSM di Petaling Street!
Sebut saja nama Petaling Street (PS), Kuala Lumpur. Pasti rakyat Malaysia ketahui di mana lokasinya yang berhampiran Pudu Raya dan berhadapan Sinar Kota.
Baru-baru ini ketika Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 'melawat' kawasan tersebut, keadaan menjadi agak kelan kabut apabila kaunter SSM 'di serbu' oleh orang ramai ( peniaga HARAM )!
Lihatlah berapa ramai peniaga-peniaga di PS yang berebut-rebut mendaftar perniagaan mereka.
SSM telah turun padang ke lokasi PS menggunakan van bergerak bagi memudahkan urusan peniaga-peniaga Cina yang telah berniaga berpuluh-puluh tahun di situ mendaftarkan perniagaan mereka.
Lihatlah betapa untungnya orang Cina di sana yang ditatang bagai minyak yang penuh dimana mereka diberikan layanan istimewa oleh kerajaan untuk terus berniaga dan diberikan cara paling mudah mendaftarkan perniagaan tanpa perlu ke pejabat SSM yang terletak di KL Sentral.
Yang ketara sekali kita boleh lihat bahawa masih ramai rupanya peniaga di sana yang jelas sekali tidak pernah langsung mendaftarkan syarikat dan perniagaan mereka. Berapa banyak keuntungan yang mereka telah perolehi berniaga tanpa lesen yang sah?
Persoalannya disini adalah, perlukah identiti Petaling Street ini di kekalkan?
Perlukah dilupuskan Petaling Street dan kembalikan Petaling Street sebagai sebuah laluan kenderaan! Tidak perlu ada imej China di Petaling Street terutama sekali dengan lambakan barangan tiruan, ciplakan dan penipuan serta kesamsengan di kawasan berkenaan!
Pernahkah kita mendengar peniaga Cina telah bertindak memukul seorang pembeli yang tidak mahu membeli. Peniaga Cina yang memaksa membeli barangan mereka telah bertindak memukul pembeli tresebut secara berkumpulan apabila pembeli ini menolak secara elok sehingga mengakibatkan kecerderaan.
Kejadian ini juga telah berulang kali berlaku di Petaling Street yang mana jika kita amati peniaga disana langsung tidak hormat kepada pembeli! Maklumlah ramai peniaga HARAM di sana!
Perlukah Petaling Street ini di kekalkan!
Suara Politik
Belantan
Guan Eng angkuh dengan 'undi popular' - Tunjuk biadap perlekeh Titah Seri Paduka?
Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak sependapat ketika memberikan reaksi berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13, di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memperlekehkan titah Seri Paduka dengan menyifatkannya sebagai 'skrip' yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dakwa Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, titah Seri Paduka sebenarnya telah disediakan oleh BN, tidak melibatkan kepentingan rakyat, malah, terdapat banyak kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.
"Titah Seri Paduka telah disediakan oleh kerajaan BN. Mengapa hendak 'mengheret' Seri Paduka dalam perkara ini?.
"BN harus sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana kami adalah kerajaan yang telah menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus.
"Kamu (media arus perdana) terima hakikat ini dahulu, kemudian baharu dapatkan komen kami," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.
Pada 6 Mei lalu, DAP khususnya Guan Eng terus mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah 'yang paling kotor' dalam sejarah negara dan mereka seharusnya layak membentuk kerajaan baharu berdasarkan undi popular.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberikan reaksi berbeza apabila menyifatkan titah Seri Paduka itu perlu diterima semua Ahli Parlimen dan mereka harus bekerjasama dalam membangunkan negara.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat itu turut berharap agar masing-masing dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, sekali gus memainkan peranan sebenar sebagai wakil rakyat.
"Semua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang perlu bertindak sedemikian, kami di pihak Pas akan terus komited untuk memperkasakan Islam dan negara, selari dengan agenda perjuangan.
"Kami menerima baik titah Seri Paduka dan semestinya Ahli Parlimen bekerjasama untuk melaksanakan. Saya juga mengharapkan Malaysia bertambah maju dan stabil,'' katanya.
Nampaknya Guan Eng pun sama macam Anwar yang masih tidak dapat menerima hakikat yang mereka telah kalah dalam PRU ke-13 baru-baru ini. Mungkin untuk menyedapkan hati para penyokong DAP dengan mengungkitkan kembali dakwaan yang mereka telah menang dengan UNDI POPULAR?
Sepatutnya Guan Eng dan Anwar perlu masuk semula ke 'sekolah politik' bagi memahami sepenuhnya amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini! Nasihat buat Guan Eng, cuba jangan jadi macam orang 'Gila Bayang'? Silap-silap kamu boleh masuk Hospital Tanjung Rambutan! Ada faham ka!
Suara Politik
Belantan
Husam dibebas dengan ikat jamin RM3,000?
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 oleh seorang penjamin selepas ditahan polis selama dua hari bermula kelmarin.
Perintah jaminan itu dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad kira-kira pukul 4.30 petang ini di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor ditahan di Desa Pandan, Ampang, Selangor, pada pukul 3.40 petang atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Beliau diwakili lima orang peguam iaitu Hisham Fauzi, Abdul Rashid Yah, Shaharuddin Mohamed, Nik Baharom Nik Abdullah dan Wan Razak Wan Dolah.
Hisham ketika ditemui di pekarangan IPD Kota Bharu selepas prosiding berkata, polis tidak membuat sebarang permohonan untuk menambah tempoh reman manakala permohonan pihak pembelaan supaya anak guam mereka dibebaskan dengan jaminan telah diterima.
"Tempoh jaminan ini adalah selama sebulan dan selepas itu pihak pendakwaan boleh membuat keputusan sama ada mahu menjalankan pertuduhan di mahkamah atau meneruskan lagi jaminan.
"Semua proses hari ini berjalan lancar dan anak guam kami juga sudah dibebaskan selepas wang jaminan itu dibayar oleh seorang penjamin," katanya.
Penahanan Husam dibuat berhubung satu laporan polis di Ketereh di sini pada 12 Jun lalu berkaitan ucapan berbaur hasutan yang dibuatnya ketika memberi ucapan pada perhimpunan pembangkang di Padang Majlis Daerah Ketereh.
Beliau keluar dari lokap kira-kira pukul 5 petang ini dengan diiringi isterinya, Datin Rohana Abdul Rahman dan dua anak lelakinya serta beberapa pemimpin Pas Kelantan.
Ketika ditemui selepas itu, beliau menyatakan itu adalah pengalaman pertamanya 'bermalam' di dalam lokap dan mengakui pihak polis telah memberi layanan profesional kepadanya.
"Saya ucapkan terima kasih kepada polis kerana layanan yang sangat baik, tiada herdikan. Mereka telah memberi layanan yang sangat profesional kepada saya.
"Ini pengalaman pertama saya tidur atas lantai dalam lokap dengan berbantal lengan. Keadaan memang agak panas saya berpeluh sepanjang masa tapi tidak mengapa ia baik sebagai sauna dan saya juga dapat tidur lena malam tadi," ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Kibar bendera merah putih : Buru individu biadab?
Apa agenda sebenar mereka di sebalik alasan yang diberikan?
Pihak berkuasa disaran menubuhkan pasukan khas bagi memburu individu yang bertindak biadab mengibarkan bendera merah putih pada perhimpunan haram di Padang Merbok di sini Sabtu lalu.
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Perak, Shamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, tindakan mengarak bendera itu boleh disifatkan sebagai melampau dan cubaan untuk mempersenda Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat sejak turun-temurun.
"Perkara ini serius dan kita tidak boleh biarkan begitu sahaja, semakin lama semakin berani puak berkenaan dan pihak berkuasa harus bertindak tegas supaya menjadi pengajaran kepada mereka.
"Saya berharap pasukan khas dapat diwujudkan untuk menangkap mereka kerana perbuatan tersebut telah mencemarkan nama baik negara selain membuat rakyat menjadi berang,'' katanya dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin akhbar melaporkan perhimpunan haram tajaan Anwar Ibrahim di Padang Merbok di sini sekali lagi menyaksikan kebiadaban beberapa penyokong pembangkang mengarak bendera merah putih yang dikaitkan dengan usaha menukar Jalur Gemilang.
Sementara itu, majikan turut digesa mengenakan tindakan maksimum terhadap kakitangan mereka yang menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu.
Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan tersebut wajar kerana perhimpunan anjuran pembangkang itu hanya bertujuan menimbulkan keadaan huru-hara di dalam negara.
"Majikan tidak boleh lepas tangan dengan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa, mereka juga boleh bertindak dan memainkan peranan dengan menghukum pekerja yang pergi ke perhimpunan tersebut," ujarnya.
"Saya rasa apabila majikan mengambil pendirian tegas, pada masa akan datang perhimpunan sebegini pasti tidak akan mendapat sambutan,'' ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Jun 25, 2013
Perhimpunan haram 'Blackout 505' cemar imej pembangkang?
Perhimpunan haram di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas mencatatkan kehadiran sekitar 20,000 penyokong pembangkang sedangkan sasaran awal mencecah lebih 500,000 orang.
Untuk menutup malu dan kekecewaan, ada yang menambah jumlah itu kepada 30,000 sehingga lebih 50,000 mahupun 100,000 orang, walaupun itu cuma 10 ke 20 peratus daripada sasaran, di samping menyalahkan jerebu sebagai punca kurangnya sambutan.
Walaupun jumlah peserta jauh lebih kecil daripada sasaran penganjur, beberapa insiden provokasi turut berlaku seperti serangan ke atas anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mengibar bendera merah putih, sepanduk menghina pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa kejadian lain.
Pemerhati di perhimpunan itu pula mendapati peserta berbangsa Cina banyak berkurangan. Rata-rata yang hadir dilihat sebagai penyokong PKR ataupun anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta.
Sungguhpun satu lagi hari hujung minggu dibazirkan, kebimbangan rakyat untuk keluar pada hari Sabtu lalu akhirnya berlalu secara aman tetapi kesannya tetap dirasakan rakyat di samping menconteng arang pada imej negara.
Tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah merasakan apa yang dilakukan pembangkang selama ini telah menimbulkan persepsi negatif pihak luar terhadap rakyat dan Malaysia.
"Persepsi buruk yang akan tersebar, Malaysia kini kacau bilau, tiada perpaduan. Ini tidak betul kerana negara kita aman, mereka yang tidak puas hati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sahaja menuduh tanpa bukti sedangkan rakyat tidak mahu dan tiada sebab untuk adakan demonstrasi," tegasnya.
Beliau bimbang implikasi ke atas sektor pelancongan dan ekonomi negara, khususnya pelaburan asing apabila masyarakat luar melihat Malaysia tidak amalkan demokrasi sebenar dan sama seperti negara-negara Arab yang bergolak.
"Perhimpunan selepas PRU13 majoritinya orang Cina tapi tidak seramai itu pada Sabtu lalu. Saya harap ini petanda mereka sudah buka minda akan implikasi terhadap jurang antara kaum jika terus menyokong DAP.
"Puak pakai kopiah (Pas) pun berkurangan. Penyokong Pas mungkin berbelah bahagi dan ada kesedaran, yang rasional tidak sokong," katanya.
Beliau turut menolak alasan jerebu sebagai punca jumlah kecil peserta seperti mana dikatakan Anwar Ibrahim semasa perhimpunan tersebut kerana penyokong tegar pembangkang sebelum ini sanggup meredah hujan untuk turut serta.
Tambahnya, acara demonstrasi yang telah lama diadakan pembangkang dilihat semakin hilang momentum, mungkin juga menandakan kepercayaan dan sokongan kepada kepimpinan pembangkang semakin berkurangan.
"Sudah ada yang mempersoal kredibiliti pemimpin mereka, mungkin juga sudah buka minda selepas sedar ditipu dan tidak mahu bersekongkol. Lama-lama pasti akan sedar tuduhan 'bangla dan blackout' itu penipuan, berapa lama boleh tipu rakyat?
"Walaupun perhimpunan itu sudah susun tempat berkumpul dan berarak tetapi tidak juga menjadi. Makin lama makin berkurangan, kini sokongan kepada kepimpinan pembangkang sudah menurun dengan teruk," jelasnya.
Ibrahim menjangkakan penyertaan lebih merosot jika Anwar mahu membuat perhimpunan lagi selepas ini kecuali digunakan taktik kotor seperti melibatkan duit dan sebagainya.
"Saya berharap pihak berwajib tidak takut bertindak terhadap penganjur dan peserta perhimpunan haram, bukannya mahu digunakan kekerasan melampau tetapi gunakan undang-undang sedia ada sudah mencukupi sebelum mereka pijak kepala kita," ujarnya.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling pula melihat perhimpunan haram dan demonstrasi berterusan lebih mencemar imej pembangkang daripada imej negara.
"Tindakan pembangkang yang sengaja mewujudkan suasana tidak selesa selama ini memang memberi kesan kepada imej negara tetapi imej mereka lebih teruk terjejas.
"Tuduhan tidak berasas mereka tentang PRU13 memakan diri sendiri apabila masyarakat luar melihat pembangkang di negara ini tidak matang berpolitik, lebih memburukkan imej sendiri sahaja," katanya.
Menurutnya lagi, orang luar melihat pembangkang sengaja mereka-reka tuduhan agar masyarakat tempatan dan antarabangsa tidak yakin dengan kerajaan yang dipilih.
Beliau mendakwa, kerana itu juga perhimpunan pembangkang Sabtu lalu tidak mendapat liputan meluas seluruh dunia kecuali dalam kalangan media dan pihak yang mempunyai agenda tertentu.
"Masyarakat antarabangsa masih yakin dengan kerajaan Malaysia. Kesannya ada kerana dahulu kemakmuran kita dahulu tiada demonstrasi dan tindakan ganas tetapi kini sudah ada kebimbangan terhadap semua itu," jelasnya.
Beliau melihat perkara penting kini adalah kerajaan masih berjaya mengawal daripada kejadian buruk mahupun kes keganasan besar sehingga darurat tetapi lebih penting tiadanya sokongan rakyat terhadap perhimpunan haram dan gerakan seumpamanya.
"Perhimpunan haram hanya mendapat banyak sokongan di kawasan tertentu tetapi tidak di negeri-negeri lain. Tanpa sokongan, pembangkang tetap gagal mencetuskan situasi di luar kawalan seperti yang diharapkan sesetengah pihak," ujarnya.
Suara Politik
Belantan