Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott (kanan) ketika berucap di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce Bullsbrook di Perth, Australia, semalam.
Perdana Menteri berkata, bantuan serta kerjasama yang ditunjukkan oleh kerajaan Australia di bawah pimpinan rakan sejawatnya, Tony Abbott dilihat amat luar biasa kerana mereka tampil dengan penuh kesungguhan serta memberi pelbagai bentuk bantuan termasuk aset, logistik, kepakaran dan bertindak sebagai penyelaras.
Menurutnya, penghargaan itu turut diberikan kepada beberapa buah negara lain yang terlibat membantu usaha mencari pesawat itu yang kini dilakukan di perairan Lautan Hindi tanpa menghiraukan cabaran yang dihadapi termasuk keadaan cuaca seperti lautan bergelora serta tempoh operasi yang panjang.
Tujuan kedatangan saya ke Perth ini adalah bagi menyampaikan penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Australia dan negara lain yang terlibat dalam operasi ini. Saya berpeluang bersemuka dengan semua petugas pesawat dan kapal termasuk pasukan dari Malaysia untuk menyampaikan rasa terima kasih kita kepada mereka.
Saya boleh menyampaikan penghargaan itu melalui kenyataan rasmi yang dibuat di Kuala Lumpur namun saya ambil kesempatan ini untuk datang dan berjabat tangan sendiri dengan mereka dan berterima kasih kepada semua yang terlibat," katanya dalam sidang akhbar kepada petugas media dari Malaysia selepas menghadiri mesyuarat dua hala bersama Abbott di Pejabat Perdana Menteri di Exchange Plaza di sini hari ini.
Sebelum itu, Najib yang tiba di sini malam tadi melawat para petugas operasi mencari pesawat MH370 yang berpusat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Bullsbrook dekat sini dan turut diiringi oleh Abbott.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Kedua-dua pemimpin itu turut meluangkan masa bersarapan di pangkalan bersama kesemua petugas sebelum Najib dan Abbott masing-masing menyampaikan amanat kepada mereka.
Dalam sidang akhbar itu, Perdana Menteri turut mengulangi komitmen Malaysia untuk terus menjalankan operasi mencari pesawat berkenaan sehingga menemukan jawapan yang konklusif berhubung kehilangan pesawat MH370.
Malaysia memberi jaminan kita tidak akan menghentikan usaha pencarian ini selagi kita tidak mendapat jawapan yang konklusif berhubung kehilangan MH370. Kita bertanggungjawab terhadap keluarga kesemua 239 penumpang dan anak kapal itu yang pastinya mahukan jawapan yang konklusif tentang apa yang berlaku," kata beliau.
Najib dalam pada itu turut memaklumkan bahawa Malaysia akan berbincang dengan Australia untuk menggunakan kaedah carian laut dalam sekiranya usaha mengesan pesawat MH370 itu belum berhasil.
Menurutnya, antara kaedah yang akan digunakan adalah teknologi sonar, kapal selam robotic drone serta penggunaan kamera dasar laut.
Ditanya mengenai hasil mesyuarat dua hala yang diadakan hari ini, Perdana Menteri memberitahu, tumpuan mesyuarat masih diberikan terhadap usaha mencari pesawat MH370.-UMO
Suara Politik
Belantan
jawapan aku senang je ..pemuda bani tamim semakin hampir....siapa beliau? pemuda yang akan membawa panji2 hitam dari arah timur....sebelum di serahkan kepada MAHDI...
BalasPadamjuga di kenali dengan gelaran men from the east..mengikut ramalan notradamus...
kemunculan beliau akan mengemparkan timur dan barat..
beliau datang dari kawasan pertemuan 3 laut....
beliau adalah kunci utama .. untuk tanda2 besar akhir zaman berlaku