Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Mei 08, 2014
'Ribut' pemilihan PKR bukti Anwar bukan pemimpin hebat?
'Ribut' yang melanda pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini jelas menunjukkan betapa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin hebat yang kononnya mampu 'menyelamatkan' Malaysia seperti dicanang penyokongnya selama ini.
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon berkata, kelemahan Anwar terbukti setelah perkara itu masih gagal diatasi biarpun pergaduhan bukanlah sesuatu yang asing setiap kali berlangsungnya pemilihan parti berkenaan.
Malah saya difahamkan tahun ini keadaannya lebih teruk. Kalau sudah setiap kali pemilihan mahu bertumbuk, di mana kemampuan serta kredibiliti Anwar untuk menyelesaikannya?
Dahulu ketika PKR belum berkuasa, perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi apabila ada kuasa sedikit, masing-masing sudah hilang pertimbangan akal budi bagi merebut jawatan. Jadi, bagaimana mereka mahu diharapkan untuk menjaga negara?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Proses pemilihan PKR di seluruh negara baru-baru ini kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu mengadakan pengundian semula termasuk di Cabang Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Tenom, Sabah.
Kejadian itu memberi tamparan hebat kepada pemimpin parti berkenaan yang selama ini sering mempertikai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain kerap kali mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran kononnya PKR adalah parti yang bersih dan demokratik.
Abdul Ghani menambah, beliau juga pelik dengan sikap segelintir ahli PKR yang seakan-akan dicucuk hidung untuk terus menyokong PKR sekali pun menyedari segala kepincangan dan penipuan dilakukan pemimpin atasan dalam menempatkan orang masing-masing di kedudukan tertentu.
Sudah berapa kali pemilihan, anda dapat lihat Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendedahkan kepincangan dan penipuan yang berlaku. Tetapi di mana kedudukannya sekarang?
Tetapi mereka masih menyokong PKR. Tidakkah mereka nampak bahawa pemilihan ini membuktikan PKR hanya membentuk keadilan untuk Anwar dan bukannya keadilan umum seperti didakwa," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Antipenyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, jika diteliti setiap laporan penipuan yang dilaporkan dalam pemilihan kali ini, ternyata ada tangan ghaib yang jijik cuba untuk menipu bagi memastikan individu tertentu mendapat tempat di dalam parti.
Anwar tidak perlulah lagi bercakap tentang prinsip demokrasi. Beliau ternyata gagal dalam mendemokrasikan partinya sendiri sehingga menyebabkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal memberi alasan yang matang berhubung kekecohan tersebut.
Ramai rakan yang masih di dalam PKR mendakwa pemilihan ini tidak sah kerana diselubungi penipuan. Soalnya, mahukah PKR mengadakan pengundian semula bagi membuktikan mereka benar-benar telus? Saya yakin tidak," katanya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan