Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Julai 10, 2014
Sudah melampau...!!! Tindakan tegas perlu diambil terhadap Ramasamy?
Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.
Beliau menyelar keras kenyataan Ramasamy itu sambil mengingatkan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang berlaku antara Melayu dan Cina adalah akibat politik perkauman dan cauvinisme yang diamalkan DAP serta golongan pelampau kaum pada masa itu.
"Ini kerana golongan cauvinis Cina dan pelampau perkauman pada masa itu telah mempersoal serta mencabar hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 dan kedudukan Raja-raja Melayu dengan menggunakan slogan Malai-Si (Mati-Melayu) dan ucapan berbentuk hasutan seperti 'Melayu masuk hutan', 'ini negeri Cina sudah control' serta banyak lagi sehingga mengapi-apikan orang Melayu.
"Saya mendesak pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya lebih agresif dan tegas dalam mengekang dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengheret golongan ekstremis serta pelampau agama dan perkauman ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ramasamy yang seolah-olah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa kembali peristiwa 13 Mei 1969 ekoran peringatan Muhyiddin bahawa peristiwa rusuhan kaum itu boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan. Sila baca di sini.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Ramasamy yang mengatakan beliau tidak takut peristiwa 13 Mei 1969 berulang hanya kenyataan pemimpin politik yang mahu meraih populariti.
"Beliau hanya cakap mahu tunjuk hebat dan berani. Jika beliau benar-benar tidak takut kenapa perlu 'bising' tentang 13 Mei sedangkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mengingatkan rakyat negara ini mengenai peristiwa itu.
"Reaksi Ramasamy itu sekadar mencari mahu 'makan' dalam bidang politik. Jangan terlalu angkuh, beliau harus ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Memang orang Melayu baik, tetapi pantang Melayu dicabar," katanya di sini hari ini.
Ibrahim berkata, perbalahan kaum kini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.
Jelas beliau, orang Melayu tidak akan memulakan perbalahan tetapi jika orang lain memulakan orang Melayu pasti menyambut.
"Pantang orang Melayu dicabar, kita tidak akan mula dahulu sebab orang Melayu patuh dan hormat undang-undang, tetapi bila orang menjual pasti kita membeli," katanya.
Suara Politik
Belantan
Kadang2 nak comment ni pun kena tengok keadaan dan suasana jugak. In this case kena tahu juga.. pukul berapa dia bagi kenyataan tsb. Kalau sebelah petang susah sikit lah. DiLow Road, Kuala Kangsar dulu dulu, ramai diorang ni duduk dibawah pokok sena yg ada disitu. Somewhere in the group, there bound to be someone claiming to be union leader... lawyer maybe, or a medical student from India also and of course they will happily singing Ramasamy fond of Toddy, tan nan ne.. tan nan ne or yennadey yennadey. Seriously nak mengundang mala petaka like releasing the Kraken and all hell broke loose.
BalasPadamClick : http://www.youtube.com/watch?v=gb2zIR2rvRQ