Rabu, Jun 26, 2013

Adakah Anwar hipokrit terhadap penyokongnya sendiri?


Anwar Ibrahim didesak menyatakan prinsip sebenar perjuangan parti pembangkang kepada umum terutama dalam kalangan penyokongnya sendiri.

Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, desakan itu memandangkan wujud kekeliruan mengenai pendirian pembangkang berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang didakwa tidak adil dan berlaku penipuan.

Tambah beliau, dakwaan Anwar serta wakil rakyat pembangkang lain itu tidak selari dengan tindakan mereka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat sekali gus mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu.

"Jika mereka benar-benar telus dan ikhlas dalam perjuangan, mereka tidak akan menggadai prinsip selama ini apatah lagi selepas mencanang kepada rakyat kononnya Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak telus, tidak adil dan menipu.

"Mereka hasut dan heret rakyat supaya membantah, menentang kerajaan dengan cara tidak sah sehingga mencetuskan huru-hara dan menyebabkan berlakunya kecederaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat .

Tindakan itu sekali gus membuktikan mereka bersetuju dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Rakyat sedangkan sebelum ini menghasut rakyat menyertai perhimpunan haram membantah keputusan pilihan raya umum.

Mohd. Syamsul berkata, tindakan pemimpin pembangkang mengangkat sumpah itu merupakan pengkhianatan terhadap penyokong setia mereka yang sanggup tidur di jalan raya kerana akur dan taat terhadap pemimpin mereka.

Katanya, wakil rakyat pembangkang sepatutnya tidak hadir mengangkat sumpah mengambil kira tuduhan yang dibuat.

Malah, tambah beliau, agama Islam juga melarang pemimpin menggunakan rakyat untuk meraih sokongan dengan menyebar fitnah sehingga meretakkan ukhuwah dalam kalangan rakyat dan mengancam kerajaan yang dilantik secara sah.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

  1. Tak kan penyokong2 dia tak paham2 lagi kot. Mana boleh tak angkat sumpah. Bak kata pepatah, "Angkat Sumpah Meliwat, takut terkena musibat. Angkat Sumpah Dewan Rakyat, elaun bulanan boleh rembat"
    Kan ke pencacai2 semua dah kena kencing.

    BalasPadam