Rabu, Ogos 20, 2014

Panas...!!! Zuhdi tegur pucuk pimpinan Pas?


Pucuk pimpinan Pas perlu memiliki sikap negarawan dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim serta pakatan pembangkang.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya berfikir di luar kotak dan bukannya melihat dari sudut pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) atau antara Pas dan UMNO.

Menurut beliau, kecenderungan pimpinan tertinggi Pas menelaah situasi krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan situasi politik yang lain melalui kerangka pemikiran yang sempit adalah mengejutkan.

"Lebih sembilan bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar.

"Mengapa tidak ramai pimpinan pakatan pembangkang yang berani tegur kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan individu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau hari ini.



Kelmarin, Jawatankuasa Pas Pusat membuat keputusan untuk mencadangkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana ia menolak pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan pentadbiran Abdul Khalid.

Mohd. Zuhdi memberitahu, pakatan pembangkang seharusnya memikirkan pula tentang bagaimana mereka boleh berpolitik untuk kepentingan rakyat dan negara.

Beliau menambah, rakyat Selangor telah diheret dalam kemelut politik yang tidak berkesudahan khususnya melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan isu air yang dipolemikkan.

"Akibatnya, kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat terganggu dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan yang berdedikasi untuk menjaga kepentingan rakyat," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan