Khamis, Oktober 24, 2013

Kes Ahli majlis cabul orang gaji, MB Selangor enggan masuk campur?

Lebih baik aku tidor je..???

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang memantau kes melibatkan seorang ahli majlis yang didakwa mencabul seorang pembantu rumah.

Bercakap kepada media petang ini, Khalid berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam siasatan polis berhubung dakwaan tersebut.

"Kita mesti bersikap adil. Jika ia adalah satu laporan jenayah, maka polis, perlu bertindak mengenai dalam perkara itu kerana kerajaan tidak mempunyai kapasiti untuk menyatakan ia satu kesalahan.

"Kami sedang memantau situasi ini. Kami mahu mengenalpasti hak individu bagi mempertahankan kedudukan mereka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam petang ni.

Katanya, beliau akan mengarahkan exco kerajaan tempatan Datuk Teng Chang Khim untuk mengambil tindakan yang bersesuaian sekiranya individu tersebut didapati bersalah atas tuduhan.

"Ini kerana kita perlu memberi hak yang adil kepada ahli majlis. Sekiranya (kejadian seperti didakwa benar-benar berlaku), maka kerajaan negeri akan mengarahkan beliau melepaskan jawatannya," katanya.

Kata Khalid lagi, buat masa ini, anggota majlis itu masih menghadiri apa-apa majlis rasmi kerana masih belum terbukti bersalah dan sekalipun kes itu masih dalam siasatan.

"Dalam siasatanlah yang kita boleh benarkan (hadi majlis rasmi). Kalau dah keputusan dibuat, baru tak boleh," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan