Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Jun 10, 2014
Majlis Peguam dibidas kritik tindakan PM saman Malaysiakini?
Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim membidas Majlis Peguam kerana mengkritik tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini.
Menurutnya, kenyataan Majlis Peguam tersebut menunjukkan badan itu sudah mula bermain politik dan tidak lagi berusaha memperjuangkan hak asasi seseorang yang merayu di mahkamah demi menuntut keadilan.
"Tindakan saman itu diambil apabila Datuk Seri Najib merasakan dirinya dimalukan oleh Malaysiakini dengan sangkaan jahat tanpa asas kononnya beliau berkonotasikan rasuah.
"Seseorang yang bermaruah tentu mahu nama dan partinya dibersihkan dan cara paling sesuai adalah melalui tindakan mahkamah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Majlis Peguam dalam kenyataannya menerusi portal itu menganggap tindakan mahkamah yang diambil oleh Najib yang juga Presiden UMNO terhadap Malaysiakini berkaitan dakwaan rasuah, telah menyalahi hak asasi manusia.
Pada 30 Mei lalu, Najib dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel yang berunsur fitnah pada Mei lalu.
Najib selaku plaintif kedua mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab. Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak UMNO.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Majlis Peguam secara tiba-tiba membangkitkan perkara itu sedangkan sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang turut memfailkan saman terhadap media arus perdana.
"Media arus perdana seperti Utusan Malaysia sering kali menjadi sasaran pihak pembangkang, tidak pula Majlis Peguam mempertikaikan tindakan mereka itu.
"Tetapi apabila Perdana Menteri mengambil keputusan menyaman Malaysiakini, Majlis Peguam mempersoalkannya," katanya sambil berseloroh mengatakan badan itu layak menerima anugerah nobel hipokrit terbaik dunia.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan