Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Jun 11, 2014
Laporan Polis Terhadap Teresa Kok Didakwa Seleweng RM117,230 Dana Parti!
Bekas ahli DAP, Tony Tan Chee Chong mendedahkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok melakukan salah guna kuasa ketika mengeluarkan dana parti yang berjumlah RM117,230.
“Dia (Teresa Kok) isukan 5 cek tanpa kebenaran, biasanya dalam sesuatu jawatankuasa, jika mahu isukan sesuatu cek lebih daripada RM400 mesti dimesyuarat terlebih dahulu. Semua sudah setuju baru boleh keluarkan (wang itu).
“Tapi ini lima-lima cek, bernilai RM117,230 (tidak ikut peraturan). Ahli DAP tanya kepada Teresa Kok banyak kali (tentang hal itu). Minta butiran lengkap, (wang itu) diberi kepada siapa, tapi dia langsung tidak menjawab sampai hari ini,”katanya dilaporkan Rakyatnews selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, semalam.
Tony Tan adalah bekas pegawai khas Teresa Kok di Parlimen Seputeh.
Dalam laporan polis itu, Tony turut membawa salah seorang lagi ahli DAP, Danny Lim (Leong) sebagai saksi salah guna cek yang dilakukan Teresa Kok itu.
“Danny Lim, dia soal sahaja Teresa Kok dalam akhbar. Dia kena saman 10 juta (oleh Teresa). Kita tidak takut, kita lantik peguam untuk bantu Danny Lim lawan dengan Teresa Kok.
“DAP selalunya menyuruh orang lain letak jawatan, hari ini Teresa Kok sudah melakukan banyak kesalahan dan mengapa Lim Kit Siang hanya berdiam diri.
“Kami cabar Lim Kit Siang untuk keadilan sila ambil tindakan… ubah Teresa Kok dahulu.. jangan ubah orang lain,” kata Tony lagi.- AIDC
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan