Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Ogos 08, 2012
Anwar 'Raja Drama' yang hanya sekadar pandai berjanji?
Bulan depan, tepatnya pada 16 September sejarah politik Malaysia akan terus mengingati hiruk-pikuk dan harapan palsu yang dicetuskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada tarikh itu, sejarah mengingati Anwar telah gagal menunaikan janji yang diuar-uarkan beliau ke seluruh pelosok dunia untuk membentuk kerajaan. Malah sehingga sekarang selepas hampir empat tahun berlalu, Kabinet bayangan pun masih belum nampak bayang lagi.
Ramai yang terpedaya dan kecewa dengan harapan palsu Anwar itu. Mereka yang telah dijanjikan jawatan dan pelbagai ganjaran hanya melopong kerana ternyata tersilap langkah. Mereka yang mencurah air di tempayan setelah mendengar guruh Anwar menyesal tak sudah.
Mereka yang disebut-sebut bakal melompat parti untuk menyertai Anwar semasa itu antaranya segerombolan Ahli Parlimen dari Sabah. Janji Anwar bukan kepalang jawatan di Sabah dan juga Persekutuan.
Itu kisah 2008. Tetapi penahan kuasa Anwar rupa-rupanya masih ada bisa. Nafsu kekuasaan tidak menjadikan drama politik 16 September itu sebagai satu pengajaran kepada mereka. Selepas berbulan-bulan berunding, akhirnya dua Ahli Parlimen BN iaitu Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran) meletak jawatan dan berpaling kepada pakatan pembangkang.
Berita
Susulan itu, Anwar membayangkan lebih banyak berita baik dari Sabah akan berlaku. Ada nada suspen seperti dulu. Nada hiruk-pikuk Anwar ini kelihatan sama menjelang drama 16 September dulu. Cuma mungkin ramai yang sudah lupa termasuk Lajim dan Bumburing.
"Saya sudah maklumkan kepada pemimpin PKR dan DAP. Bukan Lajim dan Bumburing saja, tetapi juga beberapa orang pemimpin lagi," kata Anwar seperti dipetik portal berita propembangkang. Banyak spekulasi timbul berhubung tindakan Lajim dan Bumburing ini. Lajim, 57, dikatakan kecewa dengan kedudukannya sedangkan beliau disebut-sebut mengidam jawatan Ketua Menteri.
Tentu banyak janji dan harapan yang dimuktamadkan dalam perbincangan antara Anwar dan Lajim. Almaklum Anwar begitu terdesak untuk menawan Putrajaya. Pilihan raya kali ini bakal menjadi percubaan terakhirnya. Jika gagal lagi, beliau sudah memberi signal untuk bersara.
Lajim yang ditarik balik jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dikatakan mendapat habuan jawatan Ketua Menteri. Setakat ini sebagaimana dinyatakan Anwar, kedua-dua Ahli Parlimen itu diberi jaminan kerusi sama ada PKR atau DAP.
Mampukah Lajim dan Bumburing menjadi pembakar semangat untuk menjayakan cita-cita peribadi Anwar ini dan sekaligus mengucar-ngacirkan negeri deposit BN itu? Mampukah kedua-duanya menjadi penyuluh jalan untuk pakatan pembangkang memecah kubu BN?
Anwar telah gagal membawa parti pembangkang ke puncak kekuasaan pada pilihan raya umum 2008. Seterusnya cubaan menerusi pintu belakang pada 16 September juga akhirnya menjadi bahan jenaka. Apa lagi muslihat yang Anwar akan gunakan kali ini?
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijadual ke Sabah pada 12 Ogos ini. Kepada rakan-rakan sekutunya, Anwar meminta mereka bersiap sedia dengan kemungkinan `baik itu.
Bagaimanapun BN khususnya UMNO tidak duduk diam walaupun menyifatkan pembelotan Lajim dan Bumburing sebagai tidak menjejaskan kekuatan parti itu. Kepakaran Anwar memanipulasi keadaan tidak boleh dipandang ringan.
Tetapi setakat ini pengaruh Lajim yang mempunyai sejarah lompat parti dari Parti Bersatu Sabah (PBS) ke UMNO pada 1994, tidaklah seberapa. UMNO Bahagian Beaufort tetap teguh, tidak terlihat seperti patah sayap.
Struktur parti berjalan dengan baik apabila timbalan ketua bahagian mengambil alih jawatan yang ditinggalkan oleh Lajim itu. Setakat ini perpecahan yang dikatakan berlaku di bahagian itu hanya dakwaan.
BN dan UMNO Sabah tentu sekali telah banyak belajar daripada peristiwa 16 September. Mereka juga tidak harus lupa bagaimana permainan licik Anwar semasa beliau berulang-alik ke Sabah ketika era keterujaan beliau mengejar jawatan Timbalan Presiden UMNO dan kemudiannya Presiden UMNO dulu.
Ingatkah janji-janji manis takhta dan harta semasa itu? Setelah bertahun-tahun, Anwar tetap sahaja melakukan strategi dan permainan yang sama. Beliau tahu keunikan politik Sabah. Tetapi yang berbeza, kali ini beliau menghadapi lawan yang telah bersiap sedia dari awal. Yang juga berbeza, Anwar sudah terlalu banyak melakukan kesilapan.
Untuk rentetan peristiwa 16 September sebelum ini dimana Anwar nak jadi PM, seterusnya boleh dibaca di sini, sini, sini, sini, sini, dan di sini.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan