Khamis, Mac 20, 2014

Majlis Peguam sahkan Anwar meliwat : Christopher enggan ulas?


Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong 'mengelak' daripada memberi komen berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim walaupun pernah mengulasnya pada Ahad lalu.

Christopher mendakwa, dia tidak boleh memberi komen mengenai perkara berkenaan kerana belum mendapat penghakiman kes tersebut yang menjelaskan kenapa mahkamah memutuskan untuk menyabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

"Kami tidak akan membuat komen mengenainya," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam Ke-68 di sini hari ini.

Sebelum ini, Christopher menyifatkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Anwar akibat kes liwat sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut dilakukan atas 'dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.


Menurut Christopher, kesalahan di bawah Seksyen 377A (Kanun Keseksaan) yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya diguna pakai jika perbuatan itu dilakukan atas dasar paksaan sedangkan dalam kes Anwar, perbuatan tersebut dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan laman web rasmi Majlis Peguam.

Berikutan itu Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mencabar Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil tindakan undang-undang ke atas Christopher kerana mengeluarkan kenyataan perlakuan liwat Ketua Pembangkang itu dilakukan atas dasar suka sama suka.

Sementara itu, Kenyataan Majlis Peguam buktikan perlakuan Anwar!

Kenyataan Majlis Peguam bahawa hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana dilakukan suka sama suka sebenarnya merupakan satu lagi pengesahan perlakuan itu sememangnya berlaku.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, semua pihak mengetahui majlis tersebut sentiasa menyebelahi pembangkang dan kenyataan berkenaan juga langsung tidak membantah perbuatan seks luar tabie itu.


"Sebelum ini Majlis Peguam sentiasa memihak pembangkang dalam banyak perkara, ini jelas sekali tetapi dalam kes ini mereka tidak perasan sudah mengiyakan perlakuan liwat itu berlaku. Ini yang orang tak sedar kerana Majlis Peguam mempersoalkan mengapa

Anwar dihukum sedangkan mangsa liwat, (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) tidak dihukum.

"Sebenarnya ini bukan soal suka sama suka atau tidak. Perkara utamanya perbuatan liwat adalah satu kesalahan undang-undang dan Mohd. Saiful Bukhari sudah pun membawa kes ini ke mahkamah," katanya mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong bahawa hukuman itu tidak wajar kerana 'dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Pengamalan Modul Keluarga Sakinah, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-39 dan Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 2 di sini hari ini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan