Isnin, Mac 31, 2014

Bermusuh dengan UMNO dan tidak mengaku Anwar sebagai 'peliwat' adalah antara kesilapan besar Nik Aziz?


Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bergenang air mata hari ini memohon maaf di atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri ini.

Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah 'kifarat' atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini.

Permohonan maaf itu dibuat ketika beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka di sebelah rumahnya di sini pagi ini.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.

"Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya yang dipetik daripada akaun laman sosial, Facebooknya di sini hari ini.






Turut hadir di kuliah itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Anwar Ibrahim.

Nik Abdul Aziz, 83, merupakan Menteri Besar paling lama dalam sejarah memerintah negeri ini.

Tokoh yang dikenali dengan pelbagai kenyataan kontroversi itu menerajui pemerintahan negeri ini selama lima penggal bermula pada tahun 1990 sehingga 2013.

Beliau melepaskan teraju pemerintahan kepada timbalannya, Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu kerana masalah kesihatan.

Dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada 12 Januari lalu, beliau buat pertama kalinya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya seperti masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya.





Difahamkan pada masa kini, Nik Abdul Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan 'tok guru' terpaksa lebih kerap berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk menerima rawatan.

Beliau juga tidak hadir pada himpunan Reformasi 2.0 di Kota Bharu yang disertai Anwar kerana tidak sihat.

Bagaimanapun sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan tersebut, keadaan dalaman Pas negeri ini agak berkecamuk dengan pergeseran di antara pemimpin.

Malah ada di antara pemimpin Pas mula mengkritik kepemimpinan Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan atas pentas ceramah secara terbuka.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Mac 30, 2014

#MH370 Hari ke-23: Hubungan perdagangan M'sia-China terus mantap?


Malaysia yakin hubungan pelaburan dan perdagangan dengan negara China akan terus mantap walaupun terdapat perasaan tidak puas hati rakyat negara itu berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan China memahami situasi sukar dialami Malaysia dalam menjalankan usaha mencari pesawat yang hilang sejak 8 Mac lepas.

"Kerajaan China memahami keadaan ini dan mereka berterima kasih dengan segala usaha dilakukan Malaysia dalam mencari pesawat ini," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Umno bahagian Jeli bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Seri Bendahara di sini.

Beliau berkata keyakinan itu juga bersandarkan kepada hubungan diplomatik Malaysia-China yang telah terjalin sejak 40 tahun lepas.

Katanya kementerian setakat ini belum melihat sebarang tanda kemerosotan aktiviti pelaburan dan perdagangan melibatkan China di negara ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Pelajar China gesa media henti burukkan imej Malaysia!

Pelajar China yang sedang mengikuti pengajian di Malaysia dan mereka yang pernah menuntut di negara ini, menggesa media China dan rakyat negara itu supaya tidak memburukkan imej Malaysia berikutan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370.

PRESIDEN Persatuan Alumni Pelajar Cina Malaysia (MACSA), Adam Huang (duduk, tengah) menunjukkan sijil penghargaan mengenai bantuan kerajaan Malaysia kepada China semasa gempa bumi tahun lalu ketika mengadakan sidang media mengenai tragedi pesawat MH370 di Wisma MCA di sini, hari ini.

Presiden persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA) Adam Huang berkata persatuan itu telah menghubungi media di China melalui kedutaan negara mereka di sini untuk memintanya tidak lagi mengutuk Malaysia.

"Kami telah menghubungi media di China supaya berhenti daripada mengutuk dan memburukkan imej Malaysia. Kami juga minta mereka membantu memulihkan kepercayaan rakyat China terhadap Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Di samping itu, kata beliau, MACSA memulakan usaha memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar berhubung tragedi itu melalui media sosial.

"Sejak minggu pertama tragedi ini, kami menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada negara ini dan memberi penjelasan tentang keadaan sebenar di sini," katanya.

Huang berkata pengguna media sosial juga diminta tidak lagi melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa Malaysia, kerana perbuatan itu memburukkan lagi keadaan.

Ditubuhkan pada 5 Jan 2012, persatuan itu kini mempunyai lebih 1,000 anggota. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa penerbangan pesawat itu "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Ia berdasarkan analisis data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini oleh syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch.

Suara Politik
Belantan

#MH370 : AKTRES ZHANG ZIYI GESA RAKYAT CHINA BOIKOT MALAYSIA?


Selebriti ternama China, Zhang Ziyi secara terbuka menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia dalam menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menerusi laporan Malaysiakini, pelakon yang popular menerusi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon itu menyatakan demikian di laman Weibo, sejenis laman sosial persis Twitter dan Facebook di China dengan mengutuk Malaysia dan menggesa agar warga China memboikot produk Malaysia.

Antara status yang dimuat naik oleh Zhang adalah seperti berikut:-

Kerajaan Malaysia, anda menyakiti dunia! Kami mencari pesawat tetapi anda mengutamakan politik.

“Kerajaan Malaysia, anda salah. Anda salah kerana tidak memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai kerajaan. Anda salah kerana mengutamakan usaha politik berbanding menghormati nyawa.

“Anda salah kerana tidak menghormati usaha seluruh dunia, termasuk usaha China untuk mencari kebenaran.

Salah seorang penumpang dalam pesawat malang tersebut adalah perekatari dan pelakon lagak ngeri popular Ju Kun yang pernah bekerjasama dengan Zhang.

Untuk rekod, Zhang sebelum ini pernah berlakon bersama Tan Sri Michelle Yeoh, aktres kelahiran Malaysia dalam dua filem besar iaitu Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) dan Memoirs of a Geisha (2005).

Status dari Zhang itu dimuat naik selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu mengumumkan pasukan penyiasat percaya penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi, jauh dari sebarang daratan.

Tindakan Zhang itu selari dengan sentimen para waris penumpang warga China, yang berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan MAS.

Laporan menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan mempamerkan kain rentang.

Suara Politik
Belantan

#MH370 Hari Ke-22 : Syarikat China boikot penerbangan MAS?


Beberapa agensi pelancongan online di China mengumumkan memboikot penggunaan khidmat penerbangan syarikat Malaysia Airlines (MAS) sehingga misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370 diselesaikan.

Perkara berikut dilaporkan South China Morning Post.

Syarikat pelancongan China itu termasuk eLong, LY.com, Qunar dan Mango yang turut merupakan antara agensi pelancongan dalam talian yang terbesar di China. Boikot tersebut dijalankan susulan kemarahan orang ramai di China terhadap MAS dan apa yang dianggap sebagai ketidakcekapan kerajaan Malaysia menangani krisis.

"Kami akan meneruskan boikot ini sehingga kerajaan Malaysia dan MAS mendedahkan semua maklumat yang mereka ada untuk mencari kebenaran tentang kehilangan pesawat itu secepat mungkin," kata kenyataan eLong yang disebarkan melalui rangkaian sosial media, Weibo.


Syarikat itu juga mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan sebanyak 100,000 yuan (lebih kurang RM11,700) kepada waris dua penumpang MH370 yang membuat tempahan menggunakan laman webnya.

LY.com juga membuat kenyataan yang mengatakan akan membayar pampasan kepada pelanggannya yang mahu membatalkan tempahan mereka dengan MAS.

Namun tidak semua syarikat China sertai boikot tersebut kerana sebuah syarikat lagi, CTrip.com tidak mendapat persetujuan bahagian jualan.

Tahniahlah diucapkan kepada DAP dan tentera siber mereka (RBA) kerana telah berjaya menghasut kaum kerabat mereka di China untuk berdemo di hadapan kedutaan Malaysia dan seterusnya memboikot MAS!

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Mac 29, 2014

#MH370 Hari Ke-21 : Rakyat M’sia suarakan pendapat pada laman Facebook CNN?




Sepanjang operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, wartawan dan agensi media seluruh dunia tanpa henti cuba mencari kebenaran dan ada juga yang turut cuba membuat kesimpulan sendiri tentang apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat tersebut.

Dalam kebanyakan media antarabangsa yang telah mengherdik pihak tertentu ketika sidang media, terdapat beberapa agensi media antarabangsa yang menjadi penyebab sakit hati dikalangan warga dunia dan warga negara. Bukan kerana cuba mencari kebenaran, tetapi kerana memberi laporan salah, fakta salah, menempatkan Kuala Lumpur di Indonesia, menukar nama Perdana Menteri Malaysia Najib Razak kepada Najib Rahman sewenangnya dan hanya memperlihatkan bahagian negatif Malaysia.

Baru-baru ini dilihat di laman Facebook agensi berita antarabangsa, CNN, beberapa orang memperlihatkan pendapat mereka tentang cara CNN melaporkan berita sepangjang kehilangan MH370.

Suara Politik
Belantan

DIKECAM PASAL #MH370, 14 RIBU RESPON KENYATAAN BALAS SHILA AMZAH?


Kasihan juga dengan nasib yang menimpa penyanyi dan komposer muda, Shila Amzah yang semakin hari semakin menunjukkan taring dalam persembahannya.

Disebabkan kemarahan China ke atas Malaysia berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dibuat pihak kerajaan bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi selepas berhari-hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan, tempiasnya turut terkena pada Shila Amzah yang kini masih berjuang dalam program realiti, I Am A Singer terbitan Hunan TV di China.

Begitu juga dengan beberapa penyanyi Malaysia yang terkenal di sana khususnya Fish Leong dan Gray Chaw. Pelbagai kata nista yang telah dilemparkan terhadap anak seni kelahiran tempatan ini termasuklah gelaran pembunuh.

Prihatin dengan sentimen segelintir masyarakat China yang sedang marah kerana beranggapan Malaysia sengaja menyembunyikan fakta sebenar tentang tragedi yang menimpa #MH370 serta tidak percaya bahawa bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi, Sheila Amzah telah menaikkan posting di laman Isntagram peribadinya yang berbunyi: "“MH370 is not my fault...I'm very sorry, please.”

Kenyataan balas Shila Amzah berhubung isu kecaman segelintir masyarakat China ini nampaknya telah mendapat respon 14 ribu peminatnya yang rata-rata adalah daripada negara China sendiri.

Kebanyakan mereka meminta Shila Amzah supaya bertenang dan jangan risau kerana tidak semua masyarakat China yang mengecamnya. Malah, mereka juga memberitahu bahawa mereka memahami apa yang berlaku itu adalah satu tragedi dan ianya bukan salah Shila sama sekali.

Bukan setakat itu saja, mereka juga memberitahu bahawa mereka akan sentiasa menyokong Shila dan berharap Shila tidak akan patah semangat (bukan patah seribu ya) untuk terus melebarkan bakat dan kerjaya seninya di negara republik tersebut.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Mac 28, 2014

#MH370 Hari Ke-20: China pohon lebih ramai pakar negara tersebut terlibat?


Kerajaan China memohon agar lebih ramai pakar dari negara China dilibatkan dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang penerbangannya dikatakan berakhir di Lautan Hindi.

Menurut laporan, kenyataan berikut disampaikan Timbalan Menteri Luar China, Zhang Yesui pada pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu.

Jurucakap Kementerian Luar China berkata negara itu enggan berputus asa mencari lokasi sebenar MH370 dan meminta Malaysia membenarkan pakarnya meneliti segala data serta maklumat yang diperolehi.

China sebelum ini meminta Malaysia menyerahkan bukti serta data satelit yang membawa kepada kesimpulan MH370 terhempas di Lautan Hindi.

Selain memberi tumpuan kepada usaha mencari, China berkata pihaknya tidak akan melupakan kebajikan ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan.

Katanya usaha membantu keluarga penumpang dari segi penjagaan kesihatan fizikal dan mental akan dipertingkatkan bagi memastikan kesejahteraan mereka.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Mac 27, 2014

#MH370 Hari Ke-20: Pesawat SAR patah balik kerana cuaca buruk?


Hari ini memasuki hari ke-20 operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi. Namun pesawat terpaksa patah balik kerana cuaca buruk. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah membuat kenyataan tersebut melalui akaun Twitter mereka. Bagaimanapun, kapal-kapal yang berada di kawasan tersebut dibenarkan meneruskan operasi mencari.

Menurut laporan Bernama, terdapat 11 pesawat dan 5 buah kapal yang sertai operasi pencarian hari ini. Pesawat yang digunakan dalam misi ini telah diarah untuk kembali semula ke Perth dari kawasan mencari yagn dipercayai lokasi pesawat MH370 berakhir. Kapal masih lagi teruskan pencarian.

“Ramalan di kawasan itu mendapati terdapat ketulan ais, angin kuat dan jarak penglihatan hampir sifar,” pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang bertangungjawab ke atas pesawat P8 Poseidon, Leftenan Komander Adam Schantz memberitahu Reuters.

Operasi pencarian dibahagikan kepada dua kawasan yang meliputi 78,000 kilometer persegi, di selatan Lautan Hindi.

Suara Politik
Belantan

#MH370 Hari ke-19: MAS, Boeing akan disaman RM4.5 bilion?


Ahli keluarga mangsa-mangsa penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memfail saman RM4.95 bilion terhadap Boeing dan MAS di Amerika Syarikat.

Firma yang berpusat di Chicago; Ribbeck Law Chartered yang bertindak untuk mewakili ahli-ahli keluarga, telah mula memfail satu petisyen penemuan di mahkamah Illinois.

Monica Kelly, peguam utama dari Ribbeck Law, kata mereka adalah pakar dalam undang-undang penerbangan dan telah dihubungi oleh ahli keluarga dari China serta Indonesia.

Daripada 239 penumpang dalam kapal MH370, 154 adalah rakyat China, 49 rakyat Malaysia dan tujuh rakyat Indonesia.


Kelly berkata mereka telah bercakap dengan ahli-ahli keluarga di beberapa negara dan menjangka lebih kurang separuh daripada mereka akan mengambil bahagian dalam kes saman ini.

Selain itu, Kelly berkata mereka akan siasat sama ada pesawat Boeing 777-200ER itu ada apa-apa masalah teknikal dan fakta bangkai pesawat MH370 atau penumpang dijumpai atau tidak, tidak akan menjejaskan kes.

"Kami mempunyai kes berjaya di mana kapal terbang, mangsa mahupun kotak hitam tidak dijumpai," kata Kelly dalam sebuah sidang media tadi.

Manuel Von Ribbeck, dari Ribbeck Law, kata mereka 100 peratus yakin untuk memenangi kes ini.

Dia menjelaskan bahawa di mata undang-undang, penumpang tidak pernah bersalah terhadap apa yang berlaku dan kes ini akan tentukan sama ada mereka dibayar pampasan yang sepatutnya.

Ribbeck kata liputan untuk pampasan adalah kira-kira US$1.5 bilion, dan firma akan menuntut amaun maksimum yang perlu dibayar.

Untuk tujuan perbicaraan, firma menganggap semua penumpang telah meninggal berdasarkan pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Mac 26, 2014

Mahkamah Putuskan Anwar Cenderung Melakukan Homoseksual?



PUTRAJAYA 26 Mac - Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi menolak permohonan semakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu dalam kes liwat melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang diputuskan sembilan tahun lalu.

Dalam penghakiman bertulis tersebut, tertera beberapa kes yang menyatakan Anwar mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual bersama Azizan pada ketika itu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebulat suara menolak permohonan semakan Anwar untuk memadamkan kenyataan berkenaan daripada penghakiman majoriti yang diputuskan sembilan tahun lepas oleh Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad.

Abdul Hamid, yang kemudian dilantik Ketua Hakim Negara dan bersara pada 2008, dalam keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Persekutuan pada 2 Sept 2004, membebaskan Anwar terhadap tuduhan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada 1994.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Zulkefli berkata Abdul Hamid berhak membuat kenyataan itu ketika menyampaikan keputusan majoriti berkenaan kerana terdapat bukti yang mencukupi pada rekod untuk mewajarkan ulasan itu.


Beliau berkata penghakiman majoriti itu menerima bahawa kejadian seksual itu sebenarnya telah berlaku tetapi ada keraguan bilakah kejadian itu berlaku.

Hakim Zulkefli berkata keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar itu adalah berdasarkan fakta bahawa tarikh kesalahan itu tidak dibuktikan dan tiada pada bila-bila masa mahkamah memutuskan kesalahan seksual itu tidak berlaku.

"Pada pandangan kami, keputusan yang dicapai dalam penghakiman majoriti di dalam kenyataan yang mahu dibuang itu sebenarnya berdasarkan bukti yang ditemui di dalam rekod rayuan.

"Sehubungan itu kenyataan berkenaan tidak boleh disebut sebagai 'pendapat peribadi' hakim berkenaan yang memutuskan keputusan majoriti," katanya.

Anwar berkata kenyataan yang menjadi persoalan di dalam penghakiman majoriti itu harus dikeluarkan kerana ia adalah pendapat peribadi Abdul Hamid dan bukan merupakan asas untuk penghakiman majoriti.

Kenyataan yang Anwar mahu keluarkan ialah "kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang-kadang..."


Sukma Darmawan ialah adik angkat Anwar yang didakwa bersama-sama Anwar terhadap pertuduhan meliwat.

Hakim Zulkefli berkata Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bahawa kenyataan itu adalah sebahagian daripada proses analisis yang dijalankan Abdul Hamid ketika menimbangkan keputusan majoriti itu.

Beliau berkata jika mahkamah membenarkan permohonan Anwar, ia akan membuka peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk membuat permohonan sama untuk menyunting penghakiman mahkamah bagi memenuhi tujuan masing-masing.

"Pada pandangan kami ini dianggap mengganggu proses kehakiman, yang tidak dibenarkan," kata Hakim Zulkefli.

Beliau berkata permohonan Anwar bukan kes yang sesuai dan wajar bagi Mahkamah Persekutuan menggunakan bidang kuasa semakan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk mengeluarkan suatu perintah memadamkan kenyataan itu.

Empat lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang menganggotai panel itu ialah Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.

Pada 2 September 2004, Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengenepikan sabitan kesalahan meliwat.

Anwar telah terselamat dari hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.

Suara Politik
Belantan

Bagaimana Inmarsat rungkai misteri?


Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat akhirnya membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selama 17 hari, selepas data-data yang disalurkan oleh satelit itu mengesahkan kapal terbang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Data-data yang disalurkan oleh Inmarsat memberi petunjuk kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi di barat Perth.

Dengan menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam mana-mana siasatan melibatkan kehilangan dan kemalangan pesawat, satelit Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom mengesahkan pesawat MH370 terbang sepanjang laluan ke koridor selatan dan mengesahkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi.

Berdasarkan maklumat data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan perasaan penuh sedih dan terharu malam kelmarin mengumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bahawa pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Satelit Inmarsat telah memainkan peranan penting bagi membantu mengesan kehilangan pesawat MH370 sejak berita kehilangan MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu.

Tujuh hari selepas pesawat MAS itu hilang, satelit Inmarsat dilapor menerima isyarat 'ping' daripada pesawat MH370 lima jam selepas kapal terbang itu hilang dari radar.

Sebuah satelit Inmarsat turut mengesan isyarat 'jabat tangan' (handshake) daripada MH370 selama beberapa jam, sebelum syarikat itu mengeluarkan satu kiraan berdasarkan datanya, menunjukkan pesawat tersebut kemungkinan terbang menuju koridor utara sehingga ke Turkmenistan dan koridor selatan menjangkau Lautan Hindi.

Data itu turut mengalih tumpuan operasi mencari dan menyelamat dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi dan bahagian daratan sehingga ke Turkmenistan dalam satu operasi mencari yang dilancarkan secara besar-besaran melibatkan 26 buah negara.

Inmarsat ditubuhkan pada 1979 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang juga merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa ini, Inmarsat memiliki 10 buah satelit terletak pada ketinggian 35,786 kilometer dari paras bumi termasuk satelit Inmarsat-5, Alphasat, I-3, I-4 dan Inmarsat-2.

Suara Politik
Belantan

MH370 Hari ke-18: China minta data satelit daripada Malaysia?


Kerajaan China telah meminta segala data analisis satelit yang berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikumpul oleh Malaysia.

Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng membuat permintaan tersebut semalam kepada Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.

Xie mengadakan pertemuan dengan duta Malaysia itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir" di kawasan selatan Lautan Hindi, berdasarkan kepada data terbaru satelit.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Mac 25, 2014

#MH370: PM mahu polis siasat segenap sudut?


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan rapi dari segenap sudut berhubung tragedi yang menimpa MH370.

Perdana Menteri berkata walaupun jawapan sebenar kepada misteri kehilangan pesawat itu hanya boleh diketahui melalui rakaman perbualan kokpit di dalam kotak hitam, namun mereka perlu komited dan profesional semasa menjalankan siasatan.

"Siasatan lain amat perlu dilakukan kerana keluarga mangsa mahukan jawapan segera. Ini merupakan satu tragedi besar dan menyayat hati Malaysia dan negara lain.

"Misi menjejaki pesawat MH370 dijalankan bersama PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan 26 buah negara, namun siasatan punca kejadian perlu dilakukan secara rapi bagi mengurangkan spekulasi," katanya dalam ucapan perasmian sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Najib mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sehubungan itu, polis juga telah mengambil keterangan lebih 50 individu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat terbabit.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata antara yang sudah diambil keterangannya ialah staf Jabatan Penerbangan Awam, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia selain anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Siasatan masih berdasarkan kepada empat aspek yang diumum sebelum ini iaitu kemungkinan dirampas, sabotaj, keadaan psikologi dan masalah peribadi penumpang serta anak kapal.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.


Sebelum itu, Inmarsat, AAIB temui bukti kukuh!

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, terdapat beberapa bukti kukuh yang boleh mengesahkan dakwaan MH370 hilang di Laut Hindi.

Menurutnya, bukti tersebut telah diperoleh dan dianalisis oleh Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan Inmarsa.

"Antara bukti yang boleh dipercayai ialah data yang mengesan lokasi terakhir pesawat MMH370, iaitu di Laut Hindi, selain itu, tidak ada lapangan terbang berdekatan dengan lokasi terbabit.

"Lokasi kawasan tersebut amat luas.... dan peluang bagi penumpang untuk bertahan di atas permukaan air agak tipis," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Menurutnya lagi, pasukan penyiasat sedang bekerjasama erat dengan pasukan pencarian bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berhubung dengan kenyataan pesawat hilang di Laut Hindi 8 Mac lalu.

"Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, kami menunggu maklumat terbaru untuk disalurkan kepada media serta keluarga penumpang dan krew MH370," katanya.

Suara Politik
Belantan

Penerbangan MAS ke Seoul dilencong ke Hong Kong ekoran generator tidak berfungsi?


Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan pesawat MH006 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam tadi, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

"Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat," katanya.

MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain.

"Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur," katanya.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Mac 24, 2014

Pesawat MAS- Kathmandu terselamat daripada bencana?


Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.

Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.

Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.

Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).

Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.

Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.

Suara Politik
Belantan

Ahli Parlimen Shah Alam sakit jiwa : Khalid Samad cemburu sambutan hebat majlis selawat?


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mungkin kurang senang dengan kehadiran ratusan ribu umat Islam dalam majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya kelmarin sehingga terpaksa memperlekehkan penganjuran majlis itu.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim berkata, beliau difahamkan, ramai ahli dan penyokong Pas turut serta dalam majlis selawat itu tetapi hanya sebilangan kecil datang ke perhimpunan Reformasi 2.0 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Kajang yang berlangsung pada waktu yang sama.

Katanya, kumpulan penyokong Pas itu memilih majlis selawat kerana berasakan program berkenaan amat baik berbanding program tidak bermanfaat untuk kepentingan seorang individu yang diadakan di Kajang.

"Saya ingin bertanya kepada Khalid, adakah beliau cemburu kerana ramai penyokong Pas hadir di majlis selawat yang diadakan di Putrajaya tetapi tidak ramai hadir dalam program di Kajang pada tarikh sama?

"Saya ada berbual dengan beberapa pemimpin PKR dan Pas di sebuah kedai sate terkemuka di Kajang pada masa itu. Mereka berikan alasan penyokong tidak ramai datang kerana ada urusan kerja sedangkan cuaca amat baik pada hari itu," katanya di sini hari ini.

Semasa berceramah dalam perhimpunan Reformasi 2.0 di Kajang kelmarin, Khalid berkata: "Mahu berselawat kepada nabi memang digalakkan dan baik tetapi tidak memadai dengan hanya sekadar menyatakan kasih kepada rasul tetapi pada masa sama mempertahankan pemerintahan yang zalim, rasuah dan korup."


Sementara itu, Zamil turut membidas Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor itu kerana mempertikaikan penganjuran majlis bercorak keagamaan tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kita hendak tanya Khalid adakah beliau dan sebahagian pemimpin pembangkang sahaja orang Islam tulen. Kenapa apabila Perdana Menteri dan isteri buat kebaikan, semuanya tidak betul.

"Kenapa hendak pertikai orang buat kebaikan. Saya anggap ini satu perbuatan biadab dan sangat tidak beretika apabila mempersoalkan orang buat kebaikan," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Hafizam Harun menyelar Khalid dan mempersoalkan apakah hak Ahli Parlimen Shah Alam itu untuk mempertikaikan penganjuran majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul.

Katanya, Khalid mungkin iri hati apabila melihat UMNO menganjurkan program keagamaan kerana bimbang akan menarik sokongan penyokong Pas kepada parti terbesar orang Melayu dan Islam itu.

"Kita tengok pada malam majlis selawat perdana itu, pembangkang buat perhimpunan untuk memburuk-burukkan kerajaan di Kajang dan sibuk berkempen untuk pilihan raya kecil kawasan itu.

"Apa salahnya, jika mereka bawa umat Islam yang datang dalam perhimpunan di Kajang untuk bersama-sama meramaikan majlis selawat perdana di Putrajaya," katanya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Mac 23, 2014

#MH370: Usah dilayan agenda jahat media asing?


Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak mela­yan laporan negatif media asing berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)­ MH370 adalah tepat sekali.

Sememangnya sesiapa juga yang mengikuti laporan media asing khususnya dari Barat, kita akan mendapati bagaimana mereka membuat laporan-laporan yang jelas bertujuan untuk memburuk-burukkan Malaysia.

Apa yang cuba digambarkan media tersebut kepada dunia ialah Malaysia terlalu perlahan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan cuba menyembunyikan fakta sebenar berhubung pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Agenda media barat inilah yang memungkinkan sesetengah ahli keluarga penumpang MH370 khususnya dari China turut terpengaruh dan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Malaysia dan Mas.

Walaupun memahami bahawa operasi mencari bukan sahaja melibatkan Malaysia tetapi juga 25 negara lain yang dilengkapi dengan pelbagai aset canggih, namun ia tidak dilaporkan secara adil oleh media barat.

Sasaran mereka hanyalah Malaysia dan MAS sehinggakan apa juga penjelasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak itu seolah-olah ditolak mentah-mentah.

Atas sebab itulah dalam sidang akhbar harian yang dikendalikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein , media barat mengemukakan soalan-soalan provokasi yang bertujuan menunjukkan kelemahan Malaysia.


Bagaimanapun sehingga semalam, usaha itu masih gagal berikutan ketenangan dan kebijaksanaan Hishammuddin menjawab soalan wartawan biarpun beliau sendiri ‘diserang’ dengan soalan berbentuk peribadi termasuklah pertanyaan adakah beliau sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keadaan itulah yang dilihat semakin menimbulkan perasaan tidak puas hati media asing yang mahu memastikan Hishammuddin yang mewakili kerajaan Malaysia dalam mengendalikan isu kehilangan MH370 itu terperangkap dengan agenda jahat mereka.

Apa yang mereka mahukan ialah Hishammuddin bersetuju dengan teori dan spekulasi mereka termasuklah cuba mengaitkan kehilangan pesawat tersebut dengan fahaman politik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mengendali pesawat tersebut. Tetapi ternyata niat mereka tidak kesampaian apabila Hishammuddin secara tegas menyatakan mencari pesawat itu mengatasi soal politik.

Begitu juga apabila mereka cuba menafikan fakta bahawa MAS sudah melakukan segala-segalanya untuk memastikan kebajikan ahli keluarga krew dan penumpang terbela. Mereka bukannya tidak tahu bahawa MAS sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada ahli keluarga dan memberikan segala kemudahan yang diperlukan tetapi ini tidak diberi pujian kerana matlamat media asing ialah memburuk-burukkan Malaysia dan MAS.

Kalau benarlah media asing prihatin sangat berhubung soal itu kenapakah mereka tidak bertanya apa pula sumbangan China Southern Airlines memandangkan penerbangan MH370 berdasarkan kepada perkongsian kod antara dua syarikat penerbangan tersebut.


Kita akui warga China paling ramai dalam pesawat tersebut tetapi ini tidak bermakna MAS harus memberikan keistimewaan kepada mereka sahaja sehingga mengetepikan ahli keluarga penumpang yang lain. Dalam soal ahli keluarga warga China itu kerajaan dan MAS berusaha sedaya upaya menjaga kebajikan mereka. Ia termasuklah menghantar delegasi pegawai peringkat tinggi termasuk ke Beijing untuk bertemu dengan mereka.

Begitulah juga apabila media barat cuba menggambarkan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu dan tidak memberikan fakta sebenar berhubung kejadian kehilangan pesawat tersebut.

Dakwaan seumpama ini sama sekali tidak berasas kerana Malaysia bukannya bersendirian dalam operasi mencari tetapi ia melibatkan 25 negara lain. Adalah mustahil untuk Malaysia menyembunyikan apa-apa fakta dan kerajaan Malaysia tidaklah bodoh untuk berbuat demikian kerana ini bukannya isu kehilangan sebuah pesawat kawalan jauh tetapi sebuah pesawat besar yang mengandungi 239 penumpang dari pelbagai negara.

Mungkin media asing begitu teruja untuk memburuk-burukkan Malaysia disebabkan ada dalam kalangan rakyat negara ini berkongsi sentimen dengan mereka hanya kerana berbeza fahaman politik.

Sepatutnya dalam keadaan Malaysia menghadapi ujian yang cukup besar ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik bersatu tetapi malangnya ada dalam kalangan kita seolah-olah sudah terhakis semangat patriotismenya.

Apa pun, media asing boleh meneruskan agenda jahat mereka untuk memburuk-burukkan Malaysia dengan menjadi kehilangan pesawat MH370 sebagai agenda terbesar tetapi kita juga yakin usaha itu tidak akan ke mana.

Ia memandangkan majoriti masyarakat dunia amat memahami usaha keras yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan negara-negara sahabat termasuk Amerika Syarikat (AS).

Biarlah media barat dengan misi tersebut kerana misi utama kerajaan Malaysia bukannya melayan ‘kegilaan’ laporan negatif media asing tetapi mencari di manakah MH370.

Oleh : Zulkifli Bakar

Suara Politik
Belantan

#MH370 Hari ke-15: Operasi pencarian diperhebat susulan objek besar dikesan satelit China?


Pencarian penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) diperhebatkan selepas satu objek besar terapung dikesan oleh satelit China di koridor selatan Lautan Hindi.

Maklumat mengenai penemuan objek itu yang dikesan oleh satelit pemerhati China "Gaofen-1" kira-kira 12 tengah malam pada 18 Mac waktu Beijing telah disampaikan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa beliau mengadakan sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang dekat sini hari ini.

Maklumat daripada Duta China ke Malaysia Huang Huikang disampaikan kepada Hishammuddin dalam nota bertulis.

Agensi berita nasional China Xinhua dalam laman webnya www.xinhuanet.com berkata jurucakap Kementerian Luar negara itu Hong Lei berkata China telah memaklumkan kepada Malaysia dan Australia selepas satelitnya mengesan objek berkenaan, berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar, di selatan Lautan Hindi.

Satu lagi agensi kerajaan China, Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Negara (Sastind) berkata imej dari satelit itu merakamkan objek berkenaan pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longtitud timur, di selatan Lautan Hindi.

Menurut Xinhua, lokasi objek berkenaan dikesan di sepanjang laluan koridor selatan yang mungkin dilalui oleh Penerbangan MH370, dan kira-kira 120 km ke barat dari lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenayataan berkata China menyalurkan imej satelit kepada Australia yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di koridor selatan pada Sabtu.

AMSA berkata ia akan mengambil kira maklumat itu dalam pelan pencariannya pada Ahad.

Ia telah menentukan kedudukan dan ia terletak dalam kawasan pencarian pada Sabtu. AMSA menambah kapal tentera laut Diraja Australia HMAS Success telah tiba di kawasan pencarian dan begitu juga dua buah kapal dagang juga berada di kawasan itu. Hishammuddin pada sidang media itu berkata kapal-kapal China telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk mengenal pasti penemuan objek itu.

Penemuan objek itu oleh China di koridor selatan, kira-kira 2,500 km ke baratdaya Perth, Australia, telah memberi harapan bahawa ia akan menghasilkan penemuan pesawat yang hilang itu.

Hari ini, pasukan mencari dan menyelamat menumpukan pencarian di kawasan kira-kira 10,500 batu nautika persegi untuk menjejaki pesawat itu.

Hishammuddin berkata pada umumnya, keadaan di kawasan pencarian koridor selatan amat mencabar kerana kedalaman lautannya antara 1,150 meter dan 7,000 meter.

"Di kawasan yang kemungkinan objek-objek itu dikenal pasti oleh pihak berkuasa Australia, keadaan ombak pula kuat dan laut bergelora," kata beliau dan menambah bahawa amaran taufan "Gillian" telah dikeluarkan di koridor selatan hari ini. Mengenai pencarian di koridor utara, Hishammuddin berkata China, Pakistan, India, Myanmar, Laos, Kyrgyztan dan Kazakhstan telah memaklumkan secara lisan kepada operasi SAR bahawa berdasarkan analisis awal, radar mereka tidak mengesan pesawat tersebut.

Ketika pencarian MH370 tetap menjadi keutamaan Malaysia, Hishammuddin berjanji bahawa pihak berkuasa Malaysia akan melakukan apa saja yang termampu untuk memaklumkan keluarga penumpang MH370 mengenai perkembangan terkini.

Dalam perkembangan lain, pusat media bagi petugas yang membuat liputan tentang pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur mulai esok.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan hari ini, pemindahan itu berikutan komitmen Hotel Sama-Sama kepada tetamu yang datang sempena Grand Prix Formula 1 Jumaat ini.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac.

MH370 sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Mac 22, 2014

#MH370 Hari ke-15: Komunikasi 54 minit terakhir didedahkan?


Komunikasi antara pesawat MAS MH370 dan menara kawalan pada 54 minit terakhir telah didedahkan.

Transkrip komunikasi tersebut menunjukkan komunikasi juruterbang dengan beberapa pengawal trafik udara bermula dari masa berlepas dari KLIA sehingga kedudukan terakhirnya beberapa puluh ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Penganalisis berpendapat terdapat dua perkara yang menonjol yang dipercayai menunjukkan pesawat itu disabotaj.

Perkara pertama ialah mesej dari kokpit pada 01:07 yang merupakan ulangan mesej yang disampaikan enam minit terdahulu.

Apa yang menimbulkan persoalan ialah peranti isyarat pesawat ACARS dipadamkan 30 minit selepas mesej ini disampaikan.

Adakah ini satu petunjuk daripada kokpit?

Perkara kedua ialah penyerahan kawalan trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Ho Chi Minh.

Penyiasat berkata ini merupakan masa yang amat sesuai untuk merampas pesawat tersebut kerana ini ialah satu-satunya masa pesawat mereka mungkin tidak dapat dilihat buat seketika dari bawah.

Transkrip ini belum disahkan oleh pihak MAS, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pejabat Perdana Menteri.


Suara Politik
Belantan

#MH370: PM Australia ulangi 2 objek mungkin tiada kaitan?


PORT MORSBY - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini mengulangi amaran bahawa dua objek dikesan satelit di kawasan selatan Lautan Hindi mungkin tiada kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Saluran televisyen CNN melaporkan, Abbott turut berjanji akan merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut dalam usaha membantu ahli keluarga penumpang pesawat itu.

"Ia mungkin hanya satu bekas atau kontena yang terjatuh daripada sebuah kapal," katanya dalam lawatan ke Papua New Guinea. - Agensi

Suara Politik
Belantan

# MH370 Hari ke-13: Penemuan objek belum disahkan?


Penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut laporan Astro Awani, Hishammuddin mengakui penemuan dua objek oleh satelit Australia itu merupakan yang terbaik setakat ini.

"Ia yang terbaik setakat ini tetapi masih tidak boleh disahkan dan kita melihat semua penemuan pada tahap yang sama," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Awal hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat, objek bersaiz 24 meter ini berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER!

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Mac 21, 2014

Dasar suka sama suka, kenapa Anwar diam?


Baru-baru ini, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong menyifatkan bahawa hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut dilakukan `atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.

Katanya, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya diguna pakai sekiranya perbuatan tersebut dilakukan atas dasar paksaan sedangkan dalam kes ini dilakukan atas kerelaan mangsa.

Kenyataan Christopher ini mengejutkan banyak pihak dan boleh memberikan berbagai-bagai tafsiran dan implikasi.

Tafsiran pertama bahawa perbuatan itu berlaku. Implikasinya terhadap sistem nilai Islam adalah besar. Christopher mengambil pendirian sistem nilai liberal sedangkan Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan ialah orang Islam.

Anwar ialah majikan Mohd. Saiful. Sebagai orang Islam pertimbangan syarak menjadi asas ukuran terhadap apa yang berlaku.

Anwar yang sedang berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjadikan kes hukuman terhadap sebagai modal ceramah harus mempunyai sikap terhadap kenyataan Christopher itu.

Tafsiran yang terdapat dalam kalangan khalayak ialah negatif. Melainkan Anwar dan Wan Azizah menyaman Christopher dengan kenyataan itu. Bolehkah ini terjadi kerana selama ini Majlis Peguam bermula zaman Datuk S. Ambiga lagi menjadi rakan sekutu Anwar?

Isu hukuman lima tahun itu seperti biasa dijadikan modal politik meraih simpati. Terbitlah tuduhan biasa bahawa ia adalah konspirasi dan kezaliman berlaku terhadap Anwar.

Khalayak amat maklum bahawa perbicaraan panjang di Mahkamah Tinggi dengan 69 penangguhan dan tidak tampil saksi-saksi alibi bagi pihak Anwar adalah suatu testimoni bahawa ia bukan sebuah mahkamah kanggaru.


Mahkamah Rayuan meneliti apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi dan beberapa kesamaran didengar semula dengan asas hujah dan bukti. Ternyata pihak pembelaan tidak mampu mempertahankan hukuman Mahkamah Tinggi dan akhirnya keputusan baru dibuat.

Yang nyata waktu keputusan Mahkamah Rayuan dibuat tidak ramai penyokong Anwar berada di mahkamah. Apakah ini petanda bahawa sokongan terhadap Anwar sudah semakin merosot?

Anwar dan Wan Azizah cuba menggunakan PRK DUN Kajang sebagai medan meraih simpati. Ia sudah menjadi politik peribadi bukannya politik yang mendukung isu-isu rakyat dan isu-isu nasional.

Yang paling hairan sekali Pas tidak membuat apa-apa komen mengenai kenyataan Christopher itu. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam perlakuan "suka sama suka" itu mempunyai kesan terhadap hukum syarak.

Apakah kerana pertimbangan politik PRK DUN Kajang, Pas mengambil sikap berdiam diri dibimbangi kalau Pas mengambil pendirian ia boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap Wan Azizah?

Isu syarak seharusnya menjadi keutamaan bagi Pas. Pada masa dahulu Pas lebih utamakan kepentingan politik mengatasi kepentingan syarak dalam banyak perkara. Kenyataan Christopher ini menjadi salah satu lagi isu yang menyebabkan Pas kelu dan kaku.

Sepatutnya isu hukuman lima tahun penjara tidak sepatutnya menjadi bahan kempen Anwar dan Wan Azizah dengan pelbagai tuduhan. Anwar masih ada satu saluran iaitu Mahkamah Persekutuan untuk menegakkan kebenaran bagi pihak dirinya.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menafikan dakwaan campur tangan dalam keputusan badan kehakiman. Bagi hakim katanya, apa saja keputusan mereka buat perlu memberikan sebab dan sebab itu tertakluk kepada penelitian Mahkamah Rayuan.

Menuduh pihak tertentu melakukan konspirasi memang mudah dan memikat orang lain. Melakukan konspirasi melibatkan banyak pihak. Apakah ada asas bukti yang kukuh menyatakan konspirasi itu terjadi? Ia hanya bersifat provokasi untuk mengalihkan isu dan melakukan helah peribadi.

Pengundi Kajang harus bijaksana menilai antara politik simpati yang mengulangi skrip lama kepada politik realiti yang menuntut kewibawaan dan integriti.

Sekiranya ini tidak berlaku senario politik negara masih diwarnai pandangan popular sekadar mendapatkan simpati. Ia adalah tidak sihat.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Mac 20, 2014

Majlis Peguam sahkan Anwar meliwat : Christopher enggan ulas?


Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong 'mengelak' daripada memberi komen berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim walaupun pernah mengulasnya pada Ahad lalu.

Christopher mendakwa, dia tidak boleh memberi komen mengenai perkara berkenaan kerana belum mendapat penghakiman kes tersebut yang menjelaskan kenapa mahkamah memutuskan untuk menyabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

"Kami tidak akan membuat komen mengenainya," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam Ke-68 di sini hari ini.

Sebelum ini, Christopher menyifatkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Anwar akibat kes liwat sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut dilakukan atas 'dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.


Menurut Christopher, kesalahan di bawah Seksyen 377A (Kanun Keseksaan) yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya diguna pakai jika perbuatan itu dilakukan atas dasar paksaan sedangkan dalam kes Anwar, perbuatan tersebut dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan laman web rasmi Majlis Peguam.

Berikutan itu Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mencabar Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil tindakan undang-undang ke atas Christopher kerana mengeluarkan kenyataan perlakuan liwat Ketua Pembangkang itu dilakukan atas dasar suka sama suka.

Sementara itu, Kenyataan Majlis Peguam buktikan perlakuan Anwar!

Kenyataan Majlis Peguam bahawa hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana dilakukan suka sama suka sebenarnya merupakan satu lagi pengesahan perlakuan itu sememangnya berlaku.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, semua pihak mengetahui majlis tersebut sentiasa menyebelahi pembangkang dan kenyataan berkenaan juga langsung tidak membantah perbuatan seks luar tabie itu.


"Sebelum ini Majlis Peguam sentiasa memihak pembangkang dalam banyak perkara, ini jelas sekali tetapi dalam kes ini mereka tidak perasan sudah mengiyakan perlakuan liwat itu berlaku. Ini yang orang tak sedar kerana Majlis Peguam mempersoalkan mengapa

Anwar dihukum sedangkan mangsa liwat, (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) tidak dihukum.

"Sebenarnya ini bukan soal suka sama suka atau tidak. Perkara utamanya perbuatan liwat adalah satu kesalahan undang-undang dan Mohd. Saiful Bukhari sudah pun membawa kes ini ke mahkamah," katanya mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong bahawa hukuman itu tidak wajar kerana 'dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Pengamalan Modul Keluarga Sakinah, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-39 dan Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 2 di sini hari ini.

Suara Politik
Belantan

#MH370 : Indian analyst finds satellite image possibly of missing plane?

Caption: A navigational radar on Indonesia's National Search and Rescue boat shows details during a search in the Andaman sea area around northern tip of Indonesia's Sumatra island for the missing Malaysian Airlines flight MH370 on March 17, 2014.

NEW DELHI, (Bernama) -- An Indian IT analyst has found a satellite image of a large aircraft flying low over the Andaman Islands on March 8, the day when a Malaysian airliner disappeared on a flight from Kuala Lumpur to Beijing, according to The Hindu newspaper.

Anoop Madhav Yeggina, 29, believes the image is that of the lost Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER which was carrying 239 people on board as Flight MH370, the daily said.

The techie is among the thousands of people from across the globe involved in the 'crowd-sourcing' to find the missing plane which veered off course towards the Indian Ocean after shutting all communication links as it was flying over the South China Sea.

'Crowd-sourcing' refers to obtaining information or input into a particular task or project by enlisting the services of a number of people, either paid or unpaid, typically via the Internet.

The Hindu reported that Anoop had been scurrying through innumerable images of DigitalGlobe Satellite QB02 over the past few days until he stumbled upon an image which almost took his breath away.

He uploaded his 'discovery' along with a write-up on the CNN website on March 14 and, since then, received more than 16,000 views followed by many comments from viewers.

“I am confident that the image is that of the missing plane because of many reasons. First giveaway is the fact that the image was captured just above a forest and very close to the Shibpur airstrip of the Andaman Islands.

"The airstrip is exclusively used by the defence forces with no permission for civilian aircraft in this area.

"A close look at the image will reveal if it is flying extremely low so much so that the clouds are above it, which suggests it was done to avoid detection by radar.

"Most importantly, the standard scale measurement and colour of the missing plane matches with that of the plane in the image,” he was quoted as saying in The Hindu report.

Anoop wished for the safety of the passengers and appealed online to people with technical know-how of aircraft to further investigate the image in order to trace its whereabouts, said the report.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Mac 19, 2014

Tentera Thailand kesan MH370 di radar?


Pada hari ke-12 pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 maklumat terbaru daripada tentera Thailand menunjukkan radar tentera mereka mengesan pesawat Boeing 777-200 di Selat Melaka.

Menurut laporan berita laman web Astro Awani, tentera memaklumkan radarnya mengesan sebuah pesawat yang dipercayai pesawat MH370 yang hilang beberapa minit selepas komunikasi pesawat itu terputus.

Namun memaklumkan maklumat itu tidak didedahkan sejak awal, kerana tiada permohonan rasmi dari Malaysia.

Menurut Ketua Tentera Udara Thailand, Prajin Juntong, radar tentera mengesan pesawat tersebut di Selat Melaka.

Maklumat itu adalah sama dengan yang dikesan radar Malaysia.

Data juga menunjukkan pesawat berpatah balik dan dikesan di utara Kuala Lumpur sebelum menuju ke Butterworth dan kemudian hilang.

Sungguhpun data yang dikesan adalah sama dengan data radar Malaysia, pihak tentera masih belum pasti adakah pesawat yang dikesan adalah pesawat yang sama.

Montol juga memaklumkan Thailand tidak pasti maklumat itu berguna kepada operasi mencari dan menyelamat, sehingga menerima permohonan rasmi daripada Malaysia.

Suara Politik
Belantan

#MH370 : Penduduk Maldives Dilaporkan Lihat ‘Pesawat Jumbo Terbang Rendah’ Pada 8 Mac?

Paparan laman web Haveeru Online yang melaporkan mengenai penduduk Maldives melihat ‘pesawat jumbo terbang rendah’.

Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.

Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetujui oleh seorang saksi lain.

“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.

Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama.

Suara Politik
Belantan