Rabu, April 02, 2014

#MH370: Kapal selam UK sertai operasi mencari?

(Kapsyen: Kapal selam UK, HMS Tireless - ihsan www.royalnavy.mod.uk)

Sebuah kapal selam United Kingdom (UK), HMS Tireless telah tiba di Lautan Hindi untuk menyertai operasi mencari pesawat MH370 yang masih belum ditemui.

Menurut tweet pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang kini berada di Hawaii untuk menghadiri forum pertahanan Amerika Syarikat bersama negara ASEAN, perkara tersebut dimaklumkan kepada beliau melalui satu panggilan telefon dari Setiausaha Pertahanan UK, Philip Hammond.

HMS Tireless merupakan sebuah kapal selam bertenagakan nuklear dari kelas Trafalgar, dan ditauliahkan menyertai Tentera Laut UK pada tahun 1985. Pada tahun 2011, kapal ini terlibat dalam operasi mencegah keganasan dan penyeludupan di Timur Tengah.

Kapal selam ini dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem sonar aktif dan pasif termasuk sistem sonar ditunda (towed array sonar).

Kapal yang membawa 130 anak kapal dan 18 pegawai pada mulanya dijadual akan dibersarakan dari tugas pada 2013, dan akan diganti dengan kapal selam dari kelas Astute. Namun persaraannya ditangguhkan kerana program Astute dikatakan masih menghadapi beberapa masalah teknikal dan kos.



Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan