Jumaat, Julai 05, 2013

Takut rahsia terbongkar, DAPig melalui Kit Siang anak beranak nafi dan bantah RCI siasat RBA?


Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu tidak terkejut dengan tindakan Lim Kit Siang menentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan serta tindak-tanduk tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA).

Ketua Sekretariat Publisitinya, Dzulkarnain Taib berkata, tindakan Penasihat DAP yang membuat penafian keras terhadap dakwaan tersebut serta menolak usaha untuk merungkai isu kewujudan dan agenda tersirat RBA hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa parti itu mempunyai kaitan dengannya.

“Adakah cadangan siasatan terhadap kaitan DAP dengan RBA sebenarnya telah menyentuh ‘perasaan’ parti itu sehingga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan untuk menghalang cadangan kami diterima kerajaan?

“Sebelum ini DAP bersama-sama sekutunya, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak henti-henti menyerang kerajaan dengan mengada-adakan pelbagai isu tanpa bukti dan asas yang kukuh. Namun apabila ada pihak yang menyentuh mengenai dakwaan pembabitan DAP dengan RBA, mengapa pula parti itu bersikap hipokrit dan melenting?," soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Selasa lalu, Dzulkarnain yang mewakili NGO berkenaan menyerahkan memorandum kepada kerajaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi menyiasat kewujudan serta tindak tanduk tentera siber pembangkang, RBA.

RBA yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja menyerang Barisan Nasional (BN), malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.

Pasukan berkenaan yang dikatakan berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang menyatakan perkara buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang.

RBA juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan RBA walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula seolah-olah cuba menutup kaitan parti itu dengan pergerakan RBA dan mengalih isu sebenar dengan mengecam Utusan Malaysia kononnya mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman.


Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menerima memorandum berkenaan menjelaskan, cadangan penubuhan RCI tersebut akan dibawa ke Kabinet esok.

Dzulkarnain berkata, sebagai parti yang sudah wujud lebih empat dekad, DAP sepatutnya menunjukkan kematangan politik serta sikap terbuka dan bukannya menyerlahkan wajah sebuah parti perkauman yang didakwa mendukung perkauman.

DAP seharusnya menyokong sebarang usaha daripada NGO seperti Gabungan NGO Islam-Melayu yang mahu melihat keamanan, perpaduan dan kemakmuran negara ini dikekalkan malah terus diperkukuhkan.

Kami melihat gerakan anti-nasional yang dijalankan RBA telah mencapai ke tahap yang mengancam keselamatan negara serta menggugat kestabilan politik," tegasnya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan