Khamis, Julai 18, 2013

#PRK Kuala Besut : Selepas mendapat 'serangan balas', PAS arah jangan serang peribadi calon BN?


Selepas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali yang sanggup membuat fitnah mempertikaikan tempat kelahiran calon BN, Tengku Zaihan Ustaz Che Ku Abdul Rahman mendapat reaksi tindak balas dari para penyokong BN, akhirnya jentera kempen Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut telah diarahkan supaya tidak melakukan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) tersebut. Sila baca di sini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sebenarnya serangan terhadap calon itu lebih terarah kepada sifatnya sebagai seorang profesional dan penjawat awam.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bahawa parti itu mula bertindak keterlaluan ketika berkempen dengan menyerang peribadi calon lawan.

Katanya, jentera parti itu diarahkan supaya berkempen dengan cara berhemah bagi menghormati bulan Ramadan.

"Kami hormat bulan puasa. Bagaimanapun kritikan yang kami lakukan terhadap calon BN ialah terhadap kapasitinya sebagai penjawat awam profesional.

"Strategi kempen kami masih terbatas dan hanya memfokuskan kepada isu tempatan dan kemampuan calon BN itu untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas PAS yang menggunakan strategi kempen dengan menyerang Tengku Zaihan termasuk dengan menyebarkan dakwaan kononnya bukan anak kelahiran tempatan.

Mengulas lanjut Dzulkefly berkata, jentera parti itu diberi arahan supaya tidak menyerang calon BN, Tengku Zaihan.

"Bukannya ada video atau isu skandal yang kita dedahkan. Kita tak pernah 'serang' keluarganya pun.

"Kita mahu persaingan sihat dan harap lawan kita pun lakukan perkara yang sama," katanya.

Jelasnya, sesudah melepasi hari kelima kempen yang mulanya agak sejuk, kini makin rancak dan mengharapkan semua ini dapat memberi kebaikan kepada rakyat.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan