Sabtu, Ogos 24, 2013

Isu Kalimah Allah : NGO Islam Kecam PAS, Lebih Pentingkan Konsert Metallica?


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam Pas kerana tidak bersama-sama mereka menyatakan sokongan parti itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

“Kita tidak mahulah pihak yang kononnya memperjuangkan Islam sibuk berdemonstrasi di konsert Metallica tetapi tidak pula menyatakan sokongan kepada isu kalimah Allah ini.

“Malah ada juga yang mengatakan isu kalimah Allah ini tidak sebesar isu di Mesir, bagi Perkasa kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab,” bidas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dilaporkan The Malaysian Insider.


Syed Hassan mengulas langkah Dewan Pemuda PAS yang mengedar risalah di konsert Metallica semalam.

Risalah yang diedarkan Pas itu berbunyi, “Jika kamu dapat bayar RM195 untuk Metallica, kenapa tidak berkongsi sama membantu rakyat Mesir?”.

“Risalah ini sebagai mesej untuk memberitahu kepada mereka (pengunjung) dalam berhibur ada saudara kita di luar sana (ditimpa malang),” kata Khairul Faizi ketika ditemui Malaysiakini di luar perkarangan stadium.

Dalam masa sama Syed Hassan turut membidas Pas kerana bersikap tidak mengendahkan tentang isu kalimah Allah tetapi lebih mementingkan isu lain yang tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.


Bagaimanapun, Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali berkata umat Islam tidak boleh terlalu bergembira dengan kemenangan yang diperoleh hari ini kerana perbicaraan pada 10 September adalah lebih penting.

"Kita menerima keputusan yang diumumkan hari ini tetapi pada masa sama tidak boleh terlalu gembira kerana keputusan penuh adalah pada 10 September nanti.

"10 September adalah penentu dan saya berharap semua pihak dapat bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata Hasan.

Selain itu, Pengerusi Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (Pembela) Dr Yusri Mohamad juga berharap kemenangan pada kes sebenar akan memihak kepada umat Islam seperti hari ini.

"Saya harap semasa kes sebenar kita akan memperoleh kemenangan," katanya lagi.

Ibu Lina Joy pun hadir untuk memberi sokongan

Terdahulu, kumpulan NGO tersebut telah berkumpul seawal 8 pagi bagi menyatakan sokongan kepada peguam yang hadir mewakili kerajaan dalam kes rayuan hari ini.

Di perkarangan mahkamah semalam, PERKASA salah satu NGO yang turut serta menyatakan sokongan kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam. Selain PERKASA, beberapa NGO lain turut serta, antaranya, Persatuan Pembela Muslim (PEMBELA), ISMA dan JATI.

Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.-AIDC

Sumber gambar : Minaq Jinggo

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan