Sejak detik itu, negara tidak pernah aman, demonstrasi jalanan diadakan hampir setiap minggu atas alasan memperjuangkan nasib Anwar yang kononnya teraniaya.
Anwar mempunyai ramai orang kanan yang dianggap hebat dan berpengaruh, mereka ini boleh disifatkan sanggup mati demi beliau.
Bagaimana kebenaran tetap kebenaran, ia tidak boleh ditutupi dengan kepalsuan apatah lagi kebatilan, wajah sebenar Anwar semakin terdedah sama ada dari segi perjuangan politik mahupun peribadi.
Berikutan itu, dari semasa ke semasa semakin ramai orang-orang kanan beliau meninggalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mereka meninggalkan Anwar bukan kerana kepentingan politik, jauh sekali kerana kepentingan peribadi, sebaliknya atas dasar kebenaran dan tidak mahu bersekongkol dengan seorang individu yang mereka sifatkan mempunyai masalah dalam segala segi.
Buku setebal 110 muka surat ini, memaparkan satu demi satu pendedahan dan pengakuan bekas-bekas orang yang pernah rapat dengan Anwar.
Antara bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru yang juga bekas Peguam Anwar, Zulkifli Nordin, Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr.Chandra Muzaffar, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd.Noor dan ramai lagi.
Membaca satu persatu pendedahan mereka, pembaca akan dapat menilai dengan fikiran yang waras kenapa Anwar sememangnya patut ditinggalkan.
Contohnya, Dr.Chandra berkata, beliau meninggalkan perjuangan bersama PKR, bukan sahaja kerana masalah moral atau peribadi tetapi juga kerana hubungan Anwar dengan pihak luar yang cukup meresahkan beliau.
Ruslan Kassim pula yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR membuat keputusan untuk 'angkat kaki' selepas melihat parti itu semakin hilang arah.
Jelas Ezam, beliau meninggalkan Anwar dan PKR pada Ogos 2010 bukan kerana mengejar pangkat dan wang ringgit, tetapi kerana mempertahankan prinsip Islam dan sebab masalah moral yang dihidapi Anwar.
Hakikatnya, banyak lagi pendedahan menarik dalam buku tersebut tentang Anwar yang patut diketahui oleh orang ramai.
Oleh itu, ketika rakyat Malaysia berada di ambang untuk keputusan penting bagi masa depan negara melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, adalah wajar jika buku dibaca bagi membolehkan mereka mengetahui siapakah Anwar sebenar.
Langkah itu bagi membolehkan mereka membuat penilaian adalah wajar seorang pemimpin seperti Anwar yang diragui peribadinya oleh bekas orang-orang kanan dan rapat dengan beliau dipilih menerajui negara ini.
Mungkin akan ada pihak menganggap ini satu lagi gerakan untuk memfitnah Anwar, tetapi kebenaran bukanlah satu fakta yang boleh direka, sebaliknya kepalsuan yang tidak mampu bertahan lama, inilah yang memungkinkan buku ini terhasil.
Suara Politik
Belantan
dah byk terbukti rendahnya akhlak dan akibat anwar. cakap je pandai mamat ni. pencetus huru hara.
BalasPadam