Rabu, November 06, 2013

Rentetan kepada kenyataan Karpal sewel...!!! Pas patut dibatal pendaftaran?


Pemimpin DAP seolah-olah meludah ke langit apabila menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama yang wujud di negara ini termasuk sekutu rapatnya Pas dibatalkan pendaftarannya.

Ketika semua pihak sedia maklum DAP merupakan sebuah parti yang cenderung memperjuangkan nasib kaum Cina, Pengerusi parti itu, Karpal Singh menegaskan, parti politik dan pertubuhan profesional di negara ini yang berteraskan kaum dan agama tidak sesuai diamalkan dan berbahaya.

Tegasnya, pendaftaran parti politik dan pertubuhan sedemikian harus dibatalkan atau diubah supaya sesuai untuk penyertaan rakyat negara ini tanpa mengira batasan kaum serta agama.

"Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius.

"Sebagai sebuah negara berbilang kaum, kita mesti berpegang kepada konsep ini dan setiap parti politik serta pertubuhan profesional perlu menunjukkan pergerakan mereka menepati elemen tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Karpal menyelar Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang dikatakan seolah-olah cuba mengugut Majlis Peguam berhubung isu kalimah Allah dan majalah The Herald.

Jelas beliau, Persatuan Peguam Muslim juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira agama.

"Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah (problem maker) dan ia tidak sepatutnya berasingan daripada Majlis Peguam," katanya.

Namun, apabila menyentuh mengenai sekolah berasaskan kaum dan pertubuhan-pertubuhan Cina, Karpal enggan mengulas lanjut dan menegaskan beliau hanya bercakap mengenai parti politik.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan