Isnin, Mei 27, 2013

Akar Umbi PAS Marah Kenyataan Ketua AMK, Sam Ketot?


Kenyataan ‘berani’ Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyelar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan pertindihan calon-calon Pakatan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dibalas emosi oleh akar umbi parti Islam itu.

Salah seorang penyokong Pas, Irsyad Sidi dalam laman sosialnya mengkritik kembali Shamsul dengan menganggapnya sebagai lebih sudu dari kuah.

Penyokong Pas itu turut membangkitkan persoalan kemenangan Shamsul di Parlimen Bukit Katil, Melaka bukan disebabkan kehebatan Ketua AMK itu semata-mata.

Justeru itu, kemenangannya sebagai Ahli Parlimen bukan tiket untuk naik tocang mengkritik orang yang lebih tinggi kedudukannya dari parti lain.

Kepada Ahli Parlimen Bukit Katil dari PKR saudara Shamsul Iskandar..tolong bincang masalah parti PKR sahaja dalam perhimpunan parti saudara.. jangan keruhkan keadaan dengan menghentam pemimpin parti lain di hadapan ahli- ahli parti saudara!!

Untuk pengetahuan saudara (kalau saudara sudah lupa) kemenangan saudara bukan hanya kerana undi dari PKR dan DAP sahaja..tetapi kerja keras dari orang-orang PAS dan penyokong-penyokong PAS!!!

Saudara mungkin tidak berada sampai di tahap ini jika tanpa undi PAS jugak!!! bersyukur la sikit!!!,”katanya yang mengambarkan emosi kemarahan terhadap kenyataan Ketua AMK itu.

Shamsul dalam ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK ke-9, di di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam mengkritik Presiden Pas yang dilabelnya telah mencerca calon-calon PKR tanpa sebarang bukti.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti.

“Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.


“Apakah kita mahu membiarkan amalan tuduh menuduh dan fitnah memfitnah menular dalam Pakatan Rakyat? Apakah kita rela makan daging sendiri?”

“Seharusnya sebarang pertikaian atau dakwaan diselesaikan secara dalaman melalui platform yang sedia wujud. Tidak ada kewajaran malah tak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa.

“Kita harus mendalami dengan jujur tahaluf siasi yang kita jalankan dan tidak hanya mengungkapkannya apabila memberi manfaat kepada kita. Perlu ada tolak ansur dan buangkan jauh-jauh sikap tamak dan mementingkan diri,” kata Ketua AMK.

Kata-kata Shamsul di atas dianggap janggal kerana hierakinya sebagai Ketua AMK tidak wajar mengkritik Presiden parti lain, jika benar itu adalah suara akar umbi PKR, sepatutnya kenyataan itu disuarakan oleh Presiden atau Timbalan Presiden PKR atau Ketua Umum PKR.

Tidak dapat dipastikan kenyataan Shamsul itu telah mendapat lampu hijau daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, namun majlis penutup Kongres Nasional Wanita PKR hari ini, tiada kenyataan balas Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Umum PKR terhadap kecaman Ketua AMK itu.

Dalam bahasa politik, kenyataan Shamsul selaku Ketua AMK adalah direstui oleh pucuk pimpinan PKR.

Pada PRU13, Presiden Pas, Abdul Hadi menuduh calon-calon PKR dipilih secara ‘tangkap muat’ kerana ada di kalangan mereka yang terlibat dengan pengedaran pil kuda , menjual kerusi dan berkecenderungan komunis.

Justeru itu, kata Abdul Hadi, Pas tidak ada pilihan lain kecuali meletakkan calon sendiri di kerusi-kerusi tertentu, di mana berlaku pertembungan Pas-PKR di tujuh kerusi semasa penamaan calon Sabtu lalu.

“Pas bertindak bertanding di beberapa tempat (yang) berlakunya pertindihan ini kerana nak menyelamatkan Pakatan. Kita tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak, (hanya) memerintah sekejap.

“PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. Yang kita khuatir adalah calon tangkap muat yang boleh menyebabkan berbagai kemungkinan boleh berlaku, maka Pas perlu bertindak,” ujarnya.

Pertembungan Pas-PKR itu berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera (Terengganu), DUN Kota Damansara (Selangor), DUN Sungei Aceh (Pulau Pinang) dan DUN Panti (Johor) serta Parlimen Labuan.

Di DUN Damak, Pahang pula, Abdul Hadi secara terbuka menyokong calon Bebas, Koh Boon Heng yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang bertanding di kawasan itu.

Sokongan Pas itu tidak disenangi PKR kerana calon PKR, Jamaluddin Abd Rahim juga bertanding di DUN itu.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

  1. sam ketot menang atas undi cina. mereka undi pkr sebab tahu yg pkr ni hanya kuda ketot tunggangan DAP.

    BalasPadam