Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Mei 15, 2013
Undi Popular: Kecacatan Mental Anwar Membuatkan Dia Lupa Apa Yang Berlaku Di Kelantan Pada Tahun 2004?
Pakatan dikatakan menang undi popular? Anwar Ibrahim mungkin mengalami kecacatan mental yang teramat sangat kerana gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pakatan tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, jadi bagaimana mereka boleh menjadi parti paling popular? Parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini ialah BN, PKR, PAS, DAP, Kita dan Bebas.
Keputusan pilihan raya umum ke-13 menunjukkan BN mendapat 47% undi diikuti oleh PKR 20%, DAP 15.4%, Pas 14.5% dan lain-lain parti. Jadi di mana yang mengatakan Anwar lebih popular dan layak menjadi Perdana Menteri? Malah Anwar Ibrahim sendiri mengalami kekurangan majoriti yang jelas di Permatang Pauh.
Sebenarnya tidak wujud undi popular untuk PR melainkan sekadar undi yang diperolehi DAP, PKR dan PAS secara berasingan.
Lagi pun, sistem pilihan raya Malaysia bukannya berasaskan peratusan undi popular sebaliknya ia bersandarkan pilihan pengundi di sesuatu kawasan DUN yang mana jika lebih banyak kerusi DUN atau Parlimen dimenangi sesuatu parti, maka parti itulah yang akan memerintah negeri atau negara atau kedua-duanya.
Malah Amerika Syarikat sendiri yang menjadi 'kiblat politik' pemimpin PR dalam hal-hal kebebasan bersuara dan demokrasi juga sedemikian kaedahnya di mana George Bush Jr yang gagal memperolehi undi popular tetap berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat!
Jika hujah di atas gagal memuaskan hati penyokong DAP, PKR dan PAS, maka eloklah masing-masing mengimbas kembali keputusan PRU-11 2004 merujuk kepada negeri Kelantan di mana walau pun BN berjaya meraih sejumlah 269,492 undi di peringkat DUN manakala PAS, PKR dan DAP pula cuma memperolehi 261,402 undi, namun hak pemerintahan Kelantan tetap milik PAS.
Kenapa ianya terjadi begitu? Mudah saja jawapannya, ia disebabkan di peringkat DUN, PAS berjaya menguasai 24 kerusi DUN sementara BN pula hanya menang di 21 kerusi DUN yang lain, ini bermakna PAS tetap berhak memerintah Kelantan disebabkan kelebihan majoriti kerusi DUN.
Walau pun selepas itu yakni pada 2005 BN berjaya menambah satu lagi bilangan kerusi DUN melalui pilihan raya kecil dan undi popularnya bertambah, tapi disebabkan PAS masih memiliki kelebihan kerusi DUN (PAS 23 & BN 22) maka parti berlabel Islam itu kekal sebagai Kerajaan Negeri dan Menteri Besarnya tetap Nik Abdul Aziz Nik Mat@Pok Nik!
Persoalan penting sekarang, adakah selama tempoh 2004 – 2008, BN menjadikan isu undi popular untuk membangkitkan sentimen rakyat seterusnya menggerakkan himpunan atau demonstrasi bagi menumbangkan pemerintahan PAS di Kelantan?
Tentu sekali tidak, kerana polisi BN tetap menghormati keputusan rakyat dan rata-rata pemimpin BN pula bukannya dari jenis provokator seperti Anwar Ibrahim.-MyKmu
Suara Politik
Belantan
anwar dan pakatan ni hanya tahu membohongi rakyat. kalau manusia dah rendah moral ni memang tak tahu malu.
BalasPadam