Selasa, Mac 27, 2012

PKNS boros : Cara 'berbelanja' dipertikaikan?


Berdasar maklumat yang diterima perbelanjaan tidak terkawal termasuk sikap tidak percaya terhadap kakitangan didakwa dilakukan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.

Berdasarkan kiraan, PKNS telah membelanjakan sebanyak RM93,000 sebulan hanya untuk membayar lapan pegawai kontrak setiap bulan sedangkan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh kakitangan PKNS sendiri!

Bayangkan, pengurusan PKNS telah melantik seorang akauntan secara kontrak dengan gaji RM20,000 sebulan. Itu tidak termasuk lagi perlantikan seorang individu hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM7,500 sebulan.

Selain itu, pengurusan PKNS antaranya turut melantik secara kontrak seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan sebanyak RM10,000 sebulan selain membayar RM18,500 sebulan untuk dua pegawai khas kepada Pengurus Besar!

Bagaimana pula dengan perlantikan seorang perunding pembangunan hartanah selama enam bulan dengan bayaran RM935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya.

Perlantikan pegawai kontrak termasuk Pengurus Besar PKNS sendiri dilihat memberikan kesan besar kepada anak syarikat itu memandangkan mereka ini tidak biasa dan berpengalaman dengan peraturan kewangan kerajaan.

Kecenderungan membelakangkan peraturan tersebut dilihat telah diterima pakai oleh PKNS atas alasan kecekapan dan pentadbiran 'ala korporat'.

Namun, laporan dan penemuan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor sebelum ini mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas!

Jadi macamana MB Khalid? Masih lagi hendak menyimpan " pegawai-pegawai kontrak " sehingga kering kantung kewangan PKNS! Bila dah kering kantung nanti, baru nak cakap...'maaf saya tidak diberitahu berkenaan hal ini'!

Dan lagi satu persoalan buat MB Khalid...Apakah tujuan asal PKNS ditubuhkan? Adakah rakyat Selangor sekarang mendapat manfaat dari kewujudan PKNS? Berapa ramai lagi rakyat Selangor tidak memiliki rumah sendiri. Adakah PKNS sekarang dapat menyediakan rumah-rumah mampu milik oleh rakyatnya yang berpendapatan rendah? Fikir-fikirkanlah..












Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan