Ahad, April 06, 2014

Siasat segera dalang sebenar?




Harap tidak sesiapa yang mainkan isu ini lagi. Ini adalah akaun FB palsu. Mereka yang didalam gambar ini semuanya adalah pemuda UMNO Bakri. Mereka telah buat laporan polis. Disebabkan akaun palsu ni mereka telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh sehingga takut untuk keluar dan pergi bekerja. Dajal betul puak-puak Pakatan haram ini. Mereka minta tolong kita untuk sebarkan informasi ini.

Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menyiasat pihak sebenar di sebalik akaun Facebook yang mahu membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi berselindung menggunakan nama orang lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, siasatan perlu dilakukan segera kerana individu yang namanya digunakan tersebut kini menerima pelbagai ancaman bunuh, pukul, tembak dan dipijak.

“Mereka kini hidup dalam ketakutan kerana identiti masing-masing yang tinggal di daerah ini didedahkan. Ada di antara mereka sudah seminggu tidak bekerja kerana diugut dan menjarakkan diri daripada keluarga disebabkan bimbang keluarga menerima kesannya.

“Saya dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, kes itu dirujuk ke IPD Sentul kerana laporan pertama dibuat di situ. Saya juga menghubungi SKMM bagi memastikan siasatan lancar," katanya ketika ditemui sebelum tayangan wayang pacak filem Tanda Putera sempena program Semarak Perpaduan di Bukit Mor malam tadi.

Beliau mengulas nasib lima sahabat yang menjadi mangsa Facebook apabila ada pihak tertentu memuat naik gambar mereka sebagai profil di akaun terbabit dengan nama Hanimura Yabuza.

Ekoran itu, mereka menerima banyak komen berunsur provokasi dan paling menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dimuat naik kata-kata iaitu ‘aku ingat mau tembak jek Najib Razak... aku tarak goyang sama sape2’.

Berikutan itu mereka membuat beberapa laporan di IPD Muar pada 28 Mac lalu dan pada hari sama akaun berkenaan ditutup secara tiba-tiba oleh pihak atau individu yang mengendalikannya.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, nama mereka perlu dibersihkan segera dengan mengheret penjenayah sebenar ke muka pengadilan.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan