Sabtu, Mac 31, 2012

BN tidak mustahil genggam Selangor!


Dalam tempoh 1,460 hari dari tarikh Pilihan Raya Umum Ke-12, apa yang rakyat Selangor telah saksikan.

Apa hasil ekonomi baru Selangor? Dalam tempoh empat tahun ini berapa banyak rumah mampu milik dibina? PKNS buat apa? Berapa banyak kawasan pertumbuhan baru dibuka? Jika semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), Selangor ada Lembah Bernam, Lembah Beringin, apa yang Menteri Besar kerajaan PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim buat?

Tak habis-habis yang dipasang Abdul Khalid di seluruh pelosok negeri adalah poster-poster dan sepanduk yang tertera ucapan 'terima kasih, terima kasih dan terima kasih'. Terima kasih kepada siapa? Kepada diri sendirikah?

Apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio agama daripada Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat Pas, rakyat Selangor tertunggu-tunggu apakah polisi yang akan dilakukan Menteri Besar itu untuk memerangi gejala sosial di negeri itu. Macam mana bentuk tindakan. Namun, sehingga kini Exco Agama ini masih sepi. Sunyi.

Difahamkan, rakyat Selangor terutama orang Islam sudah nampak tembelang main politik Abdul Khalid ini di sebalik pemecatan Hasan. Itu belum masuk lagi isu Loji Air Langat 2, pungutan sampah, masalah UiTM (peralihan tapak asal UiTM di Serendah ke Melaka), kerugian Unisel dan banyak lagi kemelut yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor dek sangat main politik di negeri itu.

Penulis dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai, Hasan sendiri mendapat sokongan padu daripada para penyokongnya di 22 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Ada tujuh wakil rakyat daripada pembangkang dipercayai bersama Hasan. Tetapi kerana 'disumbat mulut', ahli Pas terpaksa berdiam diri.

Pemecatan Hasan pun akibat daripada kelantangan beliau menegur agenda pluralisme dan seksualiti bebas Anwar Ibrahim. Contoh terbaik sumbat mulut yang mana ahli Pas diarahkan untuk tutup mulut serapat mungkin daripada berbicara mengenai isu ini.

Apa yang berlaku di Selangor kala ini cukup memeningkan rakyat negeri itu. Sama seperti nasib yang menimpa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Sidang DUN Khamis lalu membongkar cerita yang tidak ketahuan sahihnya mengenai kos tinggi sampai mencecah RM300,000 digunakan Hasan untuk mengubah suai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco kerajaan negeri tempoh hari, ramai mempersoalkan motif Azmin.

Jujurkah dia? Mengapa benda ini timbul setelah pemecatan Hasan? Mengapa tidak ditegur dan dibangkitkan semasa Hasan dalam Pas dahulu?

Dalam soal Selangor, nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah lama terhidu pembohongan demi pembohongan yang ditimbulkan oleh Abdul Khalid dan juak-juaknya dari DAP dan Pas ini. Banyak janji untuk rakyat dari mulut Abdul Khalid masih menerawang untuk ditunaikan di Selangor.

Kerana itu sudah dua kali Najib yang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor meluahkan keyakinan beliau bahawa negeri itu akan kembali ke pangkuan BN pada PRU-13 nanti. Terbaru, nada sama di Hulu Langat kelmarin.

Secara umum, mood kemenangan untuk diraih BN itu sudah ada. Kerajaan BN betul-betul touch point pada rakyat. Najib tidak sekadar bercakap tetapi melakukannya dan menepati janji.

Penulis dimaklumkan usaha pakatan pembangkang untuk mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan BN cukup keras dan penuh siap siaga. Maklumlah negeri kaya yang boleh dijadikan tempayan dana pilihan raya mereka.

Dalam soal 'hidup mati' ini, antara yang ketara tindakan pakatan pembangkang ialah membuat sebanyak mungkin bantahan terhadap pendaftaran baru pengundi dan pertukaran alamat pemohon ke Selangor.

Ini lebih-lebih lagi ke kawasan 'kubu kuat' Parlimen atau DUN yang disyaki akan menggugat kedudukan pakatan. Pelbagai taktik dilakukan oleh ahli-ahli Pas, PKR dan DAP untuk menafikan hak individu yang dijamin perlembagaan ini dalam dua kategori permohonan berkenaan. Kalau tidak dibawa tok penghulu, dibawanya tuan rumah terbabit untuk menafikan hak pemohon bertukar alamat.

Penulis mengajukan pertanyaan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tentang perkara ini. Lantas, beliau tidak menafikan bahawa ada parti yang sanggup mengeluarkan bajet semata-mata untuk menyuruh ahli dan para penyokongnya membuat bantahan terhadap si polan itu, si polan ini yang mendaftar di Selangor atau bertukar alamat.

Untuk satu bantahan, kosnya cuma RM10. Tetapi kesan dari bantahan ini, sekali pun melibatkan hanya seorang, bahananya terpalit ke seluruh pemohon dalam bahagian pilihan raya berkenaan.

Motif si pembantah cuma satu, dengan harapan orang kena bantah (OKB) tidak hadir siasatan awam, tergendala pendaftaran/pertukaran alamat sekali gus mengganggu pewartaan Daftar Pemilih Suku Ke-4 2011.

"Tapi untuk seluruh negeri Selangor, siasatan awam ke atas kesemua 421 bantahan ini sudah selesai melalui keputusan Pengarah SPR negeri yang dibuat baru-baru ini.

"Sebanyak 30 peratus daripada 421 bantahan ditolak manakala yang lain diterima. Kebanyakan bantahan melibatkan isu pertukaran alamat meskipun permohonan ini sebahagian besarnya tulen disebabkan pemohon berpindah rumah dan bertukar tempat kerja," kata beliau sambil menyebut kawasan Subang paling banyak melibatkan bantahan iaitu 90 bantahan, sementara yang lain membabitkan kawasan Gombak, Shah Alam dan Puchong.

Untuk siasatan awam berkaitan negeri lain difahamkan tidak banyak melainkan Kelantan yang hampir sama angkanya dengan Selangor. Siasatan awam di negeri-negeri lain dijangka selesai minggu depan.

Di Selangor ketika ini terdapat 1.8 juta pengundi. Ia termasuk 13 peratus atau 170,000 pengundi muda yang akan pertama kali menunaikan tanggungjawab mereka.

Kalau pun kerajaan PKR Selangor berkemungkinan mengambil keputusan enggan membubarkan DUN negeri serentak dengan pembubaran Parlimen di Pusat, ia tidak akan menjadi satu masalah.

Lebih teruk lagi imej pakatan pembangkang akan bertambah kusut masai lagi apabila isu pembaziran ditempelak nanti oleh seluruh rakyat Selangor.

Untuk pengendalian PRU-13 ini sahaja, SPR memerlukan bajet lebih RM200 juta. Jika Selangor tidak membubarkan DUNnya, bajet tambahan RM30 juta lagi diperlukan untuk pilihan raya negeri berasingan. Kelak, rancangan pembangunan negeri pun tergendala gara-gara asyik berkempen, berpolitik.

Sekolah-sekolah nanti pula akan masih digunakan untuk saluran mengundi, pembelajaran murid terganggu, guru pun pening kepala. Contohilah sahaja Kelantan, 22 tahun Pas memerintah, tak kalut pun soal mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan Pusat.

Yang ketara di mata rakyat Selangor kini adalah pakatan pembangkang yang kian kalut. Senjata utama 'sifu' Abdul Khalid, Anwar adalah menyumbat mulut yang mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan negeri daripada terus menjadi pokok perbualan utama rakyat.

Dalam kes Raja Petra, Anwar sendiri pun tidak cukup berani berhadapan dengannya lalu menghubungi Wikileaks dan meminta supaya Raja Petra dikeluarkan dari forum yang akan dilakukan secara langsung ini, bersama-sama dengan pengasas Wikileaks Julian Assange.

Selain sumbat mulut dalam kes Hasan, arahan dan ugutan tutup mulut terhadap Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw menyerlahkan sifat autokratik dan kuku besi dalam Pas. Arahan tutup mulut yang dipraktikkan pakatan pembangkang ini umpama 'demokrasi' yang merentap ahli dan penyokongnya daripada mengutarakan sebarang pendapat dan pandangan dalam media daripada didengari rakyat. Ia 'demokrasi' yang melarang surat khabar dan media rasmi lidah Melayu daripada menjadi bahan bacaan utama para penyokong.

Jika dalam 'tsunami' politik di Selangor pada 2008 pun UMNO masih berupaya meraih 18 daripada 35 kerusi ditandingi, maka tidaklah mustahil misi menggenggam kembali Selangor yang memiliki keseluruhan 56 kerusi DUN akan berjaya.

Ia asalkan 50 peratus atau 9 daripada baki 17 kerusi yang kalah ditandingi UMNO tempoh hari dimenangi (9 + 18 > 27 kerusi), MCA bertambah satu lagi kerusi dari 2 kerusi yang dimenangi (dari 14 ditandingi) manakala MIC menang tiga kerusi. Maka dua pertiga bakal beralih ke BN.

Selangor mampu digenggam kembali oleh BN. Ia asalkan semua parti komponen BN terus bersatu hati menerusi anjuran program turun padang bersama dalam menyelesaikan isu dan permasalahan rakyat. Ini termasuklah seperti yang ditunjukkan di Hulu Langat kelmarin.

Kesatuan hati ini semakin ketara dari hari ke hari, bulan ke bulan menjelang PRU-13.

Oleh : Zulkifli Jalil

Khalid Serabai di hadapan mahligai beliau di Damansara Utama!














Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Mac 30, 2012

Bicara kes Mat Sabu fitnah polis, bermula 11 Jun!


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan dibicarakan selama lima hari bermula 11 Jun depan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin hari ini dengan kehadiran peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin yang mewakili Mohamad.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu menolak permohonan Mohamad untuk mengetepikan pertuduhan di Mahkamah Sesyen itu atas dakwaan tersebut.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Ahli politik pembangkang itu didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam, 21 Ogos tahun lalu.

Mohamad bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.












Suara Politik
Taminsari

Khamis, Mac 29, 2012

Anwar dan MB Khalid tergamam 'ditampar' Rafizi Lembu kerana Rasuah Politik!

Rasuah politik adalah satu amalan membabitkan mereka yang berkuasa memberi janji untuk mendapatkan sokongan agar keputusan pilihan raya memihak mereka tetapi gagal menunaikan janji-janji dibuat, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Lembu.

Ibarat menepuk air didalam dulang, terpercik air kemuka sendiri. Akhirnya Rafizi Lembu terperangkap dengan kenyataan 'bodoh'nya sendiri.

" Rasuah politik ada persepsi dan realiti penting," kata Rafizi ketika bercakap sebagai ahli panel Wacana Sinar Harian ke-12 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, petang tadi.

Mengambil contoh dengan tujuan untuk 'mengenakan' Perdana Menteri, menurut Rafizi rasuah berlaku apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jelas menyatakan bahawa "I help you, you help me", itu adalah rasuah!

Kenyataan itu merujuk kepada mesej kempen Najib ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Sarawak dua tahun lalu.

Kenyataan bodoh Rafizi ini seolah-olah memberi satu 'tamparan hebat' buat Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dan juga bekas seorang banduan rasuah kuasa yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang Perdana Menteri. MB Khalid juga tidak dapat lari dari terkena tempiasnya juga!

Apa tidaknya, disebalik tindakan Rafizi Lembu menuduh Perdana Menteri melakukan rasuah politik, sebenarnya dia terlupa yang BOSSnya adalah 'Raja Rasuah Politik' yang sebenar!

Pada Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang membuat pelbagai janji kepada rakyat negeri ini melibatkan ekonomi dan sosial, namun akhirnya janji hanya tinggal janji. Selepas berkuasa sekali lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negeri ini apabila menabur janji-janji baru bagi menarik sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Janji-janji tersebut hanya sebagai 'perangkap' dan helah PKR bersama sekutunya, DAP dan Pas untuk mendapatkan undi tetapi bukannya berniat untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

Pada awal tahun ini Anwar ketika mengadakan ceramah di Meru, Klang, menyatakan bahawa PKR, DAP dan Pas kononnya akan menurunkan harga minyak serta-merta sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya dan beliau menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Selain menurunkan harga minyak, Anwar turut menabur janji-janji manisnya bahawa partinya itu akan menghapuskan kadar tol di lokasi laluan yang lama termasuk pelaksanaan gaji minimum pekerja sebanyak RM1,200 sebulan. Bukankah ini dinamakan rasuah politik?

Dan jika tidak silap semasa Pilihan Raya Umum 2008 pun Anwar membuat janji yang sama iaitu untuk menurunkan harga minyak serta-merta jika berjaya menang dalam piliharaya namun segalanya hanya tinggal janji manis sahaja walaupun mereka memenangi lima negeri di semenanjung!

Apa sudah jadi dengan janji menyediakan perubatan percuma kepada rakyat Selangor berusia 65 tahun ke atas, sewa minimum premis perniagaan kepada belia yang berniaga serta penurunan cukai pintu masing-masing sebanyak 20 peratus bagi kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial?

Itu antara janji yang kini dipandang sepi oleh pakatan pembangkang, banyak lagi janji mereka yang tidak ditunaikan meskipun sudah empat tahun mentadbir Selangor. Kini, mereka buat janji-janji lain pula untuk pilihan raya akan datang!

Janji-janji Anwar dan parti pembangkang hanya bersifat bermusim dan mereka menampilkan sikap hipokrit apabila cukai pintu dan premis perniagaan difahamkan telah dinaikkan oleh kerajaan PKR negeri ini. Denda kelewatan bayaran cukai pintu dikatakan turut dinaikkan daripada RM2 sebelum ini kepada RM20.

Ini bukti kerajaan negeri hari ini telah menekan rakyat dengan cara menaikkan kadar cukai tersebut termasuk denda bagi mendapatkan hasil negeri. Ini satu pendekatan yang menyusahkan rakyat dan zalim.

Pada masa yang sama, kita persoalkan janji gaji minimum yang dibuat oleh Anwar sebanyak RM1,200 sebulan sedangkan sebelum ini, pakatan pembangkang menetapkan gaji minimum RM1,500 sebulan. Kita lihat janji mereka sebenarnya tidak jelas dan tidak konsisten.

Jadi kepada Rafizi, apakah pula penjelasan anda terhadap semua janji-janji politik yang telah dibuat oleh BOSS anda dan juga pemimpin Pakatan Rakyat Selangor samada sebelum ataupun sesudah berkuasa! Masih nak menegakkan benang yang basah! Bukankah ianya satu rasuah politik yang nyata! Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi kamu yang lebih! Fikir-fikirkan lah ya..!!!

Wallahuallam.
















Suara Politik
Taminsari

MB Khalid panik akan kebangkitan UMNO dan BN Selangor!


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menegaskan tidak wujud kem atau kelompok warlord dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Sebaliknya kata beliau, kepimpinan BN Selangor bersama ketua-ketua bahagian parti dan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor sepakat bekerjasama dalam menguatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

''Ada orang kata di Selangor ini banyak warlord, saya kata mana ada. Yang ada saya dengan (Datuk Seri Ir.) Mohd. Zin Mohamed. Kalau kami berdua tidak mendapat sokongan ketua-ketua bahagian, kita pun tidak boleh berjalan.

''Saya memberikan jaminan bahawa di Selangor tidak ada kem, kita bersatu-padu dan saya amat terharu dengan sokongan daripada Mubarak, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kesembilan Mubarak Selangor di Ibu Pejabat UMNO Selangor, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Mubarak, Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, apa yang wujud di Selangor adalah begitu ramai bekas pemimpin dan tokoh hebat yang berjasa membangunkan negeri ini sehingga menjadi maju seperti sekarang.

Katanya, gabungan tenaga kesemua tokoh itu membolehkan kepimpinan parti mendapat dokongan pasukan terbaik iaitu syarat bagi membolehkan BN memenangi pilihan raya umum akan datang sekali gus kembali berkuasa di negeri ini.

Beliau juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Politik Mubarak Selangor bagi melaksanakan tanggungjawab mendekati kumpulan profesional dan korporat agar dapat memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

''Muhammad dan Mubarak akan bersama-sama Badan Perhubungan UMNO negeri bagi bekerja dalam satu pasukan supaya kita tidak menghampakan harapan rakyat dalam memastikan kemenangan BN,'' katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata, Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik kira-kira 40 orang ahli Mubarak Selangor sebagai fasilitator di 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

''Kita lantik mereka sebagai 'ayah' yang akan memberikan nasihat dan bimbingan serta menyelesaikan masalah yang timbul di sesuatu kawasan," katanya.

Yang penting pastikan tidak ada ‘tempoh lanjutan’ kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk memerintah lagi selepas PRU 13 kali ini...!!! Wallahuallam.
















Suara Politik
Taminsari

Isu SMS : BN Selangor mahu hantar Sultan memo!


Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan mengambil langkah tertentu bagi membantah tindakan Speaker DUN Datuk Teng Chang Khim menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada persidangan Dun itu semalam.

"This is possibly the last winding up sessions for exco,opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like way Yaacob is doing now".

Begitulah kandungan SMS yang didakwa dihantar oleh Teng Chang Kim kepada Exco kerajaan negeri.

Mereka menyifatkan tindakan Teng yang menggesa anggota exco kerajaan negeri agar membahaskan kejayaan empat tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor sebagai berat sebelah dan tidak profesional.

Ketua Penerangan UMNO Selangor Abdul Shukor Idrus berkata antara tindakan yang difikirkan ialah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor bagi membantah tindakan itu. BN merupakan pembangkang dalam DUN Selangor.

Semalam, enam anggota DUN dari BN bertindak keluar dewan kerana membantah SMS itu dengan menyifatkannya sebagai berat sebelah oleh Speaker berkenaan.

Teng ketika mengulas perkara itu semalam menjelaskan bahawa beliau secara tidak sengaja menghantar SMS itu kepada anggota DUN Bebas Datuk Dr Hasan Ali kerana nama beliau masih diletakkan sebagai exco dalam telefon Teng.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini hari ini, Abdul Shukor, Adun Kuang, berkata sebagai Speaker Teng harus bebas, adil dan bertanggungjawab dalam mengendalikan sidang DUN.
















Suara Politik
Taminsari

Rabu, Mac 28, 2012

Kerajaan Selangor Diminta Henti Politikkan Isu Air!


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui meminta supaya kerajaan negeri Selangor berhenti dari mempolitikkan isu penstrukturan semula tarif air ekoran pembinaan Loji Air Langat 2 (LAL 2).

Beliau berkata isu kenaikan tarif air tidak perlu timbul kerana kerajaan negeri itu sendiri yang menentukan kadar caj air di Selangor dan bukannya dibuat oleh kerajaan pusat.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga telah memberikan kelulusan kepada kerajaan pusat untuk membina LAL 2 itu.

“Jangan politikkan kadar tarif air, ia tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat, sebarang caj air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri bukan kerajaan Pusat.

“Saya tidak ada kuasa untuk menentukan kadar harga, ia (penstrukturan kadar air) bukan lagi isu, oleh itu saya minta kerajaan negeri beri kelulusan segera kepada kami untuk laksana projek loji air ini demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya ketika membalas hujah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya hari ini.

Anwar sebelum itu mempertahankan tindakan kerajaan negeri Selangor melewat-lewatkan proses pembinaan LAL 2 kerana yakin pembinaannya kelak akan membebankan rakyat dengan kadar caj air ditetapkan kerajaan Pusat dijangka tinggi.

Dalam pada itu, Peter Chin berkata pihaknya tidak pernah menutup pintu rundingan dengan kerajaan negeri untuk sebarang usaha penstrukturan dan pembinaan loji itu, namun keputusan berhubung perkara itu perlu disegerakan kerana membabitkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata ini adalah penting memandangkan pada 2014, dijangkakan krisis air akan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya jika tidak di atasi segera.

“Kalau kami ada kelulusan (kerajaan negeri), esok lusa boleh mula, saya ada peruntukan, reka bentuk pun sudah siap.

“Demi kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, besar harapan saya supaya kerajaan negeri tidak menjadikan isu penstrukturan semula tariff harga sebagai barang tawaran untuk melaksanakan projek ini,” katanya.

Suara Politik
Taminsari

Adun BN pelik Pengurus Besar YS terima layanan istimewa!


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus mempersoalkan mengapa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sering memberi keistimewaan kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS), Ilham Marzuki.

Beliau mendakwa, sejak Ilham dilantik sebagai pengurusan besar, pelbagai kontroversi dikaitkan dengan beliau termasuk Laporan Audit Dalaman SUK yang mencadangkan kontrak beliau ditamatkan, namun dipertahankan oleh Abdul Khalid.

Menurutnya, pelantikan Ilham didakwa tidak telus dan membelakangkan keputusan Jawatankuasa Pemilihan yang tidak menyenaraikan nama Ilham sebagai calon menjawat jawatan tersebut.

“Alasan diberi oleh menteri besar adalah Ilham perlu diberi peluang kerana baru menjawat jawatan dan tidak boleh dipertanggungjawab sepenuhnya.

“Inilah bahaya kalau menyerahkan kuasa kepada orang yang bukan ahlinya,” katanya pada sesi perbahasan sidang Dun, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan pendedahan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Mac lalu mendapati Ilham telah membuat perbelanjaan RM1.4 juta bagi empat projek tidak berfaedah.

“Malah, pengurus besar sendiri telah mengakui kesilapannya kerana meluluskan peruntukan tersebut tidak mengikut tata cara kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Bagaimanapun, beliau enggan dipersalahkan sepenuhnya kerana keputusan itu turut dipersetujui oleh pasukan Pengurusan Tertinggi Yayasan,” katanya.

Menurutnya, berhubung dakwaan Ilham bahawa berlaku pembaziran RM500 juta pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Abdul Shukor menegaskan Ilham perlu bersedia berdepan saman balas sekiranya dakwaan tersebut tidak benar.

“Selaras dengan kod etika tadbir urus baik korporat, rakyat menuntut menteri besar dan Selcat mengambil tindakan tegas kepada pengurus besar atas kelemahannya,” katanya.

Tidak ada ‘tempoh lanjutan’ kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk memerintah lagi selepas PRU 13 kali ini...!!! InsyaAllah.
















Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mac 27, 2012

PKNS boros : Cara 'berbelanja' dipertikaikan?


Berdasar maklumat yang diterima perbelanjaan tidak terkawal termasuk sikap tidak percaya terhadap kakitangan didakwa dilakukan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.

Berdasarkan kiraan, PKNS telah membelanjakan sebanyak RM93,000 sebulan hanya untuk membayar lapan pegawai kontrak setiap bulan sedangkan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh kakitangan PKNS sendiri!

Bayangkan, pengurusan PKNS telah melantik seorang akauntan secara kontrak dengan gaji RM20,000 sebulan. Itu tidak termasuk lagi perlantikan seorang individu hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM7,500 sebulan.

Selain itu, pengurusan PKNS antaranya turut melantik secara kontrak seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan sebanyak RM10,000 sebulan selain membayar RM18,500 sebulan untuk dua pegawai khas kepada Pengurus Besar!

Bagaimana pula dengan perlantikan seorang perunding pembangunan hartanah selama enam bulan dengan bayaran RM935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya.

Perlantikan pegawai kontrak termasuk Pengurus Besar PKNS sendiri dilihat memberikan kesan besar kepada anak syarikat itu memandangkan mereka ini tidak biasa dan berpengalaman dengan peraturan kewangan kerajaan.

Kecenderungan membelakangkan peraturan tersebut dilihat telah diterima pakai oleh PKNS atas alasan kecekapan dan pentadbiran 'ala korporat'.

Namun, laporan dan penemuan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor sebelum ini mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas!

Jadi macamana MB Khalid? Masih lagi hendak menyimpan " pegawai-pegawai kontrak " sehingga kering kantung kewangan PKNS! Bila dah kering kantung nanti, baru nak cakap...'maaf saya tidak diberitahu berkenaan hal ini'!

Dan lagi satu persoalan buat MB Khalid...Apakah tujuan asal PKNS ditubuhkan? Adakah rakyat Selangor sekarang mendapat manfaat dari kewujudan PKNS? Berapa ramai lagi rakyat Selangor tidak memiliki rumah sendiri. Adakah PKNS sekarang dapat menyediakan rumah-rumah mampu milik oleh rakyatnya yang berpendapatan rendah? Fikir-fikirkanlah..












Suara Politik
Taminsari

Isnin, Mac 26, 2012

Anwar bengang dengan isu keselamatan Israel..!!!




Anwar dalam kondisi terbaik semalam di Stadium Kuala Selangor membelasah BN dan UMNO! Macam ayam berak kapor..!!!



Sumber : Minaq Jinggo

Suara Politik
Taminsari

MB Khalid terpaksa 'pertahankan Hasan Ali' untuk cuci 'najis' yang ditinggalkan Azmin!


Kerajaan Negeri tidak akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh boros menggunakan peruntukan kerajaan untuk mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan. Bagaimanapun menurut beliau, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.

“Saya rasa tidak ada sebab (ambil tindakan terhadap) perbelanjaan itu kerana mengikut tatacara Perbendaharaan. Kalau saudara tengok, boleh jadi dia (Azmin Ali) hendak banding pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai (pejabat), tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru,” kata beliau kepada pemberita di sini.

Semasa perbahasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendedahkan tiga rahsia membabitkan Hasan ketika Adun Gombak Setia itu menjadi Exco Selangor.

Azmin berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000 sedangkan Tan Sri Abdul Khalid selaku Menteri Besar tidak berbuat demikian.

Selain itu, Azmin juga mempersoalkan tindakan Hasan melaksanakan program Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang disifatkan sebagai satu pembaziran kerana membabitkan perbelanjaan RM546,920 untuk satu majlis sahaja.

Hasan juga didakwa suburkan pemberian tender secara terus walaupun cuba dikekang Abdul Khalid.

Bagaimanapun beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertikaikan dakwaan Azmin berhubung salah guna peruntukan kewangan oleh Hasan, yang kini bertindak sebagai Adun Bebas, ketika memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri. Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer), Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) dan Sulaiman Razak (BN-Permatang) yang tidak berpuas hati dengan dakwaan berkenaan, bangun mencelah ketika Azmin berbahas.

Azmin ketika memberikan penjelasan kepada ketiga-tiga Adun dan Dewan berasa hairan kenapa BN beria-ria mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang tidak hadir pada sidang Dun sebelum ini. Hasan dipecat oleh Pas awal Januari lalu dan disusuli dengan pengguguran beliau dari barisan Exco Kerajaan Negeri.

Apa-apapun pendedahan sudah dibuat oleh Azmin akan kepincangan kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh MB Khalid! Azmin ibarat meludah kelangit, tetapi terpecik kemuka sendiri. Kerana marahkan nyamuk seekor, terpaksa membakar sebuah kelambu? Yang menjadi mangsa adalah MB Khalid sendiri kerana terpaksa mencuci 'najis' yang ditinggalkan oleh Azmin.

Apa yang tersurat disebalik tindakan Azmin membuka pekong kerajaan Pakatan Rakyat Selangor! Adakah impian Azmin untuk menjadi Menteri Besar tercapai selepas ini? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Mac 25, 2012

Fernando Alonso juara F1 Malaysia!


Fernando Alonso dari pasukan Scuderia Ferrari mencatatkan kemenangan dramatik dalam Grand Prix Petronas Malaysia 2012 apabila menafikan Sergio Perez dari pasukan Sauber F1 Team untuk merangkul kemenangan pertama Formula One di Litar Sepang, hari ini.

Pemandu dari Sepanyol itu mencatatkan dua jam, 44 minit dan 51.812 saat untuk mendahului Sergio Perez dari Mexico dengan hanya perbezaan 2.263 saat.

Sementara Lewis Hamilton dari pasukan Vodafone McLaren Mercedes yang memulakan perlumbaan di petak pertama, menduduki tempat ketiga sepertimana pada musim pembukaan perlumbaan di Melbourne hujung minggu lepas dengan 2:45:06.403s.

"Kami tidak kompetitif di Australia atau di sini. Matlamat kami ialah mendapatkan sebanyak mata yang boleh dan kami berjaya melakukannya.

"Satu keputusan di luar jangkaan, kerja cemerlang daripada pasukan. Kami telah memaksimumkan potensi yanga ada, kekal tenang dalam beberapa keadaan tidak diingini pada permulaan dengan gangguan dan perlu menukar tayar," kata Alonso.

Perlumbaan bermula dalam hujan lebat dan dihentikan selama 51 minit selepas lapan pusingan namun Alonso nyata cemerlang mengemudikan jentera yang sebelum ini gagal mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam pusingan kelayakan dan pusingan musim pembukaan.

"Pasukan wajar dipuji bagi kemenangan ini. Ini merupakan waktu sukar bagi kami pada ketika ini, tetapi Ahad ini akan terpahat dalam ingatan kami untuk selamanya," kata juara dunia dua kali itu.

Kemenangannya hari ini merupakan gelaran keduanya dalam Grand Prix Malaysia dan pencapaian hebat dalam 28 tahun kariernya. Beliau memenangi Grand Prix Malaysia pada 2007 dengan pasukan McLaren Mercedes.

Alonso juga kini menjadi pendahulu kejohanan dunia ini dengan 35 mata, lima mata di hadapan Hamilton.

Sementara itu, Perez, 22, yang nyata hampir merealisasikan impian mencatatkan kemenangan pertamanya, namun peluang itu dinafikan apabila beliau dipintas pada pusingan 50. Bagaimanapun, beliau berjaya mencatatkan kemenangan podium pertamanya dan gembira dengan prestasi keretanya.

"Pasukan telah melakukan kerja dengan cemerlang dan saya berjaya mengejarnya pusingan demi pusingan. Saya mengekori Fernando (Alonso) pada akhir perlumbaan.

"Saya memberikan ruang agak luas pada sebelah kiri dan saya tersentuh bebendul jalan...saya gagal menang. Bagaimanapun, saya gembira kerana prestasi kereta terus bertambah baik. Pasukan ini memang hebat," kata Perez.

Pemenang musim pembukaan Jenson Button tidak memenangi sebarang mata pada perlumbaan hari ini selepas berlanggar dengan Narain Karthikeyan dari pasukan HRT F1 Team dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

Sementara pemandu pasukan Lotus F1 Team dan juara dunia 2007, Kimi Raikkonen mencatatkan masa pusingan terpantas dengan 1:40.722s pada pusingan 53. - Bernama

Suara Politik
Taminsari

Terkini - Mercu tanda 'Adanya Harapan'@ Gereja Terbesar Sudah Hampir Siap Untuk Beroperasi?


Calvary Convention Centre (CCC) - yang terletak di Bukit Jalil akan mendokong nama sebagai gereja terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. CCC dibina dengan kos sekitar RM100 juta dan kos tanah sekitar RM35 juta.

CCC juga bakal memuatkan hampir 5,000 orang pada satu-satu masa dan dikhabarkan CCC dibina sebagai sebuah pusat konvensyen unik dan khusus untik mengajar aktiviti holistik.

Adakah ini bakal menjadi agenda Kristian untuk memurtadkan ramai lagi orang Melayu? Kalau sebelum ini mereka lakukan dengan secara senyap tersorok sepertimana yang berlaku disebuah gereja di Petaling Jaya tidak lama dahulu, mungkin selepas ini mereka tidak takut lakukannya secara terbuka?

Apakah golongan muda Melayu akan 'diKristiankan' secara besar-besaran pada masa akan datang ? Wajarkah Majlis gereja Malaysia membina pusat konvesyen sebesar itu sedangkan penganut mereka hanya 15 peratus dari penduduk negara ini ?

Inilah yang menjadi kebanggaan Teresa Kok dan kuncu-kuncu beliau! Sila lihat di sini.












Wallahuallam..!!!

Suara Politik
Taminsari

Amaran buat Anwar..!!! Tiada undang-undang benarkan perkahwinan sejenis!


Tiada peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di Malaysia yang membenarkan hubungan dan perkahwinan sejenis atau seks bebas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Dalam mengekang perlakuan sedemikian, katanya, beberapa perundangan digubal termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang mengandungi peruntukan Seksyen 21 (kesalahan pelacuran) dan Seksyen 22 (kesalahan muncikari ”ibu ayam” atau ”bapa ayam”).

Seksyen 25 (kesalahan liwat), Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan), Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam) juga terdapat dalam akta berkenaan, katanya semasa menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Nizar bertanya mengenai langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menangani masalah homoseksual dan lesbian dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Kerajaan dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa agama negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya didapati telah melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri,” kata Mashitah.

Amik kau Anwar...!!!

Sila baca di sini.












Suara Politik
Belantan

Jumaat, Mac 23, 2012

Benarkah Brother Anwar pilih tinggal dalam buangan di Amerika!


Benarkah apa yang saya dengar ni? Yang memberitahu saya pun bukan calang-calang orang. Siap dengan pelan rancangan dan sebagainya. Ia mengenai kisah, siapa lagi, jika bukan Brother Anwar bin Ibrahim kita.

Menurut rancangan itu dia akan meninggalkan negara ini dan hidup dalam buangan di sebuah negara. Orang putih kata hidup dalam exile. Segala persiapan, menurut al-kisah itu sudah siap sedia. Tapi exile yang dimaksudkan bukan dia dibuang negeri oleh sang penguasa, tapi memilih untuk tinggalkan negara secara sukarela.

Negara yang akan didiaminya tidak lain dan tidak bukan ialah negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat. Bandar raya yang dipilih ialah New York. Beliau dikatakan sudah pun memiliki rumah di situ.

Benarkah Brother Anwar? Mengapa sudah tidak tahan lagikah tinggal di Malaysia? Menurut maklumat itu, segala berita mengenai sokongan yang diperolehnya daripada kumpulan Yahudi antarabangsa, dan kritikan yang dihadapinya di Malaysia, telah menaruh simpati yang amat sangat di kalangan pelobi-pelobi Yahudi di Amerika Syarikat.

Kononnya, lagi banyak Anwar kena hentam di Malaysia di atas pembabitannya dengan kumpulan Yahudi itu, lagi banyak simpati yang akan diperolehnya daripada puak-puak pelobi Yahudi di negara itu.

Anwar, mungkin merasakan lebih senang tinggal di luar negara, dan melancarkan ‘serangan politik’ ke atas Malaysia dari sana. Banyak juga pemimpin antarabangsa (seperti dan setaraf Anwar) yang akhirnya tinggal dalam buangan di luar negara, serta melancarkan serangan balas ke atas negara mereka sendiri dari negara buangan itu.

Ada yang berjaya pulang semula ke negara asal sebagai Presiden atau PM, ada yang mati dibunuh separuh jalan dan ada yang terus tinggal sampai habis hayat di negara buangan itu.

Cerita mengenai Anwar ini bukan mustahil boleh berlaku. Persoalannya bila? Mungkin juga sebelum pilihan raya umum ini atau selepas itu, kita tidak tahulah. Tapi menurut kisah itu, perancangan telah diatur rapi.

Benarkah juga Anwar kini dikatakan tidak lagi mendapat sambutan di kawasan pilihan rayanya sendiri di Permatang Pauh? Benarkah ada satu insiden baru-baru ini Anwar dikatakan naik berang dengan menumbuk meja di depan jentera kempennya kerana sambutan yang diterima dalam satu ceramah di situ sungguh mengecewakan sekali?

Benarkah Anwar tidak lagi selesa untuk bertanding di Permatang Pauh dan mencari satu atau dua kawasan yang lebih selamat dalam PRU-13 ini? Antara kawasan-kawasan yang disebut-sebut ialah Batu Kawan atau Nibong Tebal?

Benarkah puterinya, Nurul Izzah juga akan meninggalkan Lembah Pantai? Para penasihat PKR dikatakan menasihati Nurul supaya meninggalkan kawasan itu. Penasihat Nurul sendiri telah melabelkan Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik dengan jolokan Menteri Lembah Pantai, dan oleh itu lebih baik Nurul angkat kaki sahaja.

Nurul dikatakan akan balik bertanding di Permatang Pauh, mengambil alih tempat bapanya?

Benarkah juga ada cadangan supaya sekiranya Anwar bertanding sekali pun, calon yang paling layak dan sesuai untuk melawannya ialah Ketua Pemuda UMNO yang cukup versatil iaitu Khairy Jamaluddin (KJ)? Bagi saya itu juga satu cadangan yang baik kerana ia akan memperlihatkan pertandingan buku bertemu ruas.

Berbalik kepada rancangan besar Anwar untuk hidup dalam buangan, menurut al-kisah itu, Anwar akan ditemani oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Anak lelaki mereka, dalam pada itu, kini sudah pun tinggal di Washington D.C menemani isterinya yang bekerja di sebuah bank Amerika di situ.

Jika begitulah al-kisahnya, maka lebih baik Anwar berada di sana sahaja. Sebelum ini semasa kes Saiful Bukhari sedang berlangsung, kedengaran juga Anwar akan meninggalkan Malaysia dan tinggal di negara luar. Tapi kisah itu hanya tinggal kisah kosong sehingga kini.

Kali ini mungkin betul kot? Berdasarkan cerita itu nampaknya memang ada pergerakan ke arah itu. Maka kononnya juga Anwar dikatakan mempunyai sejumlah wang yang mencukupi untuk tinggal di Amerika Syarikat, selama mana yang beliau mahu.

Benarkah juga akan berlaku sesuatu yang besar di Malaysia sebelum Anwar berangkat?

Jika semua ini tidak benar, anggaplah sahaja ia satu lagi gosip politik yang perlu kita renungkan. Lagi pun, Malaysia kan sebuah negara yang asyik bercakap politik 24/7 – 24 jam 7 hari seminggu!

Oleh : Zaini Hassan UMO

Suara Politik
Taminsari

Pengurusan kes Noh saman kerajaan Selangor, ADUN 5 April!


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 April ini untuk pengurusan kes saman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lin yang didakwa memfitnahnya melalui akhbar 'Selangor Kini'.

Penolong Kanan Pendaftar, Mohamed Ruhaizat Abdullah memutuskan sedemikian ketika kes itu didengar di hadapannya hari ini.

Sebelum ini, pada satu sidang akhbar, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, beliau telah memfailkan saman fitnah terhadap Suee Lin dan kerajaan Selangor di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 9 Mac lalus.

Selain Kerajaan Negeri, Noh turut menamakan enam orang dari sidang pengarang akhbar rasmi negeri itu sebagai defendan.

Noh yang memfailkan saman melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ahli Parlimen Tanjung Karang itu mendakwa, Selangor Kini telah menyiarkan dua artikel berunsur fitnah dalam edisi bertarikh 25 November hingga 2 Disember 2011.

Noh mendakwa, dua artikel itu bertajuk "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" dan "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".













Suara Politik
Taminsari

Rakyat perlu tahu : Teks Ucapan Ketua Pembangkang- 32 Dosa Kerajaan Selangor!

















Rata-rata rakyat negeri ini berpendapat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Selangor yang sudah menyambut ulang tahun keempat pentadbirannya minggu lepas, gagal melakukan perubahan yang dijanjikan sejajar dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mereka menyifatkan kerajaan negeri hanya lebih banyak menghabiskan masa dengan berpolitik daripada melaksanakan pembangunan fizikal dan modal insan bagi manfaat seluruh rakyat.

Berdasarkan kepada bukti-bukti dan beberapa pendedahan tersebut, rakyat Selangor boleh menilai prestasi Kerajaan pakatan pembangkang Selangor selama empat (4) tahun tempoh pemerintahannya. Bukan sahaja gagal menunaikan semua janji-janji PRU 12, tetapi tidak mampu menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kestabilan politik Selangor yang sentiasa bergelora sepanjang pemerintahannya.

Jika kerajaan ini terus diberi mandat baru, akan kucar kacirlah pentadbiran negeri. Rakyat berpuak-puak. Kemungkaran berleluasa. Maksiat di sana sini. Matlamat Selangor negeri maju tidak tercapai. Malahan Selangor menoleh ke belakang.

Semua bukti-bukti ini melibatkan isu-isu pokok iaitu isu kredibiliti Kerajaan, ketelusan, pertanggungjawaban, dan kecekapan selaras dengan prinsip-prinsip tadbirurus baik. Inilah asas-asas perincian kepada keyakinan dan kebolehpercayaan rakyat kepada Kerajaan. THE TRUST ON THE GOVERNMENT terutama yang melibatkan tubuh badan YAB MB dari Ijok yang selalu digembar gemburkan sebagai tokoh korporat berwibawa tapi indah khabar dari rupa.

Difahamkan tidak berlaku banyak interaksi dan dailog terbuka diantara Penasihat Ekonomi Selangor dengan lain-lain Anggota Exco Kerajaan apalagi dengan Ketua-ketua Jabatan serta agensi Kerajaan negeri Selangor. Apa yang berlaku hanya berdua sahaja – antara beliau dan YAB MB. Di mana ketelusannya?

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya.

Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.
















Suara Politik
Taminsari