Rabu, April 03, 2013

Pok Nik gumbira DAP @ Syaitan mahu guna lambang hamPAS?



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik menyifatkan hasrat DAP mahu menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai satu kejayaan beliau mendidik pemimpin pembangkang tersebut.

Malah katanya, hasrat terbuka pemimpin DAP itu dianggap sebagai satu kejayaan selepas mereka melihat Pas mentadbir negeri Kelantan selama 23 tahun.

"Dulu Cina takut, usahkan Cina, Melayu UMNO pun takut, sekarang ini alhamdulillah DAP terima 23 tahun kita perintah Kelantan.

"DAP tengok benda yang Pas buat ini betul, sampai dia sanggup guna lambang bulan untuk bertanding pilihan raya sekiranya diharamkan, ini satu kejayaan besar bagi saya," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Merbau, Selising di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di dalam akaun twitternya baru-baru berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran DAP.

Lantak lah Pok Nik, asalkan dikau bahagia...!!! Yang penting PAS bakal kehilangan hak memerintah di Kelantan dan Kedah nanti?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan