Jumaat, Julai 05, 2013

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina...!!! Orang Cina mula merasa mereka di permainkan Anwar?


Akhbar China Press bertarikh 28 Jun 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Soon Tian Bee berkenaan Anwar Ibrahim menyebabkan penyokong pembangkang tidak selesa.

Paparan angkat sumpah oleh Ahli-ahli Parlimen dalam suratkhabar dan Facebook, kelihatan Ketua Pembangkang duduk semeja bersama dengan Perdana Menteri dan timbalannya serta Yang Dipertua Dewan bergurau senda dan gelak ketawa selepas majlis angkat sumpah. Saya tidak faham kenapa Anwar lancarkan perhimpunan hitam dan menentang keputusan PRU-13, menuduh BN melakukan penyelewengan dan merampas kuasa di samping menuduh Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Dalam perhimpunan hitam, Anwar bersama orang ramai marah Najib tetapi apabila Anwar tergelak besar dengan pemimpin-pemimpin UMNO dalam Dewan Rakyat, penyokong yang baring di tengah jalan di luar bangunan Parlimen, seramai 33 orang rela diri ditangkap, apa perasaan mereka melihat gambar itu?


Apabila mereka berdepan dengan pihak lawan, pihak media tetap mengikuti, mereka paparkan imej yang begitu baik, saling bersalaman dan gelak ketawa. Sebenarnya mereka tidak muafakat tetapi dapat hindarkan rakaman wajah sebenar daripada pihak media, umpama seperti pepatah Cina, menyimpan jarum dalam lipatan kain.

Tetapi orang seperti Anwar “dipaksa" duduk semeja dengan musuh politiknya dan makan bersama, tidak kelihatan bertengkar ataupun bergaduh, masih boleh bergurau senda gelak ketawa sehingga ‘nampak gigi tidak nampak biji mata’. Jika kita lihat keadaan ini, apakah pandangan pembaca, ahli-ahli PKR dan ahli BN terhadap telatah Anwar?


Mungkin ramai orang beranggapan Anwar terperangkap dengan media BN, media sengaja paparkan gambar itu supaya sikap Anwar yang tidak sukakan BN dapat dibersihkan untuk bohongi pembaca. Ada betulnya, mereka gunakan pelbagai cara dan taktik untuk perangkap pihak lawan. Masalah sekarang, ada berapa ramai orang politik yang diperangkap oleh pihak media?

Walaupun Lim Guan Eng dan Tan Sri Koh Tsu Koon bertembung muka, Guan Eng tidak pernah paparkan sebarang tindakan yang hilang kawalan. Sebab itu kita boleh berkata, ahli politik apabila terserempak dengan pihak media, tingkah laku mereka perlu lebih berhati-hati. Jika mereka terlepas cakap, mungkin pada masa itu kebetulan sedang membuat rakaman, boleh menyebabkan penyokong mereka rasa tidak selesa dan mereka akan menjadi bahan ketawa dunia.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

  1. Annuar peduli ape semua itu. Yang dia tahu, kini dia telah di lantik jadi pemimpin pembangkang selepas angkat sumpah. Korang nak tergolek ke, nak berguling ke, nak mengamuk ke, lantak korang lah. Hahahaha.....ambik ko.

    BalasPadam