Isnin, September 08, 2014

Sultan Selangor dukacita DAP, PKR ingkar titah?


Kedegilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mengemukakan lebih daripada dua nama bagi calon menteri besar Selangor akhirnya mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu dianggap mengingkari titah Sultan Selangor apabila hanya mempersembahkan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk dilantik ke jawatan eksekutif itu. Tindakan kedua-dua parti itu menggambarkan mereka biadab kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada baginda.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, hanya PAS yang bertindak mematuhi titah Sultan Sharafuddin apabila mempersembahkan tiga nama seperti yang dititahkan baginda menerusi surat bertarikh 27 Ogos lalu.



“Manakala parti DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Dr Wan Azizah.

“Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan DAP dan PKR yang ingkar terhadap baginda.

“Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Selain itu Mohamad Munir berkata, titah Sultan Selangor supaya setiap parti politik dalam Pakatan rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon merupakan amalan atau konvensi yang diamalkan baginda.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan