Jumaat, April 19, 2013

PRU -13 : Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina!



PERTARUNGAN HIDUP MATI KIT SIANG

Akhbar Sinchew Daily News bertarikh 16 April 2013 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Pengarang akhbar tersebut, Lim Sue Guan berkenaan pertarungan hidup dan mati Lim Kit Siang di Gelang Patah, Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan berdepan dengan Penasihat DAP, satu pertarungan antara pahlawan menentang pahlawan. Ini paling berat bagi Kit Siang sejak beliau menceburi politik dan mungkin terakhir baginya.

Pertandingan antara pahlawan dengan pahlawan bukan perkara baharu bagi Kit Siang, sepatutnya DAP sudah meramalkan akan ada orang heavyweight dalam kalangan Barisan Nasional (BN) yang akan berdepan dengan beliau untuk menamatkan karier politiknya.

Pada pilihan raya umum (PRU) 1986, Kit Siang melancarkan “Projek Tanjung". Beliau dari Melaka berhijrah ke Pulau Pinang, berhadapan dengan orang baharu ketika itu, Koh Tsu Koon. Akhirnya Kit Siang menang besar pada PRU tersebut dan menewaskan calon MCA, Than Soon Siang di kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) sementara DAP menang 10 kerusi DUN.

Pada PRU 1990, Kit Siang lancarkan “Projek Tanjung II". Di Padang Kota, beliau dikalahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Chong Eu tetapi DAP menang 14 kerusi DUN dan hampir dapat memerintah kerajaan negeri.

Kit Siang digelar ‘peneraju pengaruh politik lama’, pernah dibenamkan tetapi dapat bangun semula. Jika benar mahu rampas kuasa kerajaan, perlu ambil risiko walaupun bertemu dengan pahlawan besar. Biarkan rakyat sendiri yang memilihnya, rakyat mahukan Kit Siang atau mahukan BN.

Pada PRU 1986, Kit Siang cabar Tsu Koon dalam isu pendidikan Cina, sebaliknya dikecam oleh Dong Zong. Dalam tekanan seperti itu, beliau taburkan kata-kata soalan “mahukan Koh Tsu Koon atau mahukan Lim Kit Siang".


PRU kali ini, beliau lebih garang daripada pertempuran di Tanjung kerana Pulau Pinang mempunyai bilangan penduduk majoriti orang Cina. Di Johor, nisbah orang Melayu sebanyak 53.7 peratus dan jika Kit Siang mahu ulangi sejarah itu, agak getir.

Yang pertama sekali di Gelang Patah, sepatutnya calon itu Teoh Sew Hock diganti pula dengan Abdul Ghani yang dapat mengimbangi dan menguasai tiket-tiket undi orang Melayu. Sikap Abdul Ghani pula dikatakan sederhana, boleh perolehi tiket undi asas daripada kaum Cina dan akan peroleh banyak tiket undi dari kaum India. Kit Siang perlu dapatkan lebih 70 peratus tiket undi Cina dan 20 peratus undi Melayu, baru boleh menang tipis.

Yang kedua, jika Kit Siang mahu mulakan ‘UBAH’ dari Gelang Patah untuk lakukan tsunami politik, sekurang-kurangnya pakatan pembangkang perlu menang enam kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN di Johor, termasuk Parlimen Johor Bahru, Pulai, Kulai, Pasir Gudang dan Tebrau. Mereka perlu bergantung sokongan orang Melayu kepada Pas, jika tidak serangan di Gelang Patah akan berlaku sama seperti “Projek Tanjung III", akhirnya tewas.

Kelebihan di Johor kepada pakatan pembangkang kerana pengaruh PRU di Singapura, timbul suasana melawan arus. Sebelah selatan Johor adalah kawasan tumpuan penduduk kaum Cina, jika DAP hantar orang heavyweight bertanding di Kulai, “tiupan angin puting beliung Lim Kit Siang" dari selatan Johor akan bertiup ke tengah-tengah negeri Johor sehingga ke utara. Jika begitu, besar kemungkinan Liew Chin Tong, Chua Jui Meng dan Er Teck Hwa mungkin masing-masing akan menang di Kluang, Segamat dan Bakri.

Tetapi bukan semudah itu mahu rampas kuasa di Johor kerana Pas yang menjadi peneraju kawasan Melayu hanya bertanding di 30 daripada 56 kerusi DUN, kelihatan Pas lebih lemah daripada UMNO.

Lagipun, pakatan pembangkang menghadapi beberapa masalah terutama sekali mungkin akan berlaku angkat kaki, contohnya ahli bawahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bantah bekas Jeneral Tentera Darat bertanding di kerusi Parlimen Johor Bahru. Pasti MCA pula akan serang habis-habisan nadi Pas berkaitan hukum hudud.

DAP mahu ambil kesempatan naikkan semangat di Gelang Patah berkaitan “gempur Gelang Patah" untuk “UBAH kerajaan", pastinya BN akan tentang dan halang habis-habisan. Kali ini, tumpuan PRU hanya di Gelang Patah.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan