Isnin, Mei 13, 2013

Benarkah Khalid angkat sumpah esok?


Setelah seminggu kontroversi membabitkan jawatan menteri besar Selangor bertebaran, Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu esok akan berlangsungnya upacara angkat sumpah bagi jawatan itu.

Menyifatkan "tidak ada isu", perkara berkenaan jawatan menteri besar itu sudah selesai dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipersetujui untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

"Kita sudah buat temu janji dengan pihak istana (untuk angkat sumpah) Isnin (esok)," katanya kepada pemberita disini.

Pertikaian jawatan Menteri Besar Selangor berlarutan sejak seminggu lalu sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang terus memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Perkara ini menjadi isu apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding Pas dan DAP yang masing-masing memperoleh 15 kerusi.

Kelayakan PKR mula dipersoalkan.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, menteri besar mestilah dari kalangan Melayu Islam. Maka dalam perkara ini, DAP terkecuali daripada menjawat jawatan berkenaan.

Pas pula dari awal lagi menyatakan sokongan kepada PKR iaitu penyandang sebelum ini, untuk kekal menjawat jawatan menteri besar Selangor. Sokongan sama disuarakan oleh DAP.

Namun kemelut ini semakin meruncing apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan pimpinan PKR Selangor menyatakan pihaknya langsung tidak dirunding berhubung jawatan itu.

Azmin berkata, pelantikan Menteri Besar Selangor harus melalui konsensus dan tidak boleh diputuskan oleh individu tertentu sahaja.

Azmin mendakwa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah menghantar senarai nama Menteri Besar kepada Sultan untuk perkenan terlebih dahulu.

Beberapa jam selepas sedang media Azmin, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan memberitahu, Khalid telah dipersetujui sebagai Menteri Besar Selangor.

Ujarnya, dua nama telah diangkat namun perikatan itu sepakat memilih Khalid.


Persoalannya disini adalah benarkah Pas sejak dari awal lagi sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar?

Kalau benarlah maka sia-sialah kerja keras Pas selama ini dalam setiap kali menghadapi pilihanraya kerana dengan senang HAK mereka dinafikan oleh rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat!

Sila baca kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor di sini.
Manakala kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Mak Lampir pula di sini.

Permainan politik PKR dan Pas pula berterusan semalam apabila Dewan Pemuda PAS Selangor melalui Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan menegaskan tiada sebarang perjanjian mengatakan jawatan itu mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Mohd Sany berkata kenyataan Azmin, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi itu adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

Suara Politik

Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan