Jumaat, Mac 23, 2012

Pengurusan kes Noh saman kerajaan Selangor, ADUN 5 April!


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 April ini untuk pengurusan kes saman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lin yang didakwa memfitnahnya melalui akhbar 'Selangor Kini'.

Penolong Kanan Pendaftar, Mohamed Ruhaizat Abdullah memutuskan sedemikian ketika kes itu didengar di hadapannya hari ini.

Sebelum ini, pada satu sidang akhbar, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, beliau telah memfailkan saman fitnah terhadap Suee Lin dan kerajaan Selangor di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 9 Mac lalus.

Selain Kerajaan Negeri, Noh turut menamakan enam orang dari sidang pengarang akhbar rasmi negeri itu sebagai defendan.

Noh yang memfailkan saman melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ahli Parlimen Tanjung Karang itu mendakwa, Selangor Kini telah menyiarkan dua artikel berunsur fitnah dalam edisi bertarikh 25 November hingga 2 Disember 2011.

Noh mendakwa, dua artikel itu bertajuk "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" dan "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".













Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan