Isnin, Mac 26, 2012

MB Khalid terpaksa 'pertahankan Hasan Ali' untuk cuci 'najis' yang ditinggalkan Azmin!


Kerajaan Negeri tidak akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh boros menggunakan peruntukan kerajaan untuk mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan. Bagaimanapun menurut beliau, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.

“Saya rasa tidak ada sebab (ambil tindakan terhadap) perbelanjaan itu kerana mengikut tatacara Perbendaharaan. Kalau saudara tengok, boleh jadi dia (Azmin Ali) hendak banding pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai (pejabat), tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru,” kata beliau kepada pemberita di sini.

Semasa perbahasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendedahkan tiga rahsia membabitkan Hasan ketika Adun Gombak Setia itu menjadi Exco Selangor.

Azmin berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000 sedangkan Tan Sri Abdul Khalid selaku Menteri Besar tidak berbuat demikian.

Selain itu, Azmin juga mempersoalkan tindakan Hasan melaksanakan program Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang disifatkan sebagai satu pembaziran kerana membabitkan perbelanjaan RM546,920 untuk satu majlis sahaja.

Hasan juga didakwa suburkan pemberian tender secara terus walaupun cuba dikekang Abdul Khalid.

Bagaimanapun beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertikaikan dakwaan Azmin berhubung salah guna peruntukan kewangan oleh Hasan, yang kini bertindak sebagai Adun Bebas, ketika memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri. Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer), Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) dan Sulaiman Razak (BN-Permatang) yang tidak berpuas hati dengan dakwaan berkenaan, bangun mencelah ketika Azmin berbahas.

Azmin ketika memberikan penjelasan kepada ketiga-tiga Adun dan Dewan berasa hairan kenapa BN beria-ria mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang tidak hadir pada sidang Dun sebelum ini. Hasan dipecat oleh Pas awal Januari lalu dan disusuli dengan pengguguran beliau dari barisan Exco Kerajaan Negeri.

Apa-apapun pendedahan sudah dibuat oleh Azmin akan kepincangan kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh MB Khalid! Azmin ibarat meludah kelangit, tetapi terpecik kemuka sendiri. Kerana marahkan nyamuk seekor, terpaksa membakar sebuah kelambu? Yang menjadi mangsa adalah MB Khalid sendiri kerana terpaksa mencuci 'najis' yang ditinggalkan oleh Azmin.

Apa yang tersurat disebalik tindakan Azmin membuka pekong kerajaan Pakatan Rakyat Selangor! Adakah impian Azmin untuk menjadi Menteri Besar tercapai selepas ini? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan