Ahad, Oktober 06, 2013

DAPigs Tony Pua hanya budak hingusan politik?


Nampaknya sekali lagi budak hingusan politik iaitu Ketua Publisiti DAP, Tony Pua memperlihatkan siapa dirinya yang sebenar apabila menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia sebagai ‘anjing UMNO’.

Tidak perlu merendahkan akhlak untuk menjadi seperti beliau menggunakan kata-kata kesat sebagai tindak balas. Biarlah masyarakat menilai. Satu jari menuding pihak lain, empat jari ke arah diri sendiri.

Kita tidak pasti apa masalah Tony Pua. Apakah beliau selalu diganggu mimpi haiwan dalam tidurnya, kurang kasih sayang, celaru minda atau kurang didikan nilai murni? Sila baca di sini.

Tony Pua ternyata tidak cukup yakin untuk berhujah dengan cara tertib.

Dalam isu teguran ROS ke atas DAP, harus disedari segala-galanya bermula daripada dakwaan penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Disember 2012, yang dibangkitkan oleh segelintir ahli parti itu.

Untuk apa marah kepada ROS jika DAP berada di pihak yang benar dalam semua aspek isu pemilihan tersebut. Kalau sudah di dalam bernanah dan busuk, jangan terbeliak mata histeria pada pihak luar.

Strategi Tony Pua menyalahkan ROS dan media seperti Utusan atas kelemahan partinya sendiri tidak akan dapat menutup kebenaran. Bukan semua rakyat Malaysia mudah dikelabui dengan manipulasi. Pemilihan terbaharu CEC DAP juga ada isu-isu tersendiri yang diperkatakan oleh ahli.

Sepatutnya sebagai orang yang menggambarkan dirinya cerdik dan atas sifat sebagai Ketua Publisiti, Tony Pua perlu menjelaskan kemelut pemilihan dengan bijaksana dan meyakinkan.

Buktikanlah bahawa DAP sebuah parti politik yang ada kelas dan berintegriti.

Bukannya dengan perbuatan ekstrem, yang ternyata menghina diri dan partinya sendiri. Kata-kata kesat beliau tidak ubah seperti contengan di tandas awam yang menjijikkan. Mencerminkan si penconteng rendah akhlak.

Sekadar itulah sahaja nilainya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan