Rabu, April 02, 2014

#MH370 Hari ke-25: Kementerian Pengangkutan keluarkan transkrip penuh komunikasi?


Kementerian Pengangkutan hari ini mengeluarkan transkrip penuh komunikasi antara pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dan Menara Kawalan Udara Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata transkrip itu turut dikongsi dengan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu dan juga media.

"Tiada petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal dalam transkrip itu. Pada mulanya transkrip itu diadakan sebagai sebahagian daripada siasatan polis," katanya dalam kenyataan lima perenggan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan kini berada di Hawaii menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean pertama dan beberapa acara berkaitan dan akan berkongsi dengan rakan sejawatannya dari Asean dan kerajaan Amerika berhubung perkembangan terbaharu pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang.

"Sebelum ini, Malaysia Airlines (MAS) telah menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan suara kata-kata terakhir itu adalah daripada pembantu juruterbang," katanya.

Hishammuddin berkata: "Polis berusaha mengesahkan keyakinan ini dan ujian forensik rakaman sebenar sedang berjalan.

Beliau berkata pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia tetap berpendapat bahawa sehingga titik di mana pesawat itu melepasi liputan radar utama tentera, pergerakan MH370 itu konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di dalam pesawat.

Hishammuddin juga berkata taklimat tertutup untuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 akan diadakan di Kuala Lumpur esok.

Katanya Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS akan mengetuai taklimat itu, dengan moderatornya wakil khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting.

"Pakar-pakar teknikal dari Malaysia, China dan Australia akan menyertai taklimat itu dan duta besar China di Malaysia, Huang Huikang akan menghadirinya," katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Berikutan itu, gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian, setelah didapati pesawat itu mengubah laluannya, di dua koridor - koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat dari United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) membuat rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Usaha mencari diteruskan di situ.

ATC DELIVERY

12:25:53

MAS 370 Delivery MAS 370 Good Morning 12:26:02

ATC

MAS 370 Standby and Malaysia Six is cleared to Frankfurt via AGOSA Alpha Departure six thousand feet squawk two one zero six.

12:26:19

ATC

... MAS 370 request level

12:26:21

MAS 370

MAS 370 we are ready requesting flight level three five zero to Beijing

12:26:39

ATC

MAS 370 is cleared to Beijing via PIBOS A Departure Six Thousand Feet squawk two one five seven.

12:26:45

MAS 370

Beijing PIBOS A Six Thousand Squawk two one five seven, MAS 370 Thank You

12:26:53

ATC

MAS 370 Welcome over to ground

12:26:55

MAS 370

Good Day

LUMPUR GROUND:

12:27:27

MAS 370

Ground MAS370 Good morning Charlie One Requesting push and start

12:27:34

ATC

MAS370

Lumpur Ground Morning Push back and start approved Runway 32 Right Exit via Sierra 4.

12:27:40

MAS 370

Push back and start approved 32 Right Exit via Sierra 4 POB 239 Mike Romeo Oscar

12:27:45

ATC

Copied

12:32:13

MAS 370

MAS377 request taxi.

12:32:26

ATC

MAS37..... (garbled) ... standard route. Hold short Bravo

12:32:30

MAS 370

Ground, MAS370. You are unreadable. Say again.

12:32:38

ATC

MAS370 taxi to holding point Alfa 11 Runway 32 Right via standard route. Hold short of Bravo.

12:32:42

MAS 370

Alfa 11 Standard route Hold short Bravo MAS370.

12:35:53

ATC

MAS 370 Tower

12:36:19

ATC

(garbled) ... Tower ... (garbled)

MAS 370

1188

MAS370

Thank you

LUMPUR TOWER

12:36:30

MAS 370

Tower MAS370 Morning

12:36:38

ATC

MAS370 good morning. Lumpur Tower. Holding point..[garbled]..10 32 Right

12:36:50

MAS 370

Alfa 10

MAS370

12:38:43

ATC

370 line up 32 Right Alfa 10.

MAS 370

Line up 32 Right Alfa 10 MAS370.

12:40:38

ATC

370 32 Right Cleared for take-off. Good night.

MAS 370

32 Right Cleared for take-off. Thank you Bye.

LUMPUR APPROACH

12:42:05

MAS 370

Departure Malaysian Three Seven Zero

12:42:10

ATC

Malaysian Three Seven Zero selamat pagi identified. Climb flight level one eight zero cancel SID turn right direct to IGARI

12:42:48

MAS 370

Okay level one eight zero direct IGARI Malaysian one err Three Seven Zero

12:42:52

ATC

Malaysian Three Seven Zero contact Lumpur Radar One Three Two Six good night

MAS 370

Night One Three Two Six Malaysian Three Seven Zero

LUMPUR RADAR (AREA)

12:46:51

MAS 370

Lumpur Control Malaysian Three Seven Zero

12:46:51

ATC

Malaysian Three Seven Zero Lumpur radar Good Morning climb flight level two five zero

12:46:54

MAS370

Morning level two

five zero Malaysian Three Seven Zero

12:50:06

ATC

Malaysian Three Seven Zero climb flight level three five zero

12:50:09

MAS370

Flight level three five zero Malaysian Three Seven Zero

01:01:14

MAS370

Malaysian Three Seven Zero maintaining level three five zero

01:01:19

ATC

Malaysian Three Seven Zero

01:07:55

MAS370

Malaysian...Three Seven Zero maintaining level three five zero

01:08:00

ATC

Malaysian Three Seven Zero

01:19:24

ATC

Malaysian Three Seven Zero contact Ho Chi Minh 120 decimal 9 Good Night

01:19:29

MAS370

Good Night Malaysian Three Seven Zero.


Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan