Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Jun 15, 2013
Perlu ingat jawatan Ahli Parlimen bukan untuk diri sendiri?
Hak mengundi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) diberikan mengikut peruntukan undang-undang negara dan tidak dibuat semberono. Bagi membolehkan kita mengundi, mengikut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah anda mestilah seorang warganegara Malaysia, telah mencapai umur 21 tahun, bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Kelayakan yang dinyatakan di atas sudah cukup untuk seseorang rakyat negara yang aman sentosa ini memilih sesiapa sahaja pemimpin yang diingini tidak kira ahli politik mahupun ahli matematik.
Namun apabila penulis mendengar 88 Ahli Dewan Rakyat pembangkang yang memboikot Taklimat Majlis Angkat Sumpah untuk ahli-ahli Dewan Rakyat kelmarin, hati yang tenang kembali dipagut keresahan dengan sikap individu yang digelar pemimpin masyarakat ini.
Apa pun tahniah kepada Ahli Parlimen Bakri daripada DAP, Er Teck Hwa yang sanggup datang kerana beliau ingin mendengar sendiri bagaimana majlis angkat sumpah tersebut dijalankan. Kiranya beliau boleh saya anggap sebagai wakil Bakri, Muar yang sejati.
Sesungguhnya pekan Bakri yang aman damai itu, membentuk peribadi beliau sebagai pemimpin untuk rakyat. Namun apa yang sangat dikesalkan ke mana perginya ahli-ahli Parlimen muka baru lain. Adakah ini bermakna anda sendiri membantah kemenangan diri anda sendiri.
Tidakkah ahli-ahli Yang Berhormat sedar, rakyat generasi baharu terutama dari bangsa Cina ingin melihat orang yang mereka lantik menjadi pejuang di dalam Dewan Rakyat yang mulia, bukannya masih terus berpolitik sampai hari kiamat.
Jika mahu membantah gunakan saluran yang betul, jangan asyik menggunakan jalan belakang yang tidak diredai undang-undang. Hidup kita di negara ini dikandung adat dan mati kelak dikandung tanah.
Jika ahli Dewan Rakyat pembangkang tidak mahu mendengar taklimat tersebut kerana membantah keputusan PRU. Maka ia dianggap satu tragedi kepada sistem demokrasi berparlimen di negara Malaysia yang berusia 56 tahun ini. Ke mana hilangnya rasa hormat kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai payung negara.
Ironinya, peluang untuk membantah keputusan PRU adalah di Dewan Rakyat sebagai wadah yang paling sesuai, namun ia ibarat orang yang pergi menunaikan haji di Mekah. Di mana ramai orang ternanti-nanti giliran ke sana, namun apabila nama masuk senarai ke Mekah beliau tidak mahu pergi ke kursus haji.
Seterusnya jadilah kita manusia yang tidak tahu membeza antara rukun wajib dan hanya membuat amalan yang menjadi ikut-ikutan semata-mata kelak.
Seharusnya, bakal ahli Dewan Rakyat tidak sabar-sabar lagi menyertai proses demokrasi dengan taklimat tersebut sebagai permulaan namun amat menyedihkan jika mereka memboikot majlis angkat sumpah kelak mereka akan hilang kelayakan menjadi Ahli Dewan Rakyat dan akan menghampakan pengundi-pengundi yang sanggup berpindah kawasan mengundi kerana percaya mereka akan berada di persada kuasa.
Sesuatu yang amat menonjol dengan sikap memboikot pembangkang ini, adalah paten kepimpinan bakal ketua pembangkang baru dari Parlimen Gelang Patah. Belum duduk sudah berlunjur.
Jika begini keadaannya, rakyat sudah tentu akan menyaksikan sikap ahli Yang Berhormat yang akan lebih galak berpolitik dari mempamerkan kematangan politik sebagaimana Parti Demokrat dan Parti Republikan di Amerika Syarikat.
Justeru, sedarlah jawatan ahli Dewan Rakyat adalah jawatan pilihan rakyat untuk kita mewakili mereka. Jawatan ahli Parlimen adalah jawatan yang suci dan murni datang dari Perlembagaan Persekutuan yang kandungannnya banyak tidak menepati cita rasa mereka.
Namun jika minda sedar kita masih lagi aktif, fahamilah negara ini bukan milik kita, jawatan yang kita dapat pun bukan milik kita secara total.
Jika pemimpin pembangkang masih dengan sikap keras kepala dan sikap was-was dengan sistem yang kita guna pakai selama ini. Maka ada baiknya, jawatan ahli Parlimen diserahkan kepada pihak yang kalah kepada mereka pada PRU lalu. Namun pada masa itu sudah pasti mereka akan membantah. Tiada apa yang baru, sebab itulah kerja mereka.-UMO
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan