Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Ogos 20, 2014
Krisis MB sandiwara Anwar pancing Ahli Parlimen BN?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim mempunyai agenda lebih besar daripada menukarkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, krisis Menteri Besar yang sedang berlaku di negeri paling kaya di Malaysia itu hanya merupakan sandiwara Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
"Ini sandiwara, ia bermula apabila Anwar mahu menjadi Perdana Menteri tetapi kalau hendak jawatan itu dia perlu mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lagi supaya mendapat majoriti.
"Jadi dengan menjadi Menteri Besar Selangor yang merupakan negeri paling kaya mungkin dapat meningkatkan keupayaan dia untuk mempengaruhi wakil rakyat terbabit menyeberang ke pihak pakatan rakyat dan dengan itu mereka menjadi majoriti dan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) jatuh," dakwa beliau.
Menurut Dr. Mahathir, krisis Menteri Besar itu juga tidak akan dapat diselesaikan sepenuhnya jika Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan selagi Penasihat PKR itu tidak menjadi Perdana Menteri.
Dalam nada sinis, beliau berkata, masalah tersebut hanya akan dapat diselesaikan sekiranya Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri selama sebulan.
"Jangan fikir Anwar hendak jadi Menteri Besar sahaja bagi dia jawatan itu kecil (sebenarnya) dia hendak jadi Perdana Menteri barulah Menteri Besar betul.
"Kalau bagi dia jadi Perdana Menteri selama satu bulan baru dia akan puas hati tetapi dia tidak akan lepaskan jawatan itu selepas itu," sindirnya.
Sementara itu diminta mengulas mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku tahun kedua ini yang mencatatkan pertumbuhan 6.4 peratus berbanding 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini, katanya, perkembangan tersebut memang baik untuk negara bagaimanapun, pertumbuhan itu masih boleh ditingkatkan sekiranya masalah perbezaan ekonomi antara kaum diatasi.
"Kita boleh tumbuh lebih pesat lagi kalau tiada masalah perbezaan ekonomi antara kaum kalau kita cuma utamakan pertumbuhan tanpa agihan saksama ia mungkin hanya akan membawa kepada masalah ketegangan antara kaum," katanya.
Suara Politik
Belantan
BalasPadamNah, klik disini dan lihatlah perancangan DAJJAL LAKNATULLAH untuk rakyat Malaysia demi sekelumit kuasa yang tidak kekal abadi.
Jahanamlah sesiapa yang sanggup bersekongkol dengan DAJJAL LAKNATULLAH tu.