Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Mei 15, 2013
Demonstrasi jalanan Sabtu ini - Wajarkah 'batu api' ini dibiarkan terus menghasut?
Sudah terang lagi bersuloh! Kalau dibiarkan, nescaya keadaan akan menjadi huru-hara dan jika gagal dikawal buruk padahnya. Niat pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas bercadang melakukan demonstrasi jalanan Sabtu ini.
Malah, mereka secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi.
Aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN.
Tidak cukup dengan itu, walaupun pembangkang khususnya DAP menang besar dalam pilihan raya umum lalu, Hishamuddin berterusan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai konco UMNO dan BN sambil membangkit sentimen kebencian terhadap kerajaan.
"Saya telah kata bertahun-tahun. Mustahil BN dapat dijatuhkan melalui pilihan raya. Kamu tidak mahu melakukan sesuatu kerana berasa kali ini berbeza tapi sistem itu telah dibuat untuk memastikan BN menang. Adakah kamu semua terlalu bodoh untuk tidak menerima hakikat itu.
"Kita mesti keluar ke jalan raya. Apa yang disukai Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) adalah jalan yang salah. Jalan raya adalah jalan betul, bumi ini milik anak- anak muda. Susunlah satu gerakan besar-besaran untuk kita turun ke jalan raya," katanya semasa berucap dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam semalam.
Dalam perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, majoriti yang memberi sokongan adalah masyarakat Cina sama sebagaimana dua perhimpunan terdahulu di Kelana Jaya dekat sini dan di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Dalam pada itu, seruan supaya rakyat bangkit melakukan rusuhan jalanan pada 18 Mei ini juga dilaungkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa kononnya jika UMNO dan BN berjaya ditumbangkan melalui demonstrasi tersebut, pembangkang akan mengubah sistem sedia ada.
"Adakah kita sanggup turun ke jalan raya? Kita sudah tiada jalan lain. Kita akan buat macam perhimpunan Bersih sebelum ini. Kita tunjukkan bagaimana kuasa rakyat kepada UMNO dan BN. Kita lawan tetap lawan," katanya.
Suara Politik
Belantan
Ini lagi seorang yang tak dapat menerima hakikat pandangan dan pendapatnya tidak boleh diterima oleh orang lain....
BalasPadamTidak memahami ketentuan takdir...
Tidak percaya kepada Qada' dan Qadar Allah Subhanahu Wata'ala....
Mengapalah agaknya kau dijadikan sebagai seorang Manusia... Alangkah baiknya jika kau dijadikan sebagai seekor haiwan....
BH-polis akan ambil tindakan tegas kepada penganjur.
BalasPadamjgn ambil tindakan kpd penganjur sahaja. ambil tindakan juga kpd peserta. pngajur hidup mewah dan byk duit bayar pguam dan denda.buat tangkapan sebanyak yg boleh.adili dgn adil. biar mrk kena hukum.
kalau hnya pengajur shj, pyokong tidak gentar dan akan terus demo sbb tak kisah krn mrk tidak akan diambil tindakan. cuma penganjur shja. lagipun pserta dapat 'percutian' percuma ke lokasi dan makanan free. siapa tak mahu...
Bila nak ditangkap hindu sekor ni ? Kes Lahad Datu bukan kah si pariah ni dengan Tian Chua laknat terlibat sama - Kerismudin masih nak bagi amaran ka ?
BalasPadamsitua kutuk ni la dulu idup dlm buruan pehak behkuasa msia slps demotrasi dUM 1974.dia bole lari slp jd penghasut..kalau dh sebati kominis.smpi mati pun kominis..dh dbg pluang dpt ddk balk kt msia x sdar2 diri!
BalasPadam