Sabtu, Januari 31, 2015

Zulkifli ancam lawatan Pope Francis?

Zulkifli Khir (kiri) dan gambar yang dipercayai mayatnya.

Zulkifli Khir @ Marwan yang terbunuh dalam pertempuran dengan polis Filipina Ahad lalu didakwa pernah mengatur pe­rancangan untuk mengancam keselamatan pemimpin Vatican, Pope Francis yang hadir melawat Filipina, baru-baru ini.

Sumber mendedahkan, Zulkifli walaupun tidak lagi memberi ancaman terbesar kepada negara-negara di Asia Tenggara namun dia dikesan menjadi dalang kepada serangan-serangan di Filipina.

Risikan Filipina dikatakan pernah mendapat maklumat berhu­bung rancangan serangan terhadap pemim­pin agama berusia 78 tahun itu dan langkah berjaga-jaga telah diambil pihak berkuasa negara tersebut.

“Dia dipercayai merancang beberapa siri pengeboman di Filipina dan kononnya pada lawatan Pope dua minggu lalu, Zulkifli mahu mencetuskan aktiviti keganasan.

“Mungkin serangan pihak ber­kuasa Filipina Ahad lalu adalah mahu memberi tekanan kepada Zulkifli dan kumpulannya berda­sar­kan maklumat yang diterima dan dia akhirnya tewas,” kata sumber ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia men­­dedahkan, risikan polis me­nge­sahkan pengganas paling di­ke­­hendaki di Asia Tenggara itu dilaporkan telah terbunuh dalam serangan yang dilakukan pihak berkuasa Filipina di Wilayah Cotabato, Selatan Filipina.

Walaupun tanpa pengesahan rasmi daripada Filipina, sumber risikan daripada Filipina yakin ma­yat yang ditemui bersama puluhan pemberontak Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) adalah bekas pemimpin Jemaah Islamiah (JI) tersebut.

Bukti kematian itu berdasarkan satu mayat yang wajahnya menyerupai Zulkifli.

Sebelum itu akhbar Filipina melaporkan seramai 27 polis elit terkorban dalam misi itu dan Zul­kifli bersama Basit Usman yang merupakan pemimpin Barisan Pem­bebasan Islam Moro (MILF) dikatakan terperangkap dalam kepungan dan kemungkinan kehabisan peluru dalam pertempuran sengit itu.

Dalam perkembangan berka­itan, sum­ber turut memberitahu, kedudukan Zulkifli Hir yang dibu­ru polis sejak lebih 14 tahun lalu kemungkinan didedahkan oleh ‘orang dalam’.

Kata sumber, hadiah ganjaran RM17.5 juta yang pernah ditawarkan kerajaan Amerika Syarikat kepada sesiapa yang mampu memberi maklumat untuk menangkap atau membunuh Zulkifli masih lagi sah sehingga kini.

“Itu adalah hakikat yang sebenar dan kemungkinan ada pihak yang membocorkan maklumat sehingga pihak berkuasa Filipina terus menyerang lokasi persembunyian Zulkifli,” katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Guan Eng mulut celupar?


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali melepaskan ge­ram hari ini dengan mencabar Lim Guan Eng bersemuka berikutan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mustafa yang menyifatkan Guan Eng sebagai seorang bermulut celupar menegaskan, Setiausaha Agung DAP itu ada menghubungi­nya berkenaan hasrat parti tersebut untuk melaksanakan pilihan raya PBT namun dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Perkataan yang digunakan oleh Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.

“Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Yang turut hadir Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng dalam sebuah portal propembangkang yang mendakwa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa untuk berbincang tentang pelaksanaan pilihan raya PBT sebelum memulakan kempen undi di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut melahirkan rasa terkejut apabila kedua-dua pemimpin terbabit gagal mengakui perkara tersebut serta menuduh mereka bersikap tidak jujur.


Jelas Mustafa, beliau tidak pernah membincangkan soal pelaksanaan pilihan raya PBT bersama Guan Eng kerana perkara itu tidak termaktub dalam rangka kerja dasar bersama pakatan pembangkang.

“Memang saya akui dia meng­hubungi saya, tetapi benda bercakap ikut suka hati ini tidak bagus bagi seorang pemimpin seperti dia.

“Dia (Guan Eng) minta supaya memberikan kenyataan positif, saya hanya menjawab insya-Allah dan tidak membantah kerana perkara itu sudah berlaku dan dibentangkan waktu itu.

“Sebenarnya saya hendak menjaga suasana harmoni dalam kalangan pakatan pembangkang, kerana waktu itu Guan Eng maklumkan dia terpaksa lakukan (pilihan raya PBT) kerana menerima tekanan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah masuk dalam janji DAP di Pulau Pinang, maka kita (Guan Eng) terpaksa puaskan mereka (NGO),” ujarnya.

Dalam pada itu, Mustafa yang mengakui hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana turut tidak termaktub dalam rangka kerja dasar bersama pakatan pembangkang memberitahu, Pas tidak boleh memberi persetujuan terhadap pilihan raya itu kerana bercanggah dengan dasar pakatan.

“Saya mendapat tahu berkenaan pembentangan pilihan raya PBT pada sidang DUN Pulau Pinang itu ketika wakil tunggal Pas, Datuk Salleh Man menghubungi saya.

“Ketika itu saya bertanya bila hendak dibentangkan ini, dia berkata mungkin esok (Mei 2012), jadi saya maklumkan perkara itu tidak pernah dirujuk kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang.

“Maka saya selaku Setiausaha Agung mengarahkannya supaya mengelak daripada menyokong atau menolak usul itu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Pas akan meninggalkan pakatan akibat kemelut berkenaan, Mustafa berkata, isu itu masih belum berbangkit.

“Jangan cepat sangat, niat dalam hati siapa yang tahu,’’ katanya.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Januari 29, 2015

QZ8501: Co-pilot Remi Emmanuel Plesel was flying plane?


Jakarta – Indonesia’s National transportation Safety Commmittee announced Thursday that Air Asia QZ8051 had been piloted by co-pilot Remi Emmanuel Plesel, and not the captain as previously believed.

Plesel, 46, who was also the president of a French pilot association, had only completed 2,275 flying hours with Air Asia Indonesia as compared to Captain Irianto. The captain had clocked up 20,000 flying hours, of which 6,100 were with AirAsia on the Airbus 320 in his six years of service with the budget carrier.

Irianto had worked for another airline in Indonesia for 13 years prior, and started his flying career with the Indonesian Air Force.

The co-pilot was flying the ill-fated plane, as the captain monitored the flight that crashed in the Java Sea during a regular flight from Surabaya to Singapore, killing all 162 people on board.



Chief investigator for the committee Mardjono Siswosuwarno told media that the plane had been in good condition and that the crew were all qualified.

Indonesian aviation investigators are investigating why the Air Asia Flight went down in an area of heavy thunderstorms December 28 while planes in the vicinity completed their journeys safely.

Indonesian authorities have succeeded in recovering 70 bodies from the sea, leaving 92 still unaccounted for.

Suara Politik
Belantan

Video : Lelaki Indonesia ugut guna parang di Cheras?


KUALA LUMPUR - Sebuah video selama 0.32 saat menunjukkan dua lelaki Indonesia menakutkan dan mengugut penduduk di Taman Leng Seng, Cheras dengan menggunakan sebilah parang kini viral di laman media sosial.

2 lelaki yang terlibat dipercayai adalah pekerja dari sebuah syarikat berkaitan alam sekitar. Kejadian ini difahamkan telah berlaku pada Isnin, 26 Januari 2015.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin mengesahkan kejadian ini dan berkata bahawa ia akan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana ia merupakan pergaduhan tempat awam yang telah mengganggu ketenteraman orang ramai.

Video itu menunjukkan aksi seorang lelaki berbaju merah berlari ke arah kamera dengan sebilah parang. Dia juga dilihat berkata ' jangan main-main, saya potong lu''. Jeritan mangsa turut dapat didengar.



Suara Politik
Belantan

Selasa, Januari 27, 2015

Gadis bertudung tetapi memakai ‘bikini’?


KUALA LUMPUR – Pengguna laman sosial Facebook dikejutkan dengan penyebaran sekeping gambar tiga gadis yang dikatakan memakai ‘bikini’ sejak hari Jumaat lalu.

Apa yang dimaksudkan dengan pemakaian persalinan pantai itu adalah lakaran tubuh badan yang disertakan bikini pada baju yang dipakai tiga gadis berkenaan.

Gambar kontroversi itu mulai tersebar di laman Facebook apabila dimuat naik oleh pemilik akaun Amran Fans.

Lebih mendukacitakan, dua dari tiga gadis terbabit memakai tudung sekaligus telah mencemarkan imej wanita muslimah.

Para pengguna laman sosial mula menghujani ruangan komen di page berkenaan yang rata-ratanya kecewa dengan perkara tersebut.

Individu yang memuat naik gambar itu turut menyertakan kapsyen yang berbaur teguran malah menyaran pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan terhadap gadis-gadis terbabit.

Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi gambar diambil namun ia dipercayai berlaku di Malaysia.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Januari 25, 2015

Isu kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Gereja Tambah Anggota Panel Hakim?


PUTRAJAYA – Gereja Katolik baru-baru ini gagal dalam usahanya untuk menambah anggota panel lima hakim bagi mendengar rayuan terakhirnya mengikut saluran undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bahagian Bahasa Malaysia majalah mingguannya The Herald.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, yang mempengerusikan panel hakim Mahkamah Persekutuan, sebulat suara menolak permohonan gereja itu untuk mempunyai lebih banyak anggota panel hakim.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.

“Permohonan anda adalah untuk menyemak semula penghakiman majoriti empat hakim, dan ketika ini kami mempunyai lima hakim, jadi secara praktikalnya mempunyai anggota lebih banyak,” kata Hakim Abdull Hamid.

Beliau berkata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria telah menolak permohonan gereja untuk menambah anggota kuorum dan dengan itu, panel ini tidak boleh membuat keputusan yang tidak selari dengan keputusan dibuat ketuanya (Arifin) yang telah diberi kuasa membentuk panel untuk mendengar sesuatu kes.

Gereja memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.

Jun lepas, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Arifin, dalam penghakiman majoriti, menolak permohonan gereja bagi kebenaran untuk merayu.


Mahkamah Persekutuan, selepas menolak permohonan gereja itu untuk menambah anggota panel, meneruskan prosiding dengan mendengar hujahan Datuk Dr Cyrus Das, peguam utama gereja itu, berhubung permohonan semakan itu.

Pada awal prosiding, mahkamah mendengar hujahan dikemukakan oleh Das berhubung pertambahan anggota panel. Das berhujah bahawa jumlah anggota panel sepatutnya lebih banyak daripada panel sebelum ini yang dianggotai tujuh hakim.

Beliau berkata adalah tidak sesuai bagi panel dianggotai jumlah anggota yang lebih kecil untuk menyemak keputusan panel sebelum ini yang jumlah anggotanya lebih banyak daripada kuorum sekarang.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan, berhujah kuasa untuk menentukan kuorum terletak pada Ketua Hakim Negara dan perkara itu tidak boleh dipersoalkan.

“Kami mempunyai keyakinan sepenuhnya, tidak kira berapa ramai hakim yang bersidang dalam panel,” katanya.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah, bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Majlis Agama Islam Terengganu, berhujah lima hakim sudah memadai untuk mendengar permohonan semakan itu.

Katanya oleh kerana sidang terakhir dianggotai panel tujuh anggota, adalah sukar untuk memilih anggota panel hakim, dengan mengambil kira jumlah keseluruhan hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada 19 Sept tahun lepas, Gereja Katolik itu memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.


Hakim Arifin, mempengerusikan panel tujuh anggota itu, memutuskan bahawa 28 persoalan tentang undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan soalan umum dikemukakan pihak gereja gagal memenuhi perkara utama mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberikan kebenaran merayu.

Mahkamah Rayuan pada 14 Okt, 2013, sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi pada 31 Dis, 2009 memutuskan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah Allah adalah melanggar undang-undang, batal dan tidak sah.

Terdapat sembilan responden dalam kes ini iaitu Kementerian Dalam Negeri, kerajaan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, lima Majlis Agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Lima negeri itu ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka dan Selangor.

Berikut adalah kronologi kes Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysia majalah mingguan terbitannya, ‘The Herald’.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya dijadual mendengar permohonan semakan semula kehakiman mengenainya, esok.

2009:

16 Feb – Gereja Roman Katolik diketuai Ketua Paderi Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam majalah mingguan itu adalah bercanggah dengan undang-undang.

The Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah ‘Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam edisi bahasa Malaysianya untuk bacaan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Gereja Roman Katolik, antara lain, memohon perisytiharan bahawa:

1. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam The Herald kerana adalah menjadi haknya, seperti agama selain Islam, untuk mengamalkan agama masing-masing secara aman.

2. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam The Herald.

3. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan itu, sama seperti ia mempunyai hak untuk bebas bersuara dan memberi pendapat.

4. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam The Herald, sama seperti hak untuk bebas beragama dan mengurus hal ehwal agama sendiri.

5. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam The Herald, sama seperti hak untuk memberi pendidikan tentang Katolik dan Kristian.

6. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam The Herald.

7. Kalimah ‘Allah’ bukan eksklusif untuk Islam.

31 Dis – Mahkamah Tinggi, ketika meluluskan permohonan semakan semula kehakiman oleh Gereja Roman Katolik itu, mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan bahasa Malaysianya, yang khusus untuk bacaan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Mahkamah itu memutuskan bahawa The Herald mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah dalam majalah mingguannya bagi mengembangkan agama Kristian, bukan agama Islam.

Hakim berkenaan berkata menurut Perkara 11(4) Perlembagan Persekutuan, adalah salah bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk menyebar agama mereka kepada orang Islam.

Tetapi, tidak menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk menyebarkan agama mereka kepada orang bukan Islam, katanya.

Hakim itu seterusnya berkata menurut Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, The Herald mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi tujuan keagamaan dan pendidikan dalam kalangan penganut Kristian.

Katanya menteri berkenaan gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan kalimah itu akan mengancam keselamatan negara dan mencetuskan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

2010:

4 Jan – Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan memfailkan rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

6 Jan – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan pelaksanaan perintah terdahulu yang membenarkan majalah itu menggunakan kalimah ‘Allah’ berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik atas alasan untuk kepentingan negara.

2013:

10 Sept – Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

14 Okt- Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara meluluskan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah ‘Allah’.

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’.

Hakim Mohamed Apandi, yang mengetuai panel tiga anggota, berkata mahkamah mendapati kalimah ‘Allah’ tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan kepercayaan agama Kristian.

Katanya dengan mengambil fakta sejarah dan keagamaan, beliau tidak menemukan sebarang sebab munasabah kenapa Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur “berkeras” untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan itu.

11 Nov – Gereja Roman Katolik memfailkan permohonan untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dan mengemukakan 26 persoalan undang-undang yang melibatkan tiga bidang iaitu persoalan undang-undang, isu pentadbiran dan sama ada mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tentang isu perbandingan agama.

2014:

5 Mac – Pendengaran permohonan Gereja Roman Katolik untuk mendapat kelulusan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang The Herald daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitannya; Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakimannya ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

23 Jun – Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, menolak permohonan gereja itu untuk mendapatkan kelulusan merayu bagi penarikan balik larangan kerajaan tentang penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan dalam edisi bahasa Malaysia The Herald.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh anggota, memutuskan bahawa 28 persoalan mengenai undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan persoalan umum yang dikemukakan gereja itu, tidak memenuhi syarat asas mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, untuk diberi kelulusan untuk merayu.

Katanya Mahkamah Rayuan secara betul menggunakan ujian objektif berhubung keputusan menteri berkenaan melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam The Herald.

Arifin berpendpat hakim Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya melayan gereja berkenaan untuk mencabar kesahan atau kuasa dari segi perlembagaan pelbagai enakmen negeri yang bertujuan mengawal dan menyekat penyebaran doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.

19 Sept – Gereja Roman Katolik memfailkan permohonan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memberi kelulusan kepadanya untuk merayu berhubung larangan Menteri Dalam Negeri tentang penggunaan kalimah ‘Allah’.

Permohonan itu dibuat berdasarkan tiga asas utama, termasuk isu undang-undang tertentu yang menjadi bahagian penting dalam permohonan untuk mendapatkan kelulusan itu, mengikut skop Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.— BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Januari 24, 2015

Mahkamah Benar Permohonan Saiful Pinda Tuntutan Saman Terhadap Anwar?


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, untuk meminda pernyataan tuntutan dalam saman RM50 jutanya terhadap ketua pembangkang itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful dan Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar.

Zamri memberitahu media bahawa mahkamah memerintahkan Anwar memfailkan pernyataan pembelaan pindaan sebelum 23 Feb dan mahkamah menetapkan 13 Mac untuk pengurusan kes.

Pada 16 Jan lepas Mohd Saiful memfailkan permohonan untuk meminda pernyataan tuntutannya itu bagi memasukkan butiran terperinci berhubung dakwaan fitnah oleh Anwar mengenai laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful mengenai kejadian liwat, enam tahun lepas.

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful, 30, memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.


Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Anwar dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Okt tahun lepas menafikan beliau meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan liwat itu adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian itu tidak pernah berlaku – BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Tindakan DAP boleh cetus ketegangan kaum?


Pas mendakwa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan sekutunya, DAP akan hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat apabila memberi ‘keuntungan’ kepada penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketegangan seperti itu juga dibimbangi boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara.

Tegasnya, pilihan raya PBT itu adalah kesilapan kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar untuk menang pilihan raya dalam jangka masa sangat pendek, sekali gus bertentangan dengan aspek politik mengendalikan bandar yang mewajibkan untuk mengambil kira kepentingan semua pihak dan lapisan masyarakat dalam memakmurkan sesebuah bandar itu.

“Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang majoriti kaum Cina.

“Lihat sahaja jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding RM50 juta di majlis daerah kawasan desa di Selangor yang majoritinya pula satu kaum lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan dakwaan DAP bahawa Pas tidak pernah membangkitkan bantahan terhadap hasrat kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Setiausaha Organisasinya, An­thony Loke berkata, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng telah menghubungi sendiri Abdul Hadi dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali melalui telefon bagi mendapatkan pandangan mereka tentang perkara tersebut.

Menurut beliau, kedua-dua pemimpin Pas itu tidak membantah hasrat kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan DAP agar tidak melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk.

“Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan arah, termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal dalam kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar.

“Bandar wajib diurus bukan sahaja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah yang mengalir ke dalam jasadnya. Kalau perjalanannya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Januari 23, 2015

Penulis blog Pakatan Rakyat, Milosuam dipenjarakan 2 tahun?


KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini telah menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun kepada seorang penulis blog kerana telah menulis artikel yang berniat untuk menanam perasaan takut di kalangan masyarakat Malaysia.

Hakim Majistret Ryan Sangirann Rayner JR memberi hukuman tersebut kepada Yusuf Al Siddique, 29, dari Melaka kerana didapati bersalah menulis sebuah artikel antara 6 Mac 2013 hingga 7 Mac 2013 melalui blog Milosuam yang bertajuk "Maklumat Sulit: Pendatang asing bakal huru-hara di Sabah?".

Dia juga didakwa kerana gagal membawa 7 penulis blog yang lain yang telah bersamanya dalam menguruskan laman blog tersebut.


Peguam bela Yusuf, Goldam Hamid berkata hukuman ini terlalu berat dan hukuman denda lebih sesuai untuk kesalahannya.

Walau bagaimanapun, Penolong Pendakwa Raya Nur Fakhiza Abu Bakar berkata hukuman yang diberi adalah wajar kerana ia didakwa di bawah Seksyen 505 daripada Kanun Jenayah dan adalah satu tanda larangan kepada penulis blog yang lain supaya tidak memberi pendapat yang boleh mengganggu keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Januari 22, 2015

Kucing hijau misteri, baka baru?


Penduduk di sekitar bandar Varna yang terletak di Bulgaria dikejutkan dengan seekor haiwan misteri jenis Felis catus atau kucing yang sedikit ganjil.

Kucing berkenaan berwarna hijau dan ia bukanlah penyuntingan oleh PhotoShop atau hasil kretif aplikasi gambar.


Warga Varna yang pernah bertembung dengan entiti pelik itu rata-rata bingung tentang asal-usul dan bagaimanakah kewujudannya boleh terhasil.

Sesetengah menyatakan bahawa keadaan kucing tersebut berlaku kerana keadaan perubatan yang jarang berlaku. Ada pula yang menyebarkan khabar angin bahawa haiwan feline itu diculik makhluk asing dan tidak kurang yang berpendapat bahawa ia adalah baka baharu kucing.



Malangnya ada penjelasan logik tentang mengapa haiwan comel ini berwarna hijau. Sekumpulan remaja bertindak mengekori kucing terbabit bagi mengetahui asal kejadiannya.



Apa yang mereka temui? Kucing berkenaan tinggal dan tidur di sebuah garaj tempatan yang dipenuhi cat serbuk berwarna hijau.

Namun begitu nampaknya kesan warna tersebut tidak juga luntur walaupun saban hari berlalu.

Menarik bukan jika anda mempunyai kucing unik yang begitu berlainan dari norma?



Suara Politik
Belantan

Rabu, Januari 21, 2015

Krisis pembangkang semakin panas - Pas teruskan kecaman terhadap DAP?


Episod perbalahan antara Pas dan DAP berhubung pelaksa­naan hudud di Kelantan berterusan sehingga mengheret pimpinan kedua-dua parti tersebut dalam kancah pertikaman lidah secara terbuka.

Krisis semakin hangat apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengecam DAP kerana membuat keputusan untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempat­an (PBT) di Pulau Pinang walaupun tidak dipersetujui sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa, DAP tidak pernah membentangkan cadangan pelaksanaan pilihan raya PBT dalam majlis pimpinan pakatan pembangkang justeru, bantahan parti itu terhadap pelaksanaan hudud boleh dianggap sebagai cakap tak serupa bikin.

“Isu hudud pula berbeza kerana pakatan pembangkang pernah membincangkannya dalam me­s­yuarat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Kita juga memperakui soal hudud mengatasi pakatan pembangkang kerana undang-undang itu telah diluluskan di Kelantan sebelum pakatan pembangkang wujud,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Mustafa menambah, DAP sepatutnya sedar Pas perlu menunaikan janjinya untuk melaksanakan hudud di Kelantan setelah mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada 1990.

Rabu lalu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menegaskan hasrat Pas untuk melaksanakan hudud perlu dikritik pihaknya secara terbuka kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dipersetujui majlis pimpin­an pakatan pembangkang.

Malah, Anthony mene­gaskan, cadangan pelaksanaan hudud di mana-mana negeri di Malaysia bukan dasar bersama yang dipersetujui dalam pakatan itu.

Sebelum itu, Mustafa dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew Daily Isnin lalu menyatakan, pimpinan DAP sering memburuk-burukkan Pas.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Januari 19, 2015

Isu Betty: Guan Eng 
diminta henti salah BN?


Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditempelak kerana terus menyalahkan pihak lain ter­utama Barisan Nasional (BN) dan media arus perdana setiap kali ter­babit dalam isu yang tidak menye­belahi beliau.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, Guan Eng sepatutnya mencermin diri terlebih dahulu dan melihat kesalahan sendiri sebelum bertindak menuding jari kepada pihak lain terutama media arus perdana yang didakwa kononnya prokerajaan.

Dalam isu membabitkan isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Betty Chew, Chang Yeow berkata, perkara tersebut banyak didedahkan media yang selama ini dilihat propembangkang, bukannya media arus perdana.

“Malah, BN negeri sendiri tidak berminat dengan isu pelantikan Betty dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) meskipun selepas media mendedahkan perkara berkenaan. Jadi, mengapa Guan Eng menuding jari kepada BN negeri dan media arus perdana kononnya mensensasikan isu tersebut?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Isu pelantikan Betty sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam PCCC dipertikai beberapa pihak kerana status beliau sebagai isteri kepada Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan negeri.

Pelantikan Betty itu juga menimbulkan pertikaian memandangkan kerajaan negeri difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PCCC yang dipengerusikan Tan Sri Tan Kok Ping.

Kok Ping sebelum ini pernah didenda sebanyak RM30,000 oleh mahkamah selepas syarikatnya, General Accomplishment Sdn. Bhd. didapati bersalah kerana menjalankan kerja tanah di puncak Bukit Relau atau lebih dikenali sebagai Bukit Botak tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Dalam pada itu, difahamkan Betty sudah menolak jawatan yang ditawarkan PCCC tersebut ekoran kontroversi yang tercetus.

Suara Politik
Belantan

Video: Pekerja KFC bertumbuk dalam premis?


KUALA LUMPUR - Sebuah video yang menunjukkan dua pekerja dari KFC Jalan Raja Laut terlibat dalam satu pergaduhan mula viral di laman media sosial sejak hari Jumaat, 16 Januari 2015.

Video selama 36 saat itu difahamkan telah direkod oleh seorang pelanggan yang sedang menunggu dalam barisan untuk membeli makanan.



Dalam satu kenyataan, Naib Presiden KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan telah berkata bahawa dua pekerja yang terlibat itu adalah adik-beradik dan telah bergaduh kerana hal peribadi. Kejadian ini adalah sesuatu yang KFC Malaysia amat kesali dan siasatan sedang berlaku untuk memahami dengan sepenuhnya punca pergaduhan tersebut.

Kenyataan yang ditulis di laman Facebook KFC juga berkata KFC akan sentiasa memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja dijaga pada setiap masa.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Januari 17, 2015

AirAsia disenarai sebagai salah satu syarikat penerbangan paling berbahaya?


KUALA LUMPUR - Berikutan nahas pesawat QZ8501 yang terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, Kumpulan AirAsia kini dirundum pelbagai persepsi negatif.

Sebuah laman sesawang keselamatan penerbangan, AirlineRatings telah mengeluarkan senarai terbaru yang dikemaskini pada 6 Januari. Senarai berkenaan memetik AirAsia Indonesia dalam ketegori penerbangan antara paling berbahaya di dunia.

Walaubagaimanapun, satu lagi syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines (MAS) tidak tergolong dalam kategori tersebut waima mengalami tahun yang sukar pada 2014.


MAS mendapat lima dari tujuh bintang untuk rekod keselamatan berbanding tiga anak syarikat Kumpulan AirAsia yang diberi purata markah rendah.

AirAsia Malaysia dan AirAsia Zest Filipina menerima penarafan tiga bintang, manakala AirAsia Indonesia hanya diberikan dua daripada tujuh bintang.


Berdasarkan jumlah bintang yang diterima, Kumpulan AirAsia berada dalam kategori syarikat penerbangan paling berbahaya di dunia.

Tambahan pula, insiden pesawat milik AirAsia Indonesia yang terhempas di Laut Jawa pada penghujung tahun lalu antara punca tahap keselamatan syarikat penerbangan tersebut diragui.

Nahas QZ8501 adalah tragedi yang melibatkan kematian pertama bagi kumpulan penerbangan yang mempunyai anak syarikat hampir di kesemua negara di Asia Tenggara.

Lima syarikat penerbangan yang menduduki senarai paling corot dengan menerima hanya satu bintang ialah Nepal Airlines (Nepal), Tara Air (Nepal), Kam Air (Afghanistan), SCAT Airlines (Kazakhstan) dan Lion Air (Indonesia).


Kesemua syarikat penerbangan terbabit telah diharamkan untuk terbang di ruang udara Kesatuan Eropah.

AirlineRatings dilancarkan pada bulan Jun 2013, hasil inisiatif bersama antara pihak berkuasa Australia Barat dan Aerospace Technical Publications International.

Sistem penarafan adalah berdasarkan kepada audit daripada badan-badan kerajaan dan industri, serta rekod kematian yang melibatkan sebuah syarikat penerbangan.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Januari 16, 2015

F1 Malaysia bakal berkubur...!!! Ada usaha halang Sepang jadi tuan rumah?


Selepas 16 tahun menjadi tuan rumah, Malaysia berdepan ancaman hilang hak penganjuran Formula Satu (F1) dan Grand Prix 2015 dari 27-29 Mac ini mungkin menjadi perlumbaan terakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pada ketika Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali kini berusaha meyakinkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk menyambung kontrak yang berakhir tahun ini, desas-desus mengatakan penganjuran F1 Malaysia sudah mempunyai persaingan.

Bagaimanapun persaingan itu dikatakan bukan datang daripada luar negara, sebaliknya daripada ‘rakan sendiri’ yang cuba menonjolkan perlumbaan anjuran mereka.

Razlan kini berada di London untuk bertemu Supremo F1, Bernie Ecclestone bagi membincangkan masa depan Grand Prix Malaysia.


Difahamkan pemergian Razlan mendapat restu daripada Kementerian Kewangan yang menjadi tulang belakang kepada suntikan modal penganjuran F1 di Malaysia selama ini.

Keizinan itu diberikan setelah F1 membuktikan penganjuran sukan tersebut telah banyak me­nyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia sejak kali pertama diperkenalkan pada 1999.

Malah, Razlan sendiri pernah mengakui bahawa Grand Prix Malaysia telah memberi keuntungan kepada SIC dan juga negara dalam pelbagai bidang.

Walaupun Razlan pernah berkata, F1 merupakan sebuah acara sukan yang mewah dan mahal, tetapi beliau tidak dapat menafikan bahawa sukan permotoran tersebut telah banyak membantu perkembangan ekonomi negara.


“F1 memang diakui sebuah sukan yang mahal, tetapi sukan ini telah banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia terutamanya dalam sektor pelancongan. Malah, penganjuran di negara ini turut mempromosi nama Malaysia di pentas dunia,” katanya dalam temu bual bersama Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jika hendak dibuat perbandi­ngan, sukan permotoran yang masih setahun jagung itu tidak la­yak untuk dijadikan pesaing de­ngan F1 yang telah bertapak kukuh di negara ini sejak berbelas-belas tahun lalu dan puluhan tahun di pe­ringkat antarabangsa.

Malah, FI memiliki peminat tegar yang sentiasa mengikuti perkembangan sukan tersebut, sama ada mengenai jentera baharu yang digunakan pada setiap musim ataupun barisan pemandu yang sememang­nya cukup popular dan glamour.


Jika benar desas-desus yang diperkatakan, maka kerajaan sebagai penganjur utama Grand Prix F1 Malaysia perlu membuat pertimbangan bijak agar pilihan yang dibuat kelak tidak merugikan mana-mana pihak sekalipun.

Tidak salah jika kedua-dua sukan permotoran itu sama-sama dianjurkan di negara ini, namun janganlah F1 yang telah cukup lama bertapak di Malaysia dijadikan galang ganti kerana langkah tersebut dilihat kurang tepat untuk SIC yang telah membuktikan kecemerlangan mereka sebagai tuan rumah.

Suara Politik
Belantan

DAP tetap kritik pelaksanaan hudud Pas?


Hubu­ngan antara DAP dengan Pas terus berkocak apabila Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, rancangan pelaksanaan hudud di Kelantan perlu dikritik pihaknya secara terbuka.

Katanya, hal ini demikian ke­rana pelaksanaan hudud tidak pernah dibangkitkan atau mendapat persetujuan dalam majlis pimpinan pakatan pembangkang.

“Umum diketahui bahawa pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia bukannya dasar bersama yang dipersetujui oleh parti-parti pakatan.

“Konsensus yang dicapai oleh ketiga-tiga parti pada 28 September 2011 ialah, walaupun hak parti Pas untuk memperjuangkan isu hudud dihormati, namun adalah ditegaskan bahawa apa-apa usaha untuk melaksanakan hudud di mana-mana negeri perlu dibincangkan dalam majlis pimpinan pakatan dan konsensus perlu dicapai,” katanya dalam satu kenyataan dalam portal berita rasmi DAP, roketkini.com hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew Daily kelmarin yang menya­takan pimpinan DAP sering memburuk-burukkan Pas.


Kata Mustafa, DAP juga telah melupakan hasrat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya kerana telah berpuas hati menguasai Pulau Pinang serta meraih sokongan besar pengundi Cina.

Menurut Siew Fook, DAP tidak pernah melupakan impian Putrajaya sebaliknya parti itu memberi komitmen penuh untuk memastikan pakatan pembangkang terus kekal walaupun terdapat perbezaan antara DAP dengan Pas beberapa bulan kebelakangan ini.

“Walaupun kami tidak bersetuju dengan kerajaan negeri Kelantan berkenaan dengan isu hudud, kami mengenepikan perbezaan tersebut untuk membantu dan menyokong usaha pemulihan pasca banjir di Kelantan atas dasar kemanusiaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, DAP amat terkilan dengan pandangan Pas yang membantah dan tidak bersetuju terhadap pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.

“Kami tidak faham mengapa Pas tidak bersetuju malah membantah usaha untuk mengembalikan proses pilihan raya kerajaan tempatan.

“Mungkin hanya pimpinan tertinggi Pas sendiri sahaja yang mengetahui alasannya dan dapat menjelaskan sebab bantahan mereka,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Januari 14, 2015

Kapten tembak MH17 didedah - Rusia gesa pegawai tentera Ukraine disiasat?

Juruterbang jet tempur tentera Ukraine, Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk sehingga mengorbankan 298 orang.

KIEV - Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu.

Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut.

Menurut Bastrykin, Voloshin dipercayai mengemudi pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara jenis R-60 pada 17 Julai lalu, hari yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.




Jelas beliau, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine di Dnipropetrovsk tanpa peluru berpandu berkenaan, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.

“Berdasarkan maklumat saksi yang kami peroleh dari pangkalan tentera Ukraine, Voloshin kelihatan takut apabila memaklumkan dia tersalah tembak pesawat, dipercayai MH17 yang berada di lokasi kejadian pada waktu dan tempat yang salah.

“Saksi yang memberi maklumat itu kini berada di lokasi rahsia di Rusia dan segala laporan yang disalurkan boleh dipercayai kerana dia lulus dalam ujian pembohongan,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online.

Sementara itu jurucakap jawatankuasa terbabit, Vladimir Markin berkata, Voloshin perlu menjalani ujian pembohongan yang dengan pemantauan pasukan penyiasat Belanda atau Malaysia bagi mengetahui kebenaran tentang insiden tersebut.


Selain itu katanya, tentera Ukraine juga perlu mendedahkan semua data penerbangan pesawat tentera pada hari kejadian dan membenarkan pihak berkuasa Rusia menyiasat pusat kawalan trafik udara negara itu.

“Kami masih menunggu jawapan daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) berhubung perkara itu.

“Jika anggota penyiasat antarabangsa berminat untuk mengetahui kebenaran dan meminta maklumat daripada kami, saya sedia untuk berkongsi segala bukti yang telah dikumpulkan,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Januari 13, 2015

'Saya bukan hidup bawah undang-undang al-Quran'?


Ketua editor majalah Charlie Hebdo, Stephane Charbonnier pernah mengeluarkan kenyataan bongkak berhubung tindakan majalah berkenaan menerbitkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Charbonnier atau lebih dikenali sebagai Charb adalah kartunis yang mengagungkan kebebasan bersuara yang melampau.

Malah dia kerap menyiarkan karikatur berbaur penghinaan terhadap agama Islam.

Dalam satu temu bual yang diterbitkan majalah itu pada 2012, Charb menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.

“Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran,” katanya.

Charb, 47, antara yang terbunuh dalam serangan berdarah di pejabat majalah itu di Paris, Rabu lalu.

Suara Politik
Belantan

Enggan menaiki pesawat selepas terima ancaman 'maut'?


SAN FRANCISCO - 13 anggota krew pesawat yang bekerja dengan United Airlines di Amerika Syarikat dipecatkan selepas mereka enggan untuk bekerja di atas pesawat yang sepatutnya terbang dari San Francisco ke Hong Kong.

Ini kerana mereka merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku selepas menemui perkataan ''BYE BYE'' ditulis di bahagian ekor pesawat itu bersama dengan 2 lukisan wajah senyuman.


Oleh kerana perasaan takut, mereka telah enggan bekerja dan ini telah menyebabkan penerbangan ke Hong Kong itu dibatalkan. Kesemua 13 krew pesawat itu telah dipecatkan dengan serta-merta. Mereka kini dalam proses mendakwa syarikat itu di mahkamah supaya mereka dapat bekerja semula dengan United Airlines.

Di dalam dakwaan yang difailkan mereka pada 6 Januari 2015, mereka telah berkata yang lukisan itu dilihat sebagai ancaman yang serius kerana ia berlaku beberapa bulan selepas kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dan empat hari selepas Malaysian Airlines MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Januari 12, 2015

Nampaknya pengaruh politik Anwar semakin merosot?


Anwar Ibrahim sedang terjebak dengan kemelut polemik hudud DAP-Pas yang sudah sampai ke tahap kritikal. Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu dilihat sebagai anti enakmen Jenayah Syariah itu kerana tidak mahu dilabel sebagai anti Islam. Dalam isu hudud Anwar agak berhati-hati walaupun sejak dulu Anwar tidak menegah DAP mengambil sikap anti negara Islam dan hudud. Isu hudud yang dirancang untuk dibawa ke Parlimen oleh Pas Kelantan meletakkan Anwar dalam dilema.

Anwar tidak akan menunjukkan sikapnya secara terbuka kerana beliau pernah menjadi Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM) dan memperjuangkan Islam sebagai suatu cara hidup. Dalam masa sama, ABIM dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) tidak mengambil sikap menolak konsep negara Islam dan hudud.

ABIM dan Ikram mengambil pendirian partisan terhadap perjuangan politik Anwar walaupun pendirian ini dikritik oleh banyak pihak kerana secara jangka panjangnya ia boleh memberi kesan negatif terhadap imej pertubuhan dakwah itu.

Kalau dulu sebarang isu yang berbangkit antara Pas dengan Pakatan Rakyat dirujuk kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tetapi sekarang Anwar tidak mampu melakukannya lagi seolah-olah Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi sudah ada pendirian sendiri dan sudah tahu siapa Anwar.

Anwar selalu dilihat sebagai memiliki faktor penyatuan dalam hubungan PKR-DAP-Pas dalam strategi politiknya untuk menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Pernah suatu ketika Pas meninggalkan perjuangan negara Islam dan hudud dan menerima konsep negara berkebajikan dan strategi tahalluf siasi yang banyak menerima kritik.

Kini perjuangan negara berkebajikan tidak lagi kedengaran sebaliknya kerajaan negeri Kelantan mengemukakan Enakmen Hudud untuk dibawa ke Parlimen dengan kerjasama kerajaan Pusat. Ia adalah suatu tamparan kepada Anwar kerana tidak mampu menyekat ia terjadi. Kerajaan yang dibencinya sekian lama menjalin hubungan dengan Pas Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Jenayah Syariah.

Lazimnya ceramah politik Anwar dihadiri ramai orang kerana penglibatan ahli-ahli Pas sangat membantu. Ceramah politik di Kuantan, Pahang baru-baru ini tidak ramai yang hadir dan dikatakan orang Pas tidak mahu lagi bersama.


Kegagalan Anwar dalam Langkah Kajang untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor dan ingin meletakkan isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai gantinya menjadi MB juga tidak kesampaian. Kritikan ramai pihak terhadap cara menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR dan jawatan MB menjadikan imej Anwar tercalar teruk.

Anwar kehilangan ramai teman rapatnya dalam perjuangan dan membuat kenyataan kontroversial mengenainya. Malah orang seperti Cikgu Bard yang digantung jawatannya nampaknya semakin berani mengkritik PKR dan Mohamed Azmin Ali tanpa tindakan disiplin diambil. Apakah ini menggambarkan Anwar tidak berani bertindak seperti yang dilakukan kepada Abdul Khalid?

Kita belum tahu mengenai nasib Anwar dengan kes Mahkamah Persekutuan lagi. Sekiranya Anwar didapati bersalah dan memasuki penjara lagi, suasana sokongan terhadap beliau sewaktu ditahan di penjara Sungai Buloh dulu tidak sama dengan suasana sekarang. Ternyata perbicaraan di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini tidak ramai penyokongnya datang. Suasana politik dalam Pakatan berada di tahap kritikal dan ia boleh menyebabkan tahalluf siasi tidak memberi apa-apa makna lagi.

Kalau begitu gambarannya apakah Pakatan Rakyat mampu membuat lonjakan untuk menawan Putrajaya seperti yang berlaku dalam PRU-13. Sama ada Anwar di dalam penjara mahupun di luar penjara ternyata pengaruhnya semakin merosot. Cakapnya mula tidak didengar oleh Pas lagi. Apakah isu hudud bakal menjadi asbab putusnya ikatan dalam Pakatan Rakyat?

Kenyataan pemimpin DAP lebih lantang lagi bahawa Pas mengingkari persetujuan awal dalam kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk tidak menjadikan hudud sebagai agenda perjuangannya. Malah setengahnya mencabar Pas supaya keluar dari pakatan itu jika hudud ingin dilaksanakan juga.

Krisis ini menguji kewibawaan Anwar supaya mampu menjadi faktor penyatuan dan mengambil pendirian jelas mengenai isu hudud. Sekiranya Anwar mengambil pendirian menentang hudud secara terbuka kesannya adalah besar dan sekiranya Anwar tidak melakukan apa-apa peranannya sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat bakal dipersoalkan dan pendirian Pas kini tidak sama seperti dulu lagi. Inilah dilema Anwar.-UMO

Suara Politik
Belantan

Ahad, Januari 11, 2015

Kapal nelayan Malaysia sah ditenggelamkan?


KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia dengan nombor pendaftaran PKFA 7738 ditenggelamkan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara itu pada 8 Januari lalu.


Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini menyelar tindakan tersebut dan meminta Indonesia meneliti semula undang-undang domestik berhubung isu berkenaan bagi menjamin keselamatan nelayan pada masa depan.

Malaysia turut bersedia mengadakan perbincangan dengan Indonesia berhubung insiden tersebut.

Selanjutnya sila baca di sini

Suara Politik
Belantan

Hasut: Hishamuddin Rais 'Gay Tua' bersalah, didenda RM5,000?


Aktivis pembangkang, Hishamuddin Md. Rais 'Gay Tua' didenda maksimum RM5,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.

Hakim Azman Mustapha memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Hishamuddin, 64.

Beliau juga memerintahkan aktivis pembangkang itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Hishamuddin membayar denda itu setelah selesai prosiding.

Semasa membuat keputusan itu, Azman menegaskan hukuman tersebut dikenakan setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang telah melepasi usia persaraan ketika disabitkan dengan kesalahan itu.

Menurut beliau, ucapan Hishamuddin yang berapi-api hanya berakhir di dewan terlibat dan tidak berjaya mempengaruhi orang ramai yang hadir berdasarkan keterangan saksi yang memberitahu tiada sebarang demonstrasi jalanan berlaku sebaik sahaja tertuduh selesai memberi ucapan.

Tambah Azman, tiada sebarang kekecohan berlaku selepas ucapan tertuduh selain mahkamah berpuas hati dengan hujahan pihak pembelaan yang menegaskan tiada kepentingan awam yang perlu diambil kira melalui pemenjaraan tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, Hishamuddin didakwa menyebut kata-kata menghasut yang cenderung untuk membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang dengan cara yang tidak sah.


Dia didakwa menyatakan demikian ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1, Jalan Maharajalela di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei 2013.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada 19 September tahun lalu, aktivis pembangkang, Adam Adli Abd. Halim dihukum penjara 12 bulan manakala sebelum itu pada 5 September pula, bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib dihukum penjara 10 bulan.

Adam Adli dan Muhammad Safwan dijatuhkan hukuman penjara itu setelah kedua-duanya turut didapati bersalah atas pertuduhan sama dengan Hishamuddin dalam kejadian yang berlaku pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Sementara itu, sebanyak empat saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan tersebut manakala pihak pembelaan hanya memanggil Hishamuddin sebagai saksi pembelaan.

Pendakwaan dikendali Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wei Loon dan Azlina Rasdi manakala tertuduh diwakili peguam, Syahredzan Johan.

Suara Politik
Belantan