Tak dapat kerusi Dewan, kerusi ini pun jadilah!
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa, lokap polis kini tidak lagi selamat kepada individu yang ditahan, sebaliknya menjadi tempat pembunuhan oleh pihak polis terutama kepada kaum India.
Beliau mendakwa, ia adalah bukti institusi awam itu telah rosak, justeru rakyat perlu bangkit untuk menentang dan menjatuhkan pemerintahan yang ada sekarang.
Dakwanya, ia juga bukti kerajaan tidak membela nasib kaum India, terutama dengan pelantikan pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) dalam barisan Kabinet meskipun pertubuhan itu pernah menentang kerajaan sebelum ini.
"Baru-baru ini ada tawanan mati di dalam lokap, sudah banyak kali berlaku tahun ini. Sekarang pembunuhan banyak berlaku di mana? Di balai polis tempatnya terutama kaum India.
Ibarat membaling batu, sembunyi tangan...inilah yang menjadi kesukaan Mat Sabu iaitu menghasut?
"Saya berjumpa dengan seorang pemimpin MIC, dia kata malang orang India tak dapat jawatan, sebaliknya Hindraf yang menentang UMNO, menentang Barisan Nasional (BN) dapat menjadi timbalan menteri," dakwanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan Blackout 505 di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini semalam.
Bagi penulis ini adalah satu tuduhan berat yang dibuat oleh Mat Sabu terhadap pasukan Polis bagi memburuk-burukkannya dan sewajarnya tindakan diambil terhadap Mat Sabu yang juga jelas menghasut rakyat untuk merampas kuasa dari pemerintahan kerajaan BN sekarang?
Suara Politik
Belantan
bukti mana?spin kalu bukti sana dlm ada..hehe.tak sedar ke puak2 kalangan kamu tangan dia ada tapi nk suap juga.nk salahkn sape.puak korang ler tuh.hari2 tarbiyah tah apa2.ni semua masaalah utama
BalasPadamyelah mat, betul cakap kamu. lokap memang tempat sesuai utk selamatkan penjenayah. kt luar dorang bunuh org, kt dalam dorang pulak dapat faedah. nak tanya kamu mat, nape liat sangat nyawa kamu sebab bnyk kali kena tangkap, masuk balai tp tak mati2? sebab kamu bukan org india ke?
BalasPadam