Sabtu, April 05, 2014

Kedudukan Azmin semakin rapuh?


Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei nanti terus menyaksikan babak-babak menarik khususnya bagaimana sebuah keluarga menjadi penentu kepada perjalanan parti tersebut.

Bermula dengan si suami menjadi Penasihat parti, si isteri menjadi Presiden dan si anak menjadi Naib Presiden, kini percaturan itu akan terus kekal sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi.

Anwar Ibrahim sudah pun menghantar borang pencalonan untuk mencabar jawatan Presiden yang diduduki oleh isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail manakala anak mereka yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Anwar sudah memberikan penjelasan atau lebih tepat lagi mengesahkan teori bahawa pencalonan beliau sekadar cubaan memandangkan beliau sedang menanti rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Pokok Sena, Sabtu lalu, Anwar menegaskan, jika beliau dihalang bertanding jawatan itu disebabkan keputusan mahkamah, maka Wan Azizah sudah bersedia.

"Andainya saya tidak boleh bertanding, Azizah bersedia. Maknanya bukan ada hasrat bertanding antara saya dan Azizah,’’ katanya yang turut menjelaskan, tidak timbul soal perwakilan mahu pilih beliau atau Wan Azizah pada pemilihan kali ini dan menganggap teori itu hanyalah permainan politik pihak tertentu dalam UMNO.

Bagaimanapun penjelasan Anwar tidak akan mampu menutup spekulasi dan tafsiran bahawa sememangnya ada perancangan rapi supaya PKR terus dikuasai oleh ahli keluarga Anwar. Kalaupun Anwar disumbatkan ke dalam penjara, isteri beliau akan terus menerajui parti biar pun sebelum ini Wan Azizah dilihat hanya sekadar `penghias organisasi’ sahaja.

Sebenarnya, PKR ingin meneruskan politik meraih simpati dengan meletakkan Wan Azizah sebagai Presiden.


Meraih simpati sememangnya sudah menjadi agenda politik PKR dengan menjadikan apa yang berlaku terhadap Anwar sebagai modal. Rakyat akan terus disogokkan dengan tohmahan bahawa Anwar mangsa penganiayaan, fitnah dan konspirasi oleh parti pemerintah. Sebab itulah Anwar menjelajah ke seluruh negara untuk mempertikaikan hukuman mahkamah ke atas beliau.

Justeru politik raih simpati ini akan diteruskan dengan meletakkan Wan Azizah yang kini sudah bergelar YB sebagai Presiden parti. Tidak usahlah sesiapa pun dalam PKR berusaha untuk menduduki jawatan itu, kalau pun ada ia hanyalah sia-sia.

Sebelum ini ada desas-desus Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mencabar Wan Azizah bagi jawatan Presiden, bagaimanapun apabila Anwar mencalonkan diri untuk bertanding jawatan tersebut, Azmin dikatakan terpaksa mengalah, biarpun mungkin beliau sendiri mengetahui bahawa Anwar bergantung kepada keputusan mahkamah.

Bagaimanapun sebagai seorang pengikut yang setia, Azmin tidak memberontak atau berkeras, beliau sebaliknya bersedia mempertahankan kerusi Timbalan Presiden dan akan berhadapan dengan ‘musuh ketat politiknya’ iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertembungan itu bukan sekadar soal hubungan Azmin dan Abdul Khalid tetapi juga terkait sama dengan Wan Azizah yang semua orang tahu `tidak sebulu’ dengan Azmin.

Keadaan itu mewujudkan senario bahawa pemilihan PKR kali ini adalah pertembungan antara kumpulan Wan Azizah yang turut disertai oleh Khalid dan kumpulan Azmin. Walaupun Azmin dilihat orang kesayangan Anwar namun dalam percaturan kali ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa (ADUN) itu berada di ambang kekalahan.

Sebelum ini, dari segi moral politiknya, penyokong-penyokong Azmin telah menganggap beliau sudah kecundang apabila terpaksa akur dengan keputusan Anwar untuk meletakkan Wan Azizah sebagai calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Penyokong-penyokong Azmin memahami apabila Wan Azizah memenangi kerusi itu ia bermakna terkuburlah harapan terhadap sebarang usaha untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.


Dan kini kedudukan politik Azmin dalam PKR semakin getir apabila beliau bukan sahaja akan berhadapan dengan Abdul Khalid tetapi juga empat calon lain. Tidak dipastikan sejauh manakah Azmin akan mampu bertahan tetapi apa yang jelas, harapan beliau untuk menjadi pemimpin utama dalam PKR semakin samar.

Kalau pun Azmin kekal sebagai Timbalan Presiden, beliau tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana ‘bosnya’ adalah Wan Azizah. Dan ADUN Kajang itu dilihat lebih banyak sahamnya untuk meneruskan kesinambungan agenda perjuangan politik raih simpati PKR. Tambahan pula, dalam PKR Anwar juga mempunyai Nurul Izzah yang semua orang tahu berkongsi sentimen yang sama dengan Wan Azizah terhadap Azmin.

Keadaan itu sudah tentulah memungkinkan Azmin berada dalam keadaan tersepit dan terpaksa mengikut sahaja apa juga agenda politik yang akan ditentukan oleh Anwar dan mungkin selepas ini oleh Wan Azizah.

Oleh itu ramai pemerhati politik melihat Azmin telah melakukan percaturan politik yang salah apabila mahu terus kekal sebagai Timbalan Presiden, kata mereka Azmin sepatutnya mempunyai keberanian luar biasa untuk mencabar Wan Azizah.

Ini kerana berbanding Wan Azizah, Azmin jauh lebih berwibawa dan berkemampuan untuk memimpin PKR ke arah lebih cemerlang jika Anwar tidak dapat meneruskan karier politiknya.

Bagaimanapun, Azmin dilihat akur atau terperangkap dengan percaturan politik Anwar sebab itulah bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Noordin berkata, walaupun Azmin dianggap banyak pihak sebagai anak emas Anwar tetapi sebenarnya Wan Azizah lebih boleh dipercayai.

"Apa pun saya sebenarnya bersimpati dengan nasib Azmin. Sudahlah impian beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor terbantut akibat mainan politik licik Anwar, sekarang harapan mencabar Wan Azizah turut terhalang sekali lagi kerana mainan licik sandiwara politik Anwar,’’ katanya.

Sememangnya, siapa sebenarnya Azmin di mata Anwar tiada siapa pun dapat menduga. Sebelum ini Azmin dilihat hampir memenangi pertarungan dengan Abdul Khalid, apabila Anwar bersedia melakukan ‘Langkah Kajang’ dengan matlamat untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, tetapi impian itu tidak tercapai apabila Anwar terpaksa menarik sebagai calon dan meletakkan Wan Azizah sebagai penggantinya.

‘Langkah Kajang’ itu dilakukan bagi menamatkan krisis politik antara Abdul Khalid dan Azmin, buat seketika ia nampak akan berjaya apatah lagi ramai pemimpin-pemimpin PKR dikatakan menyokong usaha menggantikan Abdul Khalid.

Namun begitu senario kini sudah berubah apabila Wan Azizah memenangi kerusi DUN Kajang dan akan mempertahankan jawatan Presiden PKR.

Oleh itu Azmin perlu menerima hakikat bahawa dalam politik ia berkaitan kuasa dan kedudukan, jika itu mahu diambil kira sudah pasti kedudukan Azmin paling rapuh dalam PKR sekarang. Sama ada benar atau tidak teori ini, hanya Azmin ada jawapannya.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

  1. sekadar cakap kosong je!!

    azmin berusahalah utk menangkan anwar disamping dia sendiri pastikan dapat kekal jawatan yg disandang sekarang,(jika anwar menang azizah merupakan ahli pkr je)jika anwar gagal dalam rayuanya semua orang tau jawapanya,secara tak langsung azmin akan memangku jawatan presiden,tapi jika azmin kalah jadilah ahli biasa je menunggu belas parti utk diserap ditempat yg patut.

    BalasPadam
  2. Apa punya undang-undang mahkamah ni. Sudah kena penjara 5 tahun tapi boleh buat rayuan cabar mahkamah tuduhan sodomi. Boleh buat bail out dengan wang ringgit bagi datuk seri homo ni.

    Itu pasal keadaan politik Kerajaan Malaysia jadi cocar kacir.

    Buat parti pkr sudah memang cerdik mengencingkan rakyat penyokong pkr. Semua ketiga dan yang lain konco pkr memang penipu politik besar.

    BalasPadam